~ NuR KaSiH.. ~

‘Cinta. Bukan bererti memiliki.’

‘Umar menghembuskan nafasnya panjang. Keras dan berat bunyinya.

Kotak pemikiran di benaknya seakan penuh. Sendat. Membuntukan idea dan membantutkan cambahan solusi. Kepalanya serabut sekali. Bagai gerombolan semak yang menjauh di bawah bukit sana.  Seketika, mukanya disembam ke kedua lutut sambil tangannya memeluk kaki yang dibentuk sesiku.

Tiba-tiba, bahunya ditepuk lembut. Mujahid itu lantas menoleh. Sayangnya, senyuman yang dihadiahkan tidak mampu menutup keresahan hati.

 

Boleh abang duduk sini? Harap abang tak mengganggu.” SyauQi membalas senyuman adik juniornya.

 

Eh abang ni, ape pulak mengganggu. ‘Alam ni milik Allah, bukan milik ‘Umar, abang tak perlu mintak izin pun kalau nak duduk dekat sini. Dekat mane-mane pun.”

 

Syukran dik. Mm boleh abang tanye sikit?”

 

InsyaAllah, banyak pun takpe bang, selagi ‘Umar ade jawapan, ‘Umar cuba jawab.”

 

Abang tengok, sepanjang perjalanan ke puncak ni, ‘Umar banyak termenung je. Sampai sekarang kite da jejak puncak ni pun, abang tengok ‘Umar asyik sendiri je. Kurang senyum, kurang bergaul. Ni bukan ‘Umar yang abang kenal. Tu, siku tu, entah ape yang difikirkan sampai boleh tergelincir macam tu. Kalau ade masalah, abang sentiase ade kat sini ok, walaupun abang mungkin takde solusinya, tapi abang akan cuba jadi pendengar yang baik. At least bile kite share probs with others, ringan sikit bebanannya kan..” Panjang lebar celoteh SyauQi. Risau melihat si Mujahid bagai terhimpit dihambat mehnah. Tangannya disilangkan ke bahu ‘Umar.

“Hehee~ Abang ni, macam perempuan lak..  ‘Umar ok je, insyaAllah. Abang memang baik.” nafasnya dihela lagi. Panjang. Berat, bagai ingin menghambat segala masalah pergi dari memagari jiwa.

Program rehlah sempena cuti semester ini dianjurkan oleh SyauQi dan beberapa sahabat seperjuangannya. Umar, Azri dan Hisyam turut diajak menyertai. Tiga serangkai ini dilihatnya sebagai bakal da’ie yang amat berpotensi buat mengukir sejarah. Pelapis. Sekurang-kurangnya terisi juga masa cuti mereka. Sengaja dipilih kawasan pergunungan aman damai itu. Senang untuk mengisi dan memantapkan modul rangkaannya dan sahabat buat tiga mujahid muda itu. Moga dapat mempraktikkan zikir dan fikir sepanjang di bumi Allah ini..!

Sedari awal pendakian, ‘Umar As’ad dilihatnya seperti kurang bersemangat. Tiap kali dikerling, air mukanya seakan melakar kisah seribu duka dan luka.

Fikiran ‘Umar melayang lagi, seakan tidak sedar akan kehadiran SyauQi di sisi. Bingung bila perlu membuat keputusan. Buntu bila harus memilih. Istikharah yang didirikan msih belum mengizinkan keputusan menjenguk keluar. Tanpa disedari, ada mutiara jernih mencuri keluar dari celah kelopak ainunnya. Cepat- cepat diseka. Wajahnya  dipalingkan menjauhi SyauQi, cuba menyembunyikan kenyataan.

‘Ya Allah. Jadikan hatiku redha menerima hadiah mehnah dari-Mu, selancar lafaz sabar yang meniti dari dua bibir milik-Mu ini ya Rabbi..

 laluan kehidupan

Dalam meniti hidup ni, manusia tak kan lepas dari ujian. Bukankah hidup tu sendiri adalah ujian buat hamba-hamba-Nya..?

 

Umar As’ad.”

Perlahan, tapi jelas namanya dituturkan SyauQi. SyauQi telah lama dianggapnya seperti abang sendiri. Banyak masalah dan buah pandangan yang mereka kongsikan. Termasuklah ujian yang sedang ditanggungnya sekarang.

 

Umar bingung bang. Istikharah ‘Umar belum ade tande pun. ‘Umar cintakan ‘dy’ kerana Ilah, tapi ‘Umar tersepit dengan SyafiQah. ‘Umar tak nak lukekan hati sape-sape pun. ‘Umar tak pandai menzahirkan. Tapi dua-dua ‘Umar sayang. Hati ni tak pandai menidakkan.  ‘Umar tak berani nak amek ‘dy’ atas sebab kesihatan ‘dy’. Tapi ‘Umar perlukan ‘dy’ bang. Dua-dua ade jasanya kat ‘Umar yang kerdil ni. Besar. ‘Umar mahukan yang terbaik sebagai bidadari syurga ‘Umar. ”

SyauQi menggosok-gosok belakang ‘Umar Mujahid. Kekadang, bahu tubuh sasa itu ditepuknya. Cuba untuk menyelami dan menenteramkankan.

abstrak

 

Kadang-kadang, Allah bagi kite ujian dalam ujian. Hidup kalau takde ujian, macam kain putih yang bosan dan tak menarik. Ujian, dugaan, mehnah, nikmat, itulah warne-warne yang akan lakarkan corak dalam kehidupan kita. Seringkali mata dzahir manusia tertipu dengan kepalsuan. Nasihat abang, teruskan istikharah. Pandangi dunia dengan mata hati, insyaAllah, pasti jawapan terhampar megah di hadapanmu. Ambillah dunia sekadarnya saja, jangan sampai menyentuh hatimu. Jabatkan dunia di telapak tanganmu. Dunia ibarat penjara bagi Mu’min dan syurga bagi kafirun.. Jangan letakkan cinta pada yang lain selain Allah, pasti Allah kan senang membantumu dik. Berkahwinlah kerana Ya Waheed, pasti redha dan cinta-Nya mengiringi putik mawaddah wa rahmah. Jadikan pernikahan itu ‘amanah, insyaAllah hati takkan gusar walau kehilangan. Kerana 1 janji dipasak di dalam jiwa, Allah itulah segalanya.  Look wisely, choose wisely. Jangan ulang kesilapan abang. U know them, and U know best. Above all of that, Allah knows best. Life is a test. Sebagai hamba, kite tak boleh mempetikaikan aturan yang diskripkan Pencipta Agung. Tak boleh mempertikaikan kenape Dy hidangkan ujian ni buat kite. Harus dan mesti yaQeen, yang Dy pasti ade rencana terbaik buat kite. “

~~~~~~~~~~~~~~~

 

Abi, abi, cantik tak lukisan Imad?”

Jari jemari kecil itu menepuk-nepuk bahu ‘Umar tanda inginkan perhatian. Buku ‘Nota Hati Seorang Lelaki’ yang dipegangnya hampir terlepas. Dia tersenyum sendiri. Sengaja dia memilih untuk bersendiri di balik pohon besar itu. Hajatnya ingin menghabiskan pembacaan kitab hadiah dari isteri tersayang.Tanpa disangka, kenangan lalu hadir dipimpin bayu.

 

Apa khabar agaknya Abang SyauQi sekarang..’

Imad dipeluk lalu didudukkan di ribaannya. Anak kecil itu sememangnya anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya.

 

Subhanallah.. Cantiknya lukisan ni, macam Imad. Imad lukis siape ramai-ramai ni?”

Imad tersipu, malu dipuji abinya.

Ni abi yang Imad sayang, ni adik Nawrah, ni Imad, ni ummi.” Jemari mulusnya bergerak seiring patah perkataan yang ditutur.

“Yang kecil  ni siape ni?”

Jari runcingnya menunjuk gambar seorang bayi yang didukung seorang wanita.

 

Ni adik baru Imad..!! ” Imad separuh terjerit keriangan. Tangannya didepakan seluasnya seolah menggambarkan kesediaannya menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Umar tersenyum bahagia. Imad dipeluk, pipinya dicium sepuas mungkin.

Imad tertawa kegelian terkena janggut abinya.

“Abi, abang, ummi panggil, makanan da ciap..!!”

Suara halus Laila Nawrah menyapa gegendang telinga mereka.

Baik tuan puteri.” ‘Umar menghadiahkan senyuman buat puteri sulung. Tangan yang dihulur disambut Nawrah. Nawrah didudukkan di sebelah abangnya.

Anak-anak abi, cium pipi abi dulu, boleh..?”

"”Mmmuaah..!!” Bibir mungil Imad dan Nawrah melekap di kedua pipinya. Tangan mereka melingkari leher abi tersayang. Pelukan mereka di balas penuh kasih sayang.

Jom, kite pergi kat ummi, kesian ummi dengan baby tunggu lame. Kite lumbe lari nak?”

Sebelum sempat kalimah terakhir dituturkan, Imad dan Nawrah berlari kegirangan bersaing mendapatkan ummi mereka yang sedang menunggu di atas tikar berbumbungkan pohon rendang.

Umar tersenyum sambil kepalanya digeleng melihat keletah amanah kurniaan Allah itu. Langkah diorak membuntuti mereka.

Di kejauhan, kelihatan mutiara penyejuk mata mencium pipi sang bidadari hati disulam tawa kebahagiaan. Pergerakannya nampak sedikit terbatas dengan perut yang semakin membesar.

Abang, makan jom..!”

Umar menggangguk. Senyuman dihadiahkan.

Ya Allah.. Sesungguhnya aku bersyukur dengan setinggi-tinggi syukur atas kurniaan-Mu Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Sempurna.. Alhamdulillah..’

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds