~ Zul FaQaR... ~

Diantara kehebatan pedang-pedang yang pernah dibuat oleh tangan manusia sepanjang sejarah, belum ada suatu pedang yang menandingi, "Zul Faqar" (Al-Munjid 590). Ia merupakan sehebat dan seindah-indah pedang. Pedang ini peninggalan Nabi Muhammad SAW dan diwariskan kepada Saidina Ali RA. Para cendikiawan telah meletakkan pedang tersebut pada kedudukan yang tinggi yang tidak ada tandingnya. Munculnya pedang ini bersama munculnya agama Islam. Semasa pedang ini berada di tangan Nabi Muhammad SAW baginda sering menggunakan dalam beberapa peperangan dan Allah Taala memberikan kemenangan kepada baginda. Setelah Saidina Ali RA pulang kerahmatullah, pedang ini berpindah dari satu tangan ke tangan lain hingga sampai ke tangan Khalifah Al-Mahdi Al-Abbasi kemudian ke tangan Al-Hadi dan akhirnya ke tangan Khalifah Harun Al-Rashid. Kemudian pedang ini dipinjamkan kepada Yazid bin Mizyad Ash-Shaibani semasa diutuskan untuk membasmikan pemberontak yang dipimpin oleh Al-Walid bin Tharif Ash-Syaari. Harun Al-Rashid pulang kerahmatullah, pedang ini dipegang oleh Khalifah Al-Muqtadir dan beliau pernah menggunakan pedang ini untuk memerangi Mu'nisul Muzhaffar sewaktu mengepong kota Baghdad. Setelah kota Baghdad runtuh pada masa Khalifah Al-Mustanshir, pedang ini jatuh ketangan khalifah-khalifah Fatimiyyah. Kemudian pedang ini dikembalikan semula ke khalifah di Baghdad. Semasa pemerintahan Sultan Salim dengan kekerasan di Kota Baghdad hilanglah pedang yang penuh bersejarah ini. Dengan hilang peninggalan bersejarah itu tamatlah sejarah Zul Faqar. Walau bagaimana pun kita patut bersyukur ke hadrat Illahi kerana ada antara kita, insan yang sanggup berusaha menyumbangkan modal dan tenaga bagi menbuat salinan pedang yang hilang itu. Inilah salinan pedang tersebut dengan mata diperbuat dari besi berkilat dan bercahaya dicampur dengan emas dan perak serta dihias dengan mutiara. Hujung pedang ini yang terbelah dua adalah kerana semasa kejadian di saat Saidina Ali RA menghunusnya dari sarung dengan kekuatan luar biasa berhadapan dengan musuh yang menghunus pedang mereka.

~ZaikuLim's 1st Giveaway~


cak..!!

haa, jgn tkjut ye..

jom join ramai3..!!

syarat2ny simple je:-
1. follow blog zai, inasepi, juniza, ogy & syakila. [organizer+sponsor]
2. create entri bertajuk ZaikuLim's 1st Giveaway [sticky smpai 22.6.10]>>
PENTING
3. tinggalkan link entri bersama no. pilihan [1-100] sbg komen di entri ini


TARIKH TUTUP:
v
v
v
v
v
22 JUN 2010
[12 tengahari]


** nombor pilihan: 61**

Kalo anai2 xbsarang kat dapur xdela tumpahan minyak hitam 2,


kalo xde tumpahan minyak hitam 2 xdela tangge 2 licin,


kalo tgge xlicin xkan kte jt0h,


Kalo kte xjt0h xkan sakit tulang belakang ni,


kal0 kte xsakit xkan kte bakar tungku 2,


kalo xbakar tungku xdela panas sangat,

kalo xpanas sangat xdela kte bkak kipas quat2,


kalo kte xbkak kipas quat2 xdela cepat terbakar kertas pembalut tungku yg berbara 2,


kalo xtbakar kertas 2 xkan tbakar tilam n dinding 2,
kalo xtbakar dinding 2 xdela tbakar atap 2..

T________T

n kalo kte xde iman, itula yg kte akan cakap...

Keep blaming myself with if, if n if...


At least i cAn seE my family unite within this musibah.. Even unite t0 blame me..

0 Allah... Make me str0ng.. Sh0w me the hikmah between all these..

0 Allah.. I 0nly have U..

U only..

N only U..


**pics will be updated later.. T______________T

~ Sketsa Pelangi... ~

suatu petang yang agak panas, kelihatan se0rang ibu berusia awal 40-an sedang menjahit di atas sebuah gerai kayu bertemankan anak gadisnya. Ibu meluahkan sesuatu yang dipendam sekian lama. Si anak cuba dan terus mencuba untuk menjadi pendengar setia buat ibu. Pendengar yang baik harus mendengar dengan baik. Bila sesuatu mesej didengar dengan baik, masalah untuk memahaminya tidak akan ada. Pendengar yang baik juga seharusnya tidak mencelah, malah tidak b0leh berfikir bagaimanakah cara hendak menjawab ataupun menasihati. Si ibu melepaskan keluhan nafas, berat kedengaran. Namun tidak setanding beratnya masalah yang terbuku di dada. Itulah kuasa-Nya. Bayangkan andai nafasmu berkil0-kilo beratnya, (lebih berat daripada anak gajah ku kira) pasti tiada lagi kudratmu untuk terus bernafas di bumi pinjaman-Nya ini.

'ibu, sabarlah.. Kelak, pasti kan muncul lagi mentari buatmu. Buatku juga. Buat kita, ibu. Sabar itu iman. Andai tiada lagi dayamu, berd0alah. Berd0a dan teruslah berd0a. D0a itu senjata mu'min, ibu..! Senjata kita..!! Aku juga berjanji takkan pernah berputus asa dalam d0aku, ibu..!! D0a buat kita, d0a buatnya, d0a kepada-Nya, ibu..'

sedar mutiara bakal tumpah lagi, si anak berdiri membelakangkan ibu, lantas diambil si anak kucing yang kebetulan berada di situ.

'alhamdulillah, kau penyelamat keadaan..!!' pelukan dan ciuman dihadiahkan buat si c0mel. Anak kucing itu mengiau manja.

~~~~~~~~~~~~~~~

"Rasa macam tak nak kahwin je.."

"Bila pulak ibu suruh kahwin..?"

"Hahaa.. Cakap tu macam dah nak kahwin je.. Ad0i.."

"0rang lain berebut nak kahwin, kamu tak nak kahwin.. Kenapa cakap macam tu?"

"Entah, tak tahulaa ibu.." si anak tersenyum melihat wajah ibu yang kepelikan.

'aku menunggu mentariku, ibu.. Aku yakin, dy pasti kembali menjadi milikku.. Mentariku bakal muncul lagi.. Terkadang aku seperti tidak lagi mempercayai kaum Adam yang terus terang mencuba untuk melamarku. Satu saat yang lain pula, aku bagai ingin terus berpaling daripada mereka. Jangan ganggu aku, dan jangan ganggu aku lagi..!' suara hati si anak membentak.

"Hujan, baju di jemuran dah angkat belum?"

si anak tersentak, lantas berlari pulang ke rumah. Selang beberapa minit, dia kembali ke tempat ibu.

"Dah ibu..!!"

"Haa, nak ke mana pulak tu?"

"Nak rasa hujan, ibu.. Dah lama tak rasa rahmat dalam hujan.." anak tersenyum. Dia mendukung si anak kucing lalu berlari ke dalam hujan.

'MasyaAllah.. Tak terucap nikmatnya.. Bila hujan tentu terbayang wajah adik di kejauhan.. Rindunya pada adik.. M0ga kita bertemu di syurga, dik..!! Kakak tunggu adik di sana..'

Hujan makin renyai sebagai tanda kan berhenti sebentar lagi.

"Ibu, pelangi..!!" si anak menjerit keriangan.

Dia berlari ke arah ibu, meminjam telef0n bimbit lalu kembali ke laman. Seketika kemudian si anak men0leh ke arah ibu dengan senyuman yang se0lah berkata-kata, 'yakinlah ibu, pelangimu bakal muncul lagi..! Meski cuma sebentar, tapi ianya istimewa, kerna waktu datangnya juga istimewa.. Dan Allah tahu bila waktunya untUk Dia kurniakan pelangi ibu..'

DSC01229

DSC01233

DSC01235

~ ArmaGedDoN..!! ~

salam’alayk..

owg len dok sibuk perang israel, kami dok sibuk Armageddon.. kami..? sape kami tu..? omak jadi kapten, angah jadi sarjan, den jadi prebet jo..

haa cmni ceghiteny.. petang semalam, omak suh den intai kat bawah tikar getah kat pintu dapur tu. humang aih, tokojut den! banyak betui anai-anai.. siap ado king, Queen, askar2 ny laie. den selak3 laie, lagi banyak terbongkar rahsia perkampungan depa tu. huish! xpuas ati den, nak menumpang umah den xbagi salam dulu pon.

omak posan, gunting cket tikar tu, nanti sonang cket kheje nak buang, nak korek, nak jolok, nak berus lantai tu. den pun guntingla dengan penuh somangatny kan.. omak den tongah mandi maso tu. bilo omak cyap, dio naikla kan [takkan nak tughun balik ke bilik ayaQ tu], kome taw omak cakap ape? cmni..

haih! banyakny kome potong tikar tu, omak suh potong cket ajo kat ujung tu..’

haa tula.. gunting ikot suko jo, cib bek omak den penyabar time tu, kalo tak, mawny den kne tadah tingo kuali kat dio.

DSC01773 nilaa dio kawasan yang den gunting tu. nila dio kawasan perumahan setinggan puak anai-anai [bhg atas umah den, kat bahagian dapur]. banyak kan, tikar tu terpotong? huhu ampun mak..

nampak tak? tak nampak? haa niy den bagi close-up cket.

DSC01772

DSC01774

aduh.. uzur bebeno dah lantai kat bahagian dapur tu, tunggu maso nak jatuh je.. da reput da pun, kalo pijak, rasela nyut-nyut nye tu. [nyut-nyut tu bunyi, aksiny macam kome gune papan yang lompat2 b4 terjun dalam kolam tu]. bukan kat situ aje, kat dinding sebelah sane pun ade, anai-anai ni btol2 nak musnahkan umah kami agaknyo… T___T

den pun mulelaa tugas, kikis3 tanah liat dekat lantai tu, jolok3 kat tongah2 celah papan tu, pastu berus lantai. huh, ponat eh.. tapi sonok, dapek men air. hehee

omak makan dulu, pastu dio join. den da cakap, omak xpayahla buek den boleh buek soghang, omak xkisah pun, dio buek jugak. padahal dio bukanny sihat sangat tuuh….

pastu omak break jap, p amek adik kat skul. coti2 pn ao clas jgak….. =.=''

bile omak balik, dy intai at bahagian bawah. ya Rabbi.. terjerit2 panggil namo den, katony kat bawah tu laie bosar busut dio.. den xrajin nak tughun.. huhu

then, khoje diteruskan..

xlamo lpas tu, angah tepon, suh omak amek, da bis waktu praktikal. angah den praktikal kat uDM kampus kota nuh, biaso dio poie sendiri, tapi arini suh omak anto, ujan.. sebelum poie, omak posan, basuh lantai cepat2, pastu mandi, solat dulu. jap2 g sambung.

da cyap sumo tu, denmandi, solat, pastu ntah cmne [letih yang amat] den boleh tertido kt luaQ. aduh.. cib bek omak den kejut sblom mulekan operasi berani mati kat busut bawah tu, kalo idak, terlepaslaa den nak nengok jugak.. angah pun ikot sekali nolong. den nak tangkap gmbo, tapi mse tu xsempat nak bawak dSLR den. maapla ye.. huu T_T [kome bayangkan jela busut dpa tu]

sampai ko potang kami buek khejo2 pembasmian P.A.T.I tu, sodar2 da 6.3++.. tapi asar kami xtinggei yo.. sobabnyo, apo pun keadaan kito, solat xlah tinggei, taw!

pastu angah p beli minyak itam, nak simbah kat umah dpa tu. den curi2 dengar dio ckap ngan omak, baru den taw minyak itam tu boleh diguno untuk halang dpa kembali kat busut tu. mulo2 busut tu dipecahkan, jirus ngan air panas untuk matikan dpa, pastu angkut tanah liat a.k.a busut yang pecah-pecah tu buang jauh2, dalam air pun xpe, sebabny kalo kite biar je kat situ, nanti dpa angkut balik, buat umah balik gne tanah liat tu.

omak yang somangat, sambil jirus air panas, sambil mujuk, taw? mujuk=memujuk=pujuk. omak cakap,

“poielaa buek umah kat tempat laen.. udah-udahle tu bersarang kat sini. bape kali da ak pesan kat kome, dgy.. kan da ‘syahid’.”

omak ulang3.. mulo2 den raso nak gelak, tapi pk2 balik, btolla tu. dpa lg banyak makan garam n nasi dr kite, so dpa da taw banyak sal binatang niy. ariff [sepupu den] ngan angah da tergelak-gelak da tu] then omak cakap, ngan anai-anai ni kte xleh sumpah seranah, xleh cakap kasaQ2, dpa paham. lagi satu, kalo pasang muzik rancak-rancak, muzik heavy, lagi cepat dpa ley ‘makan’ kayu or pape je. [dpa makan sume bende kot, cm tkos]

2laa ceghiteny… penat da menaip.. arap-arap kome yang bace ley dapek sumthing dari cte den kali niy.. chow..!

~Painting Da' Rainbow Giveaway~

giveaway

nak dapatkan 10 hadiah misteri..??!!

cepat, klik banner @ di cni..!!

10 hadiah misteri menanti anda..!!

syarat-syarat penyertaan yang simple:-

1. follow blog a day in my life

2. create simple entri bertajuk Painting Da’ Rainbow Giveaway [cte sal giveaway ye]

3. upload banner pelangi yg comel lote 2 kt entri+sidebar, jgn lpe link ke entri ni

4. tulis komen ‘saya dah join’ beserta link + email dekat entri niy

okie, jom join ramai3..!!

~c.i.n.t.a 1~

Perjalanan hidup masih panjang.

Atau mungkin teramat singkat.

Boleh jadi juga sederhana hayatnya.

Siapa sangka akan perhentian perjalanan, siapa tahu akan persinggahan permusafiran. Mungkin Allah merencanakan banyak kisah cinta untukku di hadapan. Mungkin rancangannya di sebalik sangkaan, tiada puisi cinta dihampar-Nya buatku.

Namun, apapun jua persinggahanku nanti, telah ku janji pada hati, telah ku pinta pada Illahi, agar hatiku Quat dari segala cubaan, agar hatiku teguh bagai karang di laut dalam meladeni cinta. Cinta lagi? Aduh, benar-benar sin0nim pada manusia. Bahkan juga pada seluruh makhluk-Ny.

Allah, cintaku cuma satu pada-Mu, cuma satu pada dia.

Kuatkan aku dalam kesetiaan dan keteguhan cinta ini.

Rabbi, andai takdir-Mu berbicara dia bukan terbaik untukku dan aku bukan selayaknya buat insan mulia itu, tutup hatiku dari cintanya Allah.

Izinkan aku mengabdikan diri cuma buat-Mu, cuma untukmu.

Allah.

Aku rindu-Mu.

Cinta. Biar saja. Biar aku tanpa cintanya. Kerna takkan pendek nafasku tanpa cintanya. Takkan panjang juga nyawaku dengan cintanya. Siapa kata manusia tidak boleh hidup tanpa 'cinta istimewa' manusia?

Tengok saja srikandi kebanggaanku, Rabiatul Adawiyah. Tengok saja bidadari kecintaanku, Ainul Mardhiyyah. Tengok saja isteri pemimpin Al-Aziz kesayanganku, Zulaikha (mungkin punya kisah di sebaliknya namanya di sini).

Mereka srikandi terbilang, pejuang islam gemilang. Hidupnya boleh sahaja tanpa 'cinta istimewa' dunia. Ku kira, lebih bahagia! Allahu Akbar!

*buat kamu, aku doakan kamu akan dapat yang lebih baik..! u deserve to get that.. cintaku cuma 1.. cinta utama n cinta pertamaku telah dimiliki Dy dan dy..

Mengisi waktu terbuang menunggu bas, amat kecewa. Terlalu banyak masa terbuang. Agak kecewa dengan perkidmatan. Walau sl0gan pilihan syarikat 'm**u itu 'anda diutamakan', perkhidmatannya langsung tidak menggambarkan. Perkhidmatan lain juga begitu, hampir kesemuanya, mungkin. Lembab.

~ ceBiSaN ePiSoD HiduP... ~


** moga ada sesuatu yang boleh disampaikan.

Alhamdulillah, solat subuh telah pun tertunai. Aisya mengenakan tudung. Tangannya laju mencapai beg di tepi katil. Sebelum pergi, dia sempat mencatat sesuatu untuk sahabat. Nota kaki barangkali. Sebaik sahaja membuka pintu bilikny, Aisya meluru masuk dan terus terjelepok di tepi katil. Tangannya menekan-nekan bahagian abdomen untuk mengurangkan sakit. Kesakitan yang menyucuk itu terasa bertambah ngilu sejak malam semalam.

Aisya merebahkan diri perlahan-lahan di atas lantai yang tidak beralas itu. Sejuk. Kepalanya di alas dengan beg galas, satu-satunya teman setia kala itu.

‘Allah.. Aku milik-Mu.. Andai ini hujung nyawaku, aku redha.. Sampaikan salam kemaafan buat semua yang pernah mengenaliku, Rabbi..’

Tanpa sedar, dia terlena di situ.

~~~~~~

‘Aduh.. sakitnya kepala ni.. Aku kat mana ni..?’

Aisya memicit-micit dahinya sambil melihat sekeliling. Masih gelap di luar, menandakan waktu masih awal.

‘Alhamdulillah, masih di bilik. Ya Allah, darah..! Allah.. Allah.. Allah..’

Aisya menggagahkan diri untuk bangun. Cubaan pertama gagal. Yang kedua juga. Cuba bertenang, akhirnya dia berjaya mengheret batang tubuh ke bilik air. Hampir terjelepok, namun diselamatkan dengan kehadiran makhluk besi itu. Water cooler.

Aisya membersihkan diri dan mengambil wudhu’. Mahu dinaungi dan didoakan malaikat rahmat.

~~~~~


Usai sunat dhuha, Aisya merebahkan diri di perbaringan. Tangan kanannya tetap menggenggam nota cinta dari Allah. Mata dipejam. Nota cinta didakap. Tanpa sedar, ada air hangat mengalir.

‘Ya Allah.. Aku rindu.. Aku tahu walau aku tak pernah mengkhabarkan, Kau tetap memahami dan mengetahuinya, lebih dariku sendiri.. Aku milik-Mu Allah.. Rindu itu sakit..!’

Mutiara di pipi semakin rancak mengalir. Semua rasa bercampur jadi satu. Bibirnya terkumat-kamit mengulangi kalimah agung. Terbayang kisah semalam, bagaikan ada magnet yang menarik.

~~~~~

Dia termenung, panjang. Berfikir, dalam. Perbualan sahabat dijawab acuh tak acuh. Hatinya berdoa agar sahabat tidak menyedari sebarang keganjilan pada dirinya. Dia cuma untuk berlagak biasa, namun perutnya masih terasa tidak selesa. Angin barangkali, cuba menenangkan gelisahnya hati.

‘sabarlah jasad, belajar untuk melebihkan sahabat dari dirimu sendiri. Aku xmahu lagi terlalu memanjakanmu. Aku takkan pernah memanjakanmu..!’

Computer riba yang satu-satunya miliknya ditutup dan disimpan di dalam beg, kemas.

‘Berehatlah kamu di situ.’

Mata terasa bagai diserang kantuk. Kepenatan juga barangkali lebih mengujakan kantuk.

“Aisya, Aisya tak nak operate ke..?” syifa’ melontarkan persoalan. Mungkin dari ‘seseorang’.

Aisya meminta bantal sebagai alas kepala. Lantas badan dibaringkan di atas lantai kosong itu. Hamdalah. Moga istirehat ini dapat memberiku energi untuk menghadapi hari esok. Sengaja dibiarkan persoaln itu dibawa angin.

Biarlah. Aku tak ingin mengotori kamarmu lagi dengan tangisku. Maaf. Aku tak ingin menyusahkanmu lagi. ‘asif, aku tak ingin menggusarkan sesiapa lagi. Tapi aku takkan dapat menipu diri, aku rindukan pelukan damaimu yang menenangkan saatku resah. Aku rindukan ketenangan dalam pelukanmu saat tangis ini enggan berhenti. Tapi akhirnya, aku jadi malu sendiri. Malu dengan lagak yang seperti anak kecil ini. Ampun. Aku bukan Quat seperti tanggapan sesiapa. Aku tak punya sesiapa. Aku cuma punya Allah, dan ummi, tempat lahirnya roh danjasadku. Syifa’.. soalanmu terlalu berat bagiku. Aku jadi teringat ummi. Sedih. Mungkin kerna rindu. Ingin segera pulang. Namun tingkah adik-adikku bagai menghalang aku pulang segera. Rasa seperti mahu mengikat kaki ini di sini. Ayah. Mengingatnya saja buat nafsu amarahku membuak. Rasa tidak enak. Aku terlalu geram. Berkali-kali ku pujuk hati, dia bapaku. Namun tindakannya aku fikir amat keterlaluan. Ampun Ya Rabb.. Aku mohon, quatkan aku untuk menerima dia sebagai dia yang punya pertalian denganku. Quatkan aku juga untuk menguatkan ummi tersayang. Aku terlalu sayangkan ummi, Allah. Jangan , jangan kau biarkan air matanya tumpah lagi. Jangan ya Rabbi.. aku terlalu sakit mengingatkan itu. Syifa’.. Aku fikir kamu juga punya jawapan pada persoalan kamu. Belum pernah aku berjumpa seorang yang waras yang tidak mahu sihat dari fasa sakitnya. Namun aku punya tanggungjawab syifa’..! yang ku kira berat. Yang ku kira sebagai amanah yang tergalas di bahuku. Aku punya ummi yang butuh bantuanku syifa’. Aku sedar, usaha untuk menyambuhkan penyakit itu juga perlu, tapi bagiku, ummiku tetap yang pertama. Pertama dan terakhir buatku. Andai ku punya wang, ummi juga akan jadi yang pertama. Bukan untuk upah doktor-doktor bedah itu. Syifa’.. terlalu banyak yang dirimu kurang arif tentangku. Aku bukan seperti anggapan sesiapa. Maaf, terlalu sukar untukku membuka pekung di dada.’

“tengok, orang tanya tak nak jawab.. kenapa tidur kat bawah?”

Aisya tersentak. Senyum menghias bibir.

“takpe, saje.. syifa’ tidur kat atas.. panasla..”

“mmm kalau macam tu, kita tidur kat bawah sama-sama..” ya Allah.. maafkan aku.. rasa bersalah menebal di hati. Namun tidak larat lagi rasanya mahu bertikam kata. Akhirnya mengalah. Maaf sahabat..



~~~~~

Jam menunjukkan angka sebelas. Masih belum panas. Fikirannya melayang, cuba mengingat lokasi telefon awam di sekitar kampusnya. ‘Di pejabat’, detik hati. Aisya lantas bangkit dari peraduan. Bersiap sekadar yang perlu aisya melangkah longlai ke pejabat. Entah kenapa, terasa tinggi yang amat tangganya.

Aisya mendaki perlahan. Usaha itu puncak jaya. Akhirnya sampai juga. Lantas didail nombor ummi tersayang.

~~~~~

Aisya terjelepok di situ. Dia berteleku sambil bersandar pada dinding yang menempatkan telefon yang baru digunanya. Esakan aisya menjadi-jadi. Terburai semahunya selepas ditahan daripada keluar semasa berbicara dengan ummi tadi.

‘abang cakap kakak nak pergi KL, buat ape?’

‘nak jumpe kawan ummi..’ ingin hatinya menjerit; kawan kakak itu perjuangan, ummi..!

‘hmm.. musim duit takde ni, jangan boros sangat.. kalau tak penting, simpan dulu niat tu.. tapi kalau penting sangat nak buat macamane kan.. bile kakak balik?’

‘sabtu ummi, insyaAllah.. tiket pukul 3 petang..’

Ummi terus bercerita menyulam nasihat. Aisya cuma diam, hatinya sebak.

‘kalaulah ummi tahu aku cuma meneguk air suam sebagai alas perut.. ummi, hatimu terlalu suci untuk dilukai.. maafkan kakak..’


Kaki diheret longlai menuju tasik. Aman. Damai. Rindu berputik lagi. Rindu pada tempat ini. Rindu pada kisah silam.

‘Allah. Terasa benar nikmat persahabatan kerana-Mu.’

Mentari kelihatan mula menarik diri bersama lembayung senja. Indah nian. Subhanallah.

Aisya tenang sekali. Seolah-olah bersedia dan tahu yang dia akan bergelut dengan maut lagi malam itu.










~sepucuk surat itu...~

BARANGKALI KETIKA SURAT INI DITULIS, ANDA MEMBUANG MASA DENGAN KEKASIH ANDA!!

Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat
melalui seucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahidin mengambil tindakan. Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri. Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.

---------------------------------------------------------------------------------------
Surat Fatima

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Quran, Surat 112 al-Ikhlas].

Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman. Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua?

Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak. Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompat oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan Allah SWT.

Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana . Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah).

Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya.

Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut.

Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun! Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa mu'atasima!]

-------------------------------------------------------------------------------------

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek
mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika.

Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahidin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.


Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut. Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.

Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis: Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku."

Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq , tetapi tidakdipedulikan.

Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka? Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "Wa Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata: "Kepada anjing Rome , saya akan datang kepada kamu dengan tentera-tentera kami di mana barisan hadapannya berada di pintupintu kami dan barisan belakangnya berada di sini." Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda. Bolehkah maksiat ditutup dengan bayaran dan kontrak? Adakah kita takut mengkritik Amerika kerana bimbang kita akan kehilangan peluang perniagaan? Bagaimana pula keadaan kita di Malaysia ini?


Bukti serangan Mujahideen terhadap tentera Amerika di penjara Abu Ghraib - Peristiwa "Battle of Abu Ghraib"
http://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Abu_Ghraib
_____________________________________________________________________

Mungkin ada di antara kita yang pernah membaca artikel ini, tetapi ingatlah bahawa berapa banyak kali kita membaca artikel ini, begitulah juga dengan berapa banyak kali situasi di atas berulang. Insaflah kita.
Janganlah kita bersubahat dengan mereka. Kita mempunyai kuasa ekonomi.

Marilah memboikot barangan US dan Israel. Katakan taknak pada KFC, McDonald, Pizza Hut etc! Katakan taknak pada setiap jenis rokok kerana kebanyakan jenama rokok itu akan menyumbang kepada Israel. Katakan taknak pada setiap jenis barangan mereka! Boikotlah barangan mereka mengikut kemampuan!

Kepada akhi, cuba kita bayangkan situasi di atas berlaku kepada ibu kita, kakak kita, adik kita, rakan perempuan kita!

Kepada ukhti, cuba bayangkan situasi tersebut berlaku kepada diri anda sendiri, ibu anda, kakak anda, adik anda, rakan karib anda, roommate anda.

Walaupun kita semua membayangkan perkara-peraka di atas, barang diingat! Hakikatnya, ia berlaku kepada SAUDARA kita sendiri! Kita mempunyai pertalian agama, darah daging, dan jiwa dengan mereka! Allahuakbar!


Terima kasih kepada Qutuz Salahudin untuk perkongsian ini.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000715185711#!/ibnumokhtar

Album gambar pemerkosaan tentera Amerika terhadap wanita-wanita Iraq
http://www.facebook.com/photo.php?pid=72187&id=100000778940391#!/album.php?aid=4628&id=100000778940391&op=60


Gambar hiasan

Sebentar tadi saya menerima email dari seorang pengunjung Saifulislam.Com.

Katanya:

Ustaz, saya menerima email di bawah dr kawan2 yg mengatakan Zulaikha bukan orang baik n dia adalah adulter, seorang isteri Al-Aziz yg curang kepada suaminya. Saya secara jujur berasa tidak senang dgn tuduhan ini sekalipun memang, seperti yg dinukilkan AQ beliau pernah berniat utk curang terhadap suaminya. Saya bukan nak membela dia, tapi saya merasa gundah kerana setiap org perempuan pada zaman ini rasanya tak berhak mengutuk dia kerana semua dr perempuan hari in tak merasa pesona hensemnya Yusuf yg sampai boleh menggelincirkan iman Zulaikha even pada niat sahaja. Tapi diterima kemudiannya menjadi isteri seorang Nabi cukup utk mengatakan die pasti lebih baik dr kebanyakan mukminah hari ini setelah dia bertaubat. Wallahua’lam. Ustaz, tolong clarifykan…

owhhh… gitu rupa2nya..
so, historically zulaikha is not really a good name laa kan. it’s a name of an adulterer.

Email yang diterima oleh beliau, adalah artikel yang disiarkan di inspigoblog.wordpress.com.

Berikut adalah jawapan saya kepada email tersebut:

Assalamualaikum WBT.

Segala masalah bermula, apabila kita tidak merujuk kepada sumber yang betul dalam memahami kisah Yusuf alayhi al-Salam. Sepatutnya kita kena disiplinkan diri dengan merujuk hanya kepada sumber-sumber yang sahih. Dan untuk kisah Yusuf, tidak lain dan tidak bukan adalah surah Yusuf sendiri dan sejumlah kecil hadith Nabi SAW yang sahih, berkaitan dengannya.

Perempuan yang kita namakan dirinya sebagai Zulaikha itu, hanya disebut oleh al-Quran sebagai imra’ah al-aziz (isteri kepada al-aziz i.e isteri kepada menteri utama). Nama Zulaikha itu tidak disebut oleh al-Quran mahu pun hadith-hadith yang sahih. Dari mana datang nama Zulaikha itu? Ia mungkin datang dari sumber Israiliyyat, biblical literature yang tidak perlu menjadi rujukan dan ambilan kita.

Itu soal nama.

Soal peribadinya, apa yang disebut di dalam Surah Yusuf ayat 20′an tentang watak perempuan itu memang benar. Dia adalah wanita bangsawan yang sangat buruk akhlaknya, bahkan bukan dirinya sendirian, malah wanita-wanita bangsawan yang lain juga berkongsi kejahatan yang sama. Allah bukan hanya menonjolkan kejelekan watak imra’ah al-’aziz semata-mata, malah keburukan budaya golongan bangsawan itu sendiri.

Tetapi kita kena ingat, apabila al-Quran menceritakan tentang keburukan perempuan ini, cerita itu ada tujuan dan maksud.

Pertamanya, Allah telah menunjukkan kelemahan suaminya sebagai pemimpin tertinggi Mesir, tetapi dayus hingga tidak mampu mengawal tingkah laku isterinya sendiri. Ada banyak teladan di sini terhadap kualiti kepimpinan yang boleh kita perhatikan. Mampukah lelaki yang gagal mengawal isteri, mengawal sebuah negeri?

Harus juga diingat, perempuan itu adalah isteri al-aziz yang merupakah pegawai tertinggi di dalam kerajaan pemerintah Mesir. Akan tetapi di sisi al-aziz ada Raja yang menjadi tunggak negara. Raja ini kelihatannya tidak terbabit di dalam konspirasi memenjarakan Yusuf, bahkan beliau bertindak membuka kembali kes Yusuf selepas 3 hingga 9 tahun Yusuf dipenjarakan sebagaimana keterangan ayat 50 Surah Yusuf, serta ayat-ayat sebelumnya.

Raja ini bukan Firaun, watak pemerintah Mesir di era Musa kemudiannya.

Keduanya, Allah SWT juga mahu menunjukkan ketinggian keperibadian Yusuf yang memilih penjara, berbanding tunduk kepada kehendak perempuan itu (Zulaikha) dan ‘datin-datin’ yang bersama dengannya. Pendirian Yusuf ini mempunyai hikmah yang besar, malah turut memberikan impak kepada wanita-wanita bangsawan itu yang kemudiannya diceritakan Allah di ayat 51 hingga 53 Surah Yusuf. Inilah kekuatan TINDAKAN berbanding PERCAKAPAN. Ia juga mengajar kita mempositifkan musibah yang menimpa diri, bahawa ujian Allah datang dengan hikmah dan kebaikan. Kitalah yang mesti bijak mencarinya.

Ketiga, Allah SWT juga mahu menunjukkan bagaimana manusia itu biar sejahat mana pun dia, harapan untuknya berubah tetap ada. Ketegasan Yusuf mempertahankan diri dari tunduk kepada kehendak perempuan itu telah menyebabkan dirinya berfikir panjang, melakukan muhasabah diri dan akhirnya bertaubat, hingga mengakui kesalahan-kesalahannya, membersihkan nama Yusuf dan memohon ampun dari Allah.

Semuanya dikisahkan di dalam ayat 51 hingga 53 Surah Yusuf.

Kelihatannya di dalam ayat itu, Allah SWT telah memberi hidayat dan mengampunkan perempuan berkenaan (Zulaikha). Seandainya dia telah bertaubat, dan Allah telah mengampunkan kesalahannya yang lalu, siapa pula kita untuk terus mencela si ‘Zulaikha’ dengan mengungkit-ungkit kesalahannya hingga digelar perempuan pelacur, jalang dan sebagainya. Apakah kita mahu melampaui keputusan Allah?

Janganlah dalam usaha kita membetulkan kesilapan, kita buat kesilapan yang lebih besar. Jangan ulangi apa yang telah dilakukan oleh Ibrahim Ali Sya’wat di dalam bukunya, Abatil Yajib an Tumha min al-Tarikh. Tatkala mahu membersihkan sejarah Islam dari kesalahan fakta, kesalahan lain pula yang dilakukannya [kritikan mengenainya boleh dibaca di sini]

Pengajarannya juga ialah, di dalam kehidupan seharian kita, jangan kita bermudah-mudah mengungkit kesalahan orang lain. Ketika mana dirinya mungkin sudah bertaubat dan diampunkan Allah, kita pula mahu membuka semula kes tersebut dan membuat pengadilan sendiri. Tercelalah manusia seperti ini yang menganggap kotor manusia yang telah dibersihkan Allah.

Ingatlah, memanggil penzina yang telah bertaubat dan dihudud dengan gelaran “hoi penzina!”, adalah kesalahan jenayah yang juga diperuntukkan Syara’ hukuman ke atasnya.

MASALAH DOA PENGANTIN “YUSUF DAN ZULAIKHA”

Masalah doa Yusuf dan ‘Zulaikha’ itu tidak boleh kita justifikasikan sebab tiada keterangan al-Quran mahu pun Hadith Nabi SAW bahawa Yusuf berkahwin dengan ‘Zulaikha’.

Kisah cinta romantis mereka berdua, kuatnya ibadah Zulaikha hingga hilang penglihatan disebabkan oleh banyaknya tangisan dia kerana takutnya diri kepada Allah dan yang seumpama dengannya, adalah drama yang mungkin penuh emosi, tetapi hakikatnya ia sebuah persembahan yang tiada asal usul.

Selepas ayat 53 Surah Yusuf, Allah SWT tidak ada lagi menerengkan apa-apa tentang ‘Zulaikha’. Begitu juga dengan hadith-hadith Nabi SAW yang sahih. Kisah imra’ah al-’aziz (Zulaikha) itu tamat dengan pengakuannya di hadapan raja, untuk membersihkan maruah Yusuf dari pertuduhan yang selama ini menjadi punca Nabi Allah itu dipenjarakan.

HAKIKATNYA

Surah Yusuf adalah rakaman kisah perjuangan seorang rasul bernama Yusuf, dan bukannya epilog cinta romantis sang merpati yang disandingkan dalam angan-angan kita sebagai Yusuf dan Zulaikha!

Habis, dari manakah datangnya kisah cinta Yusuf dan ‘Zulaikha’ itu? Dari mana datangnya doa pengantin itu? Dari mana datangnya lirik nasyid dan syair yang memuji cinta itu?

Saya tiada jawapan mengenainya, tetapi kepada yang menceritakannya, tanyalah kepada dia Min aina laka hadza (Dari mana kamu dapat benda ni?)

Wallahu A’lam.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds