Dalam kehidupan kita..
ALLAH akan bagi satu peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang kita betul-betul menyayangi diri kita...
sekiranya kita leka kita akan kehilangan buat selamanya...
tapi kita tak pernah tahu siapakah orangnya...
jika kita sendiri tak pernah sedar dan tak pernah cuba untuk menilai kehadirannya,
mungkin setelah segalanya berlalu dan kita kehilangannya,
masa itu barulah kita mula sedar kehadirannya cukup bermakna dan mungkin kita tidak berpeluang untuk memilikinya...
Fahamilah hati seseorang itu sedalamnya....
Perasaan kasih dan sayang adalah anugerah Ilahi yang tak ternilai.. Kasih dan sayang pada Allah, pencipta kita, rindu pada Rasulullah S.A.W -selawat dan salam dilimpahkan pada baginda yang mulia- nabi kesayangan kita, malaikat yang menjaga kita, memberi rezeki dan sebagainya, ummi dan ayah kita, keluarga kita, suami atau isteri bagi yang mempunyai, sahabat2 seperjuangan kita, dan seluruh umat islam khususnya..
Apa hikmahnya perasaan kasih, sayang, rindu dan bahagia ini wujud..? Semua orang yang hidup kat dunia niy, ada perasaan kasih dalam hati dia kan.. Even baby yang kecil yang merah yang baru lahir tu pun taw rasa kasih pada ibunya.. Buktinya, kalau orang lain yang dukung, dia menangis.. Kalau dipindahkan pada ibunya, nescaya diam baby tu..
Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-Mukminun ayat 12-16 yang bermaksud:
(12) "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati(yang berasal) dari tanah"
(13) "Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh"
(14) "Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku,lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging,Kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang,kemudian Kami balut tulang itu dengan daging.Setelah sempurna kejadian itu,Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.Maka,nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah Sebaik-Baik Pencipta"
(15) "Kemudian,sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati"
(16) "Kemudian,sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada Hari Kiamat"
Subhanallah,Maha Suci Allah.Hanya itu sahajalah kalimah yang layak ditujukan kepada-Nya.Maha Hebat kekuasaan Allah yang telah menciptakan kita.
Di era globalisasi yang penuh mencabar ini, ramai sekali yang menyalahertikan rasa sayang dan kasih itu. Buktinya, di mana2 sahaja, dalam apa juga kalangan umur sekalipun, tak susah untuk kita cari pasangan yang bercinta-sebelum akad nikah khususnya- bagai nak rak. Akhirnya, terjadila perbuatan sumbang yang semakin menjadi2, yang sering terpampang di dada mana2 media massa. Berzina, melahirkan anak luar nikah, membuang anak, dan pelbagai lagi perbuatan sumbang yang berlaku dalam kalangan usia yang seawal kanak2. Tidak pernah terlintaskah di hati kita, apa perasaan mereka-anak luar nikah- yang tidak boleh berbin atau berbintikan dengan siapa pun..?
Untuk menjauhi zina, maka kita hendaklah sedayanya menjauhi perkara2 yg boleh menggalakkan atau membuka ruang yang boleh menjerumuskan kita kepada perbuatan terkutuk itu.
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahm, daripada Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda: " Janganlah seorang lelaki duduk bersunyian (menyendiri) dengan seorang perempuan (ajnabi) melainkan dia (perempuan tersebut) bersama mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Renung-renungkan, dan selamat beramal..!! (^_^)
Labels: HuBaiB
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)