~ tHe BeSt..!! ~

 

“ Kakak, fikir jom..!”

Jom, jadi ‘driver’ yep..!” Aisyah menghadiahkan sekuntum senyuman manis buat Ieman. Ieman tersengih.

Bersiar-siar selepas hujan memang mendamaikan. Begitu indah pemandangannya bila semua hidupan segar dalam kelembapan rahmat.

It__s_raining_in_love_by_CozyComfyCouch

It’s raining in love_CozyComfyCouch

Di kanan mereka, kelihatan sekumpulan kanak-kanak berjalan berpimpinan tangan. Gelak tawa mereka riang sekali. Mahu ke tasik barangkali. Di sebelah kiri kelihatan sepasang suami isteri separuh abad sedang menikmati minum petang di bangku yang tersedia. Mahabbah dan cinta mereka tidak pernah dimamah usia. Romantik sekali sembangnya.

Ieman dan Aisyah memilih untuk duduk di bangku yang mengadap ke arah tasik. Itik memenuhi bahagian barat kolam membersihkan bulu sambil mencuri  pandangan kepada anak-anak ikan yang berjauhan dari ibunya.

Subhanallah.. Segala puji cuma Milik-Nya yang Maha Terpuji.. Cantik kan..?”

Mmm, cantik sangat kak..” Ieman tersenyum. Matanya tidak lepas dari memandang kejauhan. Senyumannya disambut.

Kita nak fikir apa ni sayang..?”

Fikir yang terbaik..!!” Ieman menjawab teruja. Tangannya didepakan sedikit.

Fikir yang terbaik..? Macam mana tu dik..?” Kening Aisyah hampir tercantum dengan keletah adiknya.

Hehe.. Relaks kak.. Mmm Ieman terfikir sesuatu, dan Ieman nak ajak kakak fikir sekali. Kakak.. Setiap ummat manusia, makhluk seluruh alam yang bernyawa ataupun tidak, pasti akan mendapat yang terbaik dari yang Maha Memberi kan..?”

Aisyah tersenyum dengan soalan adiknya.

Ya, pasti yang terbaik..!!Mm mesti ada ‘tapi’ nya kan..?”

Aisyah menjawab soalan dengan soalan, seolah-olah tahu apa yang bermain di  fikiran adiknya. Hujung dua jari telunjuknya dicuit-cuit. Ieman tersenyum.

Kak Aisyah ni, macam tahu-tahu je.. Tapi kan kak.. Macam mana nasibnya dengan sesetengah ‘golongan’ yang kurang ataupun tiada keinginan untuk meminta? Maksud Ieman, berdo’a supaya dikurniakan yang terbaik? Mereka akan dapat yang terbaik jugak ke? Bukankah Allah berfirman, nasib sesuatu kaum itu ditentukan oleh mereka sendiri? Kalau depa tak berdo’a dan berusaha untuk dapatkan yang terbaik, how can they get the best in their life?”

Aisyah tersenyum. Satu-persatu patah mutiara yang keluar dari mulut adiknya dihadam dengan sebaik mungkin. Mindanya dilayarkan seluas mungkin untuk mencari jawapan terbaik buat Ieman dan dirinya sendiri. Walaupun usia perkenalan mereka masih mentah, banyak ilmu dan perkara baru yang dapat dipelajari dari si gadis ini. Bukankah ilmu itu ada di mana-mana, dan siapa pun dapat menjadi gurunya. Belajarlah dari alam, pasti kau kan lebih cepat dewasa dan matang.

Idea_of_Life_by_pelleron Idea of Life_pelleron

“ Allah itu Maha ‘Adil, dan Maha Tahu akan segalanya yang Dia jadikan di alam semesta ini. Dia yang mencipta, He’s expert in all those things dear. Cuba tengok bangku yang kita duduk ni. Penciptanya mesti tahu ukuran, bentuk, sudut, warna, dan segala-galanya yang terbaik tentang bangku ni kan..? The same goes to Our Beloved Creator, He knows the best for every single things.”

Aisyah menghela nafas.

Panjang.

Ieman di sisi kelihatan tekun mendengar. Sesekali kepalanya mengangguk tanda memahami dan mengiyakan.

Kakak am kan persoalan Ieman ye, tak fokuskan pada mana-mana bab. Mmm cuba kita ambil contoh rezeki. Semua makhluk yang bernyawa ataupun tak, dah ditetapkan rezekinya sejak azali lagi. Ingat lagi cerita ayam dan roti yang ustaz Azhar cerita? Roti yang dah dicelup air kopi panas, hampir menyentuh kedua lapis bibir, tiba-tiba terjatuh dan dilarikan ayam. Bagi yang faham bahawa roti itu bukan rezekinya kala itu pasti redha dan sabar. Sebaliknya, mereka yang mungkin ‘terlupa sebentar’ tentang suratan Qada’ dan Qadar-Nya pasti dikejarnya ayam tu sampai ke hujung kampung.”

“ Hehe.. Ingat-ingat.. Terima kasih kak, Ieman dah faham sikit..”

Aisyah menyambung.

“Menyentuh soal ‘adil, kita kena berpegang dan percaya bahawa Allah itu Maha ‘Adil lagi Maha Mengetahui. Pesan LuQman kepada anaknya, setiap perbuatan walaupun seberat biji sawi, pasti ada balasannya. Makanya, setiap usaha pasti dibalas dengan adil. Mungkin bagi kita yang melihat, balasan ynag depa dapat tak setimpal, ataupun tak munasabah dengan depa. Tapi, siapa kita untuk mempertikaikan Qada’ dan Qadar, keputusan Allah kan.. Meskipun ada suratan dan jalan cerita yang kita tak suka, ingatlah, Allah tak pernah kejam. Segala yang Dia aturkan ada hikmah tercantik dan tersendiri. Bila ada rasa gundah, jangan diturut sangat. Tenangkan diri, wudhu’. kemudian carilah hikmah yang tersembunyi tu. insyaAllah, Allah tak pernah hampakan hamba-hamba-Nya yang masih punya iman.”

panjang lebar penerangan dan nasihat yang mengalir dari bibir manis Aisyah.

“ Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. [4.40] ameen~ Syukran katheeran kakak, banyak madah baru Ieman dapat hari ni. Ieman seronok sangat dapat luangkan masa dengan kakak.” Ieman meratib syukur seraya memeluk manja Aisyah

No hal lah dik.. I’m happy that u’re happy. Sharing is caring, Caring is loving right..?” Aisyah mengukir senyuman manis buat Ieman.

Boleh Ieman bagi konklusi?”

Boleh, boleh, boleh..!! In a nutshell, He always knows the best time to give the best things to the best servant in the best situation..!And we, as the best makhluQat, must always realize that..! Mmm boleh pakai ke konklusi Ieman ni kak? Hee~..”

Ieman manggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

Boleh sayang, nice words, I love it dear..”

Mereka ketawa girang.

luv

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan)

sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci;

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

[2.216]

font: ursula handscrift

3 Comments:

  1. i'm nobody said...
    Uhibbuki fillah sayang...

    Give me some sunshine,
    Give me some ray,
    Give me another chance,
    I wanna grow up once again

    Let's grow up again with new iman,new spirit...

    Mission : Jannah

    InsyaALLAH.. (^_^)
    kHaZiNaTuL_HuMaiRa' said...
    insyaAllah.. luv u more than words can say.. jom, pimpin daku yep..
    i'm nobody said...
    Allah will guide us..
    (^_^)
    InsyaALLAH...

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds