~ aLhaMduLiLLaH… ((“)(“)) ~

 

28 Ramadhan
mode suwey.. dikatekan gile.. salah ape..?

tak elok meyumpah, cakap yang buruk-buruk kat orang..

orang gile pun punye perasaan..

apetah lagi yang waras macam ak..

 

29 Ramadhan
alhamdulillah..

dapat iftar skali dengan ayah, buat yang pertama dan yang terakhir kaliny..

datang sebagai tamu..

hadirnya membimbit kasih, pulangnya mencambah rindu..

tapi kgembiraan org2 yg bpuasa di waktu berbuka cume smentare..

angah wat hal..

minx tolong amekkan ais, dy g baling..

tepat kne ats ltut.. smpai skang xilang lagi lebamnye..

 

DSC01038

 

malam 1syawal

alhamdulillah..

along sampai..

setelah berhempas pulas dalam jem..

 

'eid

 

1 syawal

alhamdulillah..

barangsiapa yang Qiam di pagi syawal, namany akan dipadamkan daripada senarai ahli neraka..

salam nazam lebaran, minal ‘aidil wal faidzin..

kullu ‘am wa antum bikhair..

taQabbalallahu minna wa minkum, taQabbal ya kareem…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ya Allah..

mule2 Kau amek dy.. my sun..

lpas 2 Kau amek ank kucing..

lpas 2 Kau amek ayah…

cuma 1 ak minx,

mohon Kau brikn ak ksabarn n tawakkal ya Rabbi…

 

 

 

 

~ tHe WaY ~

 ___love_by_xdashkax

 
 
“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”

 

 

mohon dengan sangat… ((“)(“))

~ c.i.N.t.a ~

 

 

 

salam’elaykum..

 

tadi ikot ummi g skul, sobab eh saadah nak jumpo.. kawan den maso skul lagi ha.. skolah rendah, menengah, sumo samo..

 

sampai2, jumpe dy.. peluk2 cket, al-maklumlah, dah lamo xjmpe..

 

then, ummi ade class, kne ajo dak2 pra-skul mengaji.. den ik0t..

ramai, riuh, indah, SUCI..

 

assalamu’alaikum.. ustazah bagi salam..

“wa’alaikumussalam wbt..!” depa jawab..

subhanallah.. semangat kemain!

bes02 nanti jadik orang yep..

 

then ummi mintak tolong den ajau mengaji, nak dijadikan ceghite, spec dy t’tinggal kt umah plak..

 

beraturlaa depa nak ngaji.. berebut2!

jadi insan al-Qur’an deh..

 

lalalaa!

da bis ngaji daa…

 

tetibo cikgu syarifah bunyik: haaaa, ameklaa buku, suh kakak lukis, nanti kamu buat lee ayat..

 

ad0yai.. kne da..

pasai ckgu ni meme taw den boleh lukis.. [astaghfirullah..jgn riak..]

 

then…

bo0m! melet0p!

huhu takdola.. dak2 tu berebut amek buku, peluk2 den, tarik2 tangan den, suh lukis kt buku depa..

ad0yai..

 

mulo2 sorang 1 lukisan jo,

then yang sorang tu [den lupo namo dy] stat mintak lukisan lagi n lagi n lagi..

abeh berjangkit kt sume..

berebut2 nak suh den lukis..

ad0yai..

berejam2 den d0k situ melukis.. [kematu bon….! spe suh ckp xpenat ble ckgu tanye? hambek!]

 

then.. ado majlis salam2 rayo..

then.. balik……

 

ad0yai… den nk cit0 ap0 seb0nanyo eh.. (-.-“)

abaikanlah eh..

 

haa taw3, m0tifnye…..

den nk share ke’epi’an besamo2 ngan dak2 innesen 2…

hugs 4 all!

luv ya!!

[semangat jo ak nih, mcmlaa bdk2 tu bkak bl0g ak.. ngek…]

 

haaaa… sap02 yg xp0so tuu, malu laaa banyak!!! dak2 pra-skul um0 5-6 taun pun p0se pn0h beb…!!! xde kemaluan ke?!?!?!

 

 

p0ning den… <(@_@)>

 

epi cket rni.. thanks Allah, for da sun.. =’)

~ iMaN iTu CiNta ~

webposter

 

“Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”

(daripada Anas r.a, riwayat Muslim)

 

76_8

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

 

 

76_9

 

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.

~ l.O.v.E ~

 
muslimah_by_phryseth-d3g1gm6

 

Wanita cantik, melukis kekuatannya lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa di saat hati sedang menangis, memberkati di saat terhina, mempesona kerana memaafkan. Wanita cantik, mengasihi tanpa kepentingannya, bertambah kekuatannya dalam doa dan pengharapan kepada Tuhannya.

 

bee_by_sicanya

 

Sesungguhnya orang yang paling aku sayangi dan yang paling hampir kedudukannya denganku pada hari Kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya di kalangan kamu, dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan yang paling jauh kedudukannya denganku pada hari Kiamat ialah orang yang banyak cakap mengada-ngada,
banyak mengata orang dan menyombong diri.
(mafhum HR At-Tarmidzi - hasan)

 

 

"Khotiunnaasa 'ala qadri'uqulihim"
Bercakaplah kepada manusia atas qadar kemampuan akal mereka
(Sayiddina Ali Karamallahuwajhah)

 

 

 

 

Be_a_Smart_Muslimah_by_AYseeYA

trying to control.

be hypocrite.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

 

mode: …………….

~ Keutamaan Lailatul-Qadr ~

 

Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya: 

 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr.  Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr?  Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

 

Maksudnya, beramal pada malam tersebut seperti solat, dzikir dan membaca al-Quran lebih utama dari amalan selama seribu bulan yang tidak mempunyai Lailatul-Qadr.

 

Sunnat Mengintai Lailatul-Qadr

Disunnatkan mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.

 

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya.”  (HR Bukhari & Muslim)

 

Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?

Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.

 

Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.

 

Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.

 

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:  “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”

 

Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah.  Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.

 

Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr

 

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

 

“Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”

 

Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu ‘anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya:  “Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?”  Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam:  “Katakanlah: 

 

 

“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”

 

Tulisan di atas telah saya salin dari kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq dari bab puasa.  Semoga kita semua dapat memanfaatkan perkongsian ini, insyaALLAH.

 

Mudah-mudahan kita semua memperolehi TAQWA, ameen…

 

www.muzir.wordpress.com

~ aiR maTa ~

 5a9cf1a7413b035dd6f9283e5a6bb743

 

menangislah kerana keinsafan..

ai mata yang paling berharga,

dapat mencorakkan peribadi yang unggul..

 

siapa yang tak pernah menangis

di hujung setiap ketawa dan lupa

siapakah di antara kita

yang memalingkan muka ketika mendengar kalimah Tuhan..?

 

43daf9962e5926b1

 

banyak bakti yang dapat diberi

sepanjang hidup yang sesingkat ini

lautan manusia berombakkan nafsu

kebenaran terdampar di pantai kecewa..

 

air mata seperti mutiara

apakah itu rasa keinsafan..?

rintihan dari hati yang rindu

apakah itu hakikat cintamu..?

 

 

 __TEARS___by_Lorelai82

 

Ya Allah..

kepada Engkaulah kami beribadah,

dan hanya untuk-Mu solat dan sujud kami..

Kepada-Mu kami menuju,

dan kepada-Mu kami tunduk..

Kami mengharapkan rahmat-Mu,

dan kami takut kepada seksa-Mu..

Sesungguhnya seksa-Mu amat menistakan terhadap orang2 kafir..

 

aTHOUSAND_tears_by_9ss

~ aHLaN ya RaMadHaN.. ~

 

limau

 

KELEBIHAN RAMADHAN

 

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

 

ramad1

 

PENERANGAN HADIS

 

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

 

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

 

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

 

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

 

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

 

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

 

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

 

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

 

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

 

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka

dan apabila bertemu Allah kelak.

 

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

 

 

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

 

Ramadhan_001_P_thumb[1]

 

The month of Ramadan is the one in which the Qur'an was sent down - right Guidance to mankind, and clear signs of Guidance and Distinction of truth from falsehood. Those among you who witness it, let him fast therein. Whoever is sick or on a journey, then a number of other days. God desires ease for you, and desires not hardship. Thus may you fulfil the number of days assigned, magnify God for having guided you, and perhaps you will be thankful.

[2:185]

 

 

sumber: fadhilat bulan2 islam

 

 

 

rmdn_mubarak_wash_heart

salam Ramadhan bersulam ketaqwaan..

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds