~HiDaYaH-Mu RaBbi...~

Suasana petang itu begitu redup sekali.angin bertiup perlahan dan burung-burung berterbangan riang menuju pulang kesarang. Shauqi berjalan perlahan,lemah dan sayu kakinya melangkah. Air mata lelakinya terburai lagi.biarlah! biarlah mereka kata dirinya lemah yang penting dia sudah nekad untuk membuat keputusan itu.dia sudah nekad untuk melepaskan suraya walaupun hatinya tetap merasa pedih dan hiba.

“apa salah saya pada awak?mengapa awak tergamak nak putuskan hubungan kita.?”suraya bersuara. Marah. Geram. Semua bergabung menjadi satu.

“sebab saya tak menemui apa-apa bersama awak,suraya. Saya sedar selama ni saya dah banyak terleka dengan kenikmatan cinta duniawi yang menipu ini.” Jawab Shauqi. Dia merenung padang yang luas terbentang dihadapannya. Angin petang yang bertiup langsung tidak dapat memberi ketenangan kepada hatinya.betapa dia memerlukan kekuatan jiwa ketika ini.

“selama ni awak anggap saya sebagai apa,shauqi?sebagai perempuan simpanan awak saja ke?sudah puas awak bawa saya kesana kemari,sekarang senang-senang awak nak putuskan pula perhubungan kita? Suraya kembali bersuara. Dia merenung tajam kearah shauqi dengan kemarahan yang ditahan-tahan. Kenapa lelaki dihadapnnya ini tergamak memutuskan perhubungan mereka yang telah bermula tiga tahun lalu? Perhubungan yang telah bermula sejak mereka berada ditahun pertama pengajian lagi. Kini,setelah berada ditahun akhir,mengapa lelaki ini tergamak sekali memutuskannya? Bukankah mereka telah berjanji untuk mendirikan rumah tangga setelah tamat pengajian kelak?

“selama ni saya dah banyak buat dosa terutamanya ketika bersama awak. Saya datang kesini untuk mencari sebuah kekuatan tetapi awak dah musnahkan kekuatan saya itu.sekarang saya nak putus denganawak dan saya nak kembali kejalan yang benar.” Shauqi menjawab dengan yakin. Dalam hati dia beristighfar dan meminta kekuatan dari tuhannya.

“kembali kejalan yang benar? Oh, maksud awak taubat?” suraya menoleh lantas dia ketawa terbahak-bahak.jawapan shauqi sebentar tadi cukup menggelikan hatinya. Rambutnya yang lurus terurai diselak kebelakang. “orang macam awak ni pun pandai taubat jugak ke?”dia ketawa lagi. Shauqi hanya memerhati.sesekali dia mengeluh.’ Oh Tuhan,berikanlah aku kekuatan’ monolognya.

“dah lah suraya. Tak de guna saya layan perempuan macam awak ni.daripada saya terus-terusan bercinta dengan awak,terus-terusan membuat dosa dan maksiat bersama awak,lebih baik saya mencari sesuatu yang lebih berfaedah untuk menghabiskan sisa-sisa umur saya di dunia ni. “ balas Shauqi.

“Awak pergilah bertaubat.” Sambungnya lagi dan selajur dia berlalu pergi meninggalkan suraya bersendirian disitu.

“shauqi.awak tak boleh buat saya begini.saya cintakan awak.”jerit suraya tetapi jeritan itu tidak diendahkan olehnya. Shauqi terus berjalan tanpa menoleh kearah wanita itu. Air matanya mula bercucuran. Dia tidak tahu mengapa air mata itu perlu mengalir . adakah kerana dia gembira kerana telah dapat memutuskan perhubungan terlarang itu sebentar tadi? Atau adakah dia menangis kerana sedih diatas perpisahan itu?


Oh Tuhan
HambaMu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut nafsu dunia
Mencintai yang lain lebih dari Mu

Oh Tuhan
hidayahMu pernah hadir
hingga kering air mataku menitis
namun terkadang aku berpaling
kerna mengejar nikmat dunia
yang sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untukku bernafas
Dan sujud mengabdi pada Mu,

Oh Tuhan
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMu
hadirkan Damai sebelum penghujung nafasku

Oh Tuhan berikan daku petunjukMu
Untuk ku meniti kejalan redha Mu
Izinkan aku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMU
Oh Tuhan...

Muhasabah. Shauqi mengalirkan air mata lagi. Air mata keinsafan diatas segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya selama ini. Mungkin,jika mereka melihat tangisanku ini,pasti mereka akan ketawa kerana aku adalah seorang lelaki. Seorang lelaki yang patutnya lebih tabah dan bersifat ‘kebal’ pada tangisan tetapi kini, di hadapan Tuhanku aku buka sesiapa lagi melainkan seorang hamba yang lemah. Seorang hamba yang berlarutan melakukan dosa dan noda. Melakukan maksiat.

Dia. Dialah wanita yang telah membuatku lemah. Membuatku hancur. Membuatku jatuh kelembah kehinaan ini namun mungkin ini juga adalah salah diriku sendiri. Kenapa aku boleh tergoda dengannya? Ya Allah,aku tak pernah mendapat didikan agama yang baik. Aku tak pernah tahu tentang semua ini.tentang dosa-dosa yang telah aku lakukan ini. Kenapa Engkau temukan aku kepada seorang wanita yang telah menghancurkan hidupku? Yang telah mendatangkan fitnah dalam hatiku? Mengapa Engkau tidak temukan aku dengan sorang wanita yang mampu membimbing insan jahil sepertiku ini? Aku lemah ya Allah. Aku lemah dengan makhluk bernama wanita itu.

Shauqi menangis lagi. Air mata penuh hiba dan penyesalan. Kepada siapa dia boleh mengadu? Siapa yang sudi mendekati insan yang social sepertinya?siapa yang sudi mendekati seorang mat rempit yang sudah terkenal dengan bermacam-macam perangai buruk diuniversiti tempatnya belajar itu? Apa yang dilihatnya semua golongan-golongan ‘soleh’ di tempatnya belajar itu hanya bertindak seperti menutup mata apabila berjumpa dengan mereka malahan ada yang memandang jijik dan hina terhadap kelakuan-kelakuan buruk mereka. Mengapa mereka tidak mendekat saja? Mengapa mereka hanya berda’wah diantara mereka saja? Mengapa mereka hanya ingta-mengingati antara mereka saja?diman tanggungjawab mereka untuk member peringatan dan berda’wah dengan insane-insan seperti kami? Itula kesalahan nyata bagi golonag-golongan mereka yang kulihat.

Telefon yang berbunyi nyaring menyedarkan Shauqi dari menungnya. Baru sebentar tadi dia melakukan solat sunat taubat walaupun tergagap-gagap membaca surah yang baru dihafalnya dari buku ‘panduan lengkap solat fardhu dan solat-solat sunat’ yang dibelinya dua hari yang lepas. Dengan malas dia bangkit dan mengambil telefon tanpa wayar itu. Nama Suraya tertera sebagai pemanggil. Shauqi meletak kembali gajet tersebut lantas kembali berteleku di tikar sembahyang. Dia memilih untuk tidak menjawab panggilan itu tetapi sekali lagi tefonnya berbunyi. Kali ini dia menerima satu mesej. Juga dari suraya.

Npa xangkat fon ! sy ada pkr pnting nk bgtau awak !

Shauqi merenung jam didiniding biliknya yang samar-samar.4.25 am. Pantas dia menekan punat off pada gajet tersebut tetapi sepantas itu jugak panggilan dari Suraya masuk lagi.

“awak ni kenapa nak ganggu saya lagi? Kan dan pukul 4 pagi ni. Orang nak tidur la.” Bohong shauqi. Entah macam mana lagi dia nak mengelak dari wanita tersebut. Dia memang bernekad untuk menukar nombor telefon sejak dia memutuskan hubungan mereka tempoh hari namun waktu saja yang belum mengizinkan lagi.

“saya nak awak jumpa saya sekarang jugak.!” Suraya menjerit. Suaranya bergema. Shauqi tekejut dengan tingkah suraya itu. Adakah wanita ini sudah gila?

“eh, saya dah tak de apa-apa lagi dengan awak,perempuan ! jadi tiada sebab untuk saya jumpa dengan awak sekarang.” Dia hilang sabar. Sifat panas barannya kembali menerjah dengan jeritan suraya sebentar tadi.’ Awak tak reti tengok jam ke,suraya? Sekarang ni dah pukul 4 pagi,awak pergi bersolat dan berdoa banyak-banyak lagi baik daripada awak ganggu hidup saya ni” Sambungnya lagi.

“Eh Shauqi! Kau jangan nak buat-buat baik kat depan aku ya. Kalau kau tak datang jumpa aku sekarang,aku gugurkan kandungan ni.” Balas suraya. Suaranya masih meninggi.

“hah !???kandungan?” shauqi kehairanan. Kebingungan. Perlahan-lahan dia menjadi takut.

“ Eh,Shauqi,lebih baik kau datang jumpa aku sekarang kalau tak aku gugurkan kandungan ni. Kau jangan lupa,kau dah banyak kali tidur dengan aku dank kau jangan harap kau boleh lepas dari aku begitu saja. Aku ada hak terhadap kau. Faham ! “ suraya menjerit lagi seraya memutuskan talian telefon. Shauqi kebingingan. Ya Allah,apa aku dah buat ni? Ya Allah, banyakknya dosa yang aku dah lakukan pada Mu,kenapa aku boleh jadi seteruk ini?

Shauqi menangis. Dia kebingungan. Mana mereka semua pergi? Mana kawan-kawan yang dulu setia bersamaku? Apa yang patut aku lakukan? Aku buntu,aku jahil.Shauqi menangis lagi. Pantas dia mengambil kunci motornya dan turun ke tingkat bawah apartment yang dihuninya bersendirian. Aku akan jumpa suraya. Aku taknak buat dosa lagi. Ya Allah,aku telah melakukan zina,ya Allah aku telah melakukan sesuatu yang Engkau amat membencinya. Mengapa baru kini aku sedar tentang semua ini? Alangkah teruknya diriku. Shauqi menangis lagi. Dia meraung sendirian ditingkat bawah apartment itu. Dia amat membenci dirinya sendiri. Pak cik guard yang bertugas ketika itu hanya memerhati dari jauh. Mungkin memikirkan bahawa dirinya gila.

Shauqi menunggang motornya selaju yang mungkin. Perasaan takut,rasa bersalah,rasa berdosa dan bermacam-macam lagi terbayang dimindanya. Segala dosa-dosa dan kenikmatan-kenikmatan palsu yang telah dilakukannya bersama suraya dan rakan-rakan syaitannya dulu terbayang-bayang dimatanya. Dia menjerit. Tangisannya bergema lagi. Motor yang ditunggangya semakin dilajukan sehinggalah tiba disuatu selekoh, dia tidak smepat mengelak apabila sebuah lori kontena meluncur laju melanggarnya. Badannya terasa ringan. Dunia dirasakan terlalu gelap. Asing. Sunyi. Sepi.

“shauqi. Shauqi anak mak,bangun nak.”samar-samar suara itu kedengaran. Shauqi membuka matanya. Seorang wanita.dia seperti pernah menatap wajah itu. Ya, wajah itulah yang selalu meninggalkannya. Wajah itulah yang tidak pernah kisah tentang dirinya. Wajah itulah yang sentiasa sibuk mengejar nikmat kekayaan dunia. Tapi,siapakah dia?

“ Abang,anak saya dah bangun bang.” Wajah itu tersenyum. Lelaki disebelahnya hanya merenung kosong kearah wanita itu. Wajahnya penuh dengan kesesalan. “Awak terlalu sibuk dengan kerja-kerja awak,Mahani. Sekarang bila anak awak dah macam ni baru awak kisah tentang dia. “ lelaki itu bersuara. Shauqi kembali menutup matanya. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Siapa mereka ini? Mengpa mereka bertengkar disini? Dihadapan aku? Dan ,dimana aku berada? Dia bertanya sendiri. Kebingungan.

“ eh, yang awak marah saya ni kenapa pulak?awak pun sama,tak pernah lekat kat rumah. Asyik sibuk dengan syarikat-syarikat awak saja. Sibuk tak menentu kat luar Negara tu” Wanita itu membalas. Mereka bertengkar lagi. Saling salah-menyalahi antara satu sama lain. Siapa mereka ini? Shauqi bertanya sendiri. Adakah mereka ibu dan ayahku? Adakah mereka ibu dan ayahku yang member berjuta-juta kemewahan kepadaku tetapi tidak pernah memgajarkan tentang ilmu mengenal Tuhanku? Mereka ibu bapaku? ibu bapa yang tidak pernah ambil tahu segala perangai burukku. Ibu bapa yang tidak pernah mengingtakan salah silapku.

“ Mahani, selama ni saya keluar untuk bekerja untuk kesenangan kamu dan anak-anak.saya dah tak benarkan kamu bekerja tetapi kamu tak pernah dengar kata saya.saya dah pesan pada awak supaya bagi pendidikan agama yang cukup pada anak-anak tapi awak tak pernah buat dan bila dah jadi macam ni,apa yang awak nak kata lagi?” lelaki itu bersuara. Pandangannya sayu kearah shauqi. Pandangan yang penuh dengan seribu satu penyesalan.

“err,saya kat mana dan awak ni siapa?” shauqi memaksa diri untuk bersuara. Kepalanya masih berdeyut-denyut lagi. Wanita itu memandang. Matanya berjuraian air mata.

“ini mak,sayang. Maafkan mak sebab selama ni mak tak pernah ambil tahu pasal shauqi.”wanita itu mula menangis. Dia memeluk shauqi. “ Awak baru lepas kemalangan,nak. Dah seminggu tak sedarkan diri.” Wanita itu menangis lagi. “ maafkan mak,sayang.”

Shauqi hanya memerhati. Lemah. Segera fikirannya berpusing. Bagaimana kau boleh berada disini? Suraya . ya,suraya! Suraya mengandung dan aku perlu untuk berjumpa dengannya. Tapi...ya Allah,mana dia?

“mak, suraya mana?”perlahan dia bertanya. Wanita itu terdiam. Dia berpandangan dengan suaminya. “ Siapa suraya nak?” wanita itu bertanya. Lelaki disebelahnya berdiri dan mengambil sesuatu dari laci meja wad kelas pertama itu. Surat khabar bertarikh seminggu yang lepas itu diberikan kepada shauqi. Sedaya upaya shauqi mengambil akhbar tersebut.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita muda ditemui mati dalam keadaan yang amat mengerikan dengan berdekatan dengan Night Club centre,semalam. Mengikut siasatan,mangsa yang dipercayai melompat dari tingkat sepuluh bangunan yang berdekatan dipercayai sedang mengandung tiga bulan ketika membunuh diri dan lengan wanita tersebut dipenuhi dengan torehan pisau yang mengukir nama ‘shauqi’ . mengikut saksi,mangsa dikatakan.......

Shauqi tidak dapat meneruskan pembacaannya. Dia mula menangis dan meraung. Kisah kematian tragis suraya itu membuatkannya tidak dapat berfikir lagi. Puan Mahani dan suaminya kebingungan. Shauqi terus meranung dan menangis sehinggalah akhirnya dia pengsan.

Tiga pagi. Shauqi terbangun dari tidurnya. Wad hospital itu dirasakan sunyi sekali. Dihujung sudut bilik tersebut,kelihatan puan Mahani dan suaminya tertidur diatas sofa.’shauqi dah lama maafkan ibu dan ayah.terima kasih kerana melahirkan shauqi,ibu.’ Dia bermonolog sendiri. Air matanya mengalir lagi apabila mengenangkan kisah suraya dan zuriat yang tidak berdosa itu. Zuriat yang terhasil dari dosa zina dirinya dan suraya. Ya Allah,adakah ampunan buatku lagi?

Dia bangun dari katil. Kepalanya yang masih berbalut terasa berdenyut-denyut. Segala hos-hos yang mengalirkan darah dan air ke dalam badannya dicabut. Sakit. Namun sakit itu dibiarkan saja. Sakit itu sedikit saja dibandingkan dengan sakit yang akan diterimanya kelak jika Allah tidak menerima taubatnya. Perlahan-lahan dia menuju kebilik air. Seluruh anggota terasa begitu sakit ketika dia berjalan namun dia kuatkan saja. Sudah lama dia tidak bersolat. Sudah lama dia tidak bermunajat memohon keampunan daripada Allah tuhan seluruh alam.

‘Ya Allah,hambaMu ini sudah terlalu banyak melakukan dosa dan maksiat terhadapMu, ya Allah. Ampunkanlah aku terhadap segala apa yang telah kulakukan dulu. Segala dosa dan maksiat yang telah kulakukan terhadapMu. Aku malu kepadaMu,ya Allah..terlalu banyak dosa dan maksiat ku lakukan terhadapmu dan aku terlalu jahil tentangMu. Aku tidak pernah mendapat didikan agama yang baik dari ibu bapaku namun aku tidak menyalahkan mereka kerana hidayah itu dariMu,bukan dari Mereka.’ Shauqi menangis. Hiba. Dadanya terasa sempit. Dia terlalu ingin merasa nikmat bertuhan itu. ‘ya Allah,jika mati itu adalh baik untukku,maka matikanlah aku didalam keimana serta Engaku terimalah taubatku..tetapi jika hidup itu lebih baik untukku maka hidupkanlah aku dalam keimanan dan berikanlah aku hidayahMu.’ Air matanya terus mengalir. Penuh hiba.penuh rasa bersalah terhadap tuhannya.betapa selama ini dia hidup dalam kejahilan,dalam kehinaan.

“Ya Allah, abang!anak kita....” puan mahani meraung. Dia begitu hiba melihat jasad shauqi yang terbujur kaku di tikar sejadah itu.terbujur kaku diwaktu sujudnya,dalam ketenangan subuh yang hening.

“Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga , sungguh dia memperolehi kemenangan. Kehidupan didunia adalah kesenangan yang memperdaya.”
(Ali Imran,3 : 185)

~Please... Open Your Eyes...~



Look around yourselves

Can’t you see this wonder

Spreaded infront of you

The clouds floating by

The skies are clear and blue

Planets in the orbits

The moon and the sun

Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves

Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind To push it all aside..

No..

We just have to Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way (Allah..)

Guide us every single day.. (Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..

Look inside yourselves

Such a perfect order

Hiding in yourselves

Running in your veins

What about anger love and pain

And all the things you’re feeling

Can you touch them with your hand?

So are they really there?

Lets start question in ourselves

Isn’t this proof enough for us?

Or are we so blind To push it all aside..?

No..

We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way (Allah..)

Guide us every single day.. (Allah..)

Keep us close to You Until the end of time..

When a baby’s born

So helpless and weak

And you’re watching him growing..

So why deny

Whats in front of your eyes

The biggest miracle of life..

We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look quiet we’ll see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way (Allah..)

Guide us every single day.. (Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds

If you just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way (Allah..)

Guide us every single day.. (Allah..)

Keep us close to You Until the end of time..

Allah..

You created everything

We belong to You

Ya Robb we raise our hands

Forever we thank You..

Alhamdulillah..

~NaFSu iTu DiRimu..!!!~

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”

Riwayat al-Bukhari

Huraian
i) Di samping faktor-faktor luaran seperti dunia, manusia dan syaitan, faktor dalaman iaitu nafsu turut mendorong manusia melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

ii) Mengendalikan hawa nafsu merupakan jihad terbesar yang sangat berat dan wajib dilakukan manusia. Tanpa kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan .

iii) Orang yang mengikut hawa nafsu seringkali semakin asyik dengan kesesatannya itu bahkan sampai tidak merasa berdosa dengan maksiat yang dilakukan sehingga sanggup dan tanpa malu melakukan tindakan yang melampaui batas. Sebagai contoh, muda-mudi hari ini didapati begitu banyak yang berkelakuan tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan di khalayak ramai dan yang seumpama dengannya sedangkan kita mengetahui bahawa menurut hawa nafsu mengakibatkan kehidupan moral dan akhlak mulia manusia menjadi rosak .

iv) Adalah amat penting bagi setiap umat Islam memiliki nafsu yang selalu memperoleh petunjuk dari Allah S.W.T sebagaimana nafsu yang telah dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s sehingga beliau dapat menghindarkan dirinya dari segala bentuk kemaksiatan.

Wallahua'lam..

~kHiDmaT iTu kHaDaM..~

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

Riwayat Muslim



Huraian
1. Setiap pemimpin hendaklah merapatkan hubungan dengan rakyat jelata supaya tidak berlaku keadaan benci-membenci di antara satu sama lain

2. Islam melarang umatnya menentang pemimpin sekalipun pemimpin tersebut melakukan kesilapan atau kesalahan selagi mana ia mendirikan sembahyang sebagai bukti ia masih lagi Islam.

3. Salah satu daripada tanda-tanda keadilan seorang pemimpin ialah wujudnya ikatan kasih sayang dan kemesraan di antara pemimpin dengan rakyat dan di kalangan pemimpin itu sendiri.

Sumber : JAKIM

Wallahua'lam

~aPa kHaBaR iMaNmu..?~

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”

Baihaqi

Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap
individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan
kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim
yang sebenar.

ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila
mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan
sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi
orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas
apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk
berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada
Allah.

iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala
senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada
Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,
jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya
mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya
akan didapati kosong, kecewa dan hampa.

Wallahua'lam..

~daLaM taHajjUD ciNTa berSuJuD..~

Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya

tunjukku ke jalan syurga

ku haus di tengah laut

lemas mencari tempat berpaut

kirimkan aku kekuatan

serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira

perih pedih tanggung derita

sungguh aku bukan wali

yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya

tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba

terlalu banyak

cinta yang ku damba

tiada yang sempurna

hanyalah fana

Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya

tunjukku ke jalan syurga


Ku rebah di dada malam

memecah dendam yang lama diam

ku tanggalkan baju dunia

dakapku dengan selimut syurga

ya Tuhanku hanya padamu

tempat mengadu segala rindu

limpahi ku rahmat kasihmu

dalam tahajjud cinta bersujud...

~biLa buLaN hamPir hiLaNg siNarnY....~

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan
menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul
maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
tidak ikut bersama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang
sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah
dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan
Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.

"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat
aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah
orang-orang lemah di antaramu.

" Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling
berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali
kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"


Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
mampukah kita mencintai sepertinya?
Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

p/s:

Semoga timbul kesadaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita.
Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat..

Rasulullah sentiase mrindukn ummatny.. kite.. tp.. mane pergi krinduan n kcintaan kte wt ya Habibi niy..??

~biLa RiNDu beRbiSik....~

Kutahu di hati mu

Kau selindung bisikan rindu

Berlabuh bayangmu menagih kasih sepiku

Kau pernah mu bertamu

Yang telah kuserah hidup seluruhku

Dan hanya dirimu kan kuingati selalu waktu

Sengketa menjauh kita bersama

Asmara terluka beralah air mata

Kuingin mu selama dengan janji setia

Tanpa ragu berbicara cinta

Kau segala

Ku setegar menunggu

Walau terulang menyayangmu tulusku

Kau pergi berlalu kemaafanmu dambaku

Percaya mu mahu ku begitu ke sisimu

Kutuju bisa abadi bertemu dalam kalbu

Kuingin mu selama dengan janji setia

Tanpa ragu bicara cinta

Kau segala

Kau segala…

If a girl cries in front of you,
It means that she couldnt take it anymore.

If you take her hand,
she would stay with you for the rest of your life.

If you let her go,
she couldnt go back to being herself anymore.

A girl won’t cry easily,
except in front of the person whom she
loves the most,
she becomes weak.

A girl wont cry easily,
only when she love you the most,
she put down her ego.

Guys,
if a girl cries because of you,
please hold her hands firmly,
because she’s the one who is willing to stay
with you for the rest of your life.

Guys,
if a girl cries because of you,
please dont give her up,
maybe because of your decision,
you RUINED her life.

When she cry right in front of you,
When she cry because of you,
Look into her eyes,
Can you SEE n FEEL the pain that hurt her feeling?

Think….

Which girl have cried with pure sincerity,
In front of you,
And because of you?
She cries NOT because she is weak,
She cries NOT because she wants sympathy or pity,

BUT..

She cries,
Because crying silently is NO longer possible,
the pain, hurt n agony have become too BIG,
to be burden to be kept inside.

Guys,
Think about it,
If a girl cry her heart out to you,
And all because of you,
Its time to look back on what you have DONE,
Only you know the answer to it.
Do consider it,
Because one day,
It maybe too late for regrets,
It maybe too late to say “im sorry”
think about it.

“Appreciate and love those around you so that you’ll
never regret when it is too late..”

~rNi juMaaT kan..??~

HARI JUMAAT dikira hari yg sangat mulia pada Allah kerana :

1. Ia adalh penghulu sgl hari.

2. Nabi Adam a.s dijadikan pada Hari Jumaat.

3. Hari Qiamat berlaku pada Hari Jumaat.

4. Menurut satu riwayat, ia adalh sbaik2 hari yg naik matahari padanya. Pada hari tersebut Allah mmerdekakan 600 000 org drpd neraka. Ssiapa yg mati pada hari tersebut, Allah menyuratkn baginya pahala syahid dan dipeliharakannya drpd fitnah kubur.

5. Pada hari Jumaat, disunat mmperbanyakkan bacaan selawat pd siang hari dan mlmnya dan mmbaca surah Al-Kahfi, disunatkan mandi dgn meniatkan sunat Jumaat, kmudian berpagi2 (dtg awal) ke tempat sembahyang Jumaat dan sunat mmberi byk perhatian kpd khutbah.

Petikan dari Kitab Munyatul Musolli dan Bahjah Mardhiah karangan Tuan Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni….

~TiMe t0 sTuDy GuYs..!!~ ;)

Kaly arung - Sekaligus

Air geh - Air berkabonat

Jauh sapok - Teramatlah jauhnya

Panah terik - Panas yang teramat sangat

Comel lote - Comel yang amat

Ija naung - Hijau kehijauan

Sejuk ketto - Sejuk yg sangat²

Itang lettung - Tersangatlah hitamnya

Punoh jahnang - Rosak

Gura bewok - Gurauan yang menyebabkan pergaduhan

Taik ayang muna - Tahi ayam candu!

Kona lepe - Kona lipat

Kelecat - Terpelanting

Nakuk paik - Penakut yang amat tinggi

Lonjong - Tinggi sangat

Tinggi nya-yuk - Sama macam di atas

Masing pekkok - Teramat masin

Nipih nayyang - Sangat nipis

Maknga - Cuai

Babeil - Degil (tak tau nak eja camne)

Jabir / supek - Plastic bag

Supek Ngok ngark - Beg plastik merah

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan semula

Puahsang - Boring

Meppeh - Tak larat

Kepeh blepeng - Sangat kempis

Lapo peruk - Lapar

Ngatuk mate - Mengantuk

Bodo dooh lalu - Bodo lebih²

Ko-rok keghing nggoh - Tengkorak yg sudah kering (macam mengata/mengumpat)

Kelecak baghak - Terpelanting

Kerek tlage - Konkrit mengepung telage

Takdok aghoh - Habis ikhtiar

Khapoh - Lapik dua ( contoh Sandwich )

Penuh nembok - Penuh sampai melimpah

Gemol debbok - Gemuk

Kuruh kering - Sangat kurus

Botok licing - Botak licin

Jalang kecok - Jalan terhincut²

Gege - Bising

Suke glekek - Ketawe melekek

Sejuk ketor - Terketar-ketar sampai bergegar

Manih leting - Sangat manis

Dulli mung - Tak ambil peduli

Musing ketang caghi - Cari merata-rata

Dok orok cetong - Letih/tidak terdaya

Bapok gong - Sangat besar

Gong - sombong

Srupe tule / supatula - Serupa saja

Beghak nanang - Sangat berat

Ringang lepung - Sangat ringan

Ketik nnyamuk - Digigit nyamuk

Makang kkucing - Dimakan kucing

Kattok wong - Katak dalam longkang (siap ada sounf effect tu)

Dok tahu starang - Tak tahu pun

Busuk kohong - Busuk gile

Serabuk wehh - Ungkapan ketika diganggu

Ape ke jadah - Apa hal

Apah nyor - Hampas kelapa

Anguh letong - Sangat hangus

Bata golek - Boaster / bantal peluk

Bronok - Sejenis kuih yang diperbuat daripada sagu

Boloq woq - Serabut

Bahang - Pukul kan!

Bluahh - Comot

Ceekiik - Cubit-cubitan

Dokdang - Tak sempat

Iiising - Gila dooo

Ikang aye - Ikan tongkol

Tunggu betor - Tunggu sekejap

Kupik - Kedekut

Lembek - Tilam

Lambur - Beranda/balkoni

Meroh merang - Merah sangat

Musing ligak - Berpusing2

Musing ketang - Berpusing2

Nye-nyeh - Mengada-ngada

Nebeng - Belagak

Nisang - Gula Melaka

Skekk - Sedikit

Sejik - Masjid

Sekut merri - Biskut merrie

Se'eh peruk - Kenyang sangat

Sorok - Drawer

Tawor hebbe - Tawar

Tohok - Buang

Senyak tupah - Senyap sunyi

Tinggi sayuk - Sangat2 tinggi

Beso jalo - Sudah besar(orang)

Kecik tuik - Kecil sangat2

Bising bango - Bising sangat

huduh sepang - Hodoh

Sepang ko' - Hodoh sangat2

Tupul glebek - Tumpul (macam pisau)

Patoh riok - Patah (tangan)

Pendek kettok - Pendek

Gelak kattok - Gelap gelita

Kuning siyor - Kuning

Buruk leppok - Sangat Buruk

Toho leppeh - Air yang cetek

Wohhulu - Bahulu

Tubek - Keluar

Panah ketik - Panas yang teramat

Paik nepang - Pahit yang amat2

Kuba balo - Kerbau yang ada wana perang2

Beng ikang - Van @lori yg bawa ikan


hehee sonok x..?

~haAaA... wt aPe tUuU..?~

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba2..
Setelah mata terbuka, persekitaran diamati..

'Belum subuh lagi ni..' hati bermonolog sendirian.

Kemudian tangan mencapai handset, tengok jam.. 'huh, 3 pagi rupanye..'

Pada masa ini, dalam situasi ini, apekah respond anda?? Jom sakadar renungan bersama!

~1~
Menarik selimut semula sambil berkata "Huh..sedapnya sambung tido tyme2 cmni!"

~2~
"Apasal la aku bangun awal sgt ni.. mimpi tadi pon tak abes lg!" terzahir kekesalan bangun awal? Hmm..

~3~
"Oh, baru 3 pagi. Waktu mcm ni doa makbul. Ya Allah, ampunkan lah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang bersemangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat"
Kemudian sambung semula ZZzZz.....

~4~
Bangun, berwudhuk dan menunaikan solat tahajjud. Dilanjutkan dgn zikrullah dan al Quran recitation..

s0?? kita tahu siapa kita..............

~deKaT daA... aPe..???~

Kiamat sudah dekat.......
Share
Yesterday at 8:48am
wahai manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah. adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL.iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan memikirkan kamu kuat.mempercayai nasib adalah fasik.hendaklah kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang.

dajjal akan keluar apabila MasjidilAqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. kemungkinan pada 21/12/2012. ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar akan berkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut... dajjal tidak boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah.

ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.

kekurangan gempa bumi dan gunug berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH.

sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW adalah jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu..

**ya Allah.. tmpatkan kami dlm kalangan orang2 beriman...**

kHas buaT hawa.. diRimu iTu inDah.. n fiTnaH...

1 . Bulu kening

Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )

" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki

b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian

" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada

" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur :31

5 . Gigi

" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher

" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "

a ) bersolek ( make-up )

b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan

" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah :
Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja " Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan

" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata

" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya " An Nur : 31
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan
yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan " Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara )

" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi " Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) " An Nur : 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah " Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang

b ) Berpakaian ketat / membentuk

c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang " Al Ahzab : 59

13 . Rambut

" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim

**Allah.. alwez be wif us...**

~kaNaN aTaU kiRi..?~

jom3, mesti penat study kn.. jom, acu cube try test niy jap.. (^_^)/

Nih Step nya...try la:)
1. Ambil sehelai kertas

2. Lipat jadi 4 petak

3. Buat lubang tengah-tengah kertas sebesar jari kelingking

4. Tengok satu objek (apa-apa jak la) dari lubang yang ditebuk tadi dengan jarak jauh dari muka

5. Selepas tu, perlahan-lahan rapatkan dengan mata kita

6. Akhir sekali ...cuba lihat lubang kertas tadi tu lebih kearah mata kiri or kanan?

7. Kalau ke arah mata kanan, makananya kita cenderung menggunakan otak kiri dan kalau kearah mata kiri pula sebaliknya...

8. Mudah kan...selamat mencuba(n_n)



Left brain function

-Uses logic
-Detailed oriented
-Facts rule
-Words and language
-Present and past
-Math and science
-Can comprehend
-Knowing
-Acknowledges
-Order/pattern perception
-Knows object name
-Reality based
-Forms strategies



Right brain function

-Uses feeling
-‘big picture ‘oriented
-Imagination rules
-Symbols and images
-Present and future
-Philosophy & religion
-Can ‘get it’ (i.e meaning)
-Believes
-Appreciates
-Spatial perception
-Knows object function
-Fantasy based
-Presents possibilities
-Impetuous
-Risk taking

"Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah..."



Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;"Kami telah beriman," sedagkan mereka tidak diuji ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang dusta." Surah Al-Ankabut :2-3

Kenapa AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahu." surah Al-Baqarah:216

Kenapa UJIAN SEBERAT ini?
" Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." surah Al-Baqarah:286

rara FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." surah ali imran:139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman ! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." surah ali imran :200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" surah albaqarah:45

APA YANG AKU DAPAT dari SEMUA INI?
"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin , baik diri mahupun harta merekadengan memberikan syurga untuk mereka..."surah At-Taubah:111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." surah At-taubah:129

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI
"..dan jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah yusuf:12

~HoLD mY haNd deAr fWeN...~

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

_maher zain_

How great the wonders of the heavens
And the timeless beauty of the night
How great – then how great the Creator?
And its stars like priceless jewels
Far beyond the reach of kings
Bow down for the shepherd guiding him home.

But how many eyes are closed
To the wonder of this night?
Like pearls, hidden, deep beneath a dark
Stream of desires.
But like dreams vanish with the call to prayer
And the dawn extinguishes night – here too are signs.
God is the Light - God is the Light

How great the beauty of the Earth and the creatures
Who dwell on her.
How great – then how great the Creator?
As its mountains pierce the clouds
High above the lives of men
Weeping rivers for thousands of years.

But how many hearts are closed
To the wonders of this sight?
Like birds in a cage, asleep with closed wings
But like work stops with the call to prayer
And the birds reside – here too are signs
God is the Light – God is the Light

How great the works of man and the things he makes
How great – then how great the Creator?
Though he strives to reach the heavens
He can barely survive
The wars of the world he lives in.

Yet, how many timenes he’s tried,
Himself to immortalise?
Like his parents before him in the Garden of Eden
But like the sun sets with the call to prayer
And surrenders to the night here too are signs
God is the Light Everlasting
God is the Light Everlasting
God is the Light Everlasting
God is the Light Everlasting

_yusuf Islam_

~hiDuP iNi uJiaN.. jGn pNaH b'sdeY..~

Jiwa seorang mukmin itu pastinya ditarbiyyah untuk berhadapan dengan pelbagai ujian dan kesukaran. Ada kalanya ujian yang menimpa berbentuk kesenangan – kemewahan hidup, kejayaan dan sebagainya.

Kesenangan seperti ini walau dilihat bukanlah sesukar ujian kepayahan dan keperitan hidup, namun hakikat ujian ini tidak kurang cabarannya. Seseorang yang diuji dengan kemewahan hidup, memiliki harta yang melimpah ruah dan kekayaan yang berganda tentu sahaja perlu memikirkan bagaimana dan ke mana perlu disalurkan wang dan harta yang dimiliki. Adakah untuk kegunaan sendiri dan keluarga semata-mata atau terfikirkah untuk menginfakkan ke jalan Allah?

Kesukaran dan kepayahan dalam hidup juga sebahagian dari ujian. Walau nyata berbeza sebagaimana ujian berbentuk kesenangan, realitinya ini adalah ujian, yang akan menguji tahap keimanan seorang hamba. Perjalanan hidup bagi seorang manusia lazimnya akan melalui berbagai cabaran dan dugaan. Untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang insan, memerlukan perjuangan yang berterusan tanpa noktah. Hatta untuk mendapatkan sesuap nasi bagi mengalas perut sekalipun, memerlukan perjuangan, berkorban tenaga dan masa. Itulah perjuangan yang menuntut infiniti pengorbanan.

Firman Allah :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah : 156)

Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, dan Dialah yang berkehendak untuk melakukan apa jua perkara ke atas makhluk ciptaanNya. Manakala hamba yang diciptakan ini perlu menghadapi segala yang telah diaturkan dengan sempurna oleh Maha Pencipta dengan cara yang termampu olehnya.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)

Mukmin itu tidak cukup hanya dengan ungkapan beriman dan mengaku sebagai Islam sahaja, tanpa memenuhi tuntutan sabar dan tabah hati mengharungi ujian, sama ada ujian berupa perintah – melaksanakan kewajipan dan perintah, mahupun ujian berupa larangan yang perlu dijauhi. Begitu juga ujian kesusahan dan kemalangan yang menimpa diri. Di sinilah ukuran keimanan yang sebenar bagi seorang mukmin.

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (al-Mulk : 2)

Kehidupan merupakan satu medan ujian bagi hamba yang beriman, sehinggalah saat dan tikanya lambaian kematian menjelma. Kematian juga adalah sebahagian dari ujian setelah melalui detik perjalanan sebuah kehidupan yang telah ditetapkan. Kematian inilah saat yang tak mungkin dimungkiri dan dihindari walau seorang menteri, pegawai tinggi, hinggalah rakyat biasa.

"Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu. Kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan : "Ini adalah dari sisi Allah", dan sekiranya mereka ditimpa sesuatu bencana, maka mereka berkata : "Ini datangnya dari sisi kamu (Muhammad)." Katakanlah : "Semuanya datang dari Allah." Maka mengapa orang-orang yang hampir tidak memahami nasihat sedikitpun?" (Al-Nisa’ : 78)

Apakah dikira segala hutang yang masih belum dilangsai, persengketaan yang belum lagi terlerai, janji yang tak tertunai, cita-cita yang masih tak tercapai, kejayaan yang belum sempat digapai mampu menangguhkan saat dan ketentuan ajal yang datang? Tidak kira sesiapapun, maut tetap datang menjemput. Sama ada ahli keluarga yang tercinta, sahabat handai yang dikasihi, guru-guru yang dihormati, rakan-rakan seuniversiti, dekat mahupun jauh, ataukah diri kita sendiri yang masih terkapai dalam pencarian ini, andai telah ditentukan saatnya, akan pergi jua akhirnya meninggalkan dunia yang fana, bukan untuk seminit dua, bahkan untuk selama-lamanya. Waktu yang tak mungkin dapat diundur, lalu tinggallah segala kegembiraan yang pernah dikecapi, abadilah segala kenangan bersama, detik suka mahupun duka akan berputar kembali memenuhi ruang fikiran teman-teman yang ditinggalkan.

Saat ini disedari betapa tinggi dan bernilainya sebuah uhkuwwah dan persahabatan yang terbina. Tika ini jualah mengerti dan menghargai seorang insan yang takkan dapat lagi hidup bersama di dunia. Seterusnya, penyesalan demi penyesalan yang tidak punyai makna apa-apa…

Saidatina ‘Aisyah berkata : Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci mati? Di mana kami semua membenci mati. Baginda bersabda: Bukan begitu. Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaan-Nya dan Syurga-Nya nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya seksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya." (Sohih Muslim, bab Do’a, Taubat & Istighfar, 4845)

Cukuplah mati sebagai peringatan buat diri seorang mukmin. Padanya tiada yang lebih berharga di dunia, keluarga, pangkat, mahupun harta melainkan keredhaan dariNya, dan pengharapan agar dapat dipertemukan dengan Yang Maha Pencipta, pemilik segala hati manusia. Apabila mati menjadi peringatan, terlerailah segala persengketaan, bersemilah ukhuwwah dan terbinalah persaudaraan, tertunailah segala janji yang dipatri, terlaksanalah tanggungjawab dan amanah Allah, kan terlangsailah jua hutang yang terkumpul.

Peringatan buat diri yang sentiasa alpa, leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, agar memperteguhkan iman dan ilmu, memperbanyakkan amal sebagai bekal, menuju ke satu destinasi yang pasti dan abadi. Bangkit dari lena, teruslah bermujahadah, thabatkan diri dalam perjuangan yang suci ini, walau diri lemah dan tidak berdaya, walau diri tidak punya apa-apa, tetapi tenanglah duhai hati seorang mukmin, yakinlah dengan janji Ilahi, kesabaran menghadapi ujian membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan……!

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? " (Ali ‘Imran : 142)

"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh) dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabar." (Ali ‘Imran : 146)

~buAT *you* yg miSTeRi....~

salam'alayk…..

xtaw knape sari due niy, rse nk nge'post' je lam fb.. hmm xpe3.. ti muslim scientist akn create 'ff' lak.. **facefurQan** hehee~ possible kah..?
jgn dpertikaikan, dgn khendak-Nya, insyaAllah...

saat tangan menggenggam erat tikus *mouse* m'xplore fb, ttbe tgerak ati nak bukak blog.. lme xjenguk.. huhuu~
bukan ape, xde post baru 1, pstu rse cm.... huhhh....*sigh*
tgok3.. intai3.. so0o0 pinky.... wndu kooot...
hehee~
ttbe tpandang kt shoutout box..
ade sumtg..
misteri...
mysterious...
udah3..

kateny...
"trase diri ini trlalu byk dosa..
tersntuh hati tatkala melihat blog ni..."

tetibe tergerak ati nk post 1special entry to 'you'..
xtawlaa np.. di'ilham'kan, atau apakah..
tetibe..
“sudah3.. offline.. time to study..!!”
Rumateku membunyikan siren utk mule mgadap buku..
Alaaaa.. japlaa.. xpe3.. cyapkan 1 post niy je..
Hehee~
Why ‘you’ r so special..?
I also dunno.. seyesly…


papepn, 1st of all i would like to thank Allah, atas ilham yg dkurniakn, coretan2 biase ini mamapu menyentuh hati saudare semuslim.. alhamdulillah.. praise be to Allah, the most Gracious, The Most merciful.. ((")("))

special to 'you'..
setiap insan dalam dunie niy asalny dari manusie yg same kn..
adam a.s n siti hawa..
setiap yg bergelar manusie 2 pastiny xlepas dr wt salah, silap, dose n khilaf..
sameade bnde 2 kte sedar or x..
sume mnusie.. including the prophets..
tp ksalahan yg dlakukan oleh nabi2 2 ade hkmahny, supaye dpt ajar kte ape yg salah, ape yang benar.. Ape yang Allah suke, ape yg x..

Allah taw kte niy akan selalu berbuat dose.. Tapi Allah tu maha pengampun, maha penyayang, maha pengasih.. Maha suci.. Maha dalam segala2ny.. sluas lautan, setinggi gunung, semegah bukit-bukau pn disa kite, jgn pnah tkot utk mmnte ampunan dr-Ny.. xkisah ape pn dose kte, salah kite, btaubatlah.. itu jalanny.. Allah pasti xkn kcewakan kite.. yakin..!! \(^_^)/

kalo kte wt dose ngan Allah, btaubat.. istighfar..
kalo ade salah sesame manusie, mintak maaf..
kalo salah ngan diri sendiri, bertaubat.. jgn sesekali zalimi diri kite..
kalo wt salah ngan mane2 makhluk pun, saling memaafkanlah kamu, nescaye akn dimaafi..(",)



*again*,
buat 'you', teringin utk taw sape kamu..(",)>

"Tuhan, dosaku menggunung tinggi,

tapi rahmatMU melangit luas..

Harga selautan syukurku,

hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi..

Tuhan walau taubat sering kumungkir,

Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi..

Bila selangkah kurapat pada-Mu,

seribu langkah Kau rapat padaKu..."


to all readers n viewers, jgn pnah tkot utk wt salah, kerana insan yg bjaye itu belaja dri kesalahn..
tapi bukan bmksud utk mggalakkn kowg wt maksiat n kmungkaran yee….
Paham toi3..

Cinta. Di blog Langitillahi.blogspot.com saya yang lama, saya mempunyai beberapa post berkenaan cinta ini. Tajuk ini adalah tajuk yang tidak akan luput dimamah zaman. Kalau melihat kepada novel yang laris di pasaran, pastinya perkataan Cinta terselit pada tajuknya, atau paling tidak pun babak dan konflik cinta itu terpatri di jalan cerita.

Namun berapa ramai yang faham berkenaan cinta yang sebenar? Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang junior saya. Sebenarnya, saya amat sayangkan junior saya seorang ini. Dia menghubungi saya dengan YM, oleh kerana tidak puas bersembang dengan YM, maka saya ambil keputusan menelefonnya. Dari suaranya, ada getaran yang menunjukkan bahawa dia mempunyai masalah.

Seterlah bertanya, apakah masalahnya, dia meluahkan,

“ Abang Hilal, ana bercouple, tapi…”

Bila dengar begitu, saya agak terkejut. Tidak sangka juga perkara sedemikian akan terjadi kepadanya. Lalau saya tadahkan telinga, meluangkan masa mendengar luahan kalbunya yang nampak sarat dengan masalah.

Ceritanya, dia hendak berhenti dari perbuatan itu. Tetapi, teman wanitanya asyik mengelak bila dia hendak masuk bab berhenti itu. Dia ketandusan kekuatan, dan kehabisan jalan. Sudah tidak tahu hendak buat apa. Hatinya rasa berdosa, tetapi hendak berhenti pun tidak mampu.

Selalunya, alasan tak mampu ni biasa diberikan orang. Benarkah tak mampu?

Kita balik melihat hati kita. Sebenarnya, bila bercouple(istilah lain, berhubungan bebas, berhubungan tak ikut syara’) kita rasa seronok dan best. Layan la kononnya. Tetapi, sebenarnya kemanisan ini dihias-hias oleh syaitan.

ALLAH SWT berfirman apabila Hud-Hud menceritakan kesesatan Kaum Saba’ bawah pimpinan Balqis,

“ Aku(burung hud-hud) dapati dia(Balqis) dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada ALLAH, dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk itu, sehingga menghalangi mereka dari jalan ALLAH, maka mereka tidak mendapat petunjuk”(Surah An-Naml ayat 27)

Syaitan, bila dia mendpaat peluang menyesatkan manusia, maka dia akan berusaha biar manusia tu tidak dapat kembali kepada jalan yang sebenarnya. Cinta memang indah, tetapi sebenarnya cinta ini akan menjadi cacat bila di luar batasan syara’. Namun kecacatan itu diperindahkan oleh syaitan agar kita melihatnya cantik, lalu sukar untuk merasa bencin kepada kecacatan itu, malah tambah rapat dengannya. Akhirnya, sukar kita hendak meninggalkan keburukan itu dalam kehidupan kita.

Di sini, saya mengajak junior saya tadi bermuhasabah kembali apakah makna cinta. Ramai couple, walaupun menyedari couple itu diharamkan oleh ISLAM, masih lagi meneruskannya kerana kononnya mereka sudah saling cinta mencintai.

Ya, tidak salah mencinta. Saya juga bercinta. Tetapi apakah cinta? Bukankah cinta ini adalah kasih sayang. Tetapi, apakah kasih sayang, jika kita menghumbankan pasangan kita ke neraka? Menghumbankan pasangan kita ke neraka? Bagaimana? Ya la, anda bercouple, ISLAM larang, ALLAH marah, di pehitungan nanti anda akan dihisab, dan couple anda ini menjadi penghalang untuk anda masuk ke syurga lalu dilempar ke neraka. Bukankah anda telah melemparkan diri anda dan pasangan anda ke neraka? Adakah itu yang anda katakan sayang?

Inilah sayang yang syaitan tipukan anda. Saya nyatakan, jika begitulah akhirnya ‘sayang’ anda, maka itu bukan sayang sebenarnya. Jika benar sayang, kita akan hanya ingin yang terbaik sahaja untuk pasangan kita. Bukan sahaja baik di dunia, tetapi di akhirat sana. Kita mahu, sayang kita ini bukan setakat di dunia sahaja kekalnya, tetapi sampai di akhirat bertahannya ia.

Jadi ada apa dengan couple? Anda pegang tangan anda berdosa, anda bercakap berjiwang-jiwang anda berdosa, anda berpandang-pandangan anda berdosa, anda keluar berdua-duaan anda berdosa. Apa yang anda bahagianya? Hanya hawa indah jiwang jutaan karat sahaja, yang mana hawa itu akan luput dimamah usia dan zaman. Bila berkahwin, keluarga pecah berai.

Kan bagus jika anda ambil masa ini, mentarbiyyah diri, melengkapkan jiwa, mendidik hati, kemudian lamarlah pasangan anda dalam keadaan bersedia jasad dan rohani, seterusnya berjiwanglah anda habis-habisan, kucuplah dahi pasangan anda sehabis cinta, pegang eratlah tangan dia dengan penuh sayang di dalam jiwa, peluk eratlah pinggang dia dengan kasih setingginya, dan setiap perbuatan anda dengan isteri anda ketika itu, membuahkan pahala.

Ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, “ Ya Rasulullah, apakah bila seseorang itu berjima’(melakukan hubungan seks) dengan isterinya, dia mendapat pahala?”

Rasulullah SAW menjawab, “ apakah jika seseorang itu berzina maka dia mendapat dosa?”

Sahabat menjawab, “ ya”

“ Maka, siapa yang mendatangi isterinya yang halal untuknya, maka baginya pahala”

Nah…. inilah sayang. Kekalnya hingga ke syurga. Rasulullah SAW bersabda,

“ Di akhirat nanti, kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai”

Inilah sayang yang dibina oleh manusia yang beriman. Sayang kekal abadi. Bukan setakat dunia yang akan luput sedikit masa lagi.

Kepada junior yang bercouple itu, saya pesankan dia perkara ini. Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya kata pada dia,

“ Ana sayang enta, sebab itulah ana pesan”

Ya, inilah sayang dalam ISLAM. Membawa manusia kembali kepada ALLAH adalah salah satu tanda sayang. Apalah sayang dan cinta jika akhirnya ke neraka? Itu bukan sayang sebenarnya.

Nah..

Marilah berkasih sayang yang sebenar-benar kasih sayang. Marilah bercinta dengan sebenar-benar cinta. Tidak rugi, malah menembus akhirat cintanya.

Cinta dan sayang kerana ALLAH. Ikuti perintahNya, tabah melalui ujianNya, dan rasailah kenikmatakan ganjaranNya.

ALLAH juga cintakan kita.

Dalam satu hadith Qudsi, Rasulullah SAW ada bersabda bahawa ALLAH SWT berfirman,

“ Apabila hambaKU mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan cepat”

Nah… Couple? Mari tukar kepada hubungan yang lebih istimewa dan halal malah mendapat pahala. Kita tangguh dulu kisah cinta kita sekarang ini, kita perbaiki diri, permantapkan rohani, kemudian kita sambung kembali pertalian ini dengan ikatan yang lebih bersih. Dengan cinta yang sebenar-benar cinta. Biar berbahagia hingga akhirat sana.

Jom.

Saya pun dalam perjalanan untuk itu.

Apa lagi yang bercouple ni, mari bersama saya. Kita mantapkan diri dulu!


**LUV U ALLAH.....

credit to: http://ms.langitilahi.com/bang-saya-couple-tapi/


**j0m, c0uple ngan Allah..ade sesape maw ikot..??

~oNcE oNLy, DeaR...!~

::Dirikan lah walau sekali dalam usia mu ::

Rindukan Tahajjud…


Sudah lama diri ini tidak mendirikan Tahajjud kerana selalu tidur lewat malam atas urusan ‘kerja’

Sudah lama diri ini tidak mendirikan Tahajjud, atas alasan tidak mampu bangun

Sudah lama diri ini tidak mendirikan TAhajjud keran keputusan ‘peperiksaan’ sudah keluar.

Sudah lama diri ini tidak mendirikan Tahajjud, akibat lupa diri

Sudah lama diri ini tidak mendirikan Tahajjud keran a terlalu letih melayani manusia sekeliling.

Sudah lama diri ini tidak mendirikan Tahajjud kerana program baru je habis.

Sudah Lama diri ini tidak mendirikan Tahajjud kerana ‘kena tidur awal, nanti bangun lewat’

Sudah lama tidak mendirikan Tahajjud kerana “kalau bangun nanti ganggu waktu tidur”

Sudah lama diri ini tidak mendirikan Tahajjud kerana “bimbang tertidur dalam Kuliyyah”

Sudah lama tidak mendirikan Tahajjud kerana “ tak pernah bangun, jadi tak biasa”





Hebat..Hebat….

Betapa hebatnya diri kita mencipta Alasan, kalau Allah suruh kemukakan sejuta alasan juga kita bisa bukan.

Yeah..beri tepukan untuk diri sendiri.

Saya Yakin pasti ada yang tidak ambil peduli soal Tahajjud ini

“Alah..sunat je”

“adoii..curi masa rehat laaa…”

“saya ni jenis payah sikit la nak bangun malam”

Sape ada lagi alasan, sila angkat tangan……!!!

Betapa remehnya sOal Tahajjud di pandang, hanya sebagai SUNAT sahaja. Itu sebenarnya pandangan orang melayu, bukan ISLAM….

What is so important About Tahajjud



Mengapa saya beria-ria menulis tentang Tahajjud? Sebab…

“Sholat yang paling utama setelah sholat fardlu adalah sholat malam “ (HR.Muslim).

Solat malam merupakan satu solat yang telah diangkat di sisi Allah Taala.

Yang mana, waktu ini adalah satu waktu yang aman ,…damai..

Tatkala manusia sedang lena diulit rantai2 syaitan . waktu inilah Allah menanti sang Hamba yang benar-benar mentaatinya, dan mengharap kepada keampunanNya

Namun, Allah mensyariatkan solat Tahajjud atas niat untuk beribadah kepada Allah, bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja.

Ketahuilah bahawa, solat malam ini ada keistimewaannya yang tersirat, antaranya ialah DOA DI MAKBULKAN OLEH ALLAH TAALA. Ini bersesuaian dengan Hadis

Allah turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir. Allah lalu berfirman, Siapa yang berdoa kepada-Ku niscaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku niscaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepada-Ku tentu Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga fajar terbit. (HR. Bukhari dan Muslim).

Maka dengan itu, soalan Tahajjud bukan satu soal yang perlu di pandang remeh.

Kelebihannya Tahajjud

Apabila seseorang sudah biasa melakukan Tahajjud, maka wujudlah satu perasaan gembira.,.senang, heppy, dalam dirinya,


Ia tidak bisa meninggalkan lagi Tahajjudnya, kerana terlalu cinta akan pertemuan dengan tuhannya.

Selain itu,

1. Allah akan mengangkat ke tempat yang terpuji, bisa dilihat pada surat Al-Isra’:79
2. Sholat malam dapat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat menghapuskan dosa
3. Bagi para kaum hawa, ternyata sholat tahjjud bisa memberikan manfaat yang luar biasa.
4. Berkata Imam Ibnul Qayyim, sesungguhnya sholat malam itu dapat memberikan sinar yang tampak diwajah dan membaguskannya. Jadi para wanita bisa menjadika
5. Menghilangkan perasaan pesimis, rendah hati, minder, dan berganti dengan sikap selalu optimis, penuh percaya diri serta pemberani tanpa sifat sombong bahkan takabur
6. Salat tahajjud yang dilakukan secara kontinu, tepat, khusuk, dan ikhlas dapat menumbuhkan respon emosi berupa persepsi dan motivasi positif dan mengefektifkan coping
7. Menurut ilmu kedokteran, sgala macam bentuk sholat itu dapat memperbaiki sistem saraf yang ada di tubuh kita


DIRIKAN LAH TAHAJJUD WALAUPUN SEKALI DALAM HIDUPMU
MaKa, Allah sangat mengharapkan pertemuan dengan HambaNYa.

Oleh itu , DIA menggunakan pelbagai cara yang mudah supaya manusia mengadu kepadaNya

Tapi, hari-hari, manusia semakin lupa, semakin menghindar dari Allah, Allah pula menunggu dengan penuh harapan,

Dan Allah berbangga terhadap hamba- hambanya yang mendirikan Tahajjud di depan malaikat.

Saya mengajak diri anda dan saya, marilah bersama-sama kita jadikan Tahajjud sebagai ibadah Fardhu kita.

Allah berikan apa saja di depan manusia untuk menaikkan darejat mereka, tapi kita ini buta, tidak kelihatan akan nikmat depan mata yang Allah kurniakan.

Bangun lah wahai sekali saja,..bertemulah sejenak dengan TuhanMu, pasti Dia tidak akan mengecewakan kita, DIA lah tempat kita menangis. Tempat kita mengadu …dan tempat kita merintih dan meminta….

Marilah beribadah…selagi pintu Taubat masih terbuka…….
Apabila bunyi sangkakala, maka akan kedengaran lah dentuman pintu Taubat di tutup…

sumber rujukan


http://rhocemploex.wordpress.com/2010/02/19/tahajjud-dan-fadhilahnya/
credit to: http://aozorasyurgamu.blogspot.com/2010/03/dirikan-lah-walau-sekali-dalam-usia-mu.html

~ALLAH iTu maHa peMuRaH..!~

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk.
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”


(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

~p0h0n BeSaR iTu..........~

Dr Kabil Akhbar katanya "ALLAH s.w.t telah menciptakan sepohon pokok di bawah Arsy yg mana daunnya itu sama bnyk dgm bilangan makhluk yg ALLAH ciptakan. jika seseorang itu telah diputuskan ajalnya, maka umurnya hanya tinggal 40 hari dr hari yg diputuskan . dan jatuhlah daun itu kpd Izrael,maka tahulah Izrael bahawa dia telah diperintahkan unk mencabut nyawa org yg tertulis pd daun tersebut.

setelah itu mereka menyebut org tertulis namanya di daun terdebut sebagai mayat di langit, padahal dia masih hidup di dunia unk jangka masa 40 hari dan diterangkan bahawa akan jatuh dua titisan dr bwh Arsy pd daun yg mana nama org itu disebut sebagai mayat; satu titisan bewarna hijau manakala satu lagi bewarna putih.

dikatakan jika titisan yg bewarna hijau jatuh pd nama yg ditulis di daun itu, maka alamatnya celakalah ia dan jika titisan putih jatuh pd nama yg ditulis di daun itu, maka berbahagialah dia.

unk mengetahui tempat dia mti, maka ALLAH menjadikan malaikat Arham. apabila ALLAH menciptakan sesuatu kelahiran, ALLAH akn memerintahkan Arham masuk ke dlm sperma(janin)yg berada dlm rahim ibu dgn debu bumi yg akn diketahui di mana dia akn mati, lalu keluarlah seorg hamba itu menuju ke mana saja di pelusuk bumi ini. kemudian dia akn kembali pd tempat pengembalian debu di mana di situlah dia menemui ajalnya...

~HeBaTnYa DiRimu..!~

KAIN SELENDANG UMAR MEMADAM KEBAKARAN DGN IZIN ALLAH

para sahabat Rasulullah s.a.w. yg mendapat bimbingan terus dr baginda mendapat kelebihan. pada zaman khalifah Umar Al-khatab sering terjadi kebakaran yg memusnahkan banyak harta benda. umat islam membuat adian kpd khalifah mengenai kebakaran itu.

kerana aduan itu serius, khalifah Umar tidak mahu mengecewakan pd org yg mengadu. maka Umar membuka serban yg dililit di bahunya dan diberikan kpd pembantunya. Umar berkata "sila ambil selendang ini . apabila ada kebakaran maka letakkan selendang ini di muka mu sambil berkata 'wahai api! ini selendang Umar Al-Khatab' , semoga api itu akan padam ketika itu juga.

pembantu umar itu pun menerima selendang dgn yakin dan tidak bertanya apa2 lagi kpd Umar. tidak berapa lama kemudian,terjadilah kebakaran besar yg menggoncangkan umat islam. pembantu Umar yg diberi amanah itu berlari ke tempat kebakaran, pembantu itu meletakkan selendang Umar bin AL-khatab di matanya dan berkata "wahai api! ini selendang Umar bin AL-Khatab", ketika itu juga api padam dgn serta merta. maka terhindarlah umat islam dr kemusnahan yg besar.

~ApA siLaPny..?~

Aishah r.a berkata "Jibrail a.s berjanji akan mengunjungi Rasulullah s.a.w pada suatu waktu yg telah ditetapkan, apabila waktu itu telah tiba ternyata Jibrail a.s belum juga dtg. pd waktui itu di tangan Rasulullah ada juga tongkat, maka baginda pun meletakkan tongkat itu sambil berkata "Allah dan Rasul-Nya tidak pernah menyalahi janji."

setelah itu baginda menoleh ke belakang dan terpandang seekor anjing kecil di bawah tempat tidur , maka baginda pun berkata "wahai Aishah! sejak bilakah anak anjing ini masuk ke sini?"

lalu AISHAH MENJAWAB "WALLAH. AKU TIDAK TAHU MENAHU TENTANG ANJING ITU
"

kemudian Rasulullah s.a.w. menyuruh Aishah menghalau anjing itu keluar. setelah itu Jibrail A.S pun masuk. lalu Rasulullah s.a.w. berkata "anda telah berjanji akan datang pd waktu yg telah ditentukan dan aku telah menunggumu tetapi anda tidak datang juga."

Jibrail a.s. berkata "aku tidak dapt masuk sebab terhalang oleh anjing di rumah kamu, kami malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yg ada anjing dan gambar-gambar."

~BiLa si keCiL beRkaTa-KaTa...~

dlm sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. semasa dia berjalan-jalan, dia ternampak seorang anak kecil sedang menangis sambil mengambil air wudhuk.

apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis, diapun bertanya"wahai anak kecil kenapa kau menangis?

anak kecil itu berkata"wahai pak cik, saya telah membaca al-quran sehingga sampai ke satu ayat yg berbunyi 'wahai org2 yg beriman, jagalah olehmu akan dirimu'. saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dlm neraka".

org tua itu berkata" wahai anak kecil, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan tidak akan dimasukkan ke dlm neraka."

anak kecil itu berkata "wahai pak cik, pak cik adalah org yg berakal, tidakkah pak cik melihat org yg menyalakan api maka yg pertama sekali mereka akan meletakkan ranting2 kayu yg kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu yg besar. jadi tentulah saya yg kecil ini yg akan dibakar sebelum org dewasa."

org tua itu berkata sambil menangis" sesungguhnya anak kecil ini lebih takut akan neraka berbanding dengan org dewasa, maka bagaimana keadaan kami nanti?."

~KeRaNa SahaBaT...~

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pd hari kiamat nanti ALLAH S.W.T. akan memerintahkan kpd dua org mukmin yg hadir di hadapan-Nya. seorang adalah taat kpd ALLAH manakala seorang lagi durhaka kpd ALLAH. kedua-duanya mati dlm keadaan beriman.

ALLAH S.W.T menyuruh malaikat Ridhwan membawa org yg taat kpd ALLAH ke syurga dan memuliakannya dgn firman ALLAH "Aku merelakan dia".

kwmudian ALLAH memerintahkan kpd malaikat Zabaniyah membawa yg seorang lagi ke neraka dan menyiksa dia dgn siksa yg amat pedih. firman ALLAH"sesungguhnya org ini ialah peminum arak".

org yg taat ini sangat gembira kerana dia telah dpt masuk ke dlm syurga dgn rahmat ALLAH. apabila org itu hendak menjejakkan kaki ke dlm syurga, dia mendengar suara sahabatnya tadi berkata" wahai sahabatku, kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan"

apabilaorg itu mendengar rayuan sahabatnya maka dia tidak mahu masuk ke dlm syurga, malaikay Ridhwan berkata kpdnya"masuklah kamu ke dlm syurga dgn rahmat ALLAH"

org itu berkata"aku tidak mahu masuk ke syurga,bawalah aku ke neraka."

malaikat Ridhwan berkata"aku tidak dpt membawa kamu ke neraka kerana ALLAH telah memerintahkan aku membawa kamu ke dlm syurga dan melayani kamu."

org itu berkata "aku tidak mahu masuk ke syurga dan tidak mahu layananmu itu."

setelah itu kedengaran suara yg berkata "wahai Ridhwan aku maha mengetahui apa2 yg ada dlm dirinya, namun tanyalah dgn sendiri kpdnya dgn demikian kamu akan tahu sebabnya."

lalu malaikat Ridhwan pun bertanya" kenapa kamu tidak mahu masuk ke dlnm syurga dan kenapa kamu hendak masuk ke neraka?."

org itu berkata"aku tidak mahu masuk ke syurga kerana sahabatku yg derhaka kpd ALLAH telah diputuskan masuk ke neraka. dahulunya aku dan dia adalah bersahabat di dunia, dia telah meminta bantuan darikusupaya selamatkannya dr api neraka. oleh kerana aku tiada kuasa berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku masuk ke neraka supaya sama2 disiksa di dlm neraka".

kemudian kedengaran suara ALLAH bernaksud" wahai hambaku, kamu dgn kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke dlm neraka kerana dia telah berkenalan dgnmu hanya sebentar dan dia pun mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari sahaja, maka bagaimanakah aku merelekan hambaku masuk ke neraka sedangkan kamu telah mengetahui aku selama umurmu dan menjadikan aku sebagai tuhanmu selama 70 tahun. oleh itu pergilah kamu ke syurga bersama dia dan aku mengampunkan dosanya dan aku serahkan dia kpd kamu.."



**Ku menyayangimu sahabat.....

~JaUh....~

Termenung jauh mindaku, mengenangkan diri semakin hari semakin hilang usianya..Sudah lama meniti dunia ini, namun imanku tak jua semakin bertambah..Mentari yg menyinari 'alam ini, bulan purnama menghiasi mlm...Betapa hinanya kita, matahari serta bulan yg cukup besar masih patuh pd aturanNya..sedangkan kita yg kerdil ini seringkali lalai drp perintahNya..~Ya Allah, ampunkanlah daku kerna kelekaanku mengecapi dunia milikMu...~

~saJe2, cTe3..~

Petang tu adik tinggal dengan abang aje kat umah.

Papa ngan mama pegi honeymoon.

Adik tgk abg buka laptop.

Layan facebook agaknye..

Adik bosan. Adik buka surat khabar bab hiburan.

Adik pun baca lar. Sambil tu, adik ckap,

‘’Eee, apa nk jd ngan manusia skunk ni. Cucuk botox pun nk gtau.

Malah bangga lg org gelar ratu cucuk. Siap bgtau lg dia cucuk tuh.

Kononnya nak cari rezeki. Muka lama dia tak laku org nak amek berlakon.

Aisy! Banggakah? Bangga dgn kecantikan plastic dia tu.

Ada plak yg kawen Mat Saleh, lepas kawen, kaler rambut pon bertukar.

Jd perang la, merah la, putih pun ada.

Macam mana nk tarik pasangan ke arah kehidupan Islam?

Diri sendiri pun tak betul.

Kuku panjang berjela.

Pkai botox lg tuh.

Ini lagi satu, bila artis kesayangan nangis frust bercinta,

Diorang yg peminat ni pun leh nangis gak.

Apa dowg tak sedar kew. Nabi yg sentiasa menangis kenangkan keadaan umatnye tu dowg xnak hargai lak.

Ada plak lg, tak dapat jumpa artis kesayangan, meraung bagai org gila.

Rasa rugilah, nyesal lah.

Kalau dah dapat jumpa tu, sampai bergambar sakan.

Walaupun da sesak dgn orang ni, tp sanggup rempuh.

Redah je.

Sampai pengsan2, punya la dasyat sebab nk tgk konsert artis kesayangan.

Yang kita hidup akhir zaman ni, tak dpt jumpa ngan Nabi, dowg tak rasa rugi lak.

Tak rasa nyesal lak. Tak rasa plak nk berebut jumpa Nabi kelak.

Huh ! Apa punya manusia.

Dasar keparat! Tak tahu bersyukur!

Ishhh.. Geramnyee..’’


Adik tak sedar yg abg dengar adik ckap td.

Lepas tu abg kata,
‘’Adik, apa yg adik leterkan tu. Tak baik tau.


Sekarang ni, siapa yg berkuasa beri Hidayah, Allah kan?

Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa memberikan Hidayah kpd hamba2 yg d kehendakiNya.

Kepada mereka yg belum menerima Hidayah Allah, kita sbg saudara seagama, kena mendoakan.

Bukan menghukum mereka, atau mengutuk dan mengeji mereka.

Kita wajib menutup keaiban saudara kita.

Bukan mendedahkan d dada akhbar dan menjadi bualan org ramai.

Adik ingat tak kesah yg abang cerita dulu.

Kisah seorang lelaki yg Rasulullah saw jamin akan masuk syurga.

Haa.. lelaki ini sederhana saja orgnya.

tp dia tak pernah iri hati dgn sesiapa pun.

Maknanya, dia tak pernah mengutuk, berprasangka buruk, apatah lg berdendam dgn orang.

Jadi adik kena sentiasa berhati2 bila menilai orang.

Jangan sampai keterlanjuran kata2 dan perbuatan adik yg melampui batas tu akan merugikan diri adik sendiri.

Adik nak masuk syurga tak?

Ha.. jd, berhati2 tika berbicara.

Jangan sampai hilang redha Allah, timbul pula murka Allah.

Adik ingat pesan abg ni tauu..’’

Adik balas,

‘’Abg nii, mestilah adik nak masuk syurga.

Adik akan sentiasa ingat pesan abg.

Kalau adik silap,abg tegur la adik ni. Adik tak nak ulang silap yg sama lagi.’’

Abang jawab,

‘’Haa.. macam tu lah adik abg. Eh, adik bosan ye. Jom lawan main bola ngan abg.’’

Adik pun balas,

‘’Eh, abg ni biar betul. Adik ni perempuan la. Tak kan nk men bola.’’

Abg jawab,

‘’Apa yg tak betulnya, men bola dalam game laptop abg nii..’’

Adik tergelak,

‘’Laaa.. bukan nk cakap awal2. Jom la maen!’’

Lepas tu, kita sama2 tertawa sambil minum The Laici yg syedaaap.

Hee..Hee..Hee..


~~created, 11:24:32 am.. 24-feb-2010
SY_u

~Kisah ana , enti..~

Ana da lama kenal enti.
Kita sebaya,18 tahun.
Enti mmg suka senyum.
Kena marah,enti senyum.
Kena khianat, enti senyum.
Kena kutuk, enti masih senyum.
Kena apa lagi? em, mcm2 lagi la. Tp enti still senyum.
Senyuman yg manis plak tuh.

Tp malam tu ana tgk enti nangis.
Ana dtg dekat dgn enti.
Ana ty enti,knp nangis? Senyumlah.
Enti ckap, enti xbleh senyum.
Ana ty,knp?
Enti blas,enti dpt mimpi ngeri.
Ana ty lg, mimpi apa?
Enti jwb, enti mimpi byk kubur terbakar, ada orang cuba padamkan api,tp api semakin marak.
Enti takut. Takut dgn keadaan enti nanti.

Ana peluk enti.
Tenangkan enti.
Ana ckap, itu cuma mimpi.
Mgkin mainan tdur.
Mimpi yg merunsingkan dtgnye bukan dari sumber yg baik.
Sudahlah.

Lepas tu,enti pndang ana.
Enti senyum.
Tapi senyuman enti tawar.

Enti peluk ana lagi.
Ana dgr enti bisik, 'Allahu Rabbi'..
Pelukan jd lemah.
Enti rebah.
Ana panggil enti.
Enti.. Entii.. Eennttii!!!

~pejuang cinta sejati d jalan Allah

~aPaKaH... BiLaKaH... menGaPaKaH...~

Telah aku renangi..

Lautan bergelora..

Hanya untukku..

Menggenggam kasihmu..

telah ku persembahkan..

Seluruh rona jiwa..

Jadi bingkisan..

Semahu kau pinta..

Apa lagi perlu..

Aku perkorbankan..

Buat membuktikan niat ini..

Akan terzahir ke mata...

Apa lagi perlu..

Aku laksanakan..

Untuk kau selami dan mengerti..

Kejujuran perasaan..

Jika ku masih gagal..

meyakinkan sebuah keikhlasan..

Khabarkanlah kesilapanku...

Keperitan rintangan..

Persis mawar berduri..

Petanda kasih belum termiliki....

~Doa bUaT seMuA..~

Ya Allah..

Kurniakan kepada si isteri;

kesetiaan kepada suaminya;

sebagaimana kesetiaan zainaB binti muhammad s.a.w..

Pengabdian kepada Allah Ta'ala;

sebagaimana pengaBdian Rabiatul Adawiyah..

dan iltizam unTuk menjadi isteri dan ibu s0lehah;

sebagaimana yang ada pada diri sumayyah..



Kurniakan kepada si suami,

kebijaksanaan membimbing isteriny ke ambang syurga

dan sem0ga dy sabar dengan apa yang menduganya

sebagaimana nabi Allah Ayub a.s bersabar terhadap imannya,

kesihatannya dan keluarganya...

Ameen....

~CiNTa di piNTu SYuRga..~

Berdirinya aku di daerah zulumat..

Mengutip titis doa di malam rahmat..

Bersama renai kasih yang menguyur..

Ingin melakar cinta di syurga...


Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu..

Hanya cinta semusim, wangi sekejap..

Harumnya takkan sampai ke penghujung..

Indah mekarnya hanya di kuntum..


Sedangkan taman-Mu amat indah..

Tiap penghuninya dikurnai rahmat..

Datang berbekal amalan..

Tanpa sepalit noda..


Setelah kian lama mengatur jejak langkah..

Makin fasih mentafsir liku hidup..

Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas..

Bagai menabur benih sang hilalang..


Bendang terbendang..

Hampar padinya..

Dimusnahi bena..

Aku yang terpedaya..


Hijrahkan aku dengan hati putih..

Kembali berpaut pada aQal budi..

Pasrah bersujud di bawah naungan..

langit kesedaran..


Moga terlakar cintaku..

Di pintu syurga.....

Whoever directs someone to a good, then he will have the reward equal to the doer of the action



Bismillah,

On the authority of Abi Mas'ood 'Uqbah bin 'Amr al-Ansaaree al-Badaree -may Allah be pleased with him- he said: The Messenger of Allah -sallallahu 'alayhi wasallam- said: "Whoever directs someone to a good, then he will have the reward equal to the doer of the action." (Muslim:1893)

Ash-Sheikh 'Abdullah bin 'Abdur Rahman Al-Bassaam -may Allah have mercy upon him- says: That which is extracted from this hadeeth:

1- That the Believer is the one who is an example and a leader in doing righteousness and performing goodness, the Most High says: "And those who say: Our Lord! Bestow upon us from our wives and our offspring that which is pleasing to the eyes, and make us leaders for the Muttaqoon." (25:74) And the Most High says: And We made them leaders guiding (mankind) by Our command.... (21:73)

It comes in Muslim (1017) from the hadeeth of Jarir bin 'Abdillah -may Allah be pleased with him- that the Prophet -sallahu 'alayhi wasallam- said: Whoever introduces a good practice in Islam which was followed after him (by people) he will have the reward like the one who has done it, without their rewards being diminished in the least.*

2- The hadeeth in this chapter indicates that the person who directs someone to a good whether it be pertaining to the good of the Worldly Life or Hereafter: he will have a similar reward like the one who performed it without their being any decrease from the reward of the doer of the action (the one who is actually doing the act), rather it is a (full) reward because of him being a good model and exemplar in doing beneficence.



3- From the most excellent of righteous actions that are considered to be of benefit (to mankind) and the fruits of those actions remaining: Beneficial Knowledge; which is (knowledge) of the legislation of Allah the Most High from its fundelmentals and subdivisions and whatever assists one in attaining understanding of it (the legislation of Allah).

So whoever disseminates this knowledge then he has earnestly participated in being a good example, and a guide towards the straight path and he has removed people -by the permission of Allah the Most High- from the murkiness of ignorance to the light of knowledge, right guidance and integrity of conduct.

And he has attained by this a mighty reward from Allah the Most High, for indeed he -sallahu 'alayhi wasallam- has said: Verily if Allah guides by way of you one man it is better for you than the red camels. Bukhaari (3009) and Muslim (2406)

Taken from: Towdeeh al-Ahkaam min Bulooghil Maraam by Ash-Sheikh 'Abdullah bin 'Abdur Rahman Al-Bassaam.
Compiled and Translated by: Abu Fouzaan Qaasim

*Compilers note: Ash-Sheikh Muhammad Al-'Uthaymeen mentions in his explanation of this hadeeth as it comes in Riyaad as-Saaliheen: "The intent by 'introduces a good practice in Islaam' refers to the one who begins by acting upon a sunnah that has been forsaken and not the one who actually invents something into the religion. Because the one who invents something into the religion that is not from it then it is rejected and it is not considered as something good. However the intent by 'introducing something' means: He becomes the first to do it after it has been left off and abandoned by the people.

So breifly, whoever introduces into Islaam a good practice (whether it is the revitalization of an abandoned sunnah or just good practices in Islaam), and there is no such thing as a good practice in Islaam except that which the legislation has come with, he will have the reward of it and the reward of the one who does it after him."

Subhaanak Allahumma wa bihamdika Ashadu An Laailaaha Illa Anta Astagfiruka Wa Atoobu Ilayk....






credit to:Abu Umar Ahmad Syarief

~Kisah Pemuda Malas Solat~

Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.

Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat-peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.



**credit 2: amir abdullah

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds