~ Bantah Konsert Adam Lambert..!!!!! ~

Kepada

Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Aras 1, Jalan Raja 50506 Kuala Lumpur Tel : 03-2612 7600 Fax : 03-2693 5114 / 03-26976100 E-mel : infobudaya@kpkk.gov.my Laman Web Rasmi : http://www.heritage.gov.my/

Tuan,

MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PENGANJURAN KONSERT ADAM LAMBER DI MALAYSIA.

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT (DPPP) melahirkan rasa kecewa dan membantah penganjuran sebuah konsert yang melibatkan artis luar negara iaitu Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil, Malaysia yang dijadualkan pada 14 Oktober 2010 ini kerana ia bakal menambahkan keruntuhan akhlak masyarakat kita khasnya anak - anak muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober ini. Konsert sulung 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dibawakan oleh DiGi manakala Marctensia dan Sony Music sebagai penganjur itu.

2.         Adam Lambert dikenali sebagai seorang penyanyi yang  cukup popular dengan aksi liar, lucah dan melampau malah beliau turut ditolak oleh masyarakat barat. Rancangan televisyen barat seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan. Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gay nya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya. Malah, desas-desus bahawa beliau adalah gay telah diperakui dan disahkan sendiri oleh beliau  semasa wawancara bersama rancangan On 20/20 yang mana beliau tanpa berselindung bahawa beliau adalah gay. (rujuk http://www.youtube.com/watch?v=2gSW7ytC8BA)

3.         Terbukti, bahawa Adam Lambert sendiri mengakui bahawa beliau adalah seorang Gay maka apakah kerajaan Malaysia tidak peka dengan perkembangan ini ataupun sememangnya mengizinkan budaya songsang ini berkembang biak di dalam negara Malaysia?.

4.         Dalam masa yang sama DPPP kesal kerana pihak kerajaan memberikan ruang yang luas kepada konsert Adam Lambert tetapi tidak memberikan tempat kepada satu lagi konsert hiburan yang menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di Dewan MBSA pada hari yang sama yang membawa mesej mulia dan mendidik jiwa.

5.         Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekali gus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah. Tidak cukup lagi kah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini sehingga ia mahu ditambah lagi?

6.         Sudahlah baru-baru kita dikejutkan dengan kempen atau seruan "berzina tanpa mengandung" yang dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi. Logiknya kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat yang bertamadun. Justeru seks bebas hanya menyamatarafkan manusia dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam kehidupan mereka .

7.         Justeru melihat kepada perkara-perkara yang telah disebutkan di atas maka Dewan Pemuda PAS Pusat :-

  1.                     i.            Mendesak kerajaan Malaysia membatalkan kebenaran untuk mengadakan konsert Adam Lambert ini. Desakan pembatalan ini bukanlah bermakna DPPP anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma-norma mulia masyarakat Timur kerana hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia.
  1.                   ii.            Menggesa agar ke semua penganjuran konsert mematuhi garis panduan PUSPAL 2009 yang telah dikeluarkan oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).
  1.                 iii.            Memberikan perhatian serius terhadap penerimaan artis daripada luar negara terutamanya artis daripada Barat ke dalam mana-mana persembahan di Malaysia bagi mengelakkan anak muda terus terpengaruh dengan budaya kurang sihat.

Sekian, wassalam

Yang benar,

Ustaz Haji Nasruddin Bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Diserahkan oleh

Ustaz Azman Syapawi Bin Abd Rani

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

 

 

sumber asal: Ustaz Nasrudin Hassan

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds