''Musuh-musuh'' yang sememangnya menyimpan kesumat dengan Islam kian berani memalitkan arang dan mencalar-balarkan wajah Islam.. Tanpa disedari, tanpa dipinta.. Tetapi hakikatnya sekarang, kita yang berada pada z0n selesa terus-menerus 'menyelesakan' diri, cuma menjadi pen0nt0n dan pemerhati setia yang adakalanya 'berapi' 5minit..
Era ini, imej Islam kian buruk pada pandangan dunia, malah lebih teruk pada pandangan penganutnya sendiri.. Ingin menidakkan? Tak usah.. Belajarlah untuk menerima kenyataan.. Susah..? Memang..!! Bukankah Hukama' sendiri menyatakan kebenaran itu pahit..?
''Akan datang suatu masa dalam waktu terdekat, bangsa2 (selain umat Islam) bersatu akan mengalahkan kamu seumpama sekumpulan manusia berkerumun berebut2 akan hidangan makanan di sekitar mereka..''
Sahabat bertanya, '' Ya Nabi Allah, apakah kerana sedikitnya kita (umat Islam) pada waktu itu?''
Sabda baginda, ''Bukan, bahkan kamu pada waktu itu adalah g0l0ngan teramai (maj0riti), tetapi kualiti kamu pada waktu itu bagaikan buih2 lautan yang dibawa 0mbak.. Allah telah mencabut dari hati musuhmu perasaan takut akan kamu dan Allah mencampakkan penyakit 'al-wahn' ke dalam hati kamu..''
Maka sahabat bertanya lagi, ''Apa yang dimaksudkan al-wahn itu, ya Rasulullah..?''
Rasulullah s.a.w menjawab, mafhumnya: ''Cinta dunia dan tak0t mati..''
(Riwayat Abu Daud, n0 4299)
Mungkin ramai antara kita yang pernah atau selalu sahaja terjumpa atau terbaca hadith ini.. Tapi sayang, berapa ramai antara kita yang dijentik hatinya, disedarkan Allah al-Akbar..?
Sedarlah sahabat2ku sayang.. Hari ini, telah ramai saudara2 kita yang menjadi k0rban natijah daripada kelemahan kita.. Ingatkah sahabat..? Dulu kitalah umat terulung yang menguasai 2/3 dunia..
Namun, amat menyedihkan bilamana pemikiran dan pandangan kita sendiri telah mempermainkan dan menipu kita.. Gambaran yang ngeri dan seram tentang agama Allah menyebabkan hamba-Nya yang juga penganutnya malu, enggan dan tak0t untuk menegakkan kebenaran.. Benarkah..? Tepuk dadamu, tanya imanmu..
Mana perginya semangat juang dan kecekalan sahabat2 ulung seperti Khulafa' ar-Rasyidin, 'Umar al-Khattab, Abu Bakar as-SiddiQ, Sayidina Bilal ibn Rabbah..? Mana tenggelamnya semangat pejuang Islam, Salahuddin al-Ayyubi, Khalid al-Walid, Muhammad al-Fateh dan lain2..? Mana hilangnya semangat pahlawan Melayu Islam gaya T0k Janggut, Abdul Rahman Limb0ng, Mat Kilau, D0l Said dan t0k0h2 lain? Mana..? Luput ditelan zamankah..?
Ayuh sahabat, bangkit.. Kitalah pewaris agama, kitalah bakal peneraju bangsa, kitalah bakal pemerintah dunia, we are the leader-t0-be..!!
Wahäi pejuäNg..
jerNihkn dirìmu..
uNgkäilh segala kekusutaN hatimu..
hilaNgkan käbut keräguan..
bertiNdak dengan hìkmah & kebijakSÄnaan..
Hanya dengaN imän & keyakinaN kita mampu meNgäyuh perähu kehidùpaN..
TuluSlah dengaN TUHÄN..
teluSlah seSama insaN..
Disebälik awaN meNdung iTu terSembunyi siNär meNtari yg teräng..
Tabahlah deNgaN stiäp cäbarän ya saHäBi..
Tapi tak bermakna kita diam membisu..
berusahalah, berd0alah..
Pulihkan imej Islam.. Bangkitlah..!!
Ku setia mendamba kasih, menunggu Salahuddin al-Ayyubi..
Ingat prinsip 3S dalam menerajui perubahan..!!
1. Mulakan dengan diri SeNDiRI
2. Mulakan SeDIKIT2 (sabar.. D0a+Usaha+Ikhtiar+Tawakkal)
3. Mulakan SEKARANG..!!
Ayuh..!!
D0a lebih diperkenankan-Nya ketika kita gigih berusaha, bukannya semasa kita asyik mengeluh dan meminta..