Ouch...!!!












~RAHMAT UJIAN~



Dalam derita ada bahagia

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu

Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita

Insan memandang

Mempunyai berbagai tafsiran


Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma

Itu jelasnya membuktikan

Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja

Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala ujian diberi

Maka bersyukurlah selalu



Kisahnya bermula sewaktu aku sedang makan bersama kawan2, nik dan amalina. Hanya amalina yang menempah nasi goreng padprik, nik menempah bihun tomyam, manakala aku, cukup sekadar tomyam, kegemaranku. Sebaik makanan sampai, ‘handphone’ku bergetar.

“Aduh, sape yang telefon niy, jarang benor ade owg nak telefon..”, getusku dalam hati..

Nama pemanggil jelas terpampang, Ummiku cayang. Oh, ummi rupanya. Pantas ku beralih sedikit dari tempat makan, dan menekan butang ‘accept’.

“Assalamu’alaikum..”

“Wa’alaikumussalam.. Along ade tepon kakak ke?” Laju meluncur pertanyaan dari mulut ummi. Nampak risau benar. Kedengaran suara ummi serak, gaya orang sakit tekak.

“Ummi tak sihat ke? Demam ke? Dah ke klinik?” pertanyaan ummi ku jawab dengan pertanyaan. Bertalu-talu. Dush, maafkan kakak ummi.. anakmu risau. Maklumlah, kes H1N1 makin bertambah dari hari ke hari.

Alhamdulillah, ummi memaklumlah dia hanya sakit tekak dan demam biasa, disahkan oleh doktor dengan suhunya 37.8’C. Kami bersembang agak lama, lebih kurang 30 minit. Perbualan berkisar pada along, kesihatan ummi, ayah dan kehidupanku di kampus. Aku memaklumkan bahawa kuliyyahku telah ditutup, angkara H1N1. Ya Allah.. Jauhi aku dan orang2 yang aku sayang dari bala-Mu itu..

“Dah tu kakak pakai topeng tak? Kalau takde mintak tolong angah belikan, pakai. Bahaya kalau dah ade merebak kat situ..”
Suara ummi kedengaran bimbang. Maafkan kakak lagi sekali, merisaukan ummi.
Di akhir perbualan, ummi sempat bertanya bila anak2nya ini akan pulang? Sempat juga ummi berseloroh, katanya,

“Kalau ade penyakit jangan bawak balik ye.. Hehe..”



Terhibur seketika tatkala mendengar tawa Ummiku sayang. Setelah menasihati ummi untuk banyakkan rehat bi maknaha tidur, aku mengakiri perbualan dengan salam. Tidak lupa ku titipkan juga salam untuk ayahku sayang dan adik2 di rumah. Hampir menitis air mata kerinduan anakmu ini..!!

Biarpun hatiku gundah, tetap ku ceriakan wajah, lantas mendapatkan teman2 yang sedang menikmati juadah masing2. Pertanyaan sahibah ku jawab seadanya.Sambil bersembang ringan, kami meneruskan ‘dinner’...

‘Ah, maafkan aku rezeki, kerna tak mampu menikmatimu.’

Kesihatan yang agak merosot membantutkan selera makanku yang sememangnya tidak ada. Niatku cuma ingin meneman kawan2, mengeratkan ukhuwwah, namun setelah dipaksa nik, aku memesan juga. Di akhirnya,aku melakukan pembaziran. Hanya sesudu dua yang dapat ku telan. Sudahnya juadah pertamaku untuk tiga hari ini ku tolak ke tepi. Maafkanku Ya Rabb.. Bukan kemahuanku untuk melakukan pembaziran ini.
Tiba2, di saat aku sedang melayan perasaan…

“Ouch..!! Masya-Allah..!! Sakitnya..”

Teriakan kecil nik mencantas lamunanku. Ku lihat nik tunduk sambil mengesat matanya. Amalina yang kebetulan telah habis makan, turut terkejut.

“Kenape nik? Ape jadi?” Hampir serentak terluncur soalan dari mulut kami.

“Kuah tomyam terpercik dalam mata nik..” Perlahan nik menjawab, menahan perit dan pedih.

Tergamam seketika, Amalina bergegas mengambil tisu di kaunter. Aku mencapai tisu itu dan mambasahkannya di singki. Nik mengelap matanya dengan tisu basah itu. Sakit katanya. Innalillah..

Setelah agak reda, dan nik pun telah dapat membuka matanya, dia menceritakan ‘saat cemas’ yang dilaluinya tadi kepada kami. Untuk perkongsian. Untuk teladan. Untuk pengajaran. Untuk langkah berjaga-jaga.

“Masa kena tadi, nik tak fikir lain. Nik takut, hingga menjelma pertanyaan, boleh bukak lagikah mataku ni? Sakit sangat rasanya, pedih.”

“Dah pakai spec, terpercik jugak. Kenape nik? Kurang berhati2 ke, atau terlalu ‘excited’ makan?” Hehe..

Kalau begitu rasanya terpercik tomyam ke dalam mata... Bagaimana agaknya rasa penderitaan pesakit2 kronik? Aduh, perutku terasa mencucuk sedari tadi. Ya Allah, tabahkanku, hamba-Mu yang lemah ini..

“Kalau orang pakai spec pun boleh termasuk kuah, habuk dan sebagainya ke dalam mata, apa lagi sahabat2 yang tak pakai spec. Mm di sini dapat kite ‘reflect’kan pada dugaan, masalah, ujian dari Allah Azzawajalla.”

Semua makhluk ciptaan-Nya tak terlepas dari diuji Pencipta Yang Satu. Walau sejauh mana dia lari, terpencil manapun tempat persembunyiannya, sekuat manapun fizikal dan emosi seseorang,tiada perasaan pun makhluk itu, setinggi manapun pangkat kerjayanya, sekukuh mana pun benteng pertahanannya…pasti.. Sesungguhnya setiap makluk ciptaan-Nya diuji. Diuji tahap keimanan, tahap kesabaran, tahap kerasionalan pemikirannya, tahap emosionalnya - khusus untuk muslimat barangkali-tahap kebertanggungjawabannya, kepatuhan, kesanggupan dan sebagainya.

Ingatlah sahabat... Di kala Dia menguji kita, itu menandakan bahawa Dia sedang memerhatikan kita. Allahu Akbar, Allah Ar-Rahman, Allah Ar-Rahim, Allah Al-Wahhab… Maha Suci Allah dari segala cacat cela.

ada cerita di sebalik sabar..

yat 65 Al-Anfaal

Wahai Nabi , perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu 100 orang, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang dari golongan yang kafir disebabkan mereka (yang kafir itu) orang yang tidak mengerti**.

**Yakni disebabkan mereka tidak beriman dan tidak megerti akan perkara-perkara yang membawa kepada mencapai keredhaan Allah Azza wa Jalla yang mengurniakan kemenangan


Tafsir Ibn Kathir: AQ 8:65

Allah menghiburkan orang mukmin, walaupun ketika Badar, jumlah tentera mereka sedikit dan peralatan perang yg minimal, namun jika ada 20 orang yang sabar dapat mengalahkan 200 orang musuh (1 dapat tewaskan 10 musuh!!) (Tafsir Ibn Abi Hatim, 5/9143, juga sahih Muslim # 1901). Ibn Mubarak memetik tafsir Ibn Abbas, ketika turun ayat ini, maka tentera Islam merasa berat dan sukar, lalu Allah meringankan beban mereka kerana berdepan dgn tugas getir (satu kena lawan 10), maka ayat berikut menasakhkan bebanan ini, di mana 100 tentera Islam boleh mengalahkan 200 orang musuh (1 cuma kena lawan dua musuh). Jika musuh lebih dari itu maka mereka tidak wajib memerangi musuh. (sahih Bukhari # 4652 , 4653)

Ayat ini penting dalam perbahasan rukhsyah dan berubahnya fatwa kerana berubahnya zaman atau disebabkan kedha'ifan atau kelemahan umat Islam. Dr Qardhawi membahaskan ayat ini dalam kitabnya awamil assa'ah wal almurunah fi alsyari'ah (keluasan dan keanjalan dalam syari'ah).

Dalam menuju kedewasaan, pastinya banyak cabaran. Konflik dalaman cukup nyata bagi setiap insan samada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Pangalaman cukup mendewasakan diri, pengalaman pahit memberi pengajaran manakala pengalaman manis memberi semangat serta motivasi untuk terus hidup.

Result sem lepas cukup menyedihkan aku. Frust sangat sampai pernah aku terlintas untuk terjun bangunan. Memendam perasaan ini cukup menyiksakan. Kadang2 ak bertanya, nk share ngan sape? Dalam diam, hati ini menjawab 'hanya Dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengetahui.' namun bisikan syaitan menghantui dengan pelbagai persoalan yang melemahkan keyakinan itu.

Persoalan itu menghantui lagi.
Mengapa bahagia itu bukan milikku?
Dijawabnya pula, apekah makna bahagia pada dirimu?
Bahagia itu hadir pabila aku punya segalanya.
Maka dijawabnya pula, kamu ingat kisah Hasnah yang murtad tu?

Begini kisahnya...

Hasnah telah murtad ketika dia melanjutkan pelajarannya di USA dan dia telah membuat pengakuan tentangnya. Dalam pengakuanya, Hasnah memberi alasannya didalam sebuah rakaman. Bagaimana kesempitan hidup, kesusahan, kesedihan dan kesengsaraan membuat dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya. Salah siapa ?

Dirinya sendiri, keluarganya yg porak peranda atau masyarakat ? Mungkin sudah tidak perlu lagi di jawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah.

Jadikan ia sebagai satu iktibar. Hasnah menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami. Baginya, Allah tidak menyayanginya. Tidak menolongnya.

Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh syaitan untuk menghasut hamba Allah ini agar membenci dan mereka berjaya. Hasnah sekarang dia punya harta pastinya. Tapi adakah dia bahagia?
Dunia dan akhirat? Walau selebar manapun dia senyum, sebesar manapun rumah atau keretanya, pastinya dia tak akan tenang.

Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya. Sayang sekali, bukan itu yg Hasnah nampak. Redha, tabah menghadapi dan bertawakkal sangat penting dalam menghadapi cabaran dunia. Ingat, dunia tak selamanya, dunia tempat untuk menguji kita samada kita benar-benar yakin akan Allah. Ianya medan peperangan! Yang leka pasti akan gagal, yang gagal nerakalah tempatnya.

Dan buat Hasnah, semoga Allah memberi petunjuk untuknya bertaubat dan kembali kepangkuan Islam. Insyallah.

[therefore, jom hayati lagu ini]

Pulanglah kepada Tuhan,
Cahaya kehidupan,
Syarat bahagia di dunia,
Akhirat kekal selamanya..
Pada Allah.. Allah..

Sudah menjadi lumrah,
Kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan,
Mendewasakan usia,
Rintangan di lalui
Tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Illahi

Deras arus dunia
Menghayutkan yang terleka
Indah fatamorgana
Melalaikan menipu daya
Dikejar dek dicintai
Bak bayangan tak bertepi
Tiada sunnahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia
Siapa pun akn tergoda
Harta pangkat dan wanita
Melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati
Kita kan di kuasai
Syaitan nafsu dalam diri
Musuh yang tersembunyi
Kita kan dikuasai

Pulanglah kepada Tuhan
Cahaya kehidupan di dunia
Keimanan ketaqwaan
KepadaNya
Senjata utama

Sabar menepuh jalan,
Tetapkan iman di hati,
Yakinkan janji Tuhan,
Syurga yang sedia menanti,
Imanlah penyelamat
Dunia penuh pancaroba
Syarat bahagia di dunia
Hidup akhirat kite kekal bahagia

Imanlah penyelamat
Dunia penuh pancaroba
Syarat bahagia di dunia
Hidup akhirat kite kekal bahagia


Bahagia itu bukan dinilai dengan mata kasar tapi dinilai dengan mata hati. Besarnya nilai bahagia itu, pastinya ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.
Sekian. Tabahlah wahai hamba Allah.. Dunia tak selamanya.. comfort


0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds