~CheNTa LaGi..~

Istilah bercinta tidak pernah terlepas dari remaja, kerana salah satu ciri
remaja yang menonjol adalah rasa senang kepada lawan jenis disertai keinginan untuk memiliki. Pada masa ini, seorang remaja biasanya mulai “naksir” lawan jenisnya. Lalu ia berupaya melakukan pendekatan untuk mendapatkan kesempatan mengungkapkan isi hatinya. Setelah pendekatannya berhasil dan gayung bersambut, lalu keduanya mula bercinta.

Bercinta dapat diertikan dgn bermacam-macam, tetapi intinya adalah

jalinan cinta antara seorang remaja dengan lawan jenisnya. Praktikalnya
bercinta juga bermacam-macam, ada yang sekadar berkirim surat,
telefon, menjemput, mengantar atau menemani pergi ke suatu tempat, sampai ada yang layaknya seperti pasangan suami isteri.

Di kalangan remaja sekarang ini, bercinta menjadi identiti yang

sangat dibanggakan. Biasanya seorang remaja akan bangga dan percaya diri jika sudah memiliki kekasih. Sebaliknya remaja yang belum memiliki kekasih dianggap kurang bergaul. Kerana itu, mencari kekasih di kalangan remaja tidak saja menjadi kemahuan dari segi biologi tetapi juga menjadi kemahuan sosiologi. Maka tidak hairanlah, kalau sekarang majoriti remaja sudah memiliki teman istimewa yang disebut “kekasih”.

Lalu bagaimana bercinta dalam pandangan Islam???

Istilah bercinta sebenarnya tidak dikenali dalam Islam. Untuk istilah
hubungan percintaan antara laki-laki dan perempuan pranikah, Islam mengenalkan istilah “khitbah (meminang”. Ketika seorang laki-laki menyukai seorang perempuan, maka ia harus mengkhitbahnya dengan maksud akan menikahinya pada waktu terdekat. Selama masa khitbah, keduanya harus menjaga agar jangan sampai melanggar aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh Islam, seperti berduaan, memperbincangkan aurat, menyentuh, mencium, memandang dengan nafsu, dan melakukan selayaknya seperti suami isteri.

Ada perbezaan yang jelas antara bercinta dengan khitbah. Bercinta tidak berkaitan dengan hal-hal pernikahan, sedangkan khitbah merupakan tahap untuk menuju pernikahan. Persamaan keduanya merupakan hubungan percintaan antara dua insan berlainan jenis yang tidak dalam ikatan perkawinan.

Dari sisi persamaannya, sebenarnya hampir tidak ada perbezaan antara bercinta dan khitbah. Keduanya akan berkaitan dengan bagaimana orang mempraktikkannya. Jika selama masa khitbah, pergaulan antara laki-laki dan perempuan melanggar batas-batas yang telah ditentukan Islam, maka itu pun haram. Demikian juga bercinta, jika orang dalam percintaannya melakukan hal-hal yang dilarang oleh Islam, maka hal itu haram.

~Jika seseorang menyatakan cinta pada lawan jenisnya yang tidak

dimaksudkan untuk menikahinya saat itu atau dalam waktu dekat,
apakah hukumnya haram? Tentu tidak, kerana rasa cinta adalah fitrah yang diberikan Allah, sebagaimana dalam firman-Nya:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung
dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (QS. Ar-Rum: 21)~

Allah telah menjadikan rasa cinta dalam diri manusia baik pada laki-laki mahupun perempuan. Dengan adanya rasa cinta, manusia mampu untuk hidup berpasang-pasangan. Adanya pernikahan tentu harus didahului rasa cinta. Seandainya tidak ada cinta, pasti tidak ada orang yang mahu membina rumah tangga. Seperti juga haiwan, mereka memiliki naluri seksualiti tetapi tidak memiliki rasa cinta, sehingga setiap kali boleh berganti pasangan. Haiwan tidak membina rumah tangga.


Menyatakan cinta sebagai kejujuran hati tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kerana tidak ada satu pun ayat atau hadis yang secara eksplisit atau implisit melarangnya. Islam hanya memberikan batasan-batasan antara yang boleh dan yang tidak boleh dalam hubungan laki-laki dan perempuan yang bukan suami isteri.


Di antara batasan-batasan tersebut ialah:


1. Tidak melakukan perbuatan yang dapat menuju kepada zina, Allah SWT berfirman, “Dan janganlah kamu mendekati zina:

sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu
jalan yang buruk.” (QS. Al-Isra: 32) Maksud ayat ini, janganlah kamu melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menjerumuskan kamu pada perbuatan zina. Di antara perbuatan tersebut seperti berdua-duaan dengan lawan jenis ditempat yang sepi, bersentuhan termasuk berpegangan tangan, berciuman, dan lain sebagainya.

2. Tidak menyentuh perempuan yang bukan mahramnya

Rasulullah SAW bersabda, “Lebih baik memegang besi yang panas
daripada memegang atau meraba perempuan yang bukan isterinya (kalau ia tahu akan berat seksaannya). “

3. Tidak berduaan dengan lawan jenis yang bukan mahramnya

Dilarang laki dan perempuan yang bukan mahramnya untuk berdua-duaan.
Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak mahramnya, kerana yang ketiganya adalah Syaitan.” (HR. Ahmad)

4. Harus menjaga mata atau pandangan

Sebab mata kuncinya hati. Dan pandangan itu pengutus fitnah yang
sering membawa kepada perbuatan zina. Oleh kerana itu Allah
berfirman, “Katakanlah kepada laki-laki mukmin hendaklah mereka
memalingkan pandangan (dari yang haram) dan menjaga kehormatan mereka…..Dan katakanlah kepada kaum wanita hendaklah mereka meredupkan mata mereka dari yang haram dan menjaga kehormatan mereka…” (QS. An-Nur: 30-31)
Yang dimaksudkan menundukkan pandangan iaitu menjaga pandangan, tidak melepaskan pandangan begitu saja apa lagi memandangi lawan jenis penuh dengan gelora nafsu.

5. Menutup aurat

Diwajibkan kepada kaum wanita untuk menjaga aurat dan dilarang
memakai pakaian yang memperlihatkan bentuk tubuhnya, kecuali untuk suaminya. Dalam hadis dikatakan bahawa wanita yang keluar rumah dengan berpakaian yang memperlihatkan susuk tubuh, memakai minyak wangi yang baunya semerbak, memakai “make up” dan sebagainya setiap langkahnya dikutuk oleh para Malaikat, dan setiap laki-laki yang memandangnya sama dengan berzina dengannya. Di hari kiamat nanti perempuan seperti itu tidak akan mencium bau syurga (apatah lagi masuk syurga)
Selagi batasan di atas tidak dilanggar, maka bercinta hukumnya dibolehkan.

Tetapi persoalannya adakah ia adalah bercinta tanpa berpandang-pandangan, berpegangan, bersuka ria, berciuman, dan lain sebagainya. Kalau mungkin silakan, tetapi kalau tidak mungkin, maka jangan sekali-kali melakukannya kerana azab yang pedih siap sedia menanti.


Wallahu’alam…

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds