~ciNTa iTu kaSih saYaNg, tp buKaN c0upLe..!!!~

Cinta. Di blog Langitillahi.blogspot.com saya yang lama, saya mempunyai beberapa post berkenaan cinta ini. Tajuk ini adalah tajuk yang tidak akan luput dimamah zaman. Kalau melihat kepada novel yang laris di pasaran, pastinya perkataan Cinta terselit pada tajuknya, atau paling tidak pun babak dan konflik cinta itu terpatri di jalan cerita.

Namun berapa ramai yang faham berkenaan cinta yang sebenar? Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang junior saya. Sebenarnya, saya amat sayangkan junior saya seorang ini. Dia menghubungi saya dengan YM, oleh kerana tidak puas bersembang dengan YM, maka saya ambil keputusan menelefonnya. Dari suaranya, ada getaran yang menunjukkan bahawa dia mempunyai masalah.

Seterlah bertanya, apakah masalahnya, dia meluahkan,

“ Abang Hilal, ana bercouple, tapi…”

Bila dengar begitu, saya agak terkejut. Tidak sangka juga perkara sedemikian akan terjadi kepadanya. Lalau saya tadahkan telinga, meluangkan masa mendengar luahan kalbunya yang nampak sarat dengan masalah.

Ceritanya, dia hendak berhenti dari perbuatan itu. Tetapi, teman wanitanya asyik mengelak bila dia hendak masuk bab berhenti itu. Dia ketandusan kekuatan, dan kehabisan jalan. Sudah tidak tahu hendak buat apa. Hatinya rasa berdosa, tetapi hendak berhenti pun tidak mampu.

Selalunya, alasan tak mampu ni biasa diberikan orang. Benarkah tak mampu?

Kita balik melihat hati kita. Sebenarnya, bila bercouple(istilah lain, berhubungan bebas, berhubungan tak ikut syara’) kita rasa seronok dan best. Layan la kononnya. Tetapi, sebenarnya kemanisan ini dihias-hias oleh syaitan.

ALLAH SWT berfirman apabila Hud-Hud menceritakan kesesatan Kaum Saba’ bawah pimpinan Balqis,

“ Aku(burung hud-hud) dapati dia(Balqis) dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada ALLAH, dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk itu, sehingga menghalangi mereka dari jalan ALLAH, maka mereka tidak mendapat petunjuk”(Surah An-Naml ayat 27)

Syaitan, bila dia mendpaat peluang menyesatkan manusia, maka dia akan berusaha biar manusia tu tidak dapat kembali kepada jalan yang sebenarnya. Cinta memang indah, tetapi sebenarnya cinta ini akan menjadi cacat bila di luar batasan syara’. Namun kecacatan itu diperindahkan oleh syaitan agar kita melihatnya cantik, lalu sukar untuk merasa bencin kepada kecacatan itu, malah tambah rapat dengannya. Akhirnya, sukar kita hendak meninggalkan keburukan itu dalam kehidupan kita.

Di sini, saya mengajak junior saya tadi bermuhasabah kembali apakah makna cinta. Ramai couple, walaupun menyedari couple itu diharamkan oleh ISLAM, masih lagi meneruskannya kerana kononnya mereka sudah saling cinta mencintai.

Ya, tidak salah mencinta. Saya juga bercinta. Tetapi apakah cinta? Bukankah cinta ini adalah kasih sayang. Tetapi, apakah kasih sayang, jika kita menghumbankan pasangan kita ke neraka? Menghumbankan pasangan kita ke neraka? Bagaimana? Ya la, anda bercouple, ISLAM larang, ALLAH marah, di pehitungan nanti anda akan dihisab, dan couple anda ini menjadi penghalang untuk anda masuk ke syurga lalu dilempar ke neraka. Bukankah anda telah melemparkan diri anda dan pasangan anda ke neraka? Adakah itu yang anda katakan sayang?

Inilah sayang yang syaitan tipukan anda. Saya nyatakan, jika begitulah akhirnya ‘sayang’ anda, maka itu bukan sayang sebenarnya. Jika benar sayang, kita akan hanya ingin yang terbaik sahaja untuk pasangan kita. Bukan sahaja baik di dunia, tetapi di akhirat sana. Kita mahu, sayang kita ini bukan setakat di dunia sahaja kekalnya, tetapi sampai di akhirat bertahannya ia.

Jadi ada apa dengan couple? Anda pegang tangan anda berdosa, anda bercakap berjiwang-jiwang anda berdosa, anda berpandang-pandangan anda berdosa, anda keluar berdua-duaan anda berdosa. Apa yang anda bahagianya? Hanya hawa indah jiwang jutaan karat sahaja, yang mana hawa itu akan luput dimamah usia dan zaman. Bila berkahwin, keluarga pecah berai.

Kan bagus jika anda ambil masa ini, mentarbiyyah diri, melengkapkan jiwa, mendidik hati, kemudian lamarlah pasangan anda dalam keadaan bersedia jasad dan rohani, seterusnya berjiwanglah anda habis-habisan, kucuplah dahi pasangan anda sehabis cinta, pegang eratlah tangan dia dengan penuh sayang di dalam jiwa, peluk eratlah pinggang dia dengan kasih setingginya, dan setiap perbuatan anda dengan isteri anda ketika itu, membuahkan pahala.

Ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, “ Ya Rasulullah, apakah bila seseorang itu berjima’(melakukan hubungan seks) dengan isterinya, dia mendapat pahala?”

Rasulullah SAW menjawab, “ apakah jika seseorang itu berzina maka dia mendapat dosa?”

Sahabat menjawab, “ ya”

“ Maka, siapa yang mendatangi isterinya yang halal untuknya, maka baginya pahala”

Nah…. inilah sayang. Kekalnya hingga ke syurga. Rasulullah SAW bersabda,

“ Di akhirat nanti, kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai”

Inilah sayang yang dibina oleh manusia yang beriman. Sayang kekal abadi. Bukan setakat dunia yang akan luput sedikit masa lagi.

Kepada junior yang bercouple itu, saya pesankan dia perkara ini. Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya kata pada dia,

“ Ana sayang enta, sebab itulah ana pesan”

Ya, inilah sayang dalam ISLAM. Membawa manusia kembali kepada ALLAH adalah salah satu tanda sayang. Apalah sayang dan cinta jika akhirnya ke neraka? Itu bukan sayang sebenarnya.

Nah..

Marilah berkasih sayang yang sebenar-benar kasih sayang. Marilah bercinta dengan sebenar-benar cinta. Tidak rugi, malah menembus akhirat cintanya.

Cinta dan sayang kerana ALLAH. Ikuti perintahNya, tabah melalui ujianNya, dan rasailah kenikmatakan ganjaranNya.

ALLAH juga cintakan kita.

Dalam satu hadith Qudsi, Rasulullah SAW ada bersabda bahawa ALLAH SWT berfirman,

“ Apabila hambaKU mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan cepat”

Nah… Couple? Mari tukar kepada hubungan yang lebih istimewa dan halal malah mendapat pahala. Kita tangguh dulu kisah cinta kita sekarang ini, kita perbaiki diri, permantapkan rohani, kemudian kita sambung kembali pertalian ini dengan ikatan yang lebih bersih. Dengan cinta yang sebenar-benar cinta. Biar berbahagia hingga akhirat sana.

Jom.

Saya pun dalam perjalanan untuk itu.

Apa lagi yang bercouple ni, mari bersama saya. Kita mantapkan diri dulu!


**LUV U ALLAH.....

credit to: http://ms.langitilahi.com/bang-saya-couple-tapi/


**j0m, c0uple ngan Allah..ade sesape maw ikot..??

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds