~ApA MaKsUd SoLaT??yAkIn Ke KaMu TaHu???~















Sebanarnya aku nak cerita benda lain dan nak tanya korang..

-Mana lebih penting? Basuh berak dulu atau tengok wayang dulu?
-Mana lebih penting? Basuh berak dulu atau makan satay dulu?
-Mana lebih penting? Basuh berak dulu atau solat dulu?
-Mana lebih penting? Solat dulu atau tengok wayang dulu?
-Mana lebih penting? Solat dulu atau makan satay dulu?



Kalau solat lebih penting, kenapa 10 minit lagi nak azan, korang beratur gi tengok wayang?
Kalau solat lebih penting, kenapa waktu azan zohor, korang sibuk makan-makan lunch?

Patutnya Aku gi kedai makan waktu azan tu dan sound:
“OH, PATUTLAH MASJID KOSONG…!!! KAT SINI KORANG RAMAI-RAMAI YE…”

Tapi aku tak buat pun..kalau aku buat dah tentu aku kena belasah, maka dah tentu aku akan membalas balik serangan korang, oleh sebab korang ramai aku terpaksa menghabiskan masa 20 hingga 30 minit untuk menewaskan korang semua, maka dah tentu lepas tu org dah habis solat, oleh kerana aku tak nak tertinggal takbir pertama, maka aku tak buatlah!!!.. cis!!…

Jadi kalau korang makan dulu, atau tengok wayang dulu baru nak solat, daripada pengajaran cerita kat atas ini, bolehlah di buat kesimpulan bahawa korang membuatkan seolah-olah basuh berak itu jauh lebih penting dari solat..oh… !basuh berak tak boleh tangguh-tangguh, kena buat dulu, baru boleh selesaikan kerja lain, tapi solat selamba tangguh..oh. ..(aku perasan bagus-nasihat ini aku tujukan khas untuk diri sendiri-semuanya dengan izin Allah-harap maklum)



APA MAKSUD sebenar SOLAT?

Aku nak Tanya korang sebelum aku cerita lebih lanjut..

Apa maksud solat?

Sila jawab dan bandingkan jawapan korang dengan aku, sebab korang dah solat berpuluh2 tahun, tapi tahukah korang apa maksud solat?

jadi, maksud solat adalah ………… ……… ……… ……… ……… ……… …
………… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ………
………… ……… ……… ……… ……… ………
(isikan ruang kosong)



Aku bukan nak berlagak, aku nak kongsi apa yag aku paham, dan apa yg aku tak paham, aku tak pandai, aku bukan ustaz atau ulamak…aku mungkin ‘baru start’ nak ‘menyemak’.. .oh, ajarlah aku yg perasan bagus ni..isk..

Seorang member aku, abang K nama dia(K untuk Kamarulzaman) , tanya aku: apa maksud solat..aku jawablah bla bla bla ..tapi dia bagitahu, satu hari tu dia ada pergi ceramah ugama kat sebuah masjid, ada seorang ustaz sedang mengajar bab-bab solat, kemudian seorang hamba Allah telah mengangkat tangan kanannya bermakna ada soalan yg nak di luahkan kepada ustaz, soalanya berbunyi begini:

Ustaz, apa maksud solat?

Kemudian terdengarlah bunyi suara org gelak, lucu sangatkah soalan tadi..?

Ustaz kata: amboi…org yg ketawa-ketawa tu, tahu ke apa maksud solat? Saya tanya karang, boleh jawab ke?

Suasana terus menjadi senyap!

Ustaz itu menyambung: maksud solat adalah bermula dengan niat dan berakhir dengan salam…

itulah maksud solat!!! : kata abang K kepada aku,

Aku kata:
Abang K, aku rasa macam tak tepat aje apa yg kau jawab…tapi siapalah aku nak tolong cakap lebih2..ada ke org nak dengar apa yg aku cakap, Abg K, Apa yg aku rasa ustaz tu jawab tak tepat adalah kerana, ustaz tu tak cakap maksud solat tapi dia cakap cara-cara nak solat, ya, solat dimulai dgn niat dan di akhiri dengan salam..tapi itu bukanlah maksud solat…tak sama dengan cara makan dan maksud makan…tak sama cara-cara nak tidur dengan maksud tidur tak sama cara2 bersetubuh dengan maksud bersetubuh.. tak sama!
Aku bukan nak salahkan ustaz tu..bukan..dia lebih terer dari aku, mungkin dia dah terangkan tapi abg K yg tak paham..abg K yg salah dengar!!! apa2pun kita lupakan ustaz tu..yg kita nak bincang adalah: apa maksud solat…abang K dengar baik-baik..



Senang cam ginilah, maksud solat adalah untuk mencegah kejahatan kita..bermakna, sekiranya kita masih buat jahat sedangkan kita sentiasa solat itu bermakna, solat kita belum mencapai MAKSUD!!!

Bukan aku nak cakap solat korang tak di terima, itu kerja Allah! Yg aku nak jelaskan adalah solat kita belum mencapai maksud bila kita masih tak mampu mencegah mungkar..

• Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang lidah kita dari mengumpat

• Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang mata kita dari memandang buruk org!

• Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang telinga kita dari dengar aib/buruk orang!

• Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang hati kita dari bersangka buruk pada org!

Belum!! Solat korang Belum mencapai maksud..jadi ingat!

Maksud solat adalah untuk mencegah kemungkaran! !!

Timbul soalan: bagaimana nak dapat maksud solat?

jawapan: Korang kena bawa ketaatan dalam solat ke luar solat.

Dalm solat 5 minit korang taat segala perintah Allah, maka korang kena bawak ketaatan dalm solat 5 minit tu ke dalam 24 jam kehidupan korang…24 jam kena taat perintah Allah, seperti mana korang taat dalam 5 minit solat, dalam solat korang jaga mata, telinga dengar imam mengaji, mulut berzikir dan hati tawajjuh pada Allah..maka solat cam gini, bila ketaatan dalam solat cam gini di bawa ke luar solat maka automatic korang punya life pun 24 jam macam ’solat’…

Sebab tu perempuan yg solat tapi tak pakai tudung adalah wanita yg tidak bawa ketaatan dalam solat keluar solat..bukankah masa solat diorang habis tutup?..kenapa jadi macam tu? Sebab diorang tak faham maksud solat…

Org lelaki pun sama, pakai seluar pendek..kenapa? sebab korang tak faham. Maksud solat..dan korang tak bawa ketaatan dalam solat ke luar solat sebaliknya kehidupan korang 24 jam di bawa masuk kedalm solat 5 minit, rosak solat cam tuh…

masa solat fikir melayang2..mula2 solat kat Malaysia, lepas tu terbang ke mekkah, lepas tu pergi KLCC, lepas tu ingat baca blog apa tadi, lepas tu fikir nak buat apa lepas ni..mana kunci kerta, selipar aku sape yg ambik bla bla bla last2 dah salam baru sedar…oh aku kat Malaysia lagi rupanya…..



Seorang sahabat Nabi ditanya org:
Macamana tuan boleh tak fikir perkara dunia di dalam solat.

Jawab sahabat tu: aku, kat luar solatpun langsung tak fikir dunia..oh..

Seorang hafiz Al-Quran sedang mengaji..tiba2 lalu seorang lelaki di hadapannya dan telah terpijak kulit pisang di hadapan si hafiz tadi..dia pun jatuh bedebuk dan marah2 kat hafiz tu dan di tuduhnya si hafiz tu lah yg buang kulit pisang merata2.

Si hafiz tu cakap, org islam kena jalan macam dalam sembahyang, tunduk kat bawah, baru tak pijak al-Quran.

pemuda tu cakap: terima kasih kerana menegur saya dan terus berlalu kerana malu..oh..

Satu firman Allah..alamak? ! aku telah letak buat kali kedua ayat al-quran dalam blog aku..oh..aku mohon pada Allah agar ayat suci yg aku lampirkan ini tidak di salah ertikan oleh mana2 pihak, kalau ada kesalahan, tegurlah aku!!!

firman Allah: …“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba- Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku” (QS. Al Fajr: 28-30).

Nah, Sekarang lihat, hanya jiwa yg tenang dapat kembali kepada Allah.. Macamana kita nak kembali kepada Allah kelak jika hati tidak tenangpun dlm solat? ,bila hati kita tenang? adakah kita tenang di dalam solat, atau tenang di luar solat..Masa solat hati bekecamuk..rasa resah gelisah, imam baca surah panjang mula gelabah..dah salam baru ..fuh!!!..lega dah habis!!!..baru tenang…oh. ..(isk)

Ya Allah, tolonglah aku dalam perkara solat
Ya Allah, tolonglah kami dalam perkara solat
Ya Allah, tolonglah kita semua dalam perkara solat



Jadi ingat: maksud solat adalah mencegah mungkar dengan membawa ketaatan di dalam solat ke luar solat!

Membawa ‘akhirat’ ke ‘dunia’..bukan bawa ‘dunia’ ke ‘akhirat’!!!

Untuk dapat solat yang betul, korang kena buat 5I..chewah, aku selalu dengar pakar motivasi guna 3M lah, 5S lah, 3R bla bla bla..

aku nak bagutahu tentang 5I..iaitu: Iman/ihtisab/ ihsan/ikhlas/ ilmu..

Sedikit penerangan:

1.Iman
-org kapir solat 1000 rakaatpun tak di terima sebab takde iman, korang yg dah ada iman kena solat..wajib! !!

2.Ihtisab.
-Yakin ngan ganjaran pahala, solat masjid 27, pakai serban dpt ini, bersugi dapat itu..dll

3.ihsan
-Solat macam kita ‘lihat’ Allah, hakikatnya Allah lihat kita-sentisasa! !!

4.Ihklas
-Kalau ada niat yg lain selain Allah, Nerakalah jawabnya..oh. .

5.Ilmu
-Ni nak cerita panjang sikit, sebenarnya nak kena solat macam NAbi solat, itulah ilmu…
Baru2 ni member aku bagitahu bini dia derhaka kat dia, lawan cakap dia, tengking bla bla bla
bla macam2 lagilah… dan nak buat camne?

Aku tanya: bini engkau solat tak?

Dia cakap bini dia solat..

Aku tanya lagi : Awal waktu?

Dia cakap tak……

Engkau pulak ada solat jemaah?, dia jawab tak.. oh…

(semoga Allah sentiasa pilih kita untuk berbuat kebaikkan- semuanya dari Allah - jangan sombong)

Korang semua dah tahu kemungkaran datang dari mereka yg tak solat atau mereka yg solat tak betul..

Apa itu solat tak betul?

Solat yg lain cara Nabi kita solat.cth:

-Solat fardu kat rumah(lelaki lah ni)
-Solat lengah-lengah (biasanya perempuan)
-Solat tak khusuk (aku pun..oh)



Aku pernah pesan dulu, antara amalan keluarga bahagia : Suami solat berjemaah kat masjid, isteri pulak solat awal waktu kat rumah…So, banyak masa bersama, maklumlah bila suami pulang dari masjid, isteri pulak dah solat awal waktu, maka banyaaaaaaaaak lah masa untuk berasmaradana. .

Mana2 pasangan yg bagus punya asmaradana.. insyaAllah, mereka akan dapat menyelesaikan segala masalah yg lain.. insyaAllah.. !

Mangakhiri post ini, aku bagi pantun 5 kerat fadhilat solat..
• Rezeki berkat
• Seksa kubur angkat
• Tangan kanan terima kitab
• Titi sirat sepantas kilat
• Masuk shurga tanpa Hisab!!!
(amin..ya rabbilalamin)

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds