~ NuR KaSiH.. ~

‘Cinta. Bukan bererti memiliki.’

‘Umar menghembuskan nafasnya panjang. Keras dan berat bunyinya.

Kotak pemikiran di benaknya seakan penuh. Sendat. Membuntukan idea dan membantutkan cambahan solusi. Kepalanya serabut sekali. Bagai gerombolan semak yang menjauh di bawah bukit sana.  Seketika, mukanya disembam ke kedua lutut sambil tangannya memeluk kaki yang dibentuk sesiku.

Tiba-tiba, bahunya ditepuk lembut. Mujahid itu lantas menoleh. Sayangnya, senyuman yang dihadiahkan tidak mampu menutup keresahan hati.

 

Boleh abang duduk sini? Harap abang tak mengganggu.” SyauQi membalas senyuman adik juniornya.

 

Eh abang ni, ape pulak mengganggu. ‘Alam ni milik Allah, bukan milik ‘Umar, abang tak perlu mintak izin pun kalau nak duduk dekat sini. Dekat mane-mane pun.”

 

Syukran dik. Mm boleh abang tanye sikit?”

 

InsyaAllah, banyak pun takpe bang, selagi ‘Umar ade jawapan, ‘Umar cuba jawab.”

 

Abang tengok, sepanjang perjalanan ke puncak ni, ‘Umar banyak termenung je. Sampai sekarang kite da jejak puncak ni pun, abang tengok ‘Umar asyik sendiri je. Kurang senyum, kurang bergaul. Ni bukan ‘Umar yang abang kenal. Tu, siku tu, entah ape yang difikirkan sampai boleh tergelincir macam tu. Kalau ade masalah, abang sentiase ade kat sini ok, walaupun abang mungkin takde solusinya, tapi abang akan cuba jadi pendengar yang baik. At least bile kite share probs with others, ringan sikit bebanannya kan..” Panjang lebar celoteh SyauQi. Risau melihat si Mujahid bagai terhimpit dihambat mehnah. Tangannya disilangkan ke bahu ‘Umar.

“Hehee~ Abang ni, macam perempuan lak..  ‘Umar ok je, insyaAllah. Abang memang baik.” nafasnya dihela lagi. Panjang. Berat, bagai ingin menghambat segala masalah pergi dari memagari jiwa.

Program rehlah sempena cuti semester ini dianjurkan oleh SyauQi dan beberapa sahabat seperjuangannya. Umar, Azri dan Hisyam turut diajak menyertai. Tiga serangkai ini dilihatnya sebagai bakal da’ie yang amat berpotensi buat mengukir sejarah. Pelapis. Sekurang-kurangnya terisi juga masa cuti mereka. Sengaja dipilih kawasan pergunungan aman damai itu. Senang untuk mengisi dan memantapkan modul rangkaannya dan sahabat buat tiga mujahid muda itu. Moga dapat mempraktikkan zikir dan fikir sepanjang di bumi Allah ini..!

Sedari awal pendakian, ‘Umar As’ad dilihatnya seperti kurang bersemangat. Tiap kali dikerling, air mukanya seakan melakar kisah seribu duka dan luka.

Fikiran ‘Umar melayang lagi, seakan tidak sedar akan kehadiran SyauQi di sisi. Bingung bila perlu membuat keputusan. Buntu bila harus memilih. Istikharah yang didirikan msih belum mengizinkan keputusan menjenguk keluar. Tanpa disedari, ada mutiara jernih mencuri keluar dari celah kelopak ainunnya. Cepat- cepat diseka. Wajahnya  dipalingkan menjauhi SyauQi, cuba menyembunyikan kenyataan.

‘Ya Allah. Jadikan hatiku redha menerima hadiah mehnah dari-Mu, selancar lafaz sabar yang meniti dari dua bibir milik-Mu ini ya Rabbi..

 laluan kehidupan

Dalam meniti hidup ni, manusia tak kan lepas dari ujian. Bukankah hidup tu sendiri adalah ujian buat hamba-hamba-Nya..?

 

Umar As’ad.”

Perlahan, tapi jelas namanya dituturkan SyauQi. SyauQi telah lama dianggapnya seperti abang sendiri. Banyak masalah dan buah pandangan yang mereka kongsikan. Termasuklah ujian yang sedang ditanggungnya sekarang.

 

Umar bingung bang. Istikharah ‘Umar belum ade tande pun. ‘Umar cintakan ‘dy’ kerana Ilah, tapi ‘Umar tersepit dengan SyafiQah. ‘Umar tak nak lukekan hati sape-sape pun. ‘Umar tak pandai menzahirkan. Tapi dua-dua ‘Umar sayang. Hati ni tak pandai menidakkan.  ‘Umar tak berani nak amek ‘dy’ atas sebab kesihatan ‘dy’. Tapi ‘Umar perlukan ‘dy’ bang. Dua-dua ade jasanya kat ‘Umar yang kerdil ni. Besar. ‘Umar mahukan yang terbaik sebagai bidadari syurga ‘Umar. ”

SyauQi menggosok-gosok belakang ‘Umar Mujahid. Kekadang, bahu tubuh sasa itu ditepuknya. Cuba untuk menyelami dan menenteramkankan.

abstrak

 

Kadang-kadang, Allah bagi kite ujian dalam ujian. Hidup kalau takde ujian, macam kain putih yang bosan dan tak menarik. Ujian, dugaan, mehnah, nikmat, itulah warne-warne yang akan lakarkan corak dalam kehidupan kita. Seringkali mata dzahir manusia tertipu dengan kepalsuan. Nasihat abang, teruskan istikharah. Pandangi dunia dengan mata hati, insyaAllah, pasti jawapan terhampar megah di hadapanmu. Ambillah dunia sekadarnya saja, jangan sampai menyentuh hatimu. Jabatkan dunia di telapak tanganmu. Dunia ibarat penjara bagi Mu’min dan syurga bagi kafirun.. Jangan letakkan cinta pada yang lain selain Allah, pasti Allah kan senang membantumu dik. Berkahwinlah kerana Ya Waheed, pasti redha dan cinta-Nya mengiringi putik mawaddah wa rahmah. Jadikan pernikahan itu ‘amanah, insyaAllah hati takkan gusar walau kehilangan. Kerana 1 janji dipasak di dalam jiwa, Allah itulah segalanya.  Look wisely, choose wisely. Jangan ulang kesilapan abang. U know them, and U know best. Above all of that, Allah knows best. Life is a test. Sebagai hamba, kite tak boleh mempetikaikan aturan yang diskripkan Pencipta Agung. Tak boleh mempertikaikan kenape Dy hidangkan ujian ni buat kite. Harus dan mesti yaQeen, yang Dy pasti ade rencana terbaik buat kite. “

~~~~~~~~~~~~~~~

 

Abi, abi, cantik tak lukisan Imad?”

Jari jemari kecil itu menepuk-nepuk bahu ‘Umar tanda inginkan perhatian. Buku ‘Nota Hati Seorang Lelaki’ yang dipegangnya hampir terlepas. Dia tersenyum sendiri. Sengaja dia memilih untuk bersendiri di balik pohon besar itu. Hajatnya ingin menghabiskan pembacaan kitab hadiah dari isteri tersayang.Tanpa disangka, kenangan lalu hadir dipimpin bayu.

 

Apa khabar agaknya Abang SyauQi sekarang..’

Imad dipeluk lalu didudukkan di ribaannya. Anak kecil itu sememangnya anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya.

 

Subhanallah.. Cantiknya lukisan ni, macam Imad. Imad lukis siape ramai-ramai ni?”

Imad tersipu, malu dipuji abinya.

Ni abi yang Imad sayang, ni adik Nawrah, ni Imad, ni ummi.” Jemari mulusnya bergerak seiring patah perkataan yang ditutur.

“Yang kecil  ni siape ni?”

Jari runcingnya menunjuk gambar seorang bayi yang didukung seorang wanita.

 

Ni adik baru Imad..!! ” Imad separuh terjerit keriangan. Tangannya didepakan seluasnya seolah menggambarkan kesediaannya menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Umar tersenyum bahagia. Imad dipeluk, pipinya dicium sepuas mungkin.

Imad tertawa kegelian terkena janggut abinya.

“Abi, abang, ummi panggil, makanan da ciap..!!”

Suara halus Laila Nawrah menyapa gegendang telinga mereka.

Baik tuan puteri.” ‘Umar menghadiahkan senyuman buat puteri sulung. Tangan yang dihulur disambut Nawrah. Nawrah didudukkan di sebelah abangnya.

Anak-anak abi, cium pipi abi dulu, boleh..?”

"”Mmmuaah..!!” Bibir mungil Imad dan Nawrah melekap di kedua pipinya. Tangan mereka melingkari leher abi tersayang. Pelukan mereka di balas penuh kasih sayang.

Jom, kite pergi kat ummi, kesian ummi dengan baby tunggu lame. Kite lumbe lari nak?”

Sebelum sempat kalimah terakhir dituturkan, Imad dan Nawrah berlari kegirangan bersaing mendapatkan ummi mereka yang sedang menunggu di atas tikar berbumbungkan pohon rendang.

Umar tersenyum sambil kepalanya digeleng melihat keletah amanah kurniaan Allah itu. Langkah diorak membuntuti mereka.

Di kejauhan, kelihatan mutiara penyejuk mata mencium pipi sang bidadari hati disulam tawa kebahagiaan. Pergerakannya nampak sedikit terbatas dengan perut yang semakin membesar.

Abang, makan jom..!”

Umar menggangguk. Senyuman dihadiahkan.

Ya Allah.. Sesungguhnya aku bersyukur dengan setinggi-tinggi syukur atas kurniaan-Mu Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Sempurna.. Alhamdulillah..’

Jarum penunjuk yang tak pernah leka menunjukkan angka 4. Alam  malam sepi sesepi sepinya, seolah sedang memahami kerinduan hamba di kamar bercat hijau muda itu.

solat3Di satu sudut, ‘abdi Al-Maleek menyudahkan salam terakhirnya bersulam esakan. Sujudnya lama. Wiridnya beralun merdu. Pintu tingkapnya dibiarkan terbuka, ingin merasa sapaan lembut angin kiriman Illahi. Tenang rasanya. Seketika, kedua tangannya diangkat ke paras dada, dirapatkan dengan erat dan dijalin dengan pujian buat Yang maha Terpuji.

 

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Raheem…

Aku bermohon kepada-Mu dengan menyebut nama-Mu yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan nama itu dalam kitab suci-Mu, atau anugerahkan ia kepada salah seorang dari hamba-Mu, atau Engkau rahsiakan ia dalam ghaib-Mu.. Aku rindu Ya Allah…


Ya Allah, Ya Mu’id, Ya Waheed…

Aku bermohon kiranya Engkau jadikan al-Qur'an penyejuk hatiku, cahaya mataku, penyingkap keresahanku, dan pengusir kesedihan serta kesusahanku. Jadikan ketetapan hatiku dengan jiwa al-Qur’an, jadikan Qalbiku rohnya al-Qur’an.. Lindungiku dengan Ayat-ayat cinta-Mu Allah.. Moga Qalam-Mu itu sudi menjadi pemberi syafaat buatku di alam barzakh tika tiada lagi pembelaan kala itu ya Barr Wa al-Tawwab..

Ya Majeed, Ya Wasi, Ya Majid…

Semoga selawat dan rahmat dan kasih sayang tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad Saw beserta keluarga dan sahabat baginda. Engkau Maha Mengetahui Ya Syaheed.. Betapa aku merindui junjungan mulia, kekasih seluruh alam Muhammad ibn Abdullah…Tapi malunya lidah ini untuk mengaku ya Rabbi.. Betapa jauhnya aku dari rahmat dan syafaat kekasih-Mu.. Betapa beratnya lidah dan bibir pemberian-Mu ini menutur selawat hadiah buat baginda ya Allah.. Ampuniku ya Muhyi…Teramat malu rasanya diri ini ingin mengaku cinta dan rindu kepada insan mulia, sedangkan aku amat hina penuh tercalit dosa Ya Qawi…Bersaksilah Ya RaQeeb.. Cintaku membara buat purnama ‘alam Muhammad al-Ameen, kerana cinta kepadanya bererti cinta jua kepada-Mu Ya Kabeer…

Ya Allah, Ya Bateen, Ya Ba’its…

Engkaulah yang menggerakkan rezeki dari limpahan rezeki-Mu, Engkaulah yang mengutus rasul atas karunia-Mu, Engkaulah yang membangkitkan yang mati dari kubur sehingga tegak keadilan-Mu dan tercurah rahmat-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, tiupkanlah ke dalam tubuhku jiwa beramal sesuai tuntunan kitab-Mu, agar bangkit kekuatanku untuk mengabdi menunaikan semua perintah-Mu. Kuatkan hatiku, amalku, imanku, amalku, jasad dan rohku ya Qawi.. Kuatkan ku…

prayer_doa

Ya Allah, Ya Ghaniy, Ya Hameed…

Maha Suci Engkau ya Allah, aku tidak mampu mempersembahkan pujian yang wajar kepada-Mu, pujian untuk-Mu adalah sebagaimana pujian-Mu atas diri-Mu, maka segala puji bagi-Mu sampai Engkau redha, segala puji bagi-Mu saat Engkau redha, dan segala puji bagi-Mu sesudah Engkau redha…


Ya Allah, Ya Muhaimeen, Ya MuQsid, Ya BaQi…

Sucikanlah lidahku dari kebohongan, hatiku dari kemunafikan, pengetahuan dan ilmuku dari riya', mataku dari khianat, sesungguhnya Engkau mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.


Ya Allah, Ya Saboor, Ya Haadi…

Bantulah aku dalam hal agama dengan duniaku, bantu pula aku menyangkut kehidupan akhirat dengan ketaQwaanku, anugerahi pula aku kemampuan untuk meluhurkan akhlakku dan memperhalus budiku. Dan semoga salam rahmat dan kasih sayang tercurah kepada junjungan ‘alam Nabi Muhammad S.A.W beserta keluarga dan sahabat baginda, Allah…

Ya Allah, Ya Wadud, Ya Wadud, Ya Wadud..

Aku memohon kepada-Mu dengan cahaya cinta-Mu yang Engkau anugerahkan ke hati para nabi dan manusia-manusia pilihan-Mu. Anugerahkanlah cinta kepada-Mu dalam hati ku, sebagaimana Engkau anugerahkan kepada mereka, dan berikan pula cinta terhadapku kepada hamba semuanya. Hadirkanlah walau sekelumit rasa cinta-Mu di hati penuh noda ini, agar sempat aku merasai keindahan, ketengan, kecintaan yang sebenar-benar kenikmatan sebelum mata ini terpejam, sebelum jasad tak lagi berdaya, sebelum roh bercerai dari pasangan Qareebnya Ya Rabbi…

Ya Allah, Ya Mughniy, Ya Mujib..

Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Dekat, Maha Memperkenankan dan Maha segala-galanya... Jadilah Perintang antara diri ini dengan cubaan dunia, penganiayaan makhluk, keburukan budi pekerti dan segala mazmumah…

Ya Rasheed, Ya Waris, Ya Nuur…
Ampunilah dosa-dosa ku, ibu bapaku, para pendidikku, sahabat-sahabatku, insan-insan kesayanganku, serta ummat manusia seluruhnya…Lunasi tanggungjawab kami, hindari kami dari segala keburukan, selamatkan kami dari semua keresahan, dan anugerahi kami jalan keluar bagi segala kesulitan, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan tiada yang mampu menyangkal mahupun menidakkan ya Rabbi…

Semoga selawat dan rahmat dan kasih sayang seluruh alam tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad Saw beserta keluarga dan sahabat baginda. Sampaikan salam kerinduan bersulam kecintaan buat Kekasihku ya Allah…

‘Ameen Ya Rabbal ‘Alameen………~”

solat1

Dia merebahkan badan di tikar sejadah yang putih bersih, sebersih bayi yang baru lahir, langsung tiada noda. Esakannya semakin menjadi-jadi.

Allah.. Aku rindu.. Rindu pada suasana sebegini.. Rindu untuk bermunajat dan meminta pada-Mu.. Rindu detik-detik khalwatku ya Allah… Moga Kau sudi menerima keluhan dan rintihan hamba hina ini ya Rabb.. Tidak puas rasanya ingin berdo’a ya Wadud…’

Hati kecilnya berbicara seiring mutiara jernih yang menuruni pipi. Si comel yang turut terjaga, seakan mengerti. Perlahan datang menghampiri tuannya.

Pagi semakin berganjak. Bulan mulai menarikan langkah, memberikan ruang buat sang Mentari mengorak tari menyinari buana.

Dan ‘abid itu, terus di situ. Masih mengharapkan cinta Illahi.

~ LuV Ya..!! ~

 

Alhamdulillah.

Kenyang.

Hehee~

Bile da lewat malam niy, lapo laa pulak..

Thanks to adik, masakkan telur hancur untuk kite mam..!!

**as I lost my spec… (-.-“)

Wee..!~DSC00075

Thanks dik.

Teringat pulak mase dok asrama dulu, skolah menengah. Adik taw kakak suke mam roti+telur anco. Hehee~

! day, u co0k that mashed egg and packed it with bun, n brought it to me at hostel. Sohepi at that time, eating with u and ummi.

Sori coz I’m not dat ‘cleva’ in showing my luv.

 

LUV YA, PEACOCK..!! ♥

 

 

Sok ummi, adik, ngan angah will depart to Kedah, tinggalla kakak, ayah ngan Syahirah kat umah. (T_T)

~ tHe BeSt..!! ~

 

“ Kakak, fikir jom..!”

Jom, jadi ‘driver’ yep..!” Aisyah menghadiahkan sekuntum senyuman manis buat Ieman. Ieman tersengih.

Bersiar-siar selepas hujan memang mendamaikan. Begitu indah pemandangannya bila semua hidupan segar dalam kelembapan rahmat.

It__s_raining_in_love_by_CozyComfyCouch

It’s raining in love_CozyComfyCouch

Di kanan mereka, kelihatan sekumpulan kanak-kanak berjalan berpimpinan tangan. Gelak tawa mereka riang sekali. Mahu ke tasik barangkali. Di sebelah kiri kelihatan sepasang suami isteri separuh abad sedang menikmati minum petang di bangku yang tersedia. Mahabbah dan cinta mereka tidak pernah dimamah usia. Romantik sekali sembangnya.

Ieman dan Aisyah memilih untuk duduk di bangku yang mengadap ke arah tasik. Itik memenuhi bahagian barat kolam membersihkan bulu sambil mencuri  pandangan kepada anak-anak ikan yang berjauhan dari ibunya.

Subhanallah.. Segala puji cuma Milik-Nya yang Maha Terpuji.. Cantik kan..?”

Mmm, cantik sangat kak..” Ieman tersenyum. Matanya tidak lepas dari memandang kejauhan. Senyumannya disambut.

Kita nak fikir apa ni sayang..?”

Fikir yang terbaik..!!” Ieman menjawab teruja. Tangannya didepakan sedikit.

Fikir yang terbaik..? Macam mana tu dik..?” Kening Aisyah hampir tercantum dengan keletah adiknya.

Hehe.. Relaks kak.. Mmm Ieman terfikir sesuatu, dan Ieman nak ajak kakak fikir sekali. Kakak.. Setiap ummat manusia, makhluk seluruh alam yang bernyawa ataupun tidak, pasti akan mendapat yang terbaik dari yang Maha Memberi kan..?”

Aisyah tersenyum dengan soalan adiknya.

Ya, pasti yang terbaik..!!Mm mesti ada ‘tapi’ nya kan..?”

Aisyah menjawab soalan dengan soalan, seolah-olah tahu apa yang bermain di  fikiran adiknya. Hujung dua jari telunjuknya dicuit-cuit. Ieman tersenyum.

Kak Aisyah ni, macam tahu-tahu je.. Tapi kan kak.. Macam mana nasibnya dengan sesetengah ‘golongan’ yang kurang ataupun tiada keinginan untuk meminta? Maksud Ieman, berdo’a supaya dikurniakan yang terbaik? Mereka akan dapat yang terbaik jugak ke? Bukankah Allah berfirman, nasib sesuatu kaum itu ditentukan oleh mereka sendiri? Kalau depa tak berdo’a dan berusaha untuk dapatkan yang terbaik, how can they get the best in their life?”

Aisyah tersenyum. Satu-persatu patah mutiara yang keluar dari mulut adiknya dihadam dengan sebaik mungkin. Mindanya dilayarkan seluas mungkin untuk mencari jawapan terbaik buat Ieman dan dirinya sendiri. Walaupun usia perkenalan mereka masih mentah, banyak ilmu dan perkara baru yang dapat dipelajari dari si gadis ini. Bukankah ilmu itu ada di mana-mana, dan siapa pun dapat menjadi gurunya. Belajarlah dari alam, pasti kau kan lebih cepat dewasa dan matang.

Idea_of_Life_by_pelleron Idea of Life_pelleron

“ Allah itu Maha ‘Adil, dan Maha Tahu akan segalanya yang Dia jadikan di alam semesta ini. Dia yang mencipta, He’s expert in all those things dear. Cuba tengok bangku yang kita duduk ni. Penciptanya mesti tahu ukuran, bentuk, sudut, warna, dan segala-galanya yang terbaik tentang bangku ni kan..? The same goes to Our Beloved Creator, He knows the best for every single things.”

Aisyah menghela nafas.

Panjang.

Ieman di sisi kelihatan tekun mendengar. Sesekali kepalanya mengangguk tanda memahami dan mengiyakan.

Kakak am kan persoalan Ieman ye, tak fokuskan pada mana-mana bab. Mmm cuba kita ambil contoh rezeki. Semua makhluk yang bernyawa ataupun tak, dah ditetapkan rezekinya sejak azali lagi. Ingat lagi cerita ayam dan roti yang ustaz Azhar cerita? Roti yang dah dicelup air kopi panas, hampir menyentuh kedua lapis bibir, tiba-tiba terjatuh dan dilarikan ayam. Bagi yang faham bahawa roti itu bukan rezekinya kala itu pasti redha dan sabar. Sebaliknya, mereka yang mungkin ‘terlupa sebentar’ tentang suratan Qada’ dan Qadar-Nya pasti dikejarnya ayam tu sampai ke hujung kampung.”

“ Hehe.. Ingat-ingat.. Terima kasih kak, Ieman dah faham sikit..”

Aisyah menyambung.

“Menyentuh soal ‘adil, kita kena berpegang dan percaya bahawa Allah itu Maha ‘Adil lagi Maha Mengetahui. Pesan LuQman kepada anaknya, setiap perbuatan walaupun seberat biji sawi, pasti ada balasannya. Makanya, setiap usaha pasti dibalas dengan adil. Mungkin bagi kita yang melihat, balasan ynag depa dapat tak setimpal, ataupun tak munasabah dengan depa. Tapi, siapa kita untuk mempertikaikan Qada’ dan Qadar, keputusan Allah kan.. Meskipun ada suratan dan jalan cerita yang kita tak suka, ingatlah, Allah tak pernah kejam. Segala yang Dia aturkan ada hikmah tercantik dan tersendiri. Bila ada rasa gundah, jangan diturut sangat. Tenangkan diri, wudhu’. kemudian carilah hikmah yang tersembunyi tu. insyaAllah, Allah tak pernah hampakan hamba-hamba-Nya yang masih punya iman.”

panjang lebar penerangan dan nasihat yang mengalir dari bibir manis Aisyah.

“ Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. [4.40] ameen~ Syukran katheeran kakak, banyak madah baru Ieman dapat hari ni. Ieman seronok sangat dapat luangkan masa dengan kakak.” Ieman meratib syukur seraya memeluk manja Aisyah

No hal lah dik.. I’m happy that u’re happy. Sharing is caring, Caring is loving right..?” Aisyah mengukir senyuman manis buat Ieman.

Boleh Ieman bagi konklusi?”

Boleh, boleh, boleh..!! In a nutshell, He always knows the best time to give the best things to the best servant in the best situation..!And we, as the best makhluQat, must always realize that..! Mmm boleh pakai ke konklusi Ieman ni kak? Hee~..”

Ieman manggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

Boleh sayang, nice words, I love it dear..”

Mereka ketawa girang.

luv

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan)

sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci;

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

[2.216]

font: ursula handscrift

~ Dia KekaSiHku… ~

pg 7

~ JaWaPaN HaTi.. ~

 

baikburuk

pandangi hidupmu dengan makna,

pasti kanvas lukisannya kan disulami warna-warna

dan coretan-coretan indah..!!

"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk"

(al-Ankabut:6)

 

 

 

 

 

 

 

Kam Tob Khong Hua Jai:

Rak nee hua jai rao jong..~

~ eiD muBaRaK..~

luv

1

love

2   roses

3

4

=')

5

Picture1

6

luved

7

 

 

 

 

r.i.n.d.u.

t.o.l.o.n.g.y.a.A.l.l.a.h.

~ f.L.y… ~

fly_by_authistic

1

~ :: ~ :: ~ :: ~ :: ~ :: ~ :: ~ :: ~ ::

On_The_Fly_by_gilad

2

fly_away_by_hakfest_stock

*ape laa mengarut niyh.. (=.=”)

((“)(“))

~ aDe tak..? ~

Semalam..

Ade pelangi..

Rase-rasenye..

hari ni ade lagi tak..?

article-1256840-08A866E7000005DC-873_468x320

~ L.O.V.E ~

Picture1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

sedih..

((“)(“))

rase nak nangis……

[f.u.l.l.s.t.o.p]

……………

……………

……………

……………

……………

……………

……………

……………

……………

……………

……………

~ LeT mE.. ~

65671755_2fa238efbe

Just let me give..

& You..

Please accept it..

Okie..?

(^_~)


gadis itu terus berteleku di tikar sembahyang.

sengaja.

tangisannya masih berlagu sendu.

hari ini hari lahirnya.

bukan.

hari ini hari ulangtahun kelahirannya yang ke-21.

:: selamat hari kematian diriku.. ::

sempat membisikkan kata-kata keramat pada diri sebelum melayari alam mimpi semalam.

istighfar dan zikir memuji Cinta Hati dipanjangkan.

setelah agak reda sedikit, tangannya menggapai diari hati di sudut katil.

satu persatu perkataan ditarikan pen merah itu.

sengaja juga dipilih warna garang itu.

untuk mengetuk pintu hati yang kian kelabu, yang kian gersang dengan persahabatan.
^^, (17)


sudahlah.

simpan tangismu.

mohonlah pada Allah.

berharaplah pada Allah..

nescaya tidak kan pernah kecewa dengan dunia..



************************
hati…

bagus benar lakonanmu..

masih boleh ketawa riang meski hati dihiris luka..


*************************




video ini buat semua sahabat seperjuangan yang pernah mengenaliku sepanjang 21 tahun nafasku dipinjamkan Illahi, kalian sangat istimewa. biar pun persahabatan kita cuma sedetik, kalian tetap istimewa di hatiku, kalian semua amat berharga, kalian semua erti hidupku..!!




maaf, tangisku mengalir lagi tatkala mendengar alunan ini…
rindu…
lemah…
jangan..
kata anep, Allah ada…
terima kasih anep..

~ u.N.t.i.t.L.e.D ~

 

 

u

 

 

 

 

 

 

 

 

your_best_friend_by_eliseenchanted-d327029

friendS.. where are you…….. ((“)(“))

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds