~eH, seDaR x..?~


cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah,
Waktu solat kita tak bersih kan tubuh kita sebersih-bersihnya macam kita bersihkan badan kita waktu nak jumpa sesuatu yang dekat dihati kita.maksudnya waktu jumpa kekasih hati..kita betul –betul bersihkan tubuh kita sebab nak nampak sempurna depan dia dan tak ader kotoran..atau..kita nak pergi interview..kita tak nak aroma badan kita ni akan merosakkan peluang kita untuk berjaya dalam interview tu..kenapa tidak kita cuci betul –betul kotoran yang ada pada kita bila nak menghadap Allah?..astaghfirullah..

Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah,
Waktu solat..punya la selekeh pakaian kita..tak macam kita pakai waktu nak pergi jumpa sesuatu yang dekat dihati kita..macam kekasih hati..kita kalau yang lelaki pakai pakaian yang berjenama..sebab ape..kebanyakkan perempuan itu dibutakan dengan material maka bila terpandang jenis lelaki yang bergaya penampilannya dan nampak kaya..hum..bertambah-tamba
hlah siperempuan suka..dan kalau perempuan pakai yang sebagus –bagusnya bila jumpa kekasih hati ..kenapa ? supaya Nampak menarik dihadapan silelaki yang matanya dibutakan dengan pesona si perempuan..hum..kalau nak pergi temuduga pun macam tu..boleh pula pakai pakaian yg sopan dan menyejukkan mata cantik dan Nampak kemas je..kenapa? supaya peluang Berjaya dalam temuduga tu mungkin lebih cerah..tapi kenapa tidak ketika kita menghadap Allah..? menyembahkan sujud kita padaNya..yang lelaki pakai kain pelikat yang lusuh tak pun jeans x berbasuh..kalau perempuan,,pakai..telekung..keluar rambut tak pun yang dah singkat.Cuma waktu hari raya waktu solat sunat..raya boleh pakai telekung baru..waktu pergi masjid..semua tu untuk siapa?.tapi mmg disunatkan pakai pakaian yg baharu waktu solat sunat aidilfitri..Cuma kan bagus kalau kita x terlalu berkira dengan Allah…dan pakai yang terbaik setiap kali sujud pada Dia..hum..cuba lihat betapa zalim kita pada Allah..

Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah

Waktu dating dengan lelaki atau perempuan yang dah declare sebagai..kekasih hati kita secara tak sah..maksudnya tanpa nikah..waktu tu ader tak kita ingat Allah? Kalau kita ingat, nak declare pun takut sebab kita tahu couple tu mendekati zina..tapi masa waktu solat..kita waktu tu tengah mengadap Allah..tapi fikiran kita melayang pada si Dia..macam mana nak khusyuk solat? Dah tu siap lengah-lengahkan sebab nak jawab mesej si dia..takut merajuk….bagi yang lelaki jemaah di masjid atau surau kita dah jarang tak pun tak pegi langsung …sebab pe…? Sebab entahlah..mungkin siDia lebih penting, lebeh menjamin kebahgiaan kita..asyik pikir..takut kelakuan kita bagi kekasih hati marah..tapi pernah tak kita fikir pandangan Allah pada kita bila kita lengah-lengahkan waktu solat….pulak tu hanya kerana makhluk Allah yang lemah..sama je macam kita..tak bagi kebahagian dunia akhirat pun..dunia mungkin tapi tak jaminkan selama mana.

Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah,
..minyak wangi..boleh kita beli mahal 2..sebab pe..nak wangi je bila dekat dengan siDia..tak pun depan umum tapi waktu solat…terkadang luper pakai..susah betul ye kita nak sujud pada Allah dalam keadaan yang terbaik yang boleh kita persembahkan..tapi beli minyak wangi kata nabi kita nabi Muhammad s.a.w tak membazir..sebab Aisyah r.a pun pakai minyak wangi yang terbaik..tapi ada adabnyer..kalau yang perempuan pakai la waktu solat kat rumah ,waktu dengan mahram dan kengkawan perempuan tapi jangan pakai sampai terbau oleh yang bukan muhrim sebab dosanya dah sama dengan penzina..
Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah,

Beli majalah fitnah..boleh teliti baca siap ulang 2 lagi..tapi kenapa bahan-bahan ilmiah kita kedekut sangat nak beli..yang boleh dekatkan kita pada Allah? Bahkan ,mungkin dah jadi tradisi keluarga, surah yassin Cuma dibaca waktu malam jumaat..bagusla ..yang tu sekurang-kurang nye baca juga dan jadikan tradisi..yang tak amalkan? Kan bagus kalau keluarga mukmin tu jadikan tradisi baca al-quran tu secara jemaah..waktu malam ke seblum tido, tak pun waktu awal pagi..sebelum mulakan apa 2 aktiviti..dan sesibuk apa pun kita budayakan dengan membaca al-Quran..baru sejuk sikit hati –hati penghuni rumah tu.


Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah

Waktu besday ke, tak pun ulang tahun perkenalan, dan yang paling zalim tentulah waktu valentine..kita sanggup habis kan banyak duit untuk bagi kejutan pada sidia kekasih hati..dan belikan hadiah yang terbaik supaya dia ingat terus pada kita..sanggup korbankan duit kita buat dia..tapi kenapa kita nak sedekah pun rasa berat sangat tangan nak masukkan kedalam poket dan ambil sedikit tuk dikongsi pada insan yang memerlukan? Walhal Allah dah janjikan pelaburan yang kita buat kat dunia ni pada jalan Allah tu sangat menguntungkan..bahkan keuntungan yang Allah janji tu ..subhanaallah..hebat..
Zalimnya kita pada Allah..kita kedekut betul nak korbankan harta kita pada jalan Dia tapi pada jalan maksiat..mudah sangat..wang tu mengalir macam air..ada kengkwan pun kita nak bagi hadiah tuk rapatkan ukhuwah pun berkira..harta kau harta aku, harta aku harta aku..tengok..manusia..lebih utamakan yang haram dari yang halal..sedangkan pekara yang haram atau halal dah jelas lagi nyata dan kalau ada unsur meragukan nabi suruh kita tinggalkan..ye bagi yang dah tau x de istilah kaple Islamic ok..tp yg masih ragu 2 status tu..sendiri fikirlah ye..


Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah
Waktu kita ditimpa musibah..wah..suke hati je fikir..zalim nya Allah pada kita ..tapi kenapa kita x boleh sabar? Bile kene ujian skit dah gelabah..dah fikir dan syakwasangka yang buruk pada ujian Allah..sedangkan ujian tu datang sebagai teguran untuk kita dari Allah..tapi bila dengan kekasih hati boleh sabar..boleh faham..memahami, dia buat apa pun tak per..kita terima..sebab sayang..dari sini kita boleh nilai siapa sebenarnya yang kita utamakan…~He is alwez wif us...~
Allah.. ak bersyukur atas segaleny..
Ak bersyukur dgn tiadany ujian hati buatku Allah...

أللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك وعلى محبتك



0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds