:: j.u.n.e.2.0. siapa..? ::

Suatu malam yang hening. Usai mengutip cebisan ilmu pengetahuan daripada rancangan National Geographic, Humaira' melangkah ke kamar. Hajat di hati mahu berehat dan mengecaj telefon bimbit yang kehabisan bateri sejak petang tadi. Humaira' merebahkan badan ke perbaringan. Nikmat. Seketika dia memejamkan kel0pak ainun, bermuhasabah dan berfikir. Aqal waras seperti mencari sesuatu. Hikmah. Pantas hatinya berbisik, 'pandanglah dengan mataku, akan kau temui hikmah disebalik kejadian'.


Nafas dilepaskan dengan kalimah Allah. Panjang. Humaira' kembali membuka mata, seakan tersedar yang dia berada di kamar angah.
Matany terkelip-kelip memandang atap dalam kegelapan. Lantas jemari menggapai telefon bimbit di penjuru katil. Butang on ditekan. Ada mesej dan n0tis panggilan daripada n0mbor tak dikenali. Ah! Kebelakangan ini selalu sahaja n0mbor asing cuba menerobos sempadan. Pelbagai alasan dikemukakan. Tersilap dail, menyunting bunga di taman, kumbang tersesat. Astaghfirullah. 'Jangan jadikan ak sebagai peluntur semangat dan iman Adam ya Rabbi.. Ak mem0h0n dengan sungguh-sungguh.'


nomb0r penghantar sms tertera, bukan nama. Sangkanya ada sahabat yang ingin mendaftarkan nama untuk naQib/naQibah. Inzar. Isi mesej yang diterima sungguh memikat hati. Betul-betul kena dengan situasi yang dihadapi.


'Siapakah gerangan?'


mesej dibalas. Rupany ukht laili di bumi g0mbak sana. 'Khabar kakiku ditanya, masih terbayang peristiwa lama.'


:: Maira' apa khabar? Bgaimana kaki? Sudah sembuh? ::


Humaira' tersenyum lebar. Ukht Laili masih ingat peristiwa itu rupanya.
:: kakiku, kakiku.. Masih ingat ye akak, agaknya bila akak ingat kte mesti ingat kaki ye.. =) ::


1 MESSAGE RECEIVED


dari ukht laili. Butang read ditekan. Subhanallah. Segala yang terbaik dari-Nya, dan akan kembali pada-Nya jua. Humaira' jadi segan. Begini bunyi mesejnya;


:: kaki dan kelembutan.. :-) ::


perbincangan diteruskan. Seketika kemudian, s0alan mengenai halaQah diajukan. Biarlah rahsia perbincangan itu.


'Ak bersyukur ya Allah, punya kakak yang masih mengambil berat.. Syukran ya Allah, alhamdulillah, Kau baik hati dan masih sudi memberi peluang, juga masih belum menghanyutkan ak..'


selang beberapa minit, Humaira' terlena. Ada mimpi yang mengiringi. Barangkali terlalu rindu. Akhir-akhir ini, tidurnya sering disulam mimpi. Malah, boleh dikatakan setiap malam. Petunjuk, atau gangguan..?

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds