~ konpius.. (-.-") ~

Mata merenung sayu.

Diri dibiarkan berteleku.

Otak ligat berputar tanpa perlu dipacu.




"Duhai diri, walau terus-terusan dirundung dugaan, amanah tetap amanah. Da'wah tetap da'wah. Yang pergi tetap pergi. Yang tinggal teruskan berbakti." Cetusan suara hati seakan menggali sedikit kekuatan untuk terus mendaki. Bangkitlah diri, celiklah hati.

Siang tadi menemani ummi ke stadium, bertugas sempena MSSDKTU. Hari ini hari terakhir untuk pertandingan. Kira-kira 430pm akan diadakan majlis penutup. Teringat zaman persekolahan tatkala bersama sahabat seperjuangan mewakili sekolah bersaing merebut 'JUARA'.

Seronok. Bangga tatkala nama sekolah mekar mengharum.

Kembali ke alam realiti

Suasana hari ini benar-benar berbeza. Cuma satu yang sama: kemeriahan dan semangat pasukan. Yang lain?

Aurat diremehkan.

Pergaulan digaulkan.

Tiada lagi sempadan.

Ini lah hadiah era milenia.

Mata tertancap pada satu tugu hidup.


'Astaghfirullah... Perempuankah..? Atau lelaki..?'


Akal tersentak.

Iman  rasa terpukul.

Betul-betul di hadapan khemah VIP sedang berlangsung acara lompat jauh P15 (perempuan bawah 15 tahun).

Dalam barisan atlet yang bertanding, cuma seorang yang tidak memakai tudung. Rambut ala-ala askar.

Ber'legging'. Badan disalut sweater.


'Eh, ni acara perempuan, awat ada lelaki gak ni? Nak tunjuk demo kot... Tapi advance jugak laki zaman sekarang, da pandai ber'legging'..'


Haha.


Acara dimulakan. Nun di trek sana, acara lari berpagar, 4x3 400m, lontar peluru dan lari pecut 200m sedang berlangsung serentak. Rasa terhibur hati melihat semangat penyokong-penyokong dari sekolah yang terpilih ke peringkat akhir.

Tiba-tiba 'lelaki' tadi dilihat turut mengambil bahagian dalam acara lompat jauh. Bukan sekadar 'demo'.
Di kiri kanan, ramai yang mengambil berat tentang 'lelaki ber'legging''.

Tidak ketinggalan juga barisan VIP.


Sudahlah.

Tutuplah cebisan panorama yang menyakitkan mata dan hati ini.



Cuma ingin menjentik sedikit kesedaran tentang 'legging'.

Maaf, tentang aurat. Hehe~

Sebenarnya, ramai yang tergoda dengan mereka yang ber'legging'.

Tidak ketinggalan Imam Muda Asyraf. Kata IM Asyraf, Saya Tergoda Wanita yang ber’Legging’.



Duhai wanita, 

duhai ibu, 

duhai isteri,

duhai kakak, 

duhai adik, 

duhai sahabat, 

duhai muslimah, 

duhai banat...


Lelaki bukan cuma 'suka', semua lelaki juga ter'goda'.

Tidak semestinya lelaki tergoda, maka lelaki akan 'suka'kan ia.

Kerana anda lebih bijak membezakan antara lelaki yang tergoda dan lelaki yang 'ter'jatuh cinta.

Jangan salahkan pencuri yang merampas harta anda, jika anda sendiri yang memberi kunci kepadanya.














kekok menarikan jemari,
melakar pena di kala gerimis...
0320, 25032011
moga ribut sang gerimis bisa membasuh segala kekusutan diri.
sabarlah.
usah bersedih.
Allah itu sentiasa ada bersama.

2 Comments:

  1. Anonymous said...
    jgn terpedaya dgn HARTA dunia,walau diberikan kunci di hadapan mata..itulah ujian dariNya,bagaimana kita mampu mengawal iman di dada
    i'm nobody said...
    http://myhewi.wordpress.com/2011/01/16/nasihat-syeikh-ali-tantawi-kepada-semua-wanita-muslim/#more-65

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds