Mata merenung sayu.
Diri dibiarkan berteleku.
Otak ligat berputar tanpa perlu dipacu.
"Duhai diri, walau terus-terusan dirundung dugaan, amanah tetap amanah. Da'wah tetap da'wah. Yang pergi tetap pergi. Yang tinggal teruskan berbakti." Cetusan suara hati seakan menggali sedikit kekuatan untuk terus mendaki. Bangkitlah diri, celiklah hati.
Siang tadi menemani ummi ke stadium, bertugas sempena MSSDKTU. Hari ini hari terakhir untuk pertandingan. Kira-kira 430pm akan diadakan majlis penutup. Teringat zaman persekolahan tatkala bersama sahabat seperjuangan mewakili sekolah bersaing merebut 'JUARA'.
Seronok. Bangga tatkala nama sekolah mekar mengharum.
Kembali ke alam realiti
Suasana hari ini benar-benar berbeza. Cuma satu yang sama: kemeriahan dan semangat pasukan. Yang lain?
Aurat diremehkan.
Pergaulan digaulkan.
Tiada lagi sempadan.
Ini lah hadiah era milenia.
Mata tertancap pada satu tugu hidup.
'Astaghfirullah... Perempuankah..? Atau lelaki..?'
Akal tersentak.
Iman rasa terpukul.
Betul-betul di hadapan khemah VIP sedang berlangsung acara lompat jauh P15 (perempuan bawah 15 tahun).
Dalam barisan atlet yang bertanding, cuma seorang yang tidak memakai tudung. Rambut ala-ala askar.
Ber'legging'. Badan disalut sweater.
'Eh, ni acara perempuan, awat ada lelaki gak ni? Nak tunjuk demo kot... Tapi advance jugak laki zaman sekarang, da pandai ber'legging'..'
Haha.
Acara dimulakan. Nun di trek sana, acara lari berpagar, 4x3 400m, lontar peluru dan lari pecut 200m sedang berlangsung serentak. Rasa terhibur hati melihat semangat penyokong-penyokong dari sekolah yang terpilih ke peringkat akhir.
Tiba-tiba 'lelaki' tadi dilihat turut mengambil bahagian dalam acara lompat jauh. Bukan sekadar 'demo'.
Di kiri kanan, ramai yang mengambil berat tentang 'lelaki ber'legging''.
Tidak ketinggalan juga barisan VIP.
Sudahlah.
Tutuplah cebisan panorama yang menyakitkan mata dan hati ini.
Cuma ingin menjentik sedikit kesedaran tentang 'legging'.
Maaf, tentang aurat. Hehe~
Sebenarnya, ramai yang tergoda dengan mereka yang ber'legging'.
Tidak ketinggalan Imam Muda Asyraf. Kata IM Asyraf, Saya Tergoda Wanita yang ber’Legging’.
Duhai wanita,
duhai ibu,
duhai isteri,
duhai kakak,
duhai adik,
duhai sahabat,
duhai muslimah,
duhai banat...
Lelaki bukan cuma 'suka', semua lelaki juga ter'goda'.
Tidak semestinya lelaki tergoda, maka lelaki akan 'suka'kan ia.
Kerana anda lebih bijak membezakan antara lelaki yang tergoda dan lelaki yang 'ter'jatuh cinta.
Jangan salahkan pencuri yang merampas harta anda, jika anda sendiri yang memberi kunci kepadanya.
kekok menarikan jemari,
Labels: dETik2 tErAkHiR hiDuPkU
Gadis itu..
Wajahnya berona NUR IMAN..
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN..
Maruah diri dipagari dengan duri KESOPANAN..
Dialah puteri indah RUPAWAN..
Tika gadis lain sibuk menghiasi diri,
dihias NUR ILAHI pd WAJAHnya..
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
dia selesa bersama belaian cinta-NYA..
Tika gadis lain sibuk berMADAH PUJANGGA,
dia tekun dengan BAIT kata alunan TUHANnya..
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba..
Gadis itu seperti MAWAR BerDURI di Istana kayaNgaN..
Dipagari uTuh di TAMAN LaRaNgaN..
Indah dipandang pada pes0na mata..
Namun sukar diPEGANG..
Apa lagi dimiliki..
Mulianya kerana KETAQWAAN..
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA..
kerana itulah dikatakan dialah GADIS IDAMAN...
m0ga dirimu berusaha & berjaya menjadi GaDIS IDAMAN itu..
mungkin di dunia fana dirimu jarang dihargai..
Tapi ingatlah...
Tempat tinggi, suci nan indah menantimu di sana..
~ meniti jejak kembara hamba menuju Pencinta Agung.. ~
Labels: Akhlaqul Karimah, dETik2 tErAkHiR hiDuPkU, HuBaiB, MuTiArA
Ya allah ya rasullulah…
Seketika di akhir tahun ini InsyaAllah muncul tahun baru yang ceria.
Engkau muliakan & sayangi ummat manusia sekeliannya,
Berkati keluarganya dan orang-orang kesayangan mereka,
sihatkan tubuh badannya,
limpahkan rezekinya,
jauhkan drp fitnah, penganiayaan & penghinaan,
suburkan benih keimanan dgn penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan.
Makbulkan cita2nya yang murni.
Amin Ya Rabbal A'lamin. Salam Maal Hijrah 1432H...
Jom, pimpin tangan. Kita melangkah dengan hijrah..!!
font: Throw My Hands Up in the Air
~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~




