~ Jodoh itu kita yang Pilih ~

508ebe25fac0f632
"Allah menegaskan supaya kita menghindari zina, namun usaha untuk mengenali terlebih dahulu calon isteri itu WAJIB dilakukan. Kita boleh berserah 100% kepada Allah tetapi kemudian hari kita menyalahkan pula Allah atas kesilapan jodoh kita itu nanti.

Jodoh kita sebenarnya ramai, mana satu kita pilih, itu bukan urusan Allah. Urusan Allah adalah menetapkan jodoh kita, yang membuat pilihan adalah manusia itu sendiri.

Sama seperti beragama, Allah memberi garis panduan dan hukum hakam agar manusia itu selama dengan agamaNya (Islam), namun, pilihan beragama itu terletak ditangan manusia itu sendiri. Jika tersasar, maka nerakalah tempatnya. Begitulah dengan JODOH, REZEKI dan MAUT.

Memang sejak azali ianya telah ditetapkan tetapi manusia itu berhak memlilih agar Qada dan Qadar dirinya tidak pada akhirnya Allah yang dipersalahkan. Saya tidak bersetuju JODOH datang tanpa usaha.

Jodoh itu sama seperti Rezeki dan juga ajal maut. Jika kita malas berusaha mencari sesuap nasi, nasi tidak akan datang sendiri kepada kita, begitu juga ajal maut, kita mabuk dan kemudian memandu dengan cuai, akhirnya berlaku kemalangan yang mana berpunca dari pilihan kita sendiri. Allah hanya menetapkan keputusan keatas 3 perkara ini. Semuanya mesti dibuat pilihan dan nilaian oleh kita sendiri.

Menghadiri kuliah agama kerana ada 'bunga' yang diminatinya itu juga tidak salah kerana bertemu di majlis Ilmiah dan bersaksikan puluhan manusia lain tidak mendatangkan mudarat kepada kita. Itu sebenarnya usaha yang baik. Mana mungkin kita menemui EMAS PERMATA jika dicari dalam TONG SAMPAH...Mungkin ada berlaku sedemikian tetapi it's only 1 in a Trillion. Sangat kecil nisbahnya. Dont be afraid of JODOH.

Marry_me_by_eswendel 
Usaha, Berdoa dan kemudian Tawakkallah kepada Allah. Itu baru tepat. Ia bukan HARAM sebagaimana maksud firman Allah berhubung mendekati zina itu."

 

credit to: Ustaz Fahrin Badry

~ Dia… ~

Humaira’ termenung sendiri di jendela kamarnya. Peristiwa pahit itu telah seminggu berlalu, namun masih jelas terbayang di matanya kekejaman dan kerakusan sang binatang. Kerana cinta yang di salah erti, sanggup dibuat apa saja. Kerana cinta yang membutakan mata hati, sanggup dimusnahkan hidup sang kekasih.

Kau sekarang dah jadi milik aku..!! Hahahaa!! Nah, tukar baju tidur ni, esok aku bagi baju lain, kite akan keluar dari sini.”

Allah itu di mana-mana, sedarlah..!!”

Hahahaa!!!”

Bilik usang di rumah pokok itu bagaikan langsung tidak berjendela. Gelap gelita. Cahaya matahari cuma dapat tembus melalui beberapa lubang di sisi dinding. Usang. Menyeramkan. Namun kedudukannya yang sangat tersorok menjadikan tempat tersebut sebagai port yang sangat sesuai untuk persembunyian.

Petang itu, Humaira’ nekad. Melihat sang buaya tertidur kekenyangan, dia mengambil keputusan untuk terjun dari situ. Dia melarikan diri secepat mungkin tanpa disedari. Air matanya mengalir selaju derapan kakinya.

Arghhh…!!!!!!!!!!!!!!!!”

Satu jeritan kuat kedengaran dari arah tadi. Humaira’ meneruskan larian tanpa menoleh ke belakang lagi. Akar-akar pohon getah nyaris menjerat kakinya.

Heart_by_MercyWeCry cinta.. berkecai disalut kebencian…

~~~~~~~~~~~

Humaira’ bagai baru tersedar dari lena panjang yang disulamkan duri ngeri. Dia mengesat mutiara di pipi yang entah bila mencuri keluar.

Alhamdulillah… Terima kasih Ya  Allah.. Kerna masih lagi mengurniakan peluang untukku memijak dunia fana, menyedut nafas ini..’

Seketika kemudian, terdengar bunyi ketukan di dedaun pintu kamar.

Bersiap, kita akan bertolak sekejap lagi.”

Dia cuma mampu mengangguk. Penat dan lelah dengan perlumbaan melawan masa. Namun bagaimana banyak pun masa yang kita punya, sesibuk lebah manapun manusia itu, tetap tidak dapat mengatasi tanggujawab. Kerna tanggungjawab yang tergalas di bahu tetap mengatasi masa yang kita ada.

Heart_by_KissMeAtApocalypse heart_by_nauticalstar13

cinta tiada halalnya… komitmen yang rapuh…

~~~~~~~~~~~

“Humaira’, panggilan dari faQihah.”

Humaira’ mencapai kotak bersuara.

“Kejap lagi Humaira’ sampai, nanti Humaira’ temankan faQihah ke cafe.”

Keterbatasan dalam komunikasi amat-amat menggangu. Semuanya gara-gara syaitan yang bertopeng manusia itu, yang sanggup melakukan apa sahaja demi dendam cintanya yang tidak berbalas. Telefon bimbitnya, semua dirampas. Bukan cuma itu, dia kini dihalang dari peti mail sendiri. berkali-kali dicuba, namun entah mengapa, tiada kejayaan di situ. Mungkin beratus-ratus pesanan yang masih belum dapat dibacanya.

baiki hatimu…~

 ~~~~~~~~~~~

Tanpa diduga, ada kejutan menanti di sana. Di kejauhan, matanya dapat menangkap kelibat sekelompok pelajar yang sedang bergambar. Dia segera menapak membelakangkan mereka. Alhamdulillah, terjumpa kak Zai di situ. Bersembang dan bertanya khabar setelah kian lama tidak bersua muka. Matanya terpandang seseorang. Diakah..? Diakah..? Diakah..?

~~~~~~~~~~~

Duhai hati…

Gembirakah dikau dengan kedatangannya..?

Terubatkah rindu dengan jejak langkahnya..?

Duhai rindu…

Diamlah…

Duhai sayang…

Menyepilah…

Duhai cinta…

Membisulah…

Ada luka dan duka yang terubat tatkala mata menangkap kelibatnya di kejauhan…

Kelihatan bahagia dalam nikmat iman & Islam…

Allah…

Peliharalah dia…

Allah…

Dakapilah dia dalam gebar kasih sayang-Mu…

Ciumlah dia dengan bisikan rahmat dan redha-Mu…

Moga cinta Allah mengiringimu,

sahabat sejatiku…

bunga_cinta_by_pangerankodok

bunga cinta: inikah wajahnya..?

~ IIUM Kuantan Open Day 2010 ~

38807_1472249444370_1177675548_31256376_6073785_n
58513_153433358010644_100000319413345_330319_8187281_n
3.5
4
 
3.1
6
poster sport ikod
last

ALL OF YOU REGARDLESS OF WHO YOU ARE, ARE MOST WELCOME..!!!
\(^_^)/
meet you there..!!!

~ DuHai SahaBaTku Yg KeCeWa… ~

  
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

 

aku_cinta_kamu_by_HM0d0 aku cinta kamu: HM0d0


Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

 

in_love_with_Allah_by_Al_Muqorrobun in love with Allah: al-MuQorrobun


Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.


Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Ya_ALLAH__HELP_Me____by_Wirasakti Ya Allah, help me…


Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.


Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

A_I_S_Y_A_by_esatriadi

~aesya humaira’~

credit to: bro zulyunus

Duhai diri…

jangan berani menyayangi ibu bapamu lebih dari kau menyayangi Penciptamu..

Duhai diri…

jangan berani mengasihi sahabatmu melebihi rasa kasihmu pada yang Maha Pengasih…

Duhai diri…

jangan berani kau mencintai permata hati membatasi cintamu pada Pencinta Agung…

Duhai diri…

Lunakkanlah hatimu..

bajailah cintamu cuma pada ya Wadud..

Semailah benih-benih kasih cuma pada kekasih-Nya..

Duhai diri…

mengertilah dikau..

Apa susah benarkah untuk mengikuti dan mencontohi sunnahny sebagai tanda terima kasih pada jasanya yang sebesar alam..?

Kerna hadirnya dy sebagai penunjuk jalan, dirimu di sini jadi berharga..

kerna cintamu padany beerti cintamu pada Penciptanya…

Duhai diri…

luangkan cuma sedetik…

Luahkan cuma selafaz kata…

Luahkan cuma serangkai pujian…

Sebagai tanda syukur dan terima kasihmu atas nikmat yang paling berharga:

nikmat iman & islam…

Alhamdulillah…

Syukran ya Allah…

~ TeRuSkaN..!! ~

 

Diari: Hari ke-3

Alhamdulillah.. Perkembangan positif yang ditunjukkan, benar-benar menggembirakan. Dia yang semalam cuma terbaring kaku, kini sudah mampu memberi respon pabila namanya dipanggil. Jari-jemari digerakkan, hembusan nafas dikeraskan.

Hati ayah mana yang tidak gembira melihat anak kian sihat..?

Pantas sekali proses penyembuhan. Berkat semangat yang kuat dari dalam dirinya sendiri, jua do’a dan dorongan semangat dari antum, syukran jazilan..!!

Hanya ALLAH S.W.T yang mampu membalas..

Diari: Hari ke-4

Kaki di langkah laju menuju katil 6. Tidak sabar rasanya ingin mengetahui perkembangannya hari ini.

Kakinya bergerak-gerak. Cergas. Aktif. Tidak lagi beralas dengan pembalut biru seperti semalam. Terasa ingin menjerit.

“Kak, dia dah sedar ke..?”

“A’ah, dah.” Nurse berseragam biru tersenyum ramah.

“Bila ya..?” Tak sabar. :)

“Pagi tadi rasanya. Kejap ye, nak cek balik.”

“A’ah, pagi tadi. Tapi kita suntik ubat supaya dia boleh rehat secukupnya. Sekarang separa sedar mungkin.”

“Alhamdulillah..!! Terima kasih, ya Allah..!! Syukran Ya Raheem..!!”

“Kalau kita cakap dengan dia, dia sedar, kan..?”

“A’ah. Cakaplah.” Tersenyum lagi.

“Terima kasih kakak..!!”

Diari: Hari ke-5

Hari terakhir melawat kiwar sebelum pulang. Terasa sayu ingin meninggalkan. Sabarlah. Kuatlah. Kasih dan rahmat Allah sentiasa di sisimu, adikku..

Dia masih terbaring di situ. Tidak menunjukkan banyak perkembangan dan pergerakan.

Bersama kak Mira yang susah payah mencari kereta untuk menemani. Kagum dengan semangatnya yang begitu cepat bersetuju untuk menemani menjenguk kiwar petang itu.

“Kenapa kakak cepat sangat setuju untuk teman masa kite ajak kakak melawat kiwar..?”

“Sebab akak da lame xtengok orang sakit, orang susah.. rase hati da keras.. Bila kte tengok orang sakit, keadaan depa yang kurang sempurna dan diuji, Di situlah kite rase sedar.. Dan hati kte bley jadi lembut dengan tu..”

Hidayah Allah, suntikan kesedaran dari-Nya sangat hebat. Sentiasa ada dan kena pada tempat dan waktunya.. Indah sekali…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa minggu berlalu. Dia kini telah sedar, telah jaga dari lenanya yang panjang. Seri dan kegembiraan kembali menjengah ruang baiti jannati, mengiringi kepulangannya. Bahagia. Rindu.

bahagia_by_rozeki bahagia: rozeki

 Doakan yang terbaik, sahabat..!!

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds