“Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih
Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa
Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya
Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih
~’Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.’~
Janji Allah
1- “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)..” (An-Nuur: 26)
Mungkin ramai yang perasaan, ataupun tidak, wanita disebut secara berganda, manakala lelaki hanya disebut secara ‘single’. Ayat ini juga membenarkan ayat Allah yang mana bermaksud, lelaki dibenarkan berpoligami, tetapi diharamkan hukumnya bagi wanita. Jika disenaraikan di sini hikmah2nya, pasti meleret panjang artikel ini. Ana pasti, ramai di antara kita yang dapat mendalami dan memperhalusi hikmah2 di sebalik kebenaran berpoligami bagi lelaki ini. Tambahan pula, kali ni ana nak cerita sal janji Allah, bukan sal poligami. So, cari2 sendiri ye bagi yang lom taw..
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Allah, berlandaskan Islam, Iman dan Sunnah Nabi-Nya tercinta. Jadilah Mujahid soleh, jadilah mujahidah solehah.. Semoga Allah memberi hanya yang terbaik buat kita..
Ameen..((“)(“))
Ayat suci ini diturunkan bersempena dengan Peristiwa ‘Al-Ifki’ iaitu ketika Saidatina ‘Aisyah R.A difitnah telah melakukan perbuatan yang tidak elok dengan seorang sahabat Baginda yang baik, Sofwan bin Mu’attol oleh golongan munafiQ di madinah.
Allah S.W.T mempertahankan kesucian ‘Aisyah daripada fitnah munafiQin. Allah S.W.T juga menegaskan bahawa jika benarlah ‘Aisyah itu muslimah yang tidak solehah, masakan Ummul-Mu’minin itu dapat mendampingi seorang manusia yang suci, malahan amat3 disayangi oleh Rasulullah S.A.W..??
Selain itu, pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan antara zauj wa zaujah itu hanya akan berlaku jika wujud persamaan.
2- “Ada tiga golongan yang berhak bagi Allah menolong mereka, iaitu seorang Mujahid fi Sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya.” Hadith Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’ie, Tirmidzi, Ibnu Majah Hadith no. 2518 dan Hakim 2: 160)
Bagi sesiapa yang bernikah atau berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah S.A.W dalam hadith ini. Dan yakin serta percayalah, pertolongan Allah Yang Maha Agung itu pasti akan datang.
Cinta Sejati
Cinta lelaki selalunya manis..
Cinta lelaki suka meminta maaf..
Cinta lelaki mudah diagih-agihkan..
Cinta lelaki susah dipamerkan..
Cinta wanita selalunya pahit..
Cinta wanita selalunya kudus..
Setia dan romantic..
Cinta wanita pandai memujuk..
Cinta wanita sanggup terseksa..
Jika terdera..
Bila dipujuk mudah lupa..
Cinta sejati tidak bertambah dengan kebaikan..
Cinta sejati tidak bertambah dengan kekayaan..
Cinta sejati tidak berkurang dengan keburukan..
Cinta sejati tidak berkurang dengan kemiskinan..
Cinta sejati tak pernah rasa curiga..
Tapi..
Selalu berwaspada..
Senantiasa bersangka baik..
Selalu bermaaf-maafan..
Tanpa perlu dipohon..
Cinta sejati tak pohon dibalas..
Kerana..
Semua itu tak kekal lama..
Cinta sejati pertimbangan adil..
Cinta sejati mendidik anak berjiwa Nabi..
Cinta sejati semakin tua semakin sayang..
Apa rahsia cinta sejati..?
Agama dijunjung..
Syariat disanjung..
Pasaknya iman..
Ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul ‘Izzati..
Labels: Akhlaqul Karimah, HuBaiB