****************** jangan baca! lembaran kali ini cuma ingin ku penuhi dengan kenangan terindah kurniaan Illahi ************
Pernah hatiku merasakan, adalah sangat mustahil untuk bertemu mereka yang disayangi. Hati merindu, namun ak cuma mampu berdo’a supaya Ilah sudi menemukan kami di Jannatul Naim. Malam bersejarah itu, membuktikan kasih sayang dan nikmat Allah mengatasi segalanya, termasuk perancangan dan sangkaan makhluk.
~ Barangsiapa yang bersyukur dengan kurniaan-Nya, maka Allah tidak akan lokek untuk memberikan nikmat yang lebih berganda buatnya. ~
Sebelum ‘perjuangan bersama Palestin’ diteruskan, ak bersama Ifah menunggu sahabatny di ruang legar dewan, tapak pameran dan gerai jualan. Hati berdzikir, mata memerhati. Cuba mempraktikkan dzikir fikir. Betapa Allah menciptakan manusia dalam pelbagai corak, supaya hamba-hamba-Nya berta’aruf mengenali antara satu sama lain. Terkadang jadi ralit melihat kelibat manusia yang pelbagai ragam dan kerenahnya. Di pelbagai sudut, kelihatan pemandangan yang lebih kurang sama. Masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar kenangan, sebagai bukti jejak kaki mereka ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, untuk Palestin tercinta. Penonton semakin memenuhi kapasiti. Bingit, meriah, semangat. Semuanya berkobar-kobar.
Beberapa ketika nafs berlawan dengan kesabaran dan kepenatan, sahabat yang ditunggu sampai akhirnya. Pas masuk bertukar tangan. Kaki mengorak langkah ke pintu masuk di tingkat atas. Sempat berselisih dengan budak kecik. Sempat berselisih dengan Mu’az Ruslan, sahabat seperjuangan tika di Pusat Asasi. Dalam kekalutan berbincang sesuatu dengan pihak sekuriti, bibirnya sempat mengukir senyum tanda masih mengingati. Senyumannya dibalas. Barisan sangat panjang di pintu masuk. Kami terhenti di tangga. Di pintu masuk, terkesan sedikit kecuaian dari pihak yang sepatutnya menjaga kemasukan audiens. Pas masuk tidak begitu diperiksa, menyebabkan beberapa golongan yang ‘kurang bertanggungjawab’ berjaya lolos ke dalam dewan.
Beberapa ketika kemudian, majlis diteruskan. Pendakwah dan pemuzik yang kian mencipta nama membuka tirai dengan InsyaAllah dan Barakallahulakuma. ‘Keseronokan’, ‘keterujaan’ dan ‘kefanatikan’ Penonton mula menunjukkan kelihatan. Jeritan dan siulan silih berganti. Bingit. Astaghfirullah.
Selesai sesi, dia mengambil tempat di barisan tetamu kehormat. Jeritan penonton kian menjadi. Malam mengingati Palestin diteruskan lagi dengan lagu-lagu yang menaikkan semangat juang jundi-jundi Islam. Malangnya, suasana penghayatan Palestin kurang dihayati bilamana berpusu-pusu dari mereka turut keluar dewan bilamana penyanyi pembuka tirai keluar seolah-olah majlis telah berakhir. Terasa masih terngiang-ngiang di telinga ucapan yang agak bisa menghiris qalbu, "ak datang nak tengok Maher zain je, dy da balik, ak pun balikla." Jelas mencerminkan yang bukan penghayatan yang dipentingkan, tetapi penyanyi itu sendiri.
Kelancaran perjalanan program boleh dipuji dan dibanggakan. Seakan tiada langsung cacat cela yang kelihatan buat ‘tatapan’ penonton, melainkan sistem audio yang kurang berfungsi pada waktu-waktu tertentu. Mungkin juga dipengaruhi gelombang resonance dan interference bunyi.
Di akhir program, kami masih membatukan diri di tempat duduk. Malas untuk bersesak-sesak di pintu keluar. Setelah keadaan agak reda, kami mula mengorak langkah. Menunggu si Aneep di luar, yang sudah dijanjikan dengan sedikit buah tangan. Agak lama. Sementara menunggu, kami cuma membuang pandangan ke aras bawah, melihat dan memerhati gelagat khalifah-khalifah bumi yang bertebaran. Alat komunikasi di tangan kehabisan bateri. Tiba-tiba, hati terasa bagai disentap-sentap untuk menjenguk ke arah pintu dewan.
“Subhanallah..!!!!”
Hati terasa bagai di awangan, pandangan mata dirasa bagaikan fatamorgana, mimpi belaka. Pandangan mata bagaikan melekat pada dua susuk tubuh yang telah lama dikenali cuma melalui gambar dan penceritaan. Terasa bagai ingin merakam sekukuh-kukuhnya memori itu.
Azam menghadiahkan sekuntum senyuman buatku sambil tangannya melambai-lambai.
‘Adik Azam..!!’
Seruan yang cuma bergema di lubuk hati. Sampai di sebelahku, dia menghulurkan tangan. Tanpa sedar, aku menyambut. Tangan kecilnya menggenggam tanganku. Allah...
“Kakak..!!”
Aku terkedu. Serasa panas di pipi. Allah, mimpikah aku..? Jika benar ini mimpi, panjangkan lenaku.. Tak ingin ku terjaga lagi dan kehilangan si kecil itu...
‘Adik Azam, kakak rindu..!!’
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Abah memimpin tangan Azam ke aras bawah. Tangannya masih belum lekang dengan telef0n bimbit. Aku cuma memerhati, memuji di dalam hati.
Ya Allah.. Maha Suci-Mu.. Maha Kebesaran-Mu.. Panjangkan detik ini Allah, agar dapat ku rakam seteliti mungkin wajah-wajah mereka yang membahagiakan, Allah.. Ku tak ingin saat indah ini berlalu ya Raheem...
Seketika, kelihatan abah bersalaman dengan Mat dan sahabat seangkatan si anak. Wajahnya tidak pernah kupik dengan senyuman. Manis. Ramah. Mat memegang tangan Azam. Tiba-tiba, mereka menghilang di bawah beranda tempatku berdiri. Ramai yang tertumpu di situ, rupa-rupanya ada sesi artis bertemu peminat.
Tidak lama kemudian, abah memimpin Azam kembali ke ruang tengah. Kelihatan Azam memegang sekeping video cakera padat. Abah bercakap sesuatu dengan Azam sambil menunjukkan VCD di tangannya. Senyum kembali terukir di bibir. Bahagia. Alhamdulillah... Syukran ya Wadud..
Tiba-tiba, Azam mend0ngak. Lantas, senyuman memekar di wajahnya. Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu...
Tangannya melambai-lambai sambil menunjuk-nunjuk video cakera padat di tangannya. Teruja. Bahagia. Gembira. Detik terus berlalu, dia tetap begitu. Tiba-tiba, lambaian Azam dilihat abah. Abah mend0ngak. Sekuntum senyuman mekar dihadiahkan buatku. Aku jadi gembira! Bahagiaku bertambah-tambah! Tidak lama kemudian, keluar se0rang wanita bertudung labuh mendekati abah dan Azam.
'Ummi..!!'
Subhanallah..!! Maha Suci Allah! Yang Maha Memperkenankan sesuatu di saat kita langsung tidak menjangkakannya..!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di akhir waktu sebelum pulang, beberapa kali mataku sempat menangkap kelibat tulang belakang program. masih kesibukan. selama seminggu di sana, itu kali pertama kelihatan kelibatnya.
Ya Allah, ya Raheem, ya Wadud.. Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-Mu, sehingga aku dapat mencintai mereka dan ‘dia’ dengan cinta-Mu, bukan mencintainya sekadar cintaku.. Ameen..
Labels: dETik2 tErAkHiR hiDuPkU, HuBaiB
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mg ptemuan itu 1 ptunjuk..
da mke dy cm ape je mse tuu..
spe2 pn pk seploh kali dulu kalo nk tego..
huhu~