Perjalanan hidup masih panjang.
Atau mungkin teramat singkat.
Boleh jadi juga sederhana hayatnya.
Siapa sangka akan perhentian perjalanan, siapa tahu akan persinggahan permusafiran. Mungkin Allah merencanakan banyak kisah cinta untukku di hadapan. Mungkin rancangannya di sebalik sangkaan, tiada puisi cinta dihampar-Nya buatku.
Namun, apapun jua persinggahanku nanti, telah ku janji pada hati, telah ku pinta pada Illahi, agar hatiku Quat dari segala cubaan, agar hatiku teguh bagai karang di laut dalam meladeni cinta. Cinta lagi? Aduh, benar-benar sin0nim pada manusia. Bahkan juga pada seluruh makhluk-Ny.
Allah, cintaku cuma satu pada-Mu, cuma satu pada dia.
Kuatkan aku dalam kesetiaan dan keteguhan cinta ini.
Rabbi, andai takdir-Mu berbicara dia bukan terbaik untukku dan aku bukan selayaknya buat insan mulia itu, tutup hatiku dari cintanya Allah.
Izinkan aku mengabdikan diri cuma buat-Mu, cuma untukmu.
Allah.
Aku rindu-Mu.
Cinta. Biar saja. Biar aku tanpa cintanya. Kerna takkan pendek nafasku tanpa cintanya. Takkan panjang juga nyawaku dengan cintanya. Siapa kata manusia tidak boleh hidup tanpa 'cinta istimewa' manusia?
Tengok saja srikandi kebanggaanku, Rabiatul Adawiyah. Tengok saja bidadari kecintaanku, Ainul Mardhiyyah. Tengok saja isteri pemimpin Al-Aziz kesayanganku, Zulaikha (mungkin punya kisah di sebaliknya namanya di sini).
Mereka srikandi terbilang, pejuang islam gemilang. Hidupnya boleh sahaja tanpa 'cinta istimewa' dunia. Ku kira, lebih bahagia! Allahu Akbar!
*buat kamu, aku doakan kamu akan dapat yang lebih baik..! u deserve to get that.. cintaku cuma 1.. cinta utama n cinta pertamaku telah dimiliki Dy dan dy..
Mengisi waktu terbuang menunggu bas, amat kecewa. Terlalu banyak masa terbuang. Agak kecewa dengan perkidmatan. Walau sl0gan pilihan syarikat 'm**u itu 'anda diutamakan', perkhidmatannya langsung tidak menggambarkan. Perkhidmatan lain juga begitu, hampir kesemuanya, mungkin. Lembab.
Labels: dETik2 tErAkHiR hiDuPkU, HuBaiB