~Tahniah.. Moga dirimu mujahidah harapan keluarga..!!~
0 comments it juz me... kHaZiNaTuL_HuMaiRa' at 6:31 PM:: Kak.. Sedih.. ::
:: Kenape? H0ws ur result? ::
:: Waaaaaaa.... 9A.. ::
:: Alhamdulillah.. wa syukurillah.. Tahniah.. ::
:: Hehe hadiah..!! ::
:: Ishh.. Ade plak, trus mintak hadiah.. G ckp trime kasih kat Ayah ngan Ummi.. ::
Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Atas peluang kurniaan-Mu, ummi dan ayah dapat mengecap kegembiraan dan kebanggaan hasil kejayaan anakmu.. Segalanya berkat d0a dan tunjuk ajar kalian..
Hari ni keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan. Sejak 1 pagi tadi adikku sibuk ngant0 mesej, risau kateny.. Smpai xley tid0 malam. Tapi xsempat 2-3 mesej da terlelap dak 2..
Tahun niy.. Due 0wg adikku menjalani peperiksaan penting, PMR dan SPM..
Alhamdulillah.. S0wang da terlepas, s0wg lagi.. Wallahu’alam.. Pape pun, Tahniah lagi sekali buat adik.. Moga kejayaanmu menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat adik-adik yang lain, n jgak buat diri sendiri..
*Satu je pesan kakak, perel0kkan akhlaQmu, tingkatkan ibadahmu, nescaya disayangi penduduk langit dan bumi..!!
Labels: Akhlaqul Karimah
DIA beri kaktus berduri..
Kita minta kupu-kupu...
Diberi ulat berbulu..
Kita sedih dan kecewa...
Namun kemudian....
Kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yg sangat cantik..
Saat mutiara jernih menitis keharuan, terdetiklah cinta di hati..
Itulah jalan TUHAN, indah pada masaNYA..!
ALLAH tidak memberi apa yg kita harapkan...
Tapi DIA memberi apa yg kita perlukan...
Kadang kita sedih, kecewa dan terluka...
Tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengatur yg terbaik dlm kehidupan kita..
Sama2 tingktkn iman dgn ikhlas n tinggalkn dosa..
Seimbngkn amal dunia & akhirat..
Sabar ya.. Allah uji sabar enti..
“Ya Rabbi.. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Mu yang lemah.. Tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izin-Mu.. Tidak mampu menghela dan menghembus nafas tanpa izin-Mu.. Ya Rahman.. Aku redha dengan segala ujian.. Aku pasrah dengan segala dugaan.. Aku buka hatiku selapang-lapangnya menerima segala kesakitan.. Ya Rahim.. Moga Kau yang Maha Kaya sudi menghadiahiku dengan ganjaran yang maha indah..”
Humaira menahan kesakitan dengan mata yang berkaca-kaca.. Kesakitan yang menjalar terasa kian rancak menyucuk-nyucuk perutnya. Ngilu.. Sakit.. Pedih.. Semua rasa bersatu jadi satu.. Humaira’ cuba sedayanya berlagak biasa pabila berhadapan dengan sahabat. Bimbang kesakitannya bakal menggangu ketenangan dan bisa menjentik hati sahabat.
“Ya Allah.. Andai Kau mentakdirkan inilah kali terakhir aku merasai sakit ini, maka panjangkanlah lagi kesakitannya agar aku dapat memanjangkan detik mengingati-Mu.. Sakitnya, Ya Allah...” Humaira’ mengaduh sendiri pada yang Maha Kuasa..
Kesakitan yang menjalar menghalang Humaira’ berbuat apa2 sehingga ke malamnya.. Tubuh kecilnya cuma mampu terbaring di atas katil yang sudah hilang keempukannya. Sesekali matanya terpejam rapat menahan sakit yang menjalar.
Mulutnya tidak henti-henti berd0a, terkumat-kamit bersulamkan nama Sang Kekasih Sejati.. Kira-kira jam 3pagi, Humaira’ mengagahkan dirinya bangun dan mencapai telefon bimbit..
Dy kemudian menekan satu-persatu n0mb0r di papan kekunci, lalu mendail.. M0ga2 sahabatku terjaga di dinihari ini, berlumba-lumba memohon keampunan dan bermunajat pada Sang Kekasih yang sudi turun di waktu ini..
“Ya Allah.. Quatkan sahabatku.. Kejutkan dy di waktu yang amat berharga ini Ya Rabb..”
Dalam dakapan Sang Kekasih, Khazinatul Humaira’ terlena diulit sang rembulan dan bintang kurniaan Illahi..
Labels: dETik2 tErAkHiR hiDuPkU
3pkara y prlu kta rnungi:
1.msyukuri nkmat usia y Allah krniakn.
2.introspeksi dri/mhsbh & istighfar.
3.mhyti & mnladani HIJRAH RASULULLAH s.a.w.Mulakn azam n smgat bru.
Perubahan dan hijrah diri kepada yang lebih baik memerlukan kesungguhan dan istiQamah..
M0ga sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah..
Labels: MuTiArA
SALAM MAAL HIJRAH 1431..
Sm0gä thùn ini lbih bäik dr yg sblùmnyä.
Jdkn Al-Qurän sbg temän sjäti,
zikirulläh sbg p'hibur HäTi,
solät sbg p'dinding diri,
TäQwa sbg bäjä dlm häti,
smogä sntiäsä dlm lindungän ilähi ..
Allahuakbar3..
Labels: MuTiArA
Sungguh..
Semuanya berbeza..
kau dan aku serupa..
Dia berbeza..
Maha Agung, Maha Kaya.. Maha segalanya..
Dia Pencipta, kita dicipta..
di lembayung petang..
aku melakar kisah..
kisah antara duka dan suka..
yang tercoret bagai pelangi dalam kehidupan……
kau..
bagai bayang yang selalu mengekor rapat..
tetap dalam senyap..
setia..
sehingga sukar ku menghalau rindu..
sungguh..
dan tangis itu datang lagi..
senja itu datang lagi..
dan saat itu, kau tiada lagi di sisi..
mana..?? mana..??
mana dirimu…
aku merindu..
lagi..
Dia..
Sang Kekasih Agung..
Pencinta Sejati..
Kembaraku di bumi gersang..
membuatkan diri terasa kerdil..
sekerdil-kerdilnya..
kan ku gapai cinta-Nya..
untuk memiliki hatimu…
Hati seorang lelaki
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI..!!
-Nota Hati Seorang Lelaki,
Ustaz Pahrol..
Labels: MuTiArA
''Musuh-musuh'' yang sememangnya menyimpan kesumat dengan Islam kian berani memalitkan arang dan mencalar-balarkan wajah Islam.. Tanpa disedari, tanpa dipinta.. Tetapi hakikatnya sekarang, kita yang berada pada z0n selesa terus-menerus 'menyelesakan' diri, cuma menjadi pen0nt0n dan pemerhati setia yang adakalanya 'berapi' 5minit..
Era ini, imej Islam kian buruk pada pandangan dunia, malah lebih teruk pada pandangan penganutnya sendiri.. Ingin menidakkan? Tak usah.. Belajarlah untuk menerima kenyataan.. Susah..? Memang..!! Bukankah Hukama' sendiri menyatakan kebenaran itu pahit..?
''Akan datang suatu masa dalam waktu terdekat, bangsa2 (selain umat Islam) bersatu akan mengalahkan kamu seumpama sekumpulan manusia berkerumun berebut2 akan hidangan makanan di sekitar mereka..''
Sahabat bertanya, '' Ya Nabi Allah, apakah kerana sedikitnya kita (umat Islam) pada waktu itu?''
Sabda baginda, ''Bukan, bahkan kamu pada waktu itu adalah g0l0ngan teramai (maj0riti), tetapi kualiti kamu pada waktu itu bagaikan buih2 lautan yang dibawa 0mbak.. Allah telah mencabut dari hati musuhmu perasaan takut akan kamu dan Allah mencampakkan penyakit 'al-wahn' ke dalam hati kamu..''
Maka sahabat bertanya lagi, ''Apa yang dimaksudkan al-wahn itu, ya Rasulullah..?''
Rasulullah s.a.w menjawab, mafhumnya: ''Cinta dunia dan tak0t mati..''
(Riwayat Abu Daud, n0 4299)
Mungkin ramai antara kita yang pernah atau selalu sahaja terjumpa atau terbaca hadith ini.. Tapi sayang, berapa ramai antara kita yang dijentik hatinya, disedarkan Allah al-Akbar..?
Sedarlah sahabat2ku sayang.. Hari ini, telah ramai saudara2 kita yang menjadi k0rban natijah daripada kelemahan kita.. Ingatkah sahabat..? Dulu kitalah umat terulung yang menguasai 2/3 dunia..
Namun, amat menyedihkan bilamana pemikiran dan pandangan kita sendiri telah mempermainkan dan menipu kita.. Gambaran yang ngeri dan seram tentang agama Allah menyebabkan hamba-Nya yang juga penganutnya malu, enggan dan tak0t untuk menegakkan kebenaran.. Benarkah..? Tepuk dadamu, tanya imanmu..
Mana perginya semangat juang dan kecekalan sahabat2 ulung seperti Khulafa' ar-Rasyidin, 'Umar al-Khattab, Abu Bakar as-SiddiQ, Sayidina Bilal ibn Rabbah..? Mana tenggelamnya semangat pejuang Islam, Salahuddin al-Ayyubi, Khalid al-Walid, Muhammad al-Fateh dan lain2..? Mana hilangnya semangat pahlawan Melayu Islam gaya T0k Janggut, Abdul Rahman Limb0ng, Mat Kilau, D0l Said dan t0k0h2 lain? Mana..? Luput ditelan zamankah..?
Ayuh sahabat, bangkit.. Kitalah pewaris agama, kitalah bakal peneraju bangsa, kitalah bakal pemerintah dunia, we are the leader-t0-be..!!
Wahäi pejuäNg..
jerNihkn dirìmu..
uNgkäilh segala kekusutaN hatimu..
hilaNgkan käbut keräguan..
bertiNdak dengan hìkmah & kebijakSÄnaan..
Hanya dengaN imän & keyakinaN kita mampu meNgäyuh perähu kehidùpaN..
TuluSlah dengaN TUHÄN..
teluSlah seSama insaN..
Disebälik awaN meNdung iTu terSembunyi siNär meNtari yg teräng..
Tabahlah deNgaN stiäp cäbarän ya saHäBi..
Tapi tak bermakna kita diam membisu..
berusahalah, berd0alah..
Pulihkan imej Islam.. Bangkitlah..!!
Ku setia mendamba kasih, menunggu Salahuddin al-Ayyubi..
Ingat prinsip 3S dalam menerajui perubahan..!!
1. Mulakan dengan diri SeNDiRI
2. Mulakan SeDIKIT2 (sabar.. D0a+Usaha+Ikhtiar+Tawakkal)
3. Mulakan SEKARANG..!!
Ayuh..!!
D0a lebih diperkenankan-Nya ketika kita gigih berusaha, bukannya semasa kita asyik mengeluh dan meminta..
Hakikatnya,
hidup adalah sebuah sek0lah
yang mana orang,
situasi dan k0ndisi yang menjadi punca ujian itulah sebenarnya guru kita..
Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud disebalik takdir2 Allah itu..
Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji..
Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan,
tetapi disisi Allah,
apa yang ditakdirNya pasti suatu kebaikan..
Asif segala kekhilafan diri samada sengaja, xsengaja,
sembunyi, nyata,
yang lalu dan akan dtg..
Labels: MuTiArA
Sesekali terase terpanggil untuk ‘check’ e-mail.. Banyak jugak mesej2 dalam ‘inbox’ mail dan lain2 aplikasi. Tetibe rase tertarik untuk bukak n bace post dari sorang teman maya. Biar saja ana kongsikan dengan antum semue, m0ga dapat dijadikan iktibar. Sesungguhnya... Allahu Rabbi, Allahu Akbar... Segala pujian n name2 indah hanya untuk-Mu wahai Pencinta Agung..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Di waktu itu hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Amat mengejutkan, tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak henti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung melayani persoalan2 yang menerjah di benak fikiran, tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an, berbaju kurung usang.
“Ustaz," kata wanita itu.
"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." tambah wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.
"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya.
"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."
"Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya.
Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.
"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tutur kata disusun sebaik mungkin agar tidak mengusik hatinya.
Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.
"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. “kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata,
"Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi, "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,
"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,
"Orang tua mana pula?" katanya.
Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya.
"Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"
Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
Astaghfirullah...... Allahu Akbar....... Allahu Ghafur........
Labels: Akhlaqul Karimah