**buat 'Adam'ku.. aku memerlukan bimbingan-Mu menuju-Nya, menuju syurga abadi..
Maafkanlah jika coretan ini memanaskan hatimu..
Sesungguhnya aku adalah HAWA,
teman mu yang kau pinta semasa di Syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusuk mu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidup ini sentiasa perlukan bimbingan darimu.
Sentiasa aku terpesong dari landasan kerana aku buruan Syaitan.
ADAM...
Maha Suci ALLAH mentakdirkan kaum ku lebih ramai dari bilangan mu di akhir zaman,
inilah sebenarnya ketelitian ALLAH dalam urusannya...
Jika bilangan ku sedikit dari kaum mu,
nescaya merahlah dunia dari darah manusia,
kacau bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA.
Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa HABIL dan QABIL
sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.
Pun begitu, maka tidak selaraslah undang-undang ALLAH yang mengharuskan beristeri lebih dari satu, tapi tidak lebih dari satu waktu.
ADAM...
Bukan kerana ramai isteri mu yang membimbing aku.
Tidak kerana sikitnya yang merunsingkan aku.
Tapi aku risau gundah gulana menyaksikan tingkah laku mu.
Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku pasti tunduk ketika menjadi isteri mu.
Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi sebenarnya.
ADAM...
Aku tahu bahawa kau tahu didalam Al' Quran ada ayat yang menyatakan
'kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita'...
Kau diberi amaran untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa didalam redha Tuhan mu dan juga Tuhan ku.
Tapi ADAM, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaum ku ini???
Aku dan kaum ku telah menderhakai mu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.
Asalnya ALLAH menghendaki aku tinggal tetap dirumah.
Jalan-jalan, pasar-pasar dan bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terrpaksa aku keluar rumah,
maka seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Tapi realiti dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat dari apa yang patut.
ADAM...
Mengapa kau biarkan aku begini??..
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru pada anak-anakmu.
Tapi sekarang pada waktu yang sama, aku ke medan menguruskan urusan Negara.
Aku ke hutan memikul senjata, padahal kau duduk-duduk sahaja.
Aku diantara kaum mu yang menganggur tiada bekerja.
Kau perhatikan sahaja aku memanjat tangga di pejabat Bomba.
Kainku tinggi menyinsing peha mengamankan Negara.
Apa kau sekarang tidak lagi seperti dahulu???
Apakah telah hilang kasih sucimu terrhadap diriku???
ADAM...
Marahkah dikau jika ku katakan 'Andainya HAWA yang terpesong,
maka kau yang patut tanggung'.
Sebab apa ADAM???
Ramai yang berkata, jika anak jahat, mak bapak dia tak pandai mendidik,
jika murid bodoh, guru yang tak pandai mengajar.
ADAM, kau selalu berkata, HAWA memang degil, tak mahu dengar kata, tak makan nasihat, kepala batu!!!
Pada hemat ku yang Dhaif ini ADAM, seharusnya kau tanya dirimu.
Apakah didikkan mu terhadap ku sama dengan Nabi S.A.W. terhadap isteri-isreinya???
Adakah ADAM melayani HAWA seperti psikologi Muhammad S.A.W. terhadap mereka??
Adakah akhlak ADAM boleh dijadikan contoh buat HAWA???
Aku kaum HAWA merindukan kata-kata yang penuh kelembutan seperti Muhammad S.A.W....
Namun aku mungkin tidak akan mendengar kata-kata seperti itu lagi,
kerana kau, kaum ADAM bukanlah seperti Muhammad S.A.W. yang ku rindui!!!
ADAM...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah Makmum.
Aku adalah pengikutmu kerana engkau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, maka lalailah aku.
Wahai ADAM, kau punya kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu.
Akal mu sembilan, nafsu mu satu.
Akal ku satu, nafsu ku beribu!!!
Oleh itu ADAM, gunakanlah kelebihan akal mu untuk membimbing ku,
kerana aku sering lalai dan terlupa, sering tergelincir ditolak nafsu serta kuncu-kuncunya.
ADAM...
Aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu
Akan ku Amimkan bacaan doa mu...
Lebih aku suka kalau kau mengejutkan aku untuk Bertahjud bersama mu.
Kau kenalkan aku pada majlis-majlis Agama.
Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al' Quran.
Kau ajarkan aku tentang Fardhu-fardhu yang aku patut tahu.
Tunjukkan aku tentang perkara sebenar yang aku patut tahu wahai ADAM!!!
ADAM...
Akhir kata, ajarilah aku untuk menjadi Isteri yang Solehah.
Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormati setiap waktu.
Tolonglah aku ADAM agar aku tidak beku.
Bantulah aku supaya otak ku tidak buntu.
Selamatkanlah aku dari seksa Neraka yang azabnya sudah tentu tiada yang tegar menanggungnya....
Labels: Akhlaqul Karimah, dETik2 tErAkHiR hiDuPkU, HuBaiB