Adik lapar. Mama pun terus masak untuk adik. Adik tgk jam, pukul 3 pagi.
Tak tahu la kenapa perut adik rasa kosong. Lapar sangat.
Adik tgk mama masak. Dekat dapur. Mama masak nasi goreng.
Mama batuk2. Adik tuang air. Adik bagi mama minum.
Lepas tu, adik cerita hal sekolah adik dkat mama.
Adik minta restu dari mama.
Sebab adik ada pertandingan hafazan. Dengan restu dari mama, adik pasti menang.
InsyaAllah.
Mama tersenyum. Mama peluk adik. Mama ckap, mama bangga punya anak mcm adik.
Adik kata memang la, sbb adik mana ada abang. Mana ada kakak. Mana ada adik.
Adik sorang jew anak mama. Kalau bukan adik yg banggakan mama, siapa lagi.
Papa pula da lama meninggal dunia. Mama tak de sapa2 lg, Cuma adik.
Mama tersenyum lg. Mama ckap, mama nk adik membesar dengan ayat suci Al-Quran.
Mama nak adik hafaz Al-Quran. Mama ckap, orang yg hafaz Al-Quran ni byk kelebihannya.
Mayatnya tak reput.
Hari kiamat nanti,muka orang yg hafaz Al-Quran ni seumpama bulan purnama.
Anak yang hafaz Al-Quran akan meningkatkan darjat ibu bapa dalam syurga.
Mama nak adik bantu mama ngan papa nti. Mama ngan papa Cuma boleh mengharap pd adik aja.
Adik saja anak mama ngan papa.
Adik ckap dekat mama, sudah pasti adik mahu tolong mama ngan papa.
Adik mesti banggakan mama papa. Adik mesti hafaz Al-Quran.
Dan itulah yg sedang adik lakukan sekarang. Buktinya, adik sudah menghafaz 15 juzu’ Al-Quran.
Adik baru 10 tahun. Tapi adik sudah d beri kepercayaan oleh imam d masjid utk mengajar tajwid dan pembacaan Al-Quran yg betul.
Duit yg adik dapat tu, adik bg dekat mama. Ringankan beban mama sejak papa tiada.
Adik ckap, besar nti adik punya kerja, punya rumah, punya isteri, punya anak, masa tu adik kena jd pemimpin.
Jd, adik akan suluh keluarga adik dengan cahaya Al-Quran.
Masa tu, mama akan tinggal dgn adik. Adik akan jaga mama sehingga akhir hayat adik.
Mama terdiam. Mama peluk adik lagi. Kali ini, pelukan erat.
Adik rasa lain sgt. Adik rasa tenang dalam pelukan mama.
Mama cium dahi adik. Adik nmpak air mata mama jatuh mencurah.
Adik lap air mata mama tu. Adik ckap, mama jgn nangis, nti adik pun nangis.
Adik sayang mama.
Mama ckap, mama pun sayang adik. Mama cium pipi adik. Mama ckap, adik anak yg soleh.
Sesuailah dgn nama yg papa bg, Muhammad Soleh.
Mama ckap lg, adik cepat belajar. Terang hati. Adik pandai berdikari.
Adik tak pernah nyusahkan mama. Sukar punyai anak macam adik. Adik pndai jaga diri.
Adik pndai itu,ini. Adik peluk mama. Adik tak sanggup nak dengar pujian dari mama lg.
Adik rasa lain sgt. Pagi tu, adik nangis dalam pelukan mama.
Adik ckap, adik tak akan jd begini kalau bukan dari didikan mama papa.
Adik tak akan sebegini kuat kalau tiada mama d sisi.
Semua ini berkat dari doa mama.
Jika mama tiada, hilanglah satu keberkatan dlam hidup adik. Iaitu, doa dari mama.
Adik cium pipi mama. Adik nangis. Adik sayang sgt2 dekat mama.
Adik bangga dengan mama. Mama tersenyum manis.
Mama masih nangis sikit2. Lepas tu, mama bangun.
Mama bubuh nasi goreng dalam pinggan. Mama tahu adik lapar.
Mama pun suap adik. Lepas satu suap, adik pula suap mama.
Lepas tu, mama suap adik lagi. Sekarang, adik pula suap mama.
Mama suap adik, adik suap mama.
Bahagia adik rasa pagi tu.
Mama pesan, kasih sayang mama dekat adik tak akan pernah luntur.
Tika nanti tiada lagi doa dari mama, adik jgn risau.
Adik punya doa dari malaikat, selagi adik dekat dgn Allah.
Adik punya doa dari manusia, selagi adik baik dengan mereka.
Malah binatang juga mendoakan adik selagi adik baik dgn semua makhluk Allah.
Ingat pesan mama.
Baik mama. Adik ingat segala nasihat mama.
Adik tak akan hampakan mama.
Pagi tu terasa lama. Adik rasa seronok berbual dgn mama.
Sekali lg, adik minta restu dari mama. Minta doa dari mama.
Agar adik bisa mencapai kejayaan.
Pagi tu adik pegi skolah spt biasa.
Dingin ciuman mama masih terasa d pipi.
Hangat tangan mama masih menebal terasa.
Semangat adik hari ini utk belajar amat kuat sekali.
Adik akan buat mama bangga. Adik akan membawa balik piala johan hafazan dan adik akn berikan pd mama nti.
Adik pasti mama akan gembira.
Sepanjang pertandingan, adik teringatkan mama. Adik teringat segala pesan mama.
Adik rasa rindu sgt dekat mama. Ntah knp. Tak sabar rasanya nak balik rumah.
Jumpa dgn mama. Peluk mama.
Adik bertambah gembira, bila adik d nobatkan sbg johan hafazan.
Adik gembira sgt. Adik bersyukur sgt. Adik keluar dari dewan.
Adik cari public phone. Adik nak hubungi mama. Adik rasa tak sabar2 nk bg tahu mama.
Adik call byk kali. Tapi mama tak angkat. Adik pelik. Adik cuba dial lg.
Tiba2 nama adik d panggil. Adik pusing belakang. Adik nmpak pak Cik Ramli. Jiran setaman.
Pak Cik ramli ckap, dia dtg utk bawa adik balik rumah. Mama tak dpt dtg.
Adik ty, mama knp. Pak Cik Ramli ckap, mama letih. Penat bekerja.
Ohh, patutlah telefon tak d jawab. Mama penat. Tak pe. Lepas mama tgk piala adik ni, pasti hilang segala keletihan mama.
Adik tersenyum puas.
Sampai saja d rumah, adik tgk ramai org. Eh, mama buat kenduri kesyukuran kew.
Rai kemenangan adik ni. Mana mungkin. Mama belum tahu kejayaan adik.
Adik pelik. Bertambah pelik, bila rindu adik pd mama makin kuat terasa.
Sedangkan adik dekat dgn mama. Tapi knp adik rasa rindu sgt.
Adik tergamam bila nmpak van jenazah depan rumah. Sapa yg meninggal.
Tiba2 pak cik Ramli bersuara, adik, tabahkan hati. Kuatkan semangat adik.
Mama adik terjatuh dari tangga. Hentakan kuat d kepala.
Allah lebih sayang pd mama adik. Mama adik pergi buat selama2nya.
Adik terdiam. Lama sangat. Adik tak bersuara. Adik melangkah masuk ke rumah.
Adik cuba senyum kpd mereka yg memandang adik, tapi air mata adik semakin deras mengalir.
Adik cuba percepatkan langkah, tapi kaki adik terasa lemah.
Adik cuba pujuk diri adik, tapi adik sendiri tak dapat kawal perasaan adik bila.. bila..
Bila adik tgk tubuh mama terbaring kaku depan adik.
Adik terduduk.
Adik bisik pd mama.
Mama, adik bawa pulang piala hafazan. Adik menang.
Semua ini berkat doa mama. Mama, senyumlah.
Adik rindu mama. Rindu mama.. Hanya rindu mama!
Adik terus peluk mama.
Adik lap air mata adik. Adik cium dahi mama. Adik cium pipi mama.
Badan mama masih terasa hangat.
Mama, adik masih perlukan mama.
Adik tak kuat. Adik masih kecil utk hidup sorang2.
Mama ckap adik pndai berdikari. Tp, semangat adik lemah…
Adik perlukan mama… Masih perlukan mama!
Tiba2, dada adik terasa dingin. Adik letakkan tangan kanan adik d dada.
Adik menangis. Adik lupa. Adik punya ayat suci Al-Quran.
Kalam suci yg sdg tumbuh subur dalam hati adik.
Adik berasa tenang. Adik menjd lebih yakin.
Mama, adik akan sentiasa merindui mama.
Nanti adik menangis, sapa yg nak pujuk adik. Lap air mata adik. Tenangkan adik.
Bila adik lapar, sapa nk suap adik.
Dengan siapa adik nak bermanja?
Dengan siapa adik nk berkongsi cerita? Kongsi kegembiraan?
Dengan siapa??
Adik menangis lagi. Separuh menjerit.
Adik tak boleh begini. Tak boleh!
Sekali lg adik letakkan tangan kanan adik d dada. Adik tenang.
Seolah2 d pujuk.
Mama nak adik membesar dgn ayat suci Al-Quran, benarlah kata mama.
Saat ini, ayat suci Al-Quran sdg tumbuh mewangi dalam hati adik dan membesar sekali dgn adik.
Adik senang dengannya.
Mamaa..
Rindu adik pd mama.
Kasih adik pd mama.
Sayang adik pd mama.
Cinta adik pd mama.
Doa adik pd mama.
Hanya pd mama!
Adik menangis.. Menangis.. Menangis.. Dan terus menangis.
Adik redha dgn pemergian mama..
~28-feb-2010
created,,07:01:44 am
~~SY_u
Labels: HuBaiB
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)