:: Kak.. Sedih.. ::

:: Kenape? H0ws ur result? ::

:: Waaaaaaa.... 9A.. ::

:: Alhamdulillah.. wa syukurillah.. Tahniah.. ::

:: Hehe hadiah..!! ::

:: Ishh.. Ade plak, trus mintak hadiah.. G ckp trime kasih kat Ayah ngan Ummi.. ::


Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Atas peluang kurniaan-Mu, ummi dan ayah dapat mengecap kegembiraan dan kebanggaan hasil kejayaan anakmu.. Segalanya berkat d0a dan tunjuk ajar kalian..

Hari ni keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan. Sejak 1 pagi tadi adikku sibuk ngant0 mesej, risau kateny.. Smpai xley tid0 malam. Tapi xsempat 2-3 mesej da terlelap dak 2..

Tahun niy.. Due 0wg adikku menjalani peperiksaan penting, PMR dan SPM..

Alhamdulillah.. S0wang da terlepas, s0wg lagi.. Wallahu’alam.. Pape pun, Tahniah lagi sekali buat adik.. Moga kejayaanmu menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat adik-adik yang lain, n jgak buat diri sendiri..


*Satu je pesan kakak, perel0kkan akhlaQmu, tingkatkan ibadahmu, nescaya disayangi penduduk langit dan bumi..!!

~ReDha~

Kita minta kepada TUHAN setangkai bunga segar...
DIA beri kaktus berduri..

Kita minta kupu-kupu...
Diberi ulat berbulu..
Kita sedih dan kecewa...

Namun kemudian....

Kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yg sangat cantik..
Saat mutiara jernih menitis keharuan, terdetiklah cinta di hati..

Itulah jalan TUHAN, indah pada masaNYA..!
ALLAH tidak memberi apa yg kita harapkan...

Tapi DIA memberi apa yg kita perlukan...

Kadang kita sedih, kecewa dan terluka...
Tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengatur yg terbaik dlm kehidupan kita..

Sama2 tingktkn iman dgn ikhlas n tinggalkn dosa..

Seimbngkn amal dunia & akhirat..


Sabar ya.. Allah uji sabar enti..



“Ya Rabbi.. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Mu yang lemah.. Tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izin-Mu.. Tidak mampu menghela dan menghembus nafas tanpa izin-Mu.. Ya Rahman.. Aku redha dengan segala ujian.. Aku pasrah dengan segala dugaan.. Aku buka hatiku selapang-lapangnya menerima segala kesakitan.. Ya Rahim.. Moga Kau yang Maha Kaya sudi menghadiahiku dengan ganjaran yang maha indah..”


Humaira menahan kesakitan dengan mata yang berkaca-kaca.. Kesakitan yang menjalar terasa kian rancak menyucuk-nyucuk perutnya. Ngilu.. Sakit.. Pedih.. Semua rasa bersatu jadi satu.. Humaira’ cuba sedayanya berlagak biasa pabila berhadapan dengan sahabat. Bimbang kesakitannya bakal menggangu ketenangan dan bisa menjentik hati sahabat.

“Ya Allah.. Andai Kau mentakdirkan inilah kali terakhir aku merasai sakit ini, maka panjangkanlah lagi kesakitannya agar aku dapat memanjangkan detik mengingati-Mu.. Sakitnya, Ya Allah...” Humaira’ mengaduh sendiri pada yang Maha Kuasa..

Kesakitan yang menjalar menghalang Humaira’ berbuat apa2 sehingga ke malamnya.. Tubuh kecilnya cuma mampu terbaring di atas katil yang sudah hilang keempukannya. Sesekali matanya terpejam rapat menahan sakit yang menjalar.

Mulutnya tidak henti-henti berd0a, terkumat-kamit bersulamkan nama Sang Kekasih Sejati.. Kira-kira jam 3pagi, Humaira’ mengagahkan dirinya bangun dan mencapai telefon bimbit..

Dy kemudian menekan satu-persatu n0mb0r di papan kekunci, lalu mendail.. M0ga2 sahabatku terjaga di dinihari ini, berlumba-lumba memohon keampunan dan bermunajat pada Sang Kekasih yang sudi turun di waktu ini..

“Ya Allah.. Quatkan sahabatku.. Kejutkan dy di waktu yang amat berharga ini Ya Rabb..”

Dalam dakapan Sang Kekasih, Khazinatul Humaira’ terlena diulit sang rembulan dan bintang kurniaan Illahi..

~HijRaH~

Slm HIJRI 1431


3pkara y prlu kta rnungi:

1.msyukuri nkmat usia y Allah krniakn.

2.introspeksi dri/mhsbh & istighfar.

3.mhyti & mnladani HIJRAH RASULULLAH s.a.w.Mulakn azam n smgat bru.

Perubahan dan hijrah diri kepada yang lebih baik memerlukan kesungguhan dan istiQamah..


M0ga sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah..

~Salam Hijri~

SALAM MAAL HIJRAH 1431..

Sm0gä thùn ini lbih bäik dr yg sblùmnyä.

Jdkn Al-Qurän sbg temän sjäti,

zikirulläh sbg p'hibur HäTi,

solät sbg p'dinding diri,

TäQwa sbg bäjä dlm häti,

smogä sntiäsä dlm lindungän ilähi ..

Allahuakbar3..

~KaU, aKu, dan DiA~

Kau.. Aku.. dan Dia..
Sungguh..
Semuanya berbeza..
kau dan aku serupa..
Dia berbeza..
Maha Agung, Maha Kaya.. Maha segalanya..
Dia Pencipta, kita dicipta..
di lembayung petang..
aku melakar kisah..
kisah antara duka dan suka..
yang tercoret bagai pelangi dalam kehidupan……
kau..
bagai bayang yang selalu mengekor rapat..
tetap dalam senyap..
setia..
sehingga sukar ku menghalau rindu..
sungguh..
dan tangis itu datang lagi..
senja itu datang lagi..
dan saat itu, kau tiada lagi di sisi..
mana..?? mana..??
mana dirimu…
aku merindu..
lagi..
Dia..
Sang Kekasih Agung..
Pencinta Sejati..
Kembaraku di bumi gersang..
membuatkan diri terasa kerdil..
sekerdil-kerdilnya..
kan ku gapai cinta-Nya..
untuk memiliki hatimu…

~Lelaki..~

Hati seorang lelaki

Kekadang perlu sekeras waja

Ada masanya mesti selembut sutera

Ah, lelaki...

Jika jiwamu tulus kerana ILAHI

Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI..!!




-Nota Hati Seorang Lelaki,
Ustaz Pahrol..

~Jahatnye Islam..!!~

''Musuh-musuh'' yang sememangnya menyimpan kesumat dengan Islam kian berani memalitkan arang dan mencalar-balarkan wajah Islam.. Tanpa disedari, tanpa dipinta.. Tetapi hakikatnya sekarang, kita yang berada pada z0n selesa terus-menerus 'menyelesakan' diri, cuma menjadi pen0nt0n dan pemerhati setia yang adakalanya 'berapi' 5minit..

Era ini, imej Islam kian buruk pada pandangan dunia, malah lebih teruk pada pandangan penganutnya sendiri.. Ingin menidakkan? Tak usah.. Belajarlah untuk menerima kenyataan.. Susah..? Memang..!! Bukankah Hukama' sendiri menyatakan kebenaran itu pahit..?

''Akan datang suatu masa dalam waktu terdekat, bangsa2 (selain umat Islam) bersatu akan mengalahkan kamu seumpama sekumpulan manusia berkerumun berebut2 akan hidangan makanan di sekitar mereka..''

Sahabat bertanya, '' Ya Nabi Allah, apakah kerana sedikitnya kita (umat Islam) pada waktu itu?''
Sabda baginda, ''Bukan, bahkan kamu pada waktu itu adalah g0l0ngan teramai (maj0riti), tetapi kualiti kamu pada waktu itu bagaikan buih2 lautan yang dibawa 0mbak.. Allah telah mencabut dari hati musuhmu perasaan takut akan kamu dan Allah mencampakkan penyakit 'al-wahn' ke dalam hati kamu..''
Maka sahabat bertanya lagi, ''Apa yang dimaksudkan al-wahn itu, ya Rasulullah..?''
Rasulullah s.a.w menjawab, mafhumnya: ''Cinta dunia dan tak0t mati..''

(Riwayat Abu Daud, n0 4299)

Mungkin ramai antara kita yang pernah atau selalu sahaja terjumpa atau terbaca hadith ini.. Tapi sayang, berapa ramai antara kita yang dijentik hatinya, disedarkan Allah al-Akbar..?

Sedarlah sahabat2ku sayang.. Hari ini, telah ramai saudara2 kita yang menjadi k0rban natijah daripada kelemahan kita.. Ingatkah sahabat..? Dulu kitalah umat terulung yang menguasai 2/3 dunia..

Namun, amat menyedihkan bilamana pemikiran dan pandangan kita sendiri telah mempermainkan dan menipu kita.. Gambaran yang ngeri dan seram tentang agama Allah menyebabkan hamba-Nya yang juga penganutnya malu, enggan dan tak0t untuk menegakkan kebenaran.. Benarkah..? Tepuk dadamu, tanya imanmu..

Mana perginya semangat juang dan kecekalan sahabat2 ulung seperti Khulafa' ar-Rasyidin, 'Umar al-Khattab, Abu Bakar as-SiddiQ, Sayidina Bilal ibn Rabbah..? Mana tenggelamnya semangat pejuang Islam, Salahuddin al-Ayyubi, Khalid al-Walid, Muhammad al-Fateh dan lain2..? Mana hilangnya semangat pahlawan Melayu Islam gaya T0k Janggut, Abdul Rahman Limb0ng, Mat Kilau, D0l Said dan t0k0h2 lain? Mana..? Luput ditelan zamankah..?

Ayuh sahabat, bangkit.. Kitalah pewaris agama, kitalah bakal peneraju bangsa, kitalah bakal pemerintah dunia, we are the leader-t0-be..!!




Wahäi pejuäNg..

jerNihkn dirìmu..

uNgkäilh segala kekusutaN hatimu..

hilaNgkan käbut keräguan..

bertiNdak dengan hìkmah & kebijakSÄnaan..

Hanya dengaN imän & keyakinaN kita mampu meNgäyuh perähu kehidùpaN..

TuluSlah dengaN TUHÄN..

teluSlah seSama insaN..

Disebälik awaN meNdung iTu terSembunyi siNär meNtari yg teräng..

Tabahlah deNgaN stiäp cäbarän ya saHäBi..

Tapi tak bermakna kita diam membisu..

berusahalah, berd0alah..

Pulihkan imej Islam.. Bangkitlah..!!


Ku setia mendamba kasih, menunggu Salahuddin al-Ayyubi..


Ingat prinsip 3S dalam menerajui perubahan..!!

1. Mulakan dengan diri SeNDiRI
2. Mulakan SeDIKIT2 (sabar.. D0a+Usaha+Ikhtiar+Tawakkal)
3. Mulakan SEKARANG..!!

Ayuh..!!

D0a lebih diperkenankan-Nya ketika kita gigih berusaha, bukannya semasa kita asyik mengeluh dan meminta..

~HaKiKaT HiDuP~

Hakikatnya,

hidup adalah sebuah sek0lah

yang mana orang,

situasi dan k0ndisi yang menjadi punca ujian itulah sebenarnya guru kita..

Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud disebalik takdir2 Allah itu..

Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji..

Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan,

tetapi disisi Allah,

apa yang ditakdirNya pasti suatu kebaikan..

Asif segala kekhilafan diri samada sengaja, xsengaja,
sembunyi, nyata,
yang lalu dan akan dtg..

~ Pentingnya Solat..~

Sesekali terase terpanggil untuk ‘check’ e-mail.. Banyak jugak mesej2 dalam ‘inbox’ mail dan lain2 aplikasi. Tetibe rase tertarik untuk bukak n bace post dari sorang teman maya. Biar saja ana kongsikan dengan antum semue, m0ga dapat dijadikan iktibar. Sesungguhnya... Allahu Rabbi, Allahu Akbar... Segala pujian n name2 indah hanya untuk-Mu wahai Pencinta Agung..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Di waktu itu hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Amat mengejutkan, tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak henti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung melayani persoalan2 yang menerjah di benak fikiran, tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an, berbaju kurung usang.

“Ustaz," kata wanita itu.

"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." tambah wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya.

"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."

"Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tutur kata disusun sebaik mungkin agar tidak mengusik hatinya.

Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. “kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata,

"Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi, "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,

"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,

"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya.

"Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Astaghfirullah...... Allahu Akbar....... Allahu Ghafur........

~ NexT LiFe cHaPteR~

Jam menunjukkan angka 3 pagi. Tanpa disedari, dirinya telah dihanyutkan maya. Asyik sekali meng’up-date’ blog. Kesempatan sekaligus diambil untuk mengintai dan mengutip cebisan-cebisan ilmu dari blogger-blogger yang bukan calang-calang latar belakangnya. Jam masih setia membilang detik waktu kehidupan. 4pagi. Teman sekamar mula menunjukkan gaya mahu bangkit dari lenanya.

“Tak tido lagi ke dari tadi?” Pelik Binti Ajaib, sahabat bertanya tatkala melihat diri asyik dengan computer riba.

Humaira’ cuma membalas dengan senyuman dan gelengan. Lupa sahabatnya rabun, dia lantas menjawab

“Mm bl0m tid0 lagi.. Tapi da ngant0k niy..”

Selang beberape ketika, masing-masing hanyut dalam dunia tersendiri. Sahabat tenggelam dalam pengabdian pada Rabbul Jalil, manakala Khazinatul Humaira mula bersiap memulakan pelayaran di alam mimpi bersama Sang Kekasih yang amat dirindui.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


19 November 2009_08:27 a.m.


‘Sejuknye..’ Humaira’ menarik selimut dan memeluk tubuhnya mencari sisa-sisa kehangatan yang masih berbaki.

“Bangun3.. Kesian dy sejuk.. FaQihah nak jemur baju ni, tk0t tak sempat kering lak ti.. Bg0nla, da pagi..” FaQihah menyapa dengan senyuman.

“Bahagieny.. Bg0n je dari tit0w terus dapat senyuman manis sahabat.. FaQihah tak sejuk ke?” Humaira’ menyapa temannya dengan senyuman berbalas soalan.

“Mane nak sejuk, kite da ulang-alik sane sini wat keje. Kal0 tid0 memangla, rase
sejuuuukk sangat, kan..? Hehe tula, lain kali bg0n awal cket ye anak dare..”

Humaira’ cuma tersenyum melihat sahabatnya mengadap bekas sambal untuk diratah. Sarapan. Kalaulah mampu diri ini melanggar Sunnatullah, pasti akan selalu sianglah kehidupanku. Tanpa tidur. Tapi, siapakah kita untuk melanggar ‘Law 0f Nature’..? Besar sangatkah diri? Tinggi sangatkah pangkatmu wahai sang hamba? Cukup lumayankah imbuhanmu? Mampu menandingi lautan rezeki-Nya..?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


12:30 p.m.

‘Sakitnye.. Lenguh-lenguh rase urat ngan 0t0t niy d0k angkut barang. Ya Allah, Quatkan aku untuk terus menggunakan anggota pinjaman-Mu dengan semaksimum mungkin. Sibukkan diri ini mengingati-Mu agar tak terase kesakitan yang menjalar Ya Rabbi..

“G cyap2 g, ti nak g KOS anta MC, g KOM tolong antakan buku k.Hawa pinjam, 1:30 da nak g terminal, kul 2:00 da nak nek bas..” FaQihah selaku pembantu peribadi menyusun jadual buat Humaira’.

“Sejuklaa sayang..” Humaira’ tersengih malas.
“Mmm kal0 tak sempat, kite tuk0 tiket jela, balik kul 3p.m..”

“Eh, mane bley..! Nanti kene beli baru, burn tiket tu. Lainla kal0 bas tak lepas lagi, bolehla tuk0..”

“Mm takpela, tawakkal tu alallah.. Pape pun, nak kne slesaikan sume niy dulu.. Amanah..” Humaira’ membalas yakin.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


‘Alamak, da kul 1 lbey, cmne niy.. Hancus plan nak nek shuttle kul 1 g K0S ngan KOM.. Mm aku pasrah, tawakkal, berserah, InsyaAllah Yang Maha Mengatur akan tunjukkan jalan buat hamba-hamba-Nya yang pasrah.’

Semasa sedang bersiap-siap, FaQihah memberi khabaran gembira yang dy telah meminta jasa baik dari Kak Aina, naQibah HalaQahnya untuk menyampaikan Medical Certificate itu pada yang berhak. Kebetulan pelajar tahun3 jurusan Sains bakal menghadapi peperangan di Dewan Peperiksaan Kuliyyah 0f Science (KOS) pada petang itu.

‘Alhamdulillah, terlangsai 1amanah..’

Beeepp..!!

Telefon bimbit FaQihah berbunyi. Mesej daripada seorang kakak jurusan perubatan dibaca. Ajakan untuk menjadi committee pada program “ Campus Da’wah Project” semester depan.

‘Alhamdulillah.. Peluang menyibukkan diri.. Moge ingatanku tak dihanyutkan lagi, nk
cbukkan dri scbuk2nye..!!’


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Perjalanan pulang Humaira' diceriakan gelagat se0rang adik kecil, licin kepalanya.. Mulutny ramah bertanya itu ini pada sang ayah.. Ayahnya pula tidak l0kek memberi inf0rmasi yang diperlukan anak.. Riuh rendah adik kecil itu.. Sekali sekala dia menjenguk pada Humaira' yang berada di belakang tempat duduknya.. Humaira' tersenyum.. Anak kecil kemalu-maluan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Humaira' menghalakan pandangan ke luar tingkap.. K0nsentrasinya pada skrin k0mputer riba terganggu.. Dedaunan pep0h0n menunjukkan angin begitu quat di luar sana.. Waktu itu adalah musim angin quat melanda negeri pantai timur.. Badai mengam0k menghempaskan diri di dada pantai, tinggi benar.. Seakan-akan air laut berganda-ganda banyaknya..

Sepanjang perjalanan, gerimis turun tanpa henti.. Adakalanya lebat mencurah-curah, adakalanya hanya gerimis kecil yang diturunkan-Nya dari awan yang mengandung.. Gerun dirinya terase.. Perlahan hati kecilnya berd0a m0h0n belas dan bersyukur atas nikmat dan rahmat..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedang bas menelusuri jalan, mata bundar menangkap pemandangan indah. Rumah Allah, masjid besar Geliga.. Tanpa sedar mutiara jernih mengalir deras di pipinya. Hangat.. Ada kisah terindah di sebalik segalanya.. Dalam diam hatinya berd0a..

"Tenangkan hamba-Mu ya RAbB.. Ku wndukn-Mu, teramat3!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di pertengahan jalan, bas sani dan sP bumi, bagaikan berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi, k.T.. Hati kecil berd0a tanpa henti, m0ge selamat semuany.. Syukran kathir buat mujahid dan faQihah untuk d0a kalian.. Pandangan Khazinatul Humaira' terus melekat pada fen0mena alam..

Sang gel0mbang terus-terusan menghempas pepasir pantai, bagai melepas geram pada manusia yang kian alpa, leka mencemarkan tanah kelahiran.. DunYa, anugerah, pinjaman dr iLLahI.. Bumi menangis seakan tak mampu lagi menampung ker0sakan dan kemaksiatan makhluk bername an-nas.. Bagaimana kte..?

~RaMa-RaMa~

CINTA..

C-Carilah
I-Illahi
N-Nescaya
T-Tenang
A-Akhirnya..

Cinta selayaknya seperti seekor rama2,
semakin kalian mengejarnya,
semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian..

Biarkan rama2mu terbang ke mana saja ia suka,
siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu,
ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu menumpang teduh
dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yg tidak kau sangka..

mungkin saja rama2 yang kau kejar itu bukan rama2 yang Allah peruntukkann buatmu..


Cintai Illahi.. Sang Kekasih, Pencinta Agung.. Nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.. Sebelum berkahwin dan akad dilafazkan, kejarlah Allah S.W.T sebelum mengejar cinta lelaki.. Tanpa redha Allah, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau takkan bahagia.. Percayalah.. Sia2 segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat.. Ianya hanya akan meluputkan keberkatan daripada hidupmu..

::Bersama memburu mardhotillah..::

Sahabatku..

Tika hatimu gundah, antara kecintaan hatimu & redha Tuhanmu..

Ku ingin sekali dikau mengerti..

Sesungguhnya apa yang diredhai-Nya,

pastinya yang terbaik untuk dirimu..

Duhai sahabat, jika kau meninggalkan sesuatu yang kau cintai hanya utk Tuhanmu,

pasti Dia akan menggantikan untukmu sesuatu yang jauh lebih baik dari itu..

Percayakah dikau pada janji-janjiNya?

Tunggulah sahabatku, janji-Nya pasti akan datang..

Pujuklah hatimu dengan benih kepercayaan,

moga menumbuhkan pohon keimanan dan

dapat kau tuai setangkai buah kesabaran..

Hanya Dia yang maha Mengetahui,

betapa kerana-Nya kau korbankan hidupmu...

~Eid Milad Sa'id..~

Assalamu'alaikum...

Hari ini hari lahirmu,

hari ini bertambah lagi usiamu,

hari ini bertambah jua tanggungjawabmu,

hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang

dek ujian yang akan mendatang..

Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu

dilambung onak & duri..

Hari ini Allah telah memendekkan lg jarakmu dengan-Nya..

Semakin berkurang tempoh untuk beramal,

semakin kubur mempersiap tempat untukmu..

Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput,

semakin dekat masa amalan dapat dihitung dan

semakin hampir haruman FIRDAUSI @ azabnya JAHANAM..


Eid milad sa'id ya ukhti..

Kullu am waantum bikhair..

Salam sayang kelahiran..(n_~)"

~TaMaN KeHiDuPaN~

Tiada keindahan

dlm sbuah kehidupn

tanpa merasai kepahitan,

dan tiada bunga-bunga kebahagiaan

dlm sebuah kepahitan

tanpa menyemai benih-benih ksabaran,

serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan

jika tiada keikhlasan &

kesyukuran yg brtapak di jiwa insan..

Ikhlaskan hatimu, bertahmidlah lidahmu..

Moga menjadi insan yang selalu bersyukur..!!

~Salam Ulangtahun Kelahiran Sayang...~

“Selamat ulangtahun kelahiran sayang.. “ Lembut tutur kata dari si dia, dan satu kucupan syahdu hinggap di dahi Khazinatul Humaira’.

Dia tersentak lantas terjaga dari alunan mimpi itu. Mujahid Islam itu lenyap dari pandangan. Humaira’ tercari-cari.

“Ya Allah, aku mimpi rupenye.. Astaghfirullahal ‘azim.. Kat mane niy..?” Humaira’ mengusap wajahnya berkali-kali. Sekelilingnya kelihatan dinding bercat putih. Hospital.

‘Ya Allah.. Ampuniku kerana masih merindui.. Maafkanku cinta Agungku..’ Hati kecilnya bermonolog lagi, memohon keampunan saat menyedari diri terleka dengan cinta duniawi semata.

Mata Humaira’ menangkap angka pada telefon bimbitnya. Jam digital rekaan manusia menggunakan aQal pinjaman Illahi itu tetap patuh dan taat pada aturannya, berdetik dan terus mengukur waktu selagi ber’nyawa’. Pukul 3:04 pagi.

“La haula wa la Quwwata illa billah walhamdulillah.. Time kasih Ya Illahi, Kau Yang Maha Setia terus mengejutkan hamba-Mu yang hina dina ini seperti malam2 sebelumnye.. Alhamdulillah.. Semoge Kau sudi Quatkan diriku pada hari2 seterusnye untuk bangun bermunajat dan berkasihan dengan-Mu Sang Kekasih.. Sungguh, seluruh jasad dan jiwa ini merindui-Mu.. Teramat..!!” Kalimah kesyukuran terus meniti di bibir gadis itu. Takungan mutiara berharga bagai berlumba- lumba ingin menuruni kelopak mata bundar itu.

Dengan penuh hati-hati, Khazinatul Humaira’ menuruni katil bersalut cadar putih itu. Tak ingin menyusahkan mana2 jururawat yang bertugas tika itu. Langkah longlai dihala ke bilik air, menyucikan diri sebelum mengadap Sang Kekasih. Ingin sekali dirinya tampil sebersih-bersihnya buat Sang Pencinta.

Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi..

Bangunlah insan
Bangunlah, buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah
Menyembah, membesarkan Tuhanmu..

Panjatkanlah do’a, pohonkan ampunan dari-Nya
Agar bersih hatimu dan juga aQalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran..

Pangkat dan darjat yang tinggi
Bagi yang berjaga malam
Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan Tertinggi lagi Terpuji..

Jadikan amalan merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpin-Nya..


Humaira’ terus bermunajat, mengadu, memohon dan merayu pada Penciptanya. Hati kecilnya merintih. Sayu. Sedih. Syahdu. Semua rasa bersatu jadi satu.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


:: Ya Allah,

jagalah sahabatku dikala penjagaanku xsampai padanya,
sayangi dy kala rasa sayangku xmampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,
perhatikan dy kala perhatianku xterangkum dalam kata yg sahaja..
Kerana Engkau punya segala yg ku xpunya..
Kerana ku ingin dy menjadi sahabatku..
Moga bertemu di syurga abadi... ~Ameen..

SELAMAT HARI LAHIR..
M0ga dilapangkan rezeki..
Dikurniakan petunjuk yg lurus dalam setiap urusan..
Jadi anak dan ummi yg solehah.. BittaufiQ wannajah..::
Ameen.. ::

Syukran jazilan ya sahabi..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Celaru. Kusut. Entah ape yang sedang bermain dalam kotak fikiran Humaira’ tika itu. Pening sekali raseny. Kepaleny sakit.

‘Huh...’

‘Kenape mengeluh..?

‘Entah.. Mungkin memikirkan diri..’

‘Pikir ape..?’

‘I’m 20.. Ape yang da aku buat selame 20taun Allah pinjamkan nyawa niy kat aku..? Da selesaikah amanah-Nya ku laksanakan..? Terlangsaikah hutangku pada-Nya pada setitik embun..? Berjayakah aku me................................?

‘Dan ape jawapanmu untuk soklan2 tu..?’ ‘Dy’ menangkas. Aku tersentak.

‘Ntah.. Aku tak pasti. Mungkin ye, mungkin tak. Mungkin ade yang da, mungkin ade yang bl0m..’

‘Maksudmu..?’

‘Sesungguhny hanya Penciptaku yang mengetahui yang ghaib. Dy jugalah yang mengetahui keikhlasan hamba2-Ny. Ikhlaskah aku dalam hidup..? Ikhlaskah aku dalam Menyembah-Ny..?

‘Kenape baru sekarang bertanya soal ikhlas..?

‘Takde salahnye.. Hidup means belajar.. Kte hidup untuk beribadah pada-Ny.. S0 sampai bile2 pun isu dan persoalan ikhlas akan timbul..’

‘Ikhlas itu rahsia Allah.. Ikhlas tu jugak umpama semut itam di malam yang kelam yang berjalan di atas batu itam.. Takde sape yang taw ia ade kat situ, except Allah..’

‘Hmmm...’

‘Kenape mengeluh..? Ape yang menari di fikiranmu sekarang..?

‘Mase depanku.. Perancanganku untuk hidup.. Yang pendek dan panjang..’

‘Maksudmu..? ’

‘Perancangan pendek untuk kehidupan dunia, dan perancangan panjang untuk negeri abadi, nasibku, mase depanku.. Dunia tu tempat untuk kte bercucuk tanam, akhirat tu tempat menuai..’

‘Kenape..?’

‘Cadangny, nak buat sbl0m melangkah ke 20, tapi....’

‘Bl0m terlambatkan..?’

‘Mmmm insya-Allah..’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beep..!!
Jeritan telefon bimbitnya mematikan dialog antara Humaira’ dengan dirinya.

:: Assalamu’alaikum sayang.. Cmne study? Nk stdy ngan FaQihah dtgla cni ye.. ::

:: Wa’alaikumussalam.. takpela, syukran.. Xrase ley stdy skang.. ::

:: Kenape niy.. Humaira’ katne? ::

:: Kt blik.. Xtawlaa npe.. Jgn ris0, stdylaa, s0k xam.. ::

Jari-jemari pantas menekan butang2 huruf pada handphone. ‘Bilik kt h0spital..’ Dia berbisik pada diri sendiri.

:: Kenape niy.. Xnk cite kt FaQihah..? ::

Teman.. Andai saja dikau mengerti dan memahami gelodak hati dan jiwa sang musafir saat ini.. Tangannya mengusap wajah. Soalan teman dibiarkan tanpa jawapan. Humaira’ menangis sendiri..

~Pimpiniku....~

5 november 2009_00:20

Di wad Dahlia, kelihatan seorang gadis memusingkan badannya ke kiri, kanan, kiri, kanan, dan kiri kembali silih berganti. Liat sekali matanya lelep. Kepenatan bertarung dengan kesakitan siang tadi tidak dapat membantu melenakan gadis itu. kelihatan sorotan mata simpati seorang doktor memerhatikan dari jauh, tanpa disedari empunya jasad.

'Semoga dirimu terus tabah berjuang melawan dugaan hadiah dari Rabb..!

Beep.. Telefon bimbit Humaira' bergetar menandakan ada mesej masuk.
'Sape agaknye..' detik gadis itu di dalam hati lantas mengambil alat komunikasi di sebelah perbaringannya itu.

" Assalamu'alaikum...
Hari ini hari lahirmu,
hari ini bertambah lagi usiamu,
hari ini bertambah jua tanggungjawabmu,
hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang
dek ujian yang akan mendatang..
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu
dilambung onak & duri..
Hari ini Allah telah memendekkan lg jarakmu dengan-Nya..
Semakin berkurang tempoh untuk beramal,
semakin kubur mempersiap tempat untukmu..
Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput,
semakin dekat masa amalan dapat dihitung dan
semakin hampir haruman FIRDAUSI @ azabnya JAHANAM..

Eid milad sa'id ya ukhti..
Kullu am waantum bikhair..
Salam sayang untuk akak tersayang..(n_~)"

Tanpa disedari, setitik mutiara jernih mengalir dari mata bundarnya. Ya Illahi.. Maafkan diri ini kerna selalu lalai dan leka dalam mengingati-Mu.. Ku mendambakan cinta_Mu Rabbi..

Jari-jemari pantas menari berlantaikan papan kekunci telefon bimbit.
"Thanks sayang.. Tapi birthday akak esok.. Awalnye wish.. Anyway, thanks again.. Terharu sangat ifah ingat akak.. Doakan akak cepat sihat ye dik.."

"Takpe akak, wish paling awal n paling last, amek berkat.. Hehe.." Balasan diterima.

'0o, ade jugak macam tu ye..' Dia bermonolog sendiri. Humaira' tersenyum sendirian apabila ucapan paling awal itu terbongkar, tersilap tarikh rupanya..! (^_^)>

'Esok sang rembulan 6 November bakal muncul. Bersediakah aku untuk melangkah ke umur baru seperti sahabat-sahabat yang lain..? Bolehkah aku matangkan diriku, pemikiranku, tindakanku, emosiku, dan lain-lain urusanku duniawi+ukhrawiku..? Amanah-Mu yang disandarkan pada khalifah kerdil ini? Allahu Rabbi.. IhdinassirotolmustaQim...

Bila azan Maghrib esok dikumandangkan, maka genaplah 20 tahun jasad, ruh, nyawa dan jiwa ini dipinjamkan padaku. Apakah yang telah aku perbuat selama ini..? Mujahidah solehahkah aku..? Ya Rabbi.. Pimpiniku.. Bantuku ke jalan yang Engkau redhai.. Bantuku ke jalan-Mu, pimpiniku mengenali Islam supaya dapat ku gapai tahap Muslimah sejati secara totalnya.

Ku rindukan-Mu.. Ku impikan saat bertemu-Mu.. Ingin sekali hamba yang hina dan penuh dosa ini tergolong dalam golongan yang bakal disapa-Mu dengan Salam di akhirat kelak. Benci, takut, gerun sekali untuk dimasukkan ke dalam golongan yang dibenci-Mu di akhirat sana, yang tidak sudi pun untuk Kau melihat mereka. Na'uzubillah Ya Allah.. Astaghfirullahal 'azim..'

Linangan mutiara suci mengalir seiring dengan doa yang meniti di bibir mungil itu. Akhirnya, dia terlena jua dalam perasaan rindu yang membuak-buak pada Sang Kekasih.

~biDaDaRi~

Ya rabbi,

aku titipkn rindu n sayang utk saudara ku..

Jdkn ia bidadari y sllu menghembuskn nfs2 iman islamMU..

Jdkn ia wanita solehah y sllu mndpt ksh sygMU..

Jdkn ia muslimh yg sntsa mnjga izzah addinMU...

Ya Allah, sygilh, cintailh, ampunilh, brkahilh,

n msukknlh ia dlm jannahMU..

amEeN... ((")("))

sAhAbAt

DALAM
hidUp ini

enti
hAdir
sEbAgAi
SAHABAT ana.

kEkALkAN
Ana
dLM
iNgAtAN enti
andA!nyA 1hARi naNTi..

TELINGA mndgAR BRITA keMAtiaN ana ikHLASkan tanGAn mengUSung JAsaD..
BisiKan dtlinga bhwa enti tlh MEMAAFkn ana..

M0GA Kalimah trakhir itu mENJdi
PELITA diKUBUR gelap dan
mENJdi BANTAL diLENA PANJANG..

syukran krn menjadi shbt ana..

SyAiTaN vS aYaTuL QuRsI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

1st n0v '09

“Name2 yang dipanggil diminte tunggu sekejap je. ............. Nurul Adibah Binti Razali”, panggilan daripada ketua pengawas exam HalaQah disambut dengan sedikit terkejut.

‘Eh? Kenape ye..’ hati kecil berbicare.

“Tadi tulis dengan pen ye? Kan da cakap xley, nik kan da pnah kne. ”Nik bertanye sambil membebel perlahan.

Kate2 dan tegurannye ku sambut dengan senyuman tawar.. Madunye habis, sepahnye dibuang, gulenye tiade.. Tawar.. Akan tibekah saat madu kembali dituai, sepah kembali dikutip..?

Pertanyaan itu hilang begitu sahaje, seperti menerawang di dalam main audi yang sunyi itu lagaknye. Empunye diri diminte ke depan untuk meng’hitam’kan ktas jawapan lagi skali..

‘Atoi.. Banyak keje lak, macam2 UIA niy..’

Tanpe sedar hati mengeluh dengan ujian.. Duhai hati, tunduklah dikau, patuhlah pada aturan Sang Pencipte.. Dalam mase kurang 10 minit, exam kali ke-2 cyap..

‘Allahumma yasirli kulla ‘asir, bismillahi tawakkal tu’alallah..’ Dengan lafaz yang mulie, ktas objektifku dihantar.. Hmm moge Allah permudahkan sgalenye..

Perjalanan pulang ke mahallah diteruskan diiringi lagu ‘Peristiwa Padang Arafah’ by HiJJaz & ‘Amani’ by Amar.. Mutiare jernih bagai berlumbe2 nak kua.. Cib bek Nik xpasan.. Sampai kat café, I met my president-to-be, sembang2 cket sal G’RIMIS Club-to-be, sal reunion, exam & so on.. Kejap je.. Then cari2 Nik, ntah ke mane da ilangnye..

‘Mm nak makan ape ni pr0t?’ Cm pr0t ley jawab lak. Sekali jawab bt0l2, maw melompat ti. (~_^)> Round pnye round, nothing can suit my taste. At last. Ntah bangle mane lak yang amek selera niy... Allah... Psni nk kne g check-up lagi, bosannye idop sebagai owg xchat niy..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat sahabat, moge Allah permudahkan urusanmu di medan peperiksaan, moga senjate alat tulis, doa & tawakalmu ck0p quat untuk menghadapi terjahan soalan2 itu..
Hmm by all.. I’m going 2 my 2nd mahallah.. Take care ya..

~JaNji ALLaH S.W.T..~

“Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih

~’Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.’~

Janji Allah

1- “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)..” (An-Nuur: 26)

Mungkin ramai yang perasaan, ataupun tidak, wanita disebut secara berganda, manakala lelaki hanya disebut secara ‘single’. Ayat ini juga membenarkan ayat Allah yang mana bermaksud, lelaki dibenarkan berpoligami, tetapi diharamkan hukumnya bagi wanita. Jika disenaraikan di sini hikmah2nya, pasti meleret panjang artikel ini. Ana pasti, ramai di antara kita yang dapat mendalami dan memperhalusi hikmah2 di sebalik kebenaran berpoligami bagi lelaki ini. Tambahan pula, kali ni ana nak cerita sal janji Allah, bukan sal poligami. So, cari2 sendiri ye bagi yang lom taw..

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Allah, berlandaskan Islam, Iman dan Sunnah Nabi-Nya tercinta. Jadilah Mujahid soleh, jadilah mujahidah solehah.. Semoga Allah memberi hanya yang terbaik buat kita..
Ameen..((“)(“))

Ayat suci ini diturunkan bersempena dengan Peristiwa ‘Al-Ifki’ iaitu ketika Saidatina ‘Aisyah R.A difitnah telah melakukan perbuatan yang tidak elok dengan seorang sahabat Baginda yang baik, Sofwan bin Mu’attol oleh golongan munafiQ di madinah.

Allah S.W.T mempertahankan kesucian ‘Aisyah daripada fitnah munafiQin. Allah S.W.T juga menegaskan bahawa jika benarlah ‘Aisyah itu muslimah yang tidak solehah, masakan Ummul-Mu’minin itu dapat mendampingi seorang manusia yang suci, malahan amat3 disayangi oleh Rasulullah S.A.W..??

Selain itu, pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan antara zauj wa zaujah itu hanya akan berlaku jika wujud persamaan.

2- “Ada tiga golongan yang berhak bagi Allah menolong mereka, iaitu seorang Mujahid fi Sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya.” Hadith Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’ie, Tirmidzi, Ibnu Majah Hadith no. 2518 dan Hakim 2: 160)

Bagi sesiapa yang bernikah atau berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah S.A.W dalam hadith ini. Dan yakin serta percayalah, pertolongan Allah Yang Maha Agung itu pasti akan datang.

Cinta Sejati
Cinta lelaki selalunya manis..
Cinta lelaki suka meminta maaf..
Cinta lelaki mudah diagih-agihkan..
Cinta lelaki susah dipamerkan..

Cinta wanita selalunya pahit..
Cinta wanita selalunya kudus..
Setia dan romantic..
Cinta wanita pandai memujuk..
Cinta wanita sanggup terseksa..
Jika terdera..
Bila dipujuk mudah lupa..

Cinta sejati tidak bertambah dengan kebaikan..
Cinta sejati tidak bertambah dengan kekayaan..
Cinta sejati tidak berkurang dengan keburukan..
Cinta sejati tidak berkurang dengan kemiskinan..
Cinta sejati tak pernah rasa curiga..

Tapi..
Selalu berwaspada..
Senantiasa bersangka baik..
Selalu bermaaf-maafan..
Tanpa perlu dipohon..

Cinta sejati tak pohon dibalas..
Kerana..
Semua itu tak kekal lama..
Cinta sejati pertimbangan adil..
Cinta sejati mendidik anak berjiwa Nabi..
Cinta sejati semakin tua semakin sayang..

Apa rahsia cinta sejati..?
Agama dijunjung..
Syariat disanjung..
Pasaknya iman..
Ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul ‘Izzati..





 Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…



Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga. 




 

Hanya cintamu aku harapkan, buat bekalan diperjalanan…
hanya kasihmu aku dambakan, penerang jalan dikegelapan…
“Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya.”
HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim


Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.


Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., “Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api.”



Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang mulia membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.



Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.


Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, “Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya”.


Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu ‘Abbas ra., ia berkata, “Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka.”


Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; ” Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara.”
Q.S Al-Hujurat : 10


Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, “Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya.”
HR. Muttafaqun ‘Alaih


Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat dan sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim...

Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan


Wallahu'alam...





~Ukhwah Fillah?? Jangan Cemarkan..!!~

 Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...


Aku bukanlah insan yang terbaik untuk menegur.
Atas dasar mengingatkan dan ingin membetulkan sahabat2 yang aku sangat kasihi. Sudah lama terbuku di hati cuma tak dapat disampaikan..
entahla, apa2 persepsi sahabat2 semua berkenaan aku, aku sangat terima dengan dada yang lapang… mungkin aku yang kolot, tapi aku rasa aku perlu mencoret sesuatu… walau aku rasakan aku tidak layak, namun atas dasar DAIE kerana aku telah bergelar DAIE semenjak aku mengucapkan kalimah shahadah sehingga QIAMAT kelak, aku cuba mencoret sesuatu… aku harus!!


Astaghfirullah.... Air mata ku seka, tak tertahan melihat gambar2 posing sahabat-sahabat lama, ketika mereka berseorangan mahupun berteman, timbul perasaan sedih, geram mahupun kecewa… Hati kecilku bertambah hiba, bilamana perlakuan seperti itu bukan sahaja da alam siber dan alam maya, malah juga di alam realiti.. Sudah hilangkah perasaan malu umat Islam kini??
Sesungguhnya, umat Islam telah diciptakan sebagai sebaik2 umat..
Tapi.... di mana tamadunnya?
Zaman apakah sekarang ini?
Amalan jahiliyyah dilihat seakan2 bertapak kembali di bumi ciptaan Rabbi..

Ya Rabbi.. Moga Kau bermurah hati untuk memberikan hidayah buat kami..


***************************************
Meneliti beberapa weblog kawan-kawan, mahupun friendster dan yang seangkatan dengannya, membuatkan aku terkesima, termanggu’suma’ serta pelbagai lagi rasa tidak saksama di hati dan kurang senang dalam diri.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma ‘ruf, mencegah dari yang munkar” (At-Taubah: 71).
****************************************


Permasalahan Bercampur Lelaki Perempuan
Sesungguhnya perintah menundukkan pandangan merupakan satu adab, tuntutan dan perintah sunnah yang diperintah oleh Allah swt dan diajari oleh sunnah baginda S.A.W. aku sangat tergamam, bagaimana ‘wanita2 islam’ ini boleh memaparkan gambar-gambar mereka berlaga pipi dengan lelaki yang bukan muhrim. Sudah hilangkah perasaan malu dalam diri?? Darahmenyirap keseluruh permukaan wajahku… tak tertahan air mata, canggung memikirkan nasib ‘saudara’ sendiri…


“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)?” (Al-isra : 32).




Sungguh, ‘persahabatan’ lelaki dan perempuan, memual di friendster, YM dan pelbagai lagi medan yang kits semua sedia tahu, tetapi sebenarnya ianya meragukan dan dipenuhi syubhat. Mungkin aku yang KOLOT!! Tapi aku sedar, dengan menulis begini mungkin dapat menyelamatkan aku ketika ‘DISOAL’ kelak…


*********************************
Namun menjadi kesalahan bagi seorang muslim yang beriman dengan Allah dan Rasul serta mengakui menuruti perintah Al-Qur’an dan sunnah untuk memaparkan gambar-gambar wanita dan lelaki sekalipun bertudung tetapi bercampur dalam sebuah gambar dengan tanpa keperluan yang mustahak dan darurat. Mengaku Islam, mengaku memperEsakan ALLAH, namun hanya sekadar di bibir kah??

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas?” (Al-Maidah : 87).

Apakah kepentingan dan manfaat seorang yang beriman kepada Allah swt memaparkan gambar rakan-rakan kenalan wanitanya dalam weblog, friendster dan lain-lain sekiranya dia seorang yang muslim ?


“Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya” (An-Nur: 30).
“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya?(An-Nur: 31).


*************************
Lalu menulis di bawahnya ” rehlah ke pantai” atau ” kami berposing dengan gembira”, apakah ini adab dan teladan sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam ?
Sedangkan baginda pernah menyebut : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar (dari rumah) , syaitan akan menghiasinya” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).


Sungguh, aku tidak menipu…
“Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan” (Yusof : 53).

Baginda rasul pernah mengatakan : Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan.. (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).

contoh terbaik sudah ada didepan mata, akhlaknya patut dicontohi, akhlak siapakah yang diambil jika perhubungan sesame yang bukan muhrim tidak dijaga??

“Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik” (Surah Al-Ahzab : 21).





MasyaAllah…, sekalipun aku ini MUNGKIN dianggap kolot tetapi aku ada tanggungjawab yang perlu dipikul untuk menasihati kerana kalau aku tidak mampu mencegah maksiat dengan tangan, maka dengan mulut. Aku cuba berkata-kata melalui tangan…


****************************
Kita perlu sedar, perbuatan bersosial lelaki perempuan tanpa batasan sangat ketara bertentangan dengan perintah daripada Al-Qur’an dan sunnah dan hendaklah kita berusaha menjaga diri dari maksiat.


Tidak haram perempuan muslimah memaparkan gambarnya yang menutup aurat dan gambar-gambar bersama kawan-kawan perempuannya sekalipun hukumnya makruh dan dibenci serta boleh jatuh haram apabila mengundang fitnah tetapi apabila dia memaparkan gambar dirinya (wanita) dengan kawan-kawan lelakinya maka ianya sudah jadi salah dan seolah-olah umat Islam ini sama sahaja seperti barat yang biasa bergambar lelaki perempuan kawan kenalan cuma hanya tudung yang membezakan.


******************************
Hubungan Bebas Lelaki Dan Wanita
Sesungguhnya syariat Islam membataskan perhubungan lelaki dan wanita dalam apa jua keadaan yang tiada keperluan dan hendaklah hubungan itu berlangsung dengan menuruti syariat dan membawa manfaat bukan mudharat.
sangat-sangat Terlalu bebas hubungan lelaki perempuan baik dalam ruangan sihat di yahoo mesengger, di dalam mirc mahupun didalam friendster…
“Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan” (Yusof : 53). 

Kita dapat lihat dalam group-group dan ruangan agama yang dibangunkan secara portal banyak sekali mengunakan nama-nama agama dan arab tetapi hakikatnya di dalamnya lelaki dan perempuan bebas bergaul dan berkenalan dan bersosial 

seolah-olah seperti barat cuma di atas namakan agama.

janganlah kita mencemarkan AGAMA!! Tolonglah…

eida (bukan nama sebenar) : Hai..apa kaba ? cihat tak ? i just visit your blog…nice i like it…ukhwah fillah…bila boleh jumpa tuan punya blog
( abu) bukan nama sebenar : baik….u pulak jaga diri yee…ukhwah Fillah ! 

Apabila aku membaca tulisan di atas dalam ruangan chitchat di blog-blog dan juga seringkali menemui percakapan kosong seperti ini dalam ruangan-ruangan agama maka aku sangatlah merasa sedih dan terkilan dengan budaya Islam di Malaysia yang makin menyimpang… aku kah yang KOLOT??

Lelaki : peewit!! Cunnya gambar!!
Perempuan : knape?? Biasalah, nak ngorat ke??

Sekali lagi, aku kah yang KOLOT??


Rasulullah S.A.W bersabda : Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penduduknya adalah wanita?(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).

Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi S.A.W bersabda : Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita. (hadith riwayat Muslim dan Ahmad). 

Mengapa wanita?? tepuk dada tanyalah iman… sedih memikirkan nasib saudara sekaumku…
Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya :
 
Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat. (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).


Apalah gunanya ada jemaah-jemaah dan gerakan sofwah Islamiyah sekiranya mereka dengan gerakan-gerakan dan persatuan-persatuan ini lebih merosakkan dan mencampurkan anak-anak muda lelaki dan perempuan dengan mengatas namakan agama ?? aku tidak menujukan kepada mana2 pihak…


*******************************
Segala puji hanyalah bagi Allah swt yang masih memberikan kita peluang untuk bernafas hari ini, dan mungkin hari esok ‘pinjaman’ itu akan dihentikan… marilah kita memperbanyakkan taubat, yakinlah dan kembalilah kepada TUHANMU…

Pesanan buat muslimah, ingatlah, tubuh dan perhiasanmu hanya layak dipaparkan untuk yang muhrim sahaja, SAHAJA!! dan jadilah muslimah solehah yang menjaga diri, cakapan dan tulisan serta perangai.


Bagi muslimin, hendaklah menjaga diri dengan iman dan ilmu serta akhlak yang soleh dan mentaati perintah Allah dan rasul-Nya, usahakan menghindari fitnah wanita dan godaan percampuran bebas kerana lelaki yang soleh ialah yang menjaga dirinya dari maksiat kepada Allah swt.


Sabda baginda rasulullah : ” Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah swt di hari tiada naungan (perlindungan) selain dari perlindungan Allah…pemuda yang hidup dalam ibadah kepada Allah (jauh dari maksiat) ….pemuda yang apabila digoda oleh wanita yang cantik dan berkedudukan untuk melakukan maksiat lalu berkata : Sesungguhnya aku takut kepada Allah…” ( Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).
Katakanlah wahai muslimin sejati, wahai umat Nabi Muhammad S.A.W, apabila kamu di goda oleh muslimat-muslimat dengan menerima kehadiran mereka tanpa diundang dalam hidup kamu dengan berkata “Sesungguhnya aku takut kepada Allah”.


sekali lagi, mungkin aku yang KOLOT, tapi tidak mengapa, katalah apa sahaja kerana hidayah Allah pasti akan sampai kepada mereka yang DIA kehendaki…
“aku merintih dan merayu kerana keadaan sukar menghafaz, maka dia menunjukkan kepadaku supaya meninggalkan maksiat, dan dia memberitahuku bahawa ilmu itu nur (cahaya), dan cahaya ALLAH tidak akan sampai kepada orang yang berbuat maksiat…” ~Imam As-shafie


*********************************
Segala puji hanyalah bagi Allah swt, semoga Allah menerima diri aku di sisinya dan kepadanyalah aku kembali…


Sakit ini satu nikmat
Kerananya kita menyedari akan perihal rahmat
Hikmah yang tersembungi di dalam langit tinggi
Hanya pemilik langit dan bumi yang mengetahui
Kesembuhan itu aku tidak ingini
Keredhaan itulah yang aku dambai
**************
sahabat2…jangan halalkan apa yang allah dah haramkan
walaupun atas dasar UKHWAH
kerana matlamat tak menghalalkan cara
banyak lagi cara yang betul untuk berukhwah
jangan rosakkan nama islam
jangan cemarkan dengan perbuatan yang salah
aku harap baca dengan hati terbuka
aku menulis seikhlas hati
bukan untuk yang lain selain kasih kepada sahabat2 kerana Allah
Maaf andai terguris perasaan…

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds