Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku
Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung
Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja
Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya
Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati
Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku
Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung
Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja
Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya
Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati
Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...
Aku bukanlah insan yang terbaik untuk menegur.
Atas dasar mengingatkan dan ingin membetulkan sahabat2 yang aku sangat kasihi. Sudah lama terbuku di hati cuma tak dapat disampaikan..
entahla, apa2 persepsi sahabat2 semua berkenaan aku, aku sangat terima dengan dada yang lapang… mungkin aku yang kolot, tapi aku rasa aku perlu mencoret sesuatu… walau aku rasakan aku tidak layak, namun atas dasar DAIE kerana aku telah bergelar DAIE semenjak aku mengucapkan kalimah shahadah sehingga QIAMAT kelak, aku cuba mencoret sesuatu… aku harus!!
Astaghfirullah.... Air mata ku seka, tak tertahan melihat gambar2 posing sahabat-sahabat lama, ketika mereka berseorangan mahupun berteman, timbul perasaan sedih, geram mahupun kecewa… Hati kecilku bertambah hiba, bilamana perlakuan seperti itu bukan sahaja da alam siber dan alam maya, malah juga di alam realiti.. Sudah hilangkah perasaan malu umat Islam kini??
Sesungguhnya, umat Islam telah diciptakan sebagai sebaik2 umat..
Tapi.... di mana tamadunnya?
Zaman apakah sekarang ini?
Amalan jahiliyyah dilihat seakan2 bertapak kembali di bumi ciptaan Rabbi..
Ya Rabbi.. Moga Kau bermurah hati untuk memberikan hidayah buat kami..
***************************************
Meneliti beberapa weblog kawan-kawan, mahupun friendster dan yang seangkatan dengannya, membuatkan aku terkesima, termanggu’suma’ serta pelbagai lagi rasa tidak saksama di hati dan kurang senang dalam diri.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma ‘ruf, mencegah dari yang munkar” (At-Taubah: 71).
****************************************
Permasalahan Bercampur Lelaki Perempuan
Sesungguhnya perintah menundukkan pandangan merupakan satu adab, tuntutan dan perintah sunnah yang diperintah oleh Allah swt dan diajari oleh sunnah baginda S.A.W. aku sangat tergamam, bagaimana ‘wanita2 islam’ ini boleh memaparkan gambar-gambar mereka berlaga pipi dengan lelaki yang bukan muhrim. Sudah hilangkah perasaan malu dalam diri?? Darahmenyirap keseluruh permukaan wajahku… tak tertahan air mata, canggung memikirkan nasib ‘saudara’ sendiri…
“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)?” (Al-isra : 32).
Sungguh, ‘persahabatan’ lelaki dan perempuan, memual di friendster, YM dan pelbagai lagi medan yang kits semua sedia tahu, tetapi sebenarnya ianya meragukan dan dipenuhi syubhat. Mungkin aku yang KOLOT!! Tapi aku sedar, dengan menulis begini mungkin dapat menyelamatkan aku ketika ‘DISOAL’ kelak…
*********************************
Namun menjadi kesalahan bagi seorang muslim yang beriman dengan Allah dan Rasul serta mengakui menuruti perintah Al-Qur’an dan sunnah untuk memaparkan gambar-gambar wanita dan lelaki sekalipun bertudung tetapi bercampur dalam sebuah gambar dengan tanpa keperluan yang mustahak dan darurat. Mengaku Islam, mengaku memperEsakan ALLAH, namun hanya sekadar di bibir kah??
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas?” (Al-Maidah : 87).
Apakah kepentingan dan manfaat seorang yang beriman kepada Allah swt memaparkan gambar rakan-rakan kenalan wanitanya dalam weblog, friendster dan lain-lain sekiranya dia seorang yang muslim ?
“Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya” (An-Nur: 30).
“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya?(An-Nur: 31).
*************************
Lalu menulis di bawahnya ” rehlah ke pantai” atau ” kami berposing dengan gembira”, apakah ini adab dan teladan sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam ?
Sedangkan baginda pernah menyebut : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar (dari rumah) , syaitan akan menghiasinya” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).
Sungguh, aku tidak menipu…
“Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan” (Yusof : 53).
Baginda rasul pernah mengatakan : Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan.. (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).
contoh terbaik sudah ada didepan mata, akhlaknya patut dicontohi, akhlak siapakah yang diambil jika perhubungan sesame yang bukan muhrim tidak dijaga??
“Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik” (Surah Al-Ahzab : 21).
MasyaAllah…, sekalipun aku ini MUNGKIN dianggap kolot tetapi aku ada tanggungjawab yang perlu dipikul untuk menasihati kerana kalau aku tidak mampu mencegah maksiat dengan tangan, maka dengan mulut. Aku cuba berkata-kata melalui tangan…
****************************
Kita perlu sedar, perbuatan bersosial lelaki perempuan tanpa batasan sangat ketara bertentangan dengan perintah daripada Al-Qur’an dan sunnah dan hendaklah kita berusaha menjaga diri dari maksiat.
Tidak haram perempuan muslimah memaparkan gambarnya yang menutup aurat dan gambar-gambar bersama kawan-kawan perempuannya sekalipun hukumnya makruh dan dibenci serta boleh jatuh haram apabila mengundang fitnah tetapi apabila dia memaparkan gambar dirinya (wanita) dengan kawan-kawan lelakinya maka ianya sudah jadi salah dan seolah-olah umat Islam ini sama sahaja seperti barat yang biasa bergambar lelaki perempuan kawan kenalan cuma hanya tudung yang membezakan.
******************************
Hubungan Bebas Lelaki Dan Wanita
Sesungguhnya syariat Islam membataskan perhubungan lelaki dan wanita dalam apa jua keadaan yang tiada keperluan dan hendaklah hubungan itu berlangsung dengan menuruti syariat dan membawa manfaat bukan mudharat.
sangat-sangat Terlalu bebas hubungan lelaki perempuan baik dalam ruangan sihat di yahoo mesengger, di dalam mirc mahupun didalam friendster…
“Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan” (Yusof : 53).
Kita dapat lihat dalam group-group dan ruangan agama yang dibangunkan secara portal banyak sekali mengunakan nama-nama agama dan arab tetapi hakikatnya di dalamnya lelaki dan perempuan bebas bergaul dan berkenalan dan bersosial
seolah-olah seperti barat cuma di atas namakan agama.
janganlah kita mencemarkan AGAMA!! Tolonglah…
eida (bukan nama sebenar) : Hai..apa kaba ? cihat tak ? i just visit your blog…nice i like it…ukhwah fillah…bila boleh jumpa tuan punya blog
( abu) bukan nama sebenar : baik….u pulak jaga diri yee…ukhwah Fillah !
Apabila aku membaca tulisan di atas dalam ruangan chitchat di blog-blog dan juga seringkali menemui percakapan kosong seperti ini dalam ruangan-ruangan agama maka aku sangatlah merasa sedih dan terkilan dengan budaya Islam di Malaysia yang makin menyimpang… aku kah yang KOLOT??
Lelaki : peewit!! Cunnya gambar!!
Perempuan : knape?? Biasalah, nak ngorat ke??
Sekali lagi, aku kah yang KOLOT??
Rasulullah S.A.W bersabda : Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penduduknya adalah wanita?(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).
Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi S.A.W bersabda : Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita. (hadith riwayat Muslim dan Ahmad).
Mengapa wanita?? tepuk dada tanyalah iman… sedih memikirkan nasib saudara sekaumku…
Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya :
Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat. (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).
Apalah gunanya ada jemaah-jemaah dan gerakan sofwah Islamiyah sekiranya mereka dengan gerakan-gerakan dan persatuan-persatuan ini lebih merosakkan dan mencampurkan anak-anak muda lelaki dan perempuan dengan mengatas namakan agama ?? aku tidak menujukan kepada mana2 pihak…
*******************************
Segala puji hanyalah bagi Allah swt yang masih memberikan kita peluang untuk bernafas hari ini, dan mungkin hari esok ‘pinjaman’ itu akan dihentikan… marilah kita memperbanyakkan taubat, yakinlah dan kembalilah kepada TUHANMU…
Pesanan buat muslimah, ingatlah, tubuh dan perhiasanmu hanya layak dipaparkan untuk yang muhrim sahaja, SAHAJA!! dan jadilah muslimah solehah yang menjaga diri, cakapan dan tulisan serta perangai.
Bagi muslimin, hendaklah menjaga diri dengan iman dan ilmu serta akhlak yang soleh dan mentaati perintah Allah dan rasul-Nya, usahakan menghindari fitnah wanita dan godaan percampuran bebas kerana lelaki yang soleh ialah yang menjaga dirinya dari maksiat kepada Allah swt.
Sabda baginda rasulullah : ” Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah swt di hari tiada naungan (perlindungan) selain dari perlindungan Allah…pemuda yang hidup dalam ibadah kepada Allah (jauh dari maksiat) ….pemuda yang apabila digoda oleh wanita yang cantik dan berkedudukan untuk melakukan maksiat lalu berkata : Sesungguhnya aku takut kepada Allah…” ( Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).
Katakanlah wahai muslimin sejati, wahai umat Nabi Muhammad S.A.W, apabila kamu di goda oleh muslimat-muslimat dengan menerima kehadiran mereka tanpa diundang dalam hidup kamu dengan berkata “Sesungguhnya aku takut kepada Allah”.
sekali lagi, mungkin aku yang KOLOT, tapi tidak mengapa, katalah apa sahaja kerana hidayah Allah pasti akan sampai kepada mereka yang DIA kehendaki…
“aku merintih dan merayu kerana keadaan sukar menghafaz, maka dia menunjukkan kepadaku supaya meninggalkan maksiat, dan dia memberitahuku bahawa ilmu itu nur (cahaya), dan cahaya ALLAH tidak akan sampai kepada orang yang berbuat maksiat…” ~Imam As-shafie
*********************************
Segala puji hanyalah bagi Allah swt, semoga Allah menerima diri aku di sisinya dan kepadanyalah aku kembali…
Sakit ini satu nikmat
Kerananya kita menyedari akan perihal rahmat
Hikmah yang tersembungi di dalam langit tinggi
Hanya pemilik langit dan bumi yang mengetahui
Kesembuhan itu aku tidak ingini
Keredhaan itulah yang aku dambai
**************
sahabat2…jangan halalkan apa yang allah dah haramkan
walaupun atas dasar UKHWAH
kerana matlamat tak menghalalkan cara
banyak lagi cara yang betul untuk berukhwah
jangan rosakkan nama islam
jangan cemarkan dengan perbuatan yang salah
aku harap baca dengan hati terbuka
aku menulis seikhlas hati
bukan untuk yang lain selain kasih kepada sahabat2 kerana Allah
Maaf andai terguris perasaan…
Labels: Akhlaqul Karimah
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)