“benarkan saya pergi, ayah..?”


uhuk3..!!

adui, da banyak sawang kat blog niy, lame btol tak update.. :)

sabarlah.. :)

aku punya banyak cerita, ingin sekali dikongsi.. mungkin bila lapang, akan ku ceritakan. kisah pengalaman, suka, duka, tawa, tangis, hiba, ada belaka. =’)

membelek e-mail, ada cerita yang ingin dikongsi. berbekas di jiwa saat pertama kali membaca. berjaya mengalirkan mutiara yang selama ini cuma bertakung di kamar hati. ingin aku menjadi ibunya.

bacalah.. :) ini hadiah untuk jiwamu, ini hadiah untuk jiwa kita.. :)

moga ada peningkatan dalam imanmu, dalam iman kita.. :)

untuk Ramadhan, untuk akhirat. :) bacalah, baca dengan nama Tuhan yang maha Penyayang.

        ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

al-kisah bermula di sebuah kota lama..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.


Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.


"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya,

"Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya  keseorangan dalam dunia ini"

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu."


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik"

“itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang..

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!


TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

begitulah iman. begitulah kasih sayang. begitulah hidayah tanda kasih dan cinta-Nya.. :)

aku punya lagi satu kisah, masih segar dan suci.

baru didengarkan padaku petang tadi. seronok, ada rasa gembira, syukur, cinta dan kasih yang berputik di hati. =’)

dia cuma insan biasa. amat biasa-biasa. pakaiannya, seperti gadis kota yang seusia dengannya. oh, mungkin masih tidak keterlaluan andai aku lambangkan pemakaian mereka seperti nangka yang dibalut. sosialnya, seperti juga mereka. seperti rambutan yang tumbuh dalam satu gugusan. tidak dibedakan jantina. semua bergaul sekata.

suatu malam, ada mimpi yang dikirim-Nya. dia di tengah-tengah. dikelilingi. tanpa seurat benang. tanpa ada apa. di sekelilingnya cuma ada mereka, muslimah yang bertudung labuh semuanya. membulat.

dari situ, hidayah dikirim-Nya. pemakaianya, cara pergaulannya, mula diubah. walau dipulau rakan baik, walau disingkir teman rapat yang selama ini sering di sisi, namun hatinya kuat. seteguh karang yang membatu di laut.

pernah disuarakannya, ingin bertudung labuh. :)

murni niatnya. alhamdulillah. itulah yang sempurna. namun bagiku, perubahan yang drastik akan ‘mengubah’mu secara drastik juga. itu kebimbanganku.

sabarlah, perlahan-lahan. ingin menjadi baik, bukan dengan tudung labuh sebagai asetnya. bertudunglah dengan tutupan yang sebenar. labuhkan tudungmu, tutupi perhiasanmu. :)

moga Allah menguatkan imanmu, iman ku, dan iman kita. ameen..!!


Wassallam…

 

salam rindu.. =’)

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attatuk


IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.
Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Renung dan fikirkanlah!

~ 5 a.k.a fiVe..~

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:


1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan


p/s Senang je untuk mendapatkannya, hanya 15minit setiap hari.

kata nabi saw:

“siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.


Renung2 kan dan selamat beramal..

~ d0n’t aRguE.. okay..?! ~

Never argue with a woman..

One morning the husband returns after several hours of fishing and decides to take a nap.

Although not familiar with the lake, the wife decides to take the boat out. She motors out a short distance, anchors, and reads her book.

Along comes a Game Warden in his boat. He pulls up alongside the woman and says, "Good morning, Ma'am. What are you doing?"

"Reading a book," she replies, (thinking, "Isn't that obvious?")

"You're in a Restricted Fishing Area," he informs her.

"I'm sorry, officer, but I'm not fishing. I'm reading."

"Yes, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment. I'll have to take you in and write you up."

"If you do that, I'll have to charge you with sexual assault," says the woman.

"But I haven't even touched you," says the game warden.

"That's true, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment."

"Have a nice day ma'am," and he left.

MORAL: Never argue with a woman who reads. It's likely we can also think..

~ ye ummi, ayah..!! ~

Suatu ketika dahulu, Baginda SAW pernah menangis semahunya sehingga sahabat bertanya tentang sebab tangisan Baginda.


Lalu Baginda menjawab tentang kesedihannya yang tidak pernah merasai kenikmatan menyahut panggilan ibu bapa.


“sekiranya aku pada ketika itu sedang mendirikan solat, dan ketika itu ibuku sedang memanggilku, aku akan bersegera menyahut panggilannya.”


Baginda menangis.


Kerana Baginda tidak punya peluang sebegitu..


Baginda sudah Yatim Piatu semenjak usia kecilnya. Baginda tidak punya peluang menyahut panggilan ibunya.


Baginda menangis.


Kerana tidak punya peluang.


sudahkah kita menyahut panggilan mereka..?

ayahummì

~ Malaikatku tercinta… ~

Suatu hari tiba masanya bagi seorang bayi untuk dilahirkan ke dunia..

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu"

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa.. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan “Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.. Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat..

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar.. sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu..

ummi, ibu, mama, emak, mak, omak, whateva we call u, we alwez want u t0 kn0w that we alwez l0o0o0o0o0ve u m0re than w0rds can say..

ummi [maznah binti ibrahim] & ummi [mkck yah]:

kakak saaaaaaaayangkan ummi2.. T____T

uMmi

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
  4. Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta”ala :


Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah sallAllahu “alayhi wasallam. Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa saat.


Dalam dialog tersebut wanita tua itu , setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur”an.

Walaupun jawabannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Abdullah : “Assalamu”alaikum warahma wabarakaatuh.”
Wanita tua : “Salaamun qoulan min robbi rohiim.” (QS. Yaasin : 58) (artinya : “Salam sebagai ucapan dari Tuhan Maha Kasih”)


Abdullah : “Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?”
Wanita tua : “Wa man yudhlilillahu fa la hadiyalahu.” (QS : Al-A”raf : 186 ) (“Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya”)


Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.


Abdullah : “Kemana anda hendak pergi?”
Wanita tua : “Subhanalladzi asra bi “abdihi lailan minal masjidil haraami ilal masjidil aqsa.” (QS. Al-Isra” : 1) (“Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari masjid haram ke masjid aqsa”)


Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.


Abdullah : “Sudah berapa lama anda berada di sini?”
Wanita tua : “Tsalatsa layaalin sawiyya” (QS. Maryam : 10) (“Selama tiga malam dalam keadaan sehat”)


Abdullah : “Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?”
Wanita tua : “Huwa yut”imuni wa yasqiin.” (QS. As-syu”ara” : 79) (“Dialah pemberi aku makan dan minum”)


Abdullah : “Dengan apa anda melakukan wudhu?”
Wanita tua : “Fa in lam tajidu maa-an fatayammamu sha”idan thoyyiban” (QS. Al-Maidah : 6) (“Bila tidak ada air bertayamum dengan tanah yang bersih”)


Abdulah : “Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mau menikmatinya?”
Wanita tua : “Tsumma atimmus shiyaama ilallaiil.” (QS. Al-Baqarah : 187) (“Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam”)


Abdullah : “Sekarang bukan bulan Ramadhan, mengapa anda berpuasa?”
Wanita tua : “Wa man tathawwa”a khairon fa innallaaha syaakirun “aliim.” (QS. Al-Baqarah : 158) (“Barang siapa melakukan sunnah lebih baik”)


Abdullah : “Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?”
Wanita tua : “Wa an tashuumuu khoirun lakum in kuntum ta”lamuun.” (QS. Al-Baqarah : 184) (“Dan jika kamu puasa itu lebih utama, jika kamu mengetahui”)


Abdullah : “Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?”
Wanita tua : “Maa yalfidhu min qoulin illa ladaihi roqiibun “atiid.” (QS. Qaf : 18) (“Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid”)


Abdullah : “Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?”
Wanita tua : “Wa la taqfu ma laisa bihi ilmun. Inna sam”a wal bashoro wal fuaada, kullu ulaaika kaana “anhu mas”ula.” (QS. Al-Isra” : 36) (“Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggung jawabkan”)


Abdullah : “Saya telah berbuat salah, maafkan saya.”
Wanita tua : “Laa tastriiba “alaikumul yauum, yaghfirullahu lakum.” (QS.Yusuf : 92) (“Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu”)


Abdullah : “Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini untuk melanjutkan perjalanan, karena anda akan menjumpai kafilah yang di depan.”
Wanita tua : “Wa maa taf”alu min khoirin ya”lamhullah.” (QS Al-Baqoroh : 197) (“Barang siapa mengerjakan suatu kebaikan, Allah mengetahuinya”)


Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata :


Wanita tua : “Qul lil mu”miniina yaghdudhu min abshoorihim.” (QS. An-Nur : 30) (“Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan mereka”)


Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilahkan ia mengendarai untaku. Tetapi tiba-tiba terdengar sobekan pakaiannya, karena unta itu terlalu tinggi baginya. Wanita itu berucap lagi.


Wanita tua : “Wa maa ashobakum min mushibatin fa bimaa kasabat aidiikum.” (QS. Asy-Syura” 30) (“Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri”)


Abdullah : “Sabarlah sebentar, saya akan mengikatnya terlebih dahulu.”
Wanita tua : “Fa fahhamnaaha sulaiman.” (QS. Anbiya” 79) (“Maka kami telah memberi pemahaman pada nabi Sulaiman”)


Selesai mengikat unta itu sayapun mempersilahkan wanita tua itu naik.


Abdullah : “Silahkan naik sekarang.”
Wanita tua : “Subhaanalladzi sakhkhoro lana hadza wa ma kunna lahu muqriniin, wa inna ila robbinaa munqolibuun.” (QS. Az-Zukhruf : 13-14) (“Maha suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini pada kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Sesungguhnya kami akan kembali pada tuhan kami”)


Sayapun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat kencang. Wanita tua itu berkata lagi.


Wanita tua : “Waqshid fi masyika waghdud min shoutik” (QS. Lukman : 19) (“Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu”)


Lalu jalannya unta itu saya perlambat, sambil mendendangkan beberapa syair, Wanita tua itu berucap.


Wanita tua : “Faqraa-u maa tayassara minal qur”aan” (QS. Al- Muzammil : 20) (“Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Qur”an”)


Abdullah : “Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak.”
Wanita tua : “Wa maa yadzdzakkaru illa uulul albaab.” (QS Al-Baqoroh : 269) (“Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmu”)
Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.


Abdullah : “Apakah anda mempunyai suami?”
Wanita tua : “Laa tas-alu “an asy ya-a in tubda lakum tasu”kum” (QS. Al-Maidah : 101) (“Jangan kamu menanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu”)


Ketika berjumpa dengan kafilah di depan kami, saya bertanya kepadanya.


Abdullah : “Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?”
Wanita tua : “Al-maalu wal banuuna zinatul hayatid dunya.” (QS. Al-Kahfi : 46) (“Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia”)


Baru saya mengerti bahwa ia juga mempunyai anak.


Abdullah : “Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?”
Wanita tua : “Wa alaamatin wabin najmi hum yahtaduun” (QS. An-Nahl : 16) (“Dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk”)
Dari jawaban ini dapat saya fahami bahwa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian bersama wanita tua ini saya menuju perkemahan.


Abdullah : “Adakah orang yang akan kenal atau keluarga dalam kemah ini?”
Wanita tua : “Wattakhodzallahu ibrohima khalilan” (QS. An-Nisa” : 125) (“Kami jadikan ibrahim itu sebagai yang dikasihi”) “Wakallamahu musa takliima” (QS. An-Nisa” : 146) (“Dan Allah berkata-kata kepada Musa”) “Ya yahya khudil kitaaba biquwwah” (QS. Maryam : 12) (“Wahai Yahya pelajarilah alkitab itu sungguh-sungguh”)


Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita itu.


Wanita tua : “Fab”atsu ahadaku bi warikikum hadzihi ilal madiinati falyandzur ayyuha azkaa tho”aaman fal ya”tikum bi rizkin minhu.” (QS. Al-Kahfi : 19) (“Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu”)
Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :


Wanita tua : “Kuluu wasyrobuu hanii”an bima aslaftum fil ayyamil kholiyah” (QS. Al-Haqqah : 24) (“Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu”)


Abdullah : “Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya.”


Ketiga anak muda ini secara serempak berkata :


“Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara mempergunakan ayat-ayat Al-Qur”an, hanya karena khawatir salah bicara.”


Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya. Akhirnya saya pun berucap :


“Fadhluhu yu”tihi man yasyaa” Wallaahu dzul fadhlil adhiim.” (QS. Al-Hadid : 21) (“Karunia Allah yang diberikan kepada orang yang dikehendakinya, Allah adalah pemberi karunia yang besar”)


[Disarikan oleh: DHB Wicaksono, dari kitab Misi Suci Para Sufi, Sayyid Abubakar bin Muhammad Syatha, hal. 161-168] dari Situs Al-Muhajir

albi naDak…~

Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni,

makhtag eleek,

Leek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek


hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

 

e2065115e9


yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak


yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak


Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek


hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a


yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak


yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

 

love

 

Albi Nadak by Fares

~ 4th JuLy 2010 :: menghitung hari..~

T0day.. My st0maCh is n0t feeling well since the last night. It can't be described by w0rds. This evening will be a rehearsal f0r campus t0ur, exclusive to all c0mmittees in charge. I d0n't really yaQin that i can make it. The r0ute is quite far, and we need t0 climb all the secret stairs to reaCh at oNe dEstinati0n till level 5. Can't stand it anym0re, i m0ve aside and sit on a chair there. The owner came and i neEd t0 m0ve again. I sit on the fl0or. Pe0ple keep c0ming and asking what's wr0ng. They were s0 kind, they help me to walk to the m0sQue so that i cAn 'sapu' the oilment on my tummy. S0rry.. I also cant make it. I feel very weak to walk. At last, i just sit there. Feel s0 hard, it can't be described. I feel very guilty when pe0ple keep w0rrying b0ut me...
S0rry t0 all.. And bunches of thanks f0r lending ur hands.. Aishah wh0's never miss to update my c0nditi0n at that time, K. Aini wh0 'papah' me, k. Fiza who massages me f0r alm0st an h0ur i think, ainul mardhiah f0r sending me back by her savvy, aimee my assistant headc0m f0r special task bureau who is very c0ncern and never miss to greet me in the m0rning, syiera my lovely l0veable new ro0mate, br0. Azuwan wh0's willingly to replace me as pers0n in charge f0r r0ute 2 campus t0ur, k.sarah the one wh0's searching medicine f0r me by help fr0m huda, and all the c0mmittees f0r ta'aruf pr0gramme july intake 2010/2011 IIUM Kuantan.. Thanks a l0t, syukran jazilan wa jazakallahu khairan jaza..

*pray that i'll be better so0n.. Syukran..  

~ baeKKKk PuNye…!!! ~

kali niy nk upload pics je, ponat eden wt sumo niyh..

ceghito di sebalik kan dctekn kendian y0..

yang hitam-hitam tu sptotny putih.. tapi 2laa, upload kt cni jd cm2.. maaplaa ye..

~ JuS = KoLeSteRoL..? ~

Pengambilan makanan yang enak tetapi tidak sihat dari segi kesihatan boleh menjejaskan fungsi normal tubuh badan.

Diet yang tidak seimbang yang tidak mengikut piramid makanan contohnya akan menyebabkan mereka yang kurus naik berat badan, manakala yang sudah berisi berdepan dengan masalah peningkatan tekanan darah, tinggi kolesterol dan tinggi kandungan gula dalam darah.

Kolesterol mudah ditakrifkan sebagai sebatian lemak yang diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti membentuk dan memelihara membran plasma [pada sel-sel di dalam tubuh badan] , menghasilkan hormon seks, mencerna lemak dan sebagainya.

Penghasilan kolesterol adalah sebanyak 80 hingga 90 peratus melalui hati, dan selebihnya melalui diet.

[diet = pemakanan seimbang]

Masalah peningkatan kolesterol hanya berlaku apabila penghasilan kolesterol terutama kolesterol LDL [ Low Density Lipoprotein] berlaku secara berlebihan dan tidak dapat dikumuhkan dari badan. Terdapat dua jenis kolesterol iaitu LDL & HDL [ high density lipoprotein] yang juga dikenali sebagai kolesterol baik dan kolesterol jahat.

dalam kehidupan seharian sebagai seorang makhluk Allah yang normal, manusia memerlukan makanan sebagai keperluan asas. Namun perlu diingat, faktor pemakanan memainkan peranan yang besar dalam penyumbang kepada peningkatan kolesterol.

cara termudah untuk mengimbangi lebihan kolesterol dalam badan adalah dengan mengambil lebih banyak jus buah-buahan dan sayur-sayuran seperti jus oren, jus belimbing dan jambu batu. [luv it..!]

antara pilihan lain untuk merendahkan kandungan kolesterol dalam darah pula ialah jus lobak merah, mentimun dan pegaga. langkah yang lagi memudahkan, tak perlu membuang tenaga dan wang membeli jus di restoran, cuma lakukan sendiri di rumah. lebih kuantiti dan kualiti, jimat money n energy.. ^_^

untuk menjadikan jus lebih sihat dan berperisa, tambahkan sedikit madu, lemon dan gula batu.. perghh… sodap eh…….

makanan yang mengandungi minyak berlebihan, sajian berdaging dan berkacang boleh menyebabkan perut mangalami gastrik [favourite tuhh….]. 1 fakta saintifik di sini, gabungan minyak, daging dan kacang boleh menyebabkan suasana berasid yang berlebihan di dalam perut.

jika terkena gastrik secara tiba-tiba akibat pemakanan yang tidak menentu, cubalah minum minuman beralkali seperti jus mentimun dan lobak merak atau pilih spirulina untuk meneutralkan asid dengan lebih cepat.

dalam diet seimbang seharian, banyakkan sajian buah-buahan dan sayuran serta salad untuk mengimbangi pengambilan dagign dan makanan berminyak lain yang turut ‘beratur’ dalam menu hidangan.

but what i realize these day was that almost all fruits and veggie in market were not so hygiene and healthy. tumbuhan yang sepatutnya masih belum matang dicucuk dan disembur kimia untuk mematangkan. pasti kandungan zat dan kualitinya kurang. contoh terdekat, alih

kan pandangan pada bayi yang dilahirkan dalam tempoh tak cukup bulan. sakit, kan..? so thats it. think wisely, use ur brain not ur head.

langkah terbaeeekkk punye, E besh way untuk merendahkan tekanan kolesterol dalam badan ialah puasa. that’s what islam teach us. n not to forget, be moderate in whatever you do or take.. coz Allah loves it (^_^), but Satan loves excessiveness.

DON’T BE A VEGETATIVE..!!

vegetative..? in medicine terms it means that u’re alive but comatose and without apparent brain activity or responsiveness.

while in biology terms it means something that relating to or denoting reproduction or propagation achieved by asexual means, either naturally or artificially.

err… d0nt b b0th, okie..?! (^_~)/

by: Dr. Adib (n_n)>

Technorati Tags:

:: j.u.n.e.2.0. siapa..? ::

Suatu malam yang hening. Usai mengutip cebisan ilmu pengetahuan daripada rancangan National Geographic, Humaira' melangkah ke kamar. Hajat di hati mahu berehat dan mengecaj telefon bimbit yang kehabisan bateri sejak petang tadi. Humaira' merebahkan badan ke perbaringan. Nikmat. Seketika dia memejamkan kel0pak ainun, bermuhasabah dan berfikir. Aqal waras seperti mencari sesuatu. Hikmah. Pantas hatinya berbisik, 'pandanglah dengan mataku, akan kau temui hikmah disebalik kejadian'.


Nafas dilepaskan dengan kalimah Allah. Panjang. Humaira' kembali membuka mata, seakan tersedar yang dia berada di kamar angah.
Matany terkelip-kelip memandang atap dalam kegelapan. Lantas jemari menggapai telefon bimbit di penjuru katil. Butang on ditekan. Ada mesej dan n0tis panggilan daripada n0mbor tak dikenali. Ah! Kebelakangan ini selalu sahaja n0mbor asing cuba menerobos sempadan. Pelbagai alasan dikemukakan. Tersilap dail, menyunting bunga di taman, kumbang tersesat. Astaghfirullah. 'Jangan jadikan ak sebagai peluntur semangat dan iman Adam ya Rabbi.. Ak mem0h0n dengan sungguh-sungguh.'


nomb0r penghantar sms tertera, bukan nama. Sangkanya ada sahabat yang ingin mendaftarkan nama untuk naQib/naQibah. Inzar. Isi mesej yang diterima sungguh memikat hati. Betul-betul kena dengan situasi yang dihadapi.


'Siapakah gerangan?'


mesej dibalas. Rupany ukht laili di bumi g0mbak sana. 'Khabar kakiku ditanya, masih terbayang peristiwa lama.'


:: Maira' apa khabar? Bgaimana kaki? Sudah sembuh? ::


Humaira' tersenyum lebar. Ukht Laili masih ingat peristiwa itu rupanya.
:: kakiku, kakiku.. Masih ingat ye akak, agaknya bila akak ingat kte mesti ingat kaki ye.. =) ::


1 MESSAGE RECEIVED


dari ukht laili. Butang read ditekan. Subhanallah. Segala yang terbaik dari-Nya, dan akan kembali pada-Nya jua. Humaira' jadi segan. Begini bunyi mesejnya;


:: kaki dan kelembutan.. :-) ::


perbincangan diteruskan. Seketika kemudian, s0alan mengenai halaQah diajukan. Biarlah rahsia perbincangan itu.


'Ak bersyukur ya Allah, punya kakak yang masih mengambil berat.. Syukran ya Allah, alhamdulillah, Kau baik hati dan masih sudi memberi peluang, juga masih belum menghanyutkan ak..'


selang beberapa minit, Humaira' terlena. Ada mimpi yang mengiringi. Barangkali terlalu rindu. Akhir-akhir ini, tidurnya sering disulam mimpi. Malah, boleh dikatakan setiap malam. Petunjuk, atau gangguan..?

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds