~waSiaT iTu hAruS diPeNuHi buKaN..?~

IMAM Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di sebuah desa al-Mahmudiyyah dalam al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal oleh ketaatan ajaran dan nilai Islam. Keluarganya juga ulama yang dihormati. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal. Imam Hassan al-Banna menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati. Melalui kepemimpinan dan didikannya, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini. Antara wasiat beliau yang terkenal ialah:


10 Pesanan

• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.

• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

• Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.

• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

• Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

“Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain” (Hasan Al-Banna)

“Jika dikalangan kamu terdapat mereka yang berpenyakit hatinya, pincang matlamatnya, tersembunyi ketamakannya, tercalar latarbelakangnya, maka keluarkanlah mereka dari saf kamu kerana sesungguhnya mereka penghalang dari turunnya rahmah Allah, menyekat Dakwah ini dari beroleh taufiqNya” (Hasan Al-Banna).


"Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan di akhirat. Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kepada generasi Islam yang pertama dahulu. Setiap yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da'wah ini akan mendapati sesuatu yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya. Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih sikap yang serba salah dan tidak jelas terumbang ambing di antara seruan-seruan dan kefahaman yang mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan sama ada sedikit atau ramai."

Wahai pendokong Islam, Berdoalah dan letaklah kita menjadi golongan yang murni fikrah Islamnya, tidak dipengaruhi dengan pelbagai ideologi ciptaan manusia yang banyak merosakkan fikrah yang suci ini. Menjadi pendokong Islam yang sama-sama berada dalam barisan pejuang yang meletakkan Redha Allah matlamat utama dalam hidup, yang sangat merindui kemenangan Islam dan merindui tertegaknya syariat Islam dimuka bumi ini. Yakinlah!! Janji Allah itu pasti!!

Firman Allah s.w.t.:

"Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Imran 126)

Imam Hasan Al Banna menyatakan:

“Ikhlas ialah setiap akh muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala daripadaNya. Semua perkataan, amalan dan jihadnya tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran, kemajuan atau kemunduran. Dengan itu dia menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar keinginan atau manfa’at.”

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds