SyAiTaN vS aYaTuL QuRsI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

1st n0v '09

“Name2 yang dipanggil diminte tunggu sekejap je. ............. Nurul Adibah Binti Razali”, panggilan daripada ketua pengawas exam HalaQah disambut dengan sedikit terkejut.

‘Eh? Kenape ye..’ hati kecil berbicare.

“Tadi tulis dengan pen ye? Kan da cakap xley, nik kan da pnah kne. ”Nik bertanye sambil membebel perlahan.

Kate2 dan tegurannye ku sambut dengan senyuman tawar.. Madunye habis, sepahnye dibuang, gulenye tiade.. Tawar.. Akan tibekah saat madu kembali dituai, sepah kembali dikutip..?

Pertanyaan itu hilang begitu sahaje, seperti menerawang di dalam main audi yang sunyi itu lagaknye. Empunye diri diminte ke depan untuk meng’hitam’kan ktas jawapan lagi skali..

‘Atoi.. Banyak keje lak, macam2 UIA niy..’

Tanpe sedar hati mengeluh dengan ujian.. Duhai hati, tunduklah dikau, patuhlah pada aturan Sang Pencipte.. Dalam mase kurang 10 minit, exam kali ke-2 cyap..

‘Allahumma yasirli kulla ‘asir, bismillahi tawakkal tu’alallah..’ Dengan lafaz yang mulie, ktas objektifku dihantar.. Hmm moge Allah permudahkan sgalenye..

Perjalanan pulang ke mahallah diteruskan diiringi lagu ‘Peristiwa Padang Arafah’ by HiJJaz & ‘Amani’ by Amar.. Mutiare jernih bagai berlumbe2 nak kua.. Cib bek Nik xpasan.. Sampai kat café, I met my president-to-be, sembang2 cket sal G’RIMIS Club-to-be, sal reunion, exam & so on.. Kejap je.. Then cari2 Nik, ntah ke mane da ilangnye..

‘Mm nak makan ape ni pr0t?’ Cm pr0t ley jawab lak. Sekali jawab bt0l2, maw melompat ti. (~_^)> Round pnye round, nothing can suit my taste. At last. Ntah bangle mane lak yang amek selera niy... Allah... Psni nk kne g check-up lagi, bosannye idop sebagai owg xchat niy..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat sahabat, moge Allah permudahkan urusanmu di medan peperiksaan, moga senjate alat tulis, doa & tawakalmu ck0p quat untuk menghadapi terjahan soalan2 itu..
Hmm by all.. I’m going 2 my 2nd mahallah.. Take care ya..

~JaNji ALLaH S.W.T..~

“Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih

~’Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.’~

Janji Allah

1- “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)..” (An-Nuur: 26)

Mungkin ramai yang perasaan, ataupun tidak, wanita disebut secara berganda, manakala lelaki hanya disebut secara ‘single’. Ayat ini juga membenarkan ayat Allah yang mana bermaksud, lelaki dibenarkan berpoligami, tetapi diharamkan hukumnya bagi wanita. Jika disenaraikan di sini hikmah2nya, pasti meleret panjang artikel ini. Ana pasti, ramai di antara kita yang dapat mendalami dan memperhalusi hikmah2 di sebalik kebenaran berpoligami bagi lelaki ini. Tambahan pula, kali ni ana nak cerita sal janji Allah, bukan sal poligami. So, cari2 sendiri ye bagi yang lom taw..

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Allah, berlandaskan Islam, Iman dan Sunnah Nabi-Nya tercinta. Jadilah Mujahid soleh, jadilah mujahidah solehah.. Semoga Allah memberi hanya yang terbaik buat kita..
Ameen..((“)(“))

Ayat suci ini diturunkan bersempena dengan Peristiwa ‘Al-Ifki’ iaitu ketika Saidatina ‘Aisyah R.A difitnah telah melakukan perbuatan yang tidak elok dengan seorang sahabat Baginda yang baik, Sofwan bin Mu’attol oleh golongan munafiQ di madinah.

Allah S.W.T mempertahankan kesucian ‘Aisyah daripada fitnah munafiQin. Allah S.W.T juga menegaskan bahawa jika benarlah ‘Aisyah itu muslimah yang tidak solehah, masakan Ummul-Mu’minin itu dapat mendampingi seorang manusia yang suci, malahan amat3 disayangi oleh Rasulullah S.A.W..??

Selain itu, pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan antara zauj wa zaujah itu hanya akan berlaku jika wujud persamaan.

2- “Ada tiga golongan yang berhak bagi Allah menolong mereka, iaitu seorang Mujahid fi Sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya.” Hadith Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’ie, Tirmidzi, Ibnu Majah Hadith no. 2518 dan Hakim 2: 160)

Bagi sesiapa yang bernikah atau berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah S.A.W dalam hadith ini. Dan yakin serta percayalah, pertolongan Allah Yang Maha Agung itu pasti akan datang.

Cinta Sejati
Cinta lelaki selalunya manis..
Cinta lelaki suka meminta maaf..
Cinta lelaki mudah diagih-agihkan..
Cinta lelaki susah dipamerkan..

Cinta wanita selalunya pahit..
Cinta wanita selalunya kudus..
Setia dan romantic..
Cinta wanita pandai memujuk..
Cinta wanita sanggup terseksa..
Jika terdera..
Bila dipujuk mudah lupa..

Cinta sejati tidak bertambah dengan kebaikan..
Cinta sejati tidak bertambah dengan kekayaan..
Cinta sejati tidak berkurang dengan keburukan..
Cinta sejati tidak berkurang dengan kemiskinan..
Cinta sejati tak pernah rasa curiga..

Tapi..
Selalu berwaspada..
Senantiasa bersangka baik..
Selalu bermaaf-maafan..
Tanpa perlu dipohon..

Cinta sejati tak pohon dibalas..
Kerana..
Semua itu tak kekal lama..
Cinta sejati pertimbangan adil..
Cinta sejati mendidik anak berjiwa Nabi..
Cinta sejati semakin tua semakin sayang..

Apa rahsia cinta sejati..?
Agama dijunjung..
Syariat disanjung..
Pasaknya iman..
Ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul ‘Izzati..

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds