~ ceBiSaN ePiSoD HiduP... ~


** moga ada sesuatu yang boleh disampaikan.

Alhamdulillah, solat subuh telah pun tertunai. Aisya mengenakan tudung. Tangannya laju mencapai beg di tepi katil. Sebelum pergi, dia sempat mencatat sesuatu untuk sahabat. Nota kaki barangkali. Sebaik sahaja membuka pintu bilikny, Aisya meluru masuk dan terus terjelepok di tepi katil. Tangannya menekan-nekan bahagian abdomen untuk mengurangkan sakit. Kesakitan yang menyucuk itu terasa bertambah ngilu sejak malam semalam.

Aisya merebahkan diri perlahan-lahan di atas lantai yang tidak beralas itu. Sejuk. Kepalanya di alas dengan beg galas, satu-satunya teman setia kala itu.

‘Allah.. Aku milik-Mu.. Andai ini hujung nyawaku, aku redha.. Sampaikan salam kemaafan buat semua yang pernah mengenaliku, Rabbi..’

Tanpa sedar, dia terlena di situ.

~~~~~~

‘Aduh.. sakitnya kepala ni.. Aku kat mana ni..?’

Aisya memicit-micit dahinya sambil melihat sekeliling. Masih gelap di luar, menandakan waktu masih awal.

‘Alhamdulillah, masih di bilik. Ya Allah, darah..! Allah.. Allah.. Allah..’

Aisya menggagahkan diri untuk bangun. Cubaan pertama gagal. Yang kedua juga. Cuba bertenang, akhirnya dia berjaya mengheret batang tubuh ke bilik air. Hampir terjelepok, namun diselamatkan dengan kehadiran makhluk besi itu. Water cooler.

Aisya membersihkan diri dan mengambil wudhu’. Mahu dinaungi dan didoakan malaikat rahmat.

~~~~~


Usai sunat dhuha, Aisya merebahkan diri di perbaringan. Tangan kanannya tetap menggenggam nota cinta dari Allah. Mata dipejam. Nota cinta didakap. Tanpa sedar, ada air hangat mengalir.

‘Ya Allah.. Aku rindu.. Aku tahu walau aku tak pernah mengkhabarkan, Kau tetap memahami dan mengetahuinya, lebih dariku sendiri.. Aku milik-Mu Allah.. Rindu itu sakit..!’

Mutiara di pipi semakin rancak mengalir. Semua rasa bercampur jadi satu. Bibirnya terkumat-kamit mengulangi kalimah agung. Terbayang kisah semalam, bagaikan ada magnet yang menarik.

~~~~~

Dia termenung, panjang. Berfikir, dalam. Perbualan sahabat dijawab acuh tak acuh. Hatinya berdoa agar sahabat tidak menyedari sebarang keganjilan pada dirinya. Dia cuma untuk berlagak biasa, namun perutnya masih terasa tidak selesa. Angin barangkali, cuba menenangkan gelisahnya hati.

‘sabarlah jasad, belajar untuk melebihkan sahabat dari dirimu sendiri. Aku xmahu lagi terlalu memanjakanmu. Aku takkan pernah memanjakanmu..!’

Computer riba yang satu-satunya miliknya ditutup dan disimpan di dalam beg, kemas.

‘Berehatlah kamu di situ.’

Mata terasa bagai diserang kantuk. Kepenatan juga barangkali lebih mengujakan kantuk.

“Aisya, Aisya tak nak operate ke..?” syifa’ melontarkan persoalan. Mungkin dari ‘seseorang’.

Aisya meminta bantal sebagai alas kepala. Lantas badan dibaringkan di atas lantai kosong itu. Hamdalah. Moga istirehat ini dapat memberiku energi untuk menghadapi hari esok. Sengaja dibiarkan persoaln itu dibawa angin.

Biarlah. Aku tak ingin mengotori kamarmu lagi dengan tangisku. Maaf. Aku tak ingin menyusahkanmu lagi. ‘asif, aku tak ingin menggusarkan sesiapa lagi. Tapi aku takkan dapat menipu diri, aku rindukan pelukan damaimu yang menenangkan saatku resah. Aku rindukan ketenangan dalam pelukanmu saat tangis ini enggan berhenti. Tapi akhirnya, aku jadi malu sendiri. Malu dengan lagak yang seperti anak kecil ini. Ampun. Aku bukan Quat seperti tanggapan sesiapa. Aku tak punya sesiapa. Aku cuma punya Allah, dan ummi, tempat lahirnya roh danjasadku. Syifa’.. soalanmu terlalu berat bagiku. Aku jadi teringat ummi. Sedih. Mungkin kerna rindu. Ingin segera pulang. Namun tingkah adik-adikku bagai menghalang aku pulang segera. Rasa seperti mahu mengikat kaki ini di sini. Ayah. Mengingatnya saja buat nafsu amarahku membuak. Rasa tidak enak. Aku terlalu geram. Berkali-kali ku pujuk hati, dia bapaku. Namun tindakannya aku fikir amat keterlaluan. Ampun Ya Rabb.. Aku mohon, quatkan aku untuk menerima dia sebagai dia yang punya pertalian denganku. Quatkan aku juga untuk menguatkan ummi tersayang. Aku terlalu sayangkan ummi, Allah. Jangan , jangan kau biarkan air matanya tumpah lagi. Jangan ya Rabbi.. aku terlalu sakit mengingatkan itu. Syifa’.. Aku fikir kamu juga punya jawapan pada persoalan kamu. Belum pernah aku berjumpa seorang yang waras yang tidak mahu sihat dari fasa sakitnya. Namun aku punya tanggungjawab syifa’..! yang ku kira berat. Yang ku kira sebagai amanah yang tergalas di bahuku. Aku punya ummi yang butuh bantuanku syifa’. Aku sedar, usaha untuk menyambuhkan penyakit itu juga perlu, tapi bagiku, ummiku tetap yang pertama. Pertama dan terakhir buatku. Andai ku punya wang, ummi juga akan jadi yang pertama. Bukan untuk upah doktor-doktor bedah itu. Syifa’.. terlalu banyak yang dirimu kurang arif tentangku. Aku bukan seperti anggapan sesiapa. Maaf, terlalu sukar untukku membuka pekung di dada.’

“tengok, orang tanya tak nak jawab.. kenapa tidur kat bawah?”

Aisya tersentak. Senyum menghias bibir.

“takpe, saje.. syifa’ tidur kat atas.. panasla..”

“mmm kalau macam tu, kita tidur kat bawah sama-sama..” ya Allah.. maafkan aku.. rasa bersalah menebal di hati. Namun tidak larat lagi rasanya mahu bertikam kata. Akhirnya mengalah. Maaf sahabat..



~~~~~

Jam menunjukkan angka sebelas. Masih belum panas. Fikirannya melayang, cuba mengingat lokasi telefon awam di sekitar kampusnya. ‘Di pejabat’, detik hati. Aisya lantas bangkit dari peraduan. Bersiap sekadar yang perlu aisya melangkah longlai ke pejabat. Entah kenapa, terasa tinggi yang amat tangganya.

Aisya mendaki perlahan. Usaha itu puncak jaya. Akhirnya sampai juga. Lantas didail nombor ummi tersayang.

~~~~~

Aisya terjelepok di situ. Dia berteleku sambil bersandar pada dinding yang menempatkan telefon yang baru digunanya. Esakan aisya menjadi-jadi. Terburai semahunya selepas ditahan daripada keluar semasa berbicara dengan ummi tadi.

‘abang cakap kakak nak pergi KL, buat ape?’

‘nak jumpe kawan ummi..’ ingin hatinya menjerit; kawan kakak itu perjuangan, ummi..!

‘hmm.. musim duit takde ni, jangan boros sangat.. kalau tak penting, simpan dulu niat tu.. tapi kalau penting sangat nak buat macamane kan.. bile kakak balik?’

‘sabtu ummi, insyaAllah.. tiket pukul 3 petang..’

Ummi terus bercerita menyulam nasihat. Aisya cuma diam, hatinya sebak.

‘kalaulah ummi tahu aku cuma meneguk air suam sebagai alas perut.. ummi, hatimu terlalu suci untuk dilukai.. maafkan kakak..’


Kaki diheret longlai menuju tasik. Aman. Damai. Rindu berputik lagi. Rindu pada tempat ini. Rindu pada kisah silam.

‘Allah. Terasa benar nikmat persahabatan kerana-Mu.’

Mentari kelihatan mula menarik diri bersama lembayung senja. Indah nian. Subhanallah.

Aisya tenang sekali. Seolah-olah bersedia dan tahu yang dia akan bergelut dengan maut lagi malam itu.










0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds