~ Zul FaQaR... ~

Diantara kehebatan pedang-pedang yang pernah dibuat oleh tangan manusia sepanjang sejarah, belum ada suatu pedang yang menandingi, "Zul Faqar" (Al-Munjid 590). Ia merupakan sehebat dan seindah-indah pedang. Pedang ini peninggalan Nabi Muhammad SAW dan diwariskan kepada Saidina Ali RA. Para cendikiawan telah meletakkan pedang tersebut pada kedudukan yang tinggi yang tidak ada tandingnya. Munculnya pedang ini bersama munculnya agama Islam. Semasa pedang ini berada di tangan Nabi Muhammad SAW baginda sering menggunakan dalam beberapa peperangan dan Allah Taala memberikan kemenangan kepada baginda. Setelah Saidina Ali RA pulang kerahmatullah, pedang ini berpindah dari satu tangan ke tangan lain hingga sampai ke tangan Khalifah Al-Mahdi Al-Abbasi kemudian ke tangan Al-Hadi dan akhirnya ke tangan Khalifah Harun Al-Rashid. Kemudian pedang ini dipinjamkan kepada Yazid bin Mizyad Ash-Shaibani semasa diutuskan untuk membasmikan pemberontak yang dipimpin oleh Al-Walid bin Tharif Ash-Syaari. Harun Al-Rashid pulang kerahmatullah, pedang ini dipegang oleh Khalifah Al-Muqtadir dan beliau pernah menggunakan pedang ini untuk memerangi Mu'nisul Muzhaffar sewaktu mengepong kota Baghdad. Setelah kota Baghdad runtuh pada masa Khalifah Al-Mustanshir, pedang ini jatuh ketangan khalifah-khalifah Fatimiyyah. Kemudian pedang ini dikembalikan semula ke khalifah di Baghdad. Semasa pemerintahan Sultan Salim dengan kekerasan di Kota Baghdad hilanglah pedang yang penuh bersejarah ini. Dengan hilang peninggalan bersejarah itu tamatlah sejarah Zul Faqar. Walau bagaimana pun kita patut bersyukur ke hadrat Illahi kerana ada antara kita, insan yang sanggup berusaha menyumbangkan modal dan tenaga bagi menbuat salinan pedang yang hilang itu. Inilah salinan pedang tersebut dengan mata diperbuat dari besi berkilat dan bercahaya dicampur dengan emas dan perak serta dihias dengan mutiara. Hujung pedang ini yang terbelah dua adalah kerana semasa kejadian di saat Saidina Ali RA menghunusnya dari sarung dengan kekuatan luar biasa berhadapan dengan musuh yang menghunus pedang mereka.

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds