~Abu HaNiFaH..~

Dilahirkan pd tahun 80 hijrah (699)m di (Kufah) pd pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan. Sebab di gelar Abu Hanifah adalah kerana dikatakan beliau mempunyai anak perempuan bernama hanifah.

Beliau telah menunaikan haji sebanyak 55 kali. Beliau telah mendengar ilmu dr 4000 guru. Beliau adalah dikalangan tabi'en kerana telah berjumpa dgn Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa, Sahl bin saad dll. Beliau telah bersahabat dgn Fudail bin Iyad, Malik bin Anas, Daud at-Toie dll. Diantara anak muridnya yg terkenal adalah Abu Yusuf, Muhammad bin Hassan dll.

Beliau adalh seorang penentang kezaliman yg hebat sehingga mana beliau meninggal dunia syahid di dlm penjara Mansur pd tahun 150 hijrah ketika berumur 70 thn.

Beliau seorang yang berani bersemuka puak2 khawarij. Pada suatu hari sekumpulan khawarij dtng berjumpa dgnnya sambil menghunus pedang, mereka -mereka berpendapat org yg melakukan dosa besar adalah kafir. Manakala Abu Hanifah dan ahli sunnah yg lain mengatakan org yg melakukan dosa besar adalah sekadar fasik-

Puak khawarij ini berkata "Berhampiran pintu ada dua jenazah; seorang peminum arak dan seorang lagi penzina, jadi ape pendapat mu?"

Beliau tidak gentar dgn pedang2 yg terhunus dan tidaklari dari kebenaran. Bahkan beliau bertanya: Dimana kamu akan kuburkannya? Adakah di kubur Yahudi?

Khawarij menjawab: Tidak..!

Abu hanifah: Adakah di kubur nasrani.

Khawarij menjawab: Ya.

Abu Hanifah: Adakah di kubur org Islam?

Khawarij: Ya.

Abu hanifah: Sesungguhnya Nabi Ibrahim berkata: "Hai tuhanku sesungguhnya berhala2 itu menyesatkan banyak manusia. siapa yang mengikuti maka dia termasuk kedlm golonganku. dan siapa yg engkar sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha mengasihani.(36; Ibrahim)


Nabi Isa telah berkata: "Sekiranya engkau mengazab mereka maka sesungguhnya mereka hamba2mu dan sekiranya engkau ampuni mereka maka sesungguhnya engkau maha perkasa lagi maha bijaksana."(112: al-Maidah) Org2 yg disebut dlm al-Quran adalah org yg membuat maksiat. dengan kehandak dan kekuasaan-Ny, Allah boleh mengazab mereka dan kalau Allah hendak Allah boleh memaafkan mereka."

Puak2 khawarij tak terkata ape2 dan mereka terus berlalu...

Oleh kerana keberaniannya beliau dipenjara kemudian beliau dikeluarkan tetapi ditegah dr memberi @ mengeluarkan fatwa. Malahan dilarang keluar rumah dan dan bersembang dgn manusia sehinggalah beliau wafat pd syawal 150hijrah(767m).

Di antara kehebatan beliau ialah solat subuh dgn wuduk isya. hal ini adalah disebabkan beliau sembahyang sepanjang malam.


seorang penyair berkata:
"Tirulah kehidupan org2 yg baik sekalipun tidak dapat sama dgn mereka"
"Sesungguhnya meniru org2 yg baik adalah satu kejayaaan.."

for me, its better if u always try to be better than them.. insyaAllah...
Lots of Luv..~~

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds