Ouch...!!!












~RAHMAT UJIAN~



Dalam derita ada bahagia

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu

Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita

Insan memandang

Mempunyai berbagai tafsiran


Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma

Itu jelasnya membuktikan

Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja

Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala ujian diberi

Maka bersyukurlah selalu



Kisahnya bermula sewaktu aku sedang makan bersama kawan2, nik dan amalina. Hanya amalina yang menempah nasi goreng padprik, nik menempah bihun tomyam, manakala aku, cukup sekadar tomyam, kegemaranku. Sebaik makanan sampai, ‘handphone’ku bergetar.

“Aduh, sape yang telefon niy, jarang benor ade owg nak telefon..”, getusku dalam hati..

Nama pemanggil jelas terpampang, Ummiku cayang. Oh, ummi rupanya. Pantas ku beralih sedikit dari tempat makan, dan menekan butang ‘accept’.

“Assalamu’alaikum..”

“Wa’alaikumussalam.. Along ade tepon kakak ke?” Laju meluncur pertanyaan dari mulut ummi. Nampak risau benar. Kedengaran suara ummi serak, gaya orang sakit tekak.

“Ummi tak sihat ke? Demam ke? Dah ke klinik?” pertanyaan ummi ku jawab dengan pertanyaan. Bertalu-talu. Dush, maafkan kakak ummi.. anakmu risau. Maklumlah, kes H1N1 makin bertambah dari hari ke hari.

Alhamdulillah, ummi memaklumlah dia hanya sakit tekak dan demam biasa, disahkan oleh doktor dengan suhunya 37.8’C. Kami bersembang agak lama, lebih kurang 30 minit. Perbualan berkisar pada along, kesihatan ummi, ayah dan kehidupanku di kampus. Aku memaklumkan bahawa kuliyyahku telah ditutup, angkara H1N1. Ya Allah.. Jauhi aku dan orang2 yang aku sayang dari bala-Mu itu..

“Dah tu kakak pakai topeng tak? Kalau takde mintak tolong angah belikan, pakai. Bahaya kalau dah ade merebak kat situ..”
Suara ummi kedengaran bimbang. Maafkan kakak lagi sekali, merisaukan ummi.
Di akhir perbualan, ummi sempat bertanya bila anak2nya ini akan pulang? Sempat juga ummi berseloroh, katanya,

“Kalau ade penyakit jangan bawak balik ye.. Hehe..”



Terhibur seketika tatkala mendengar tawa Ummiku sayang. Setelah menasihati ummi untuk banyakkan rehat bi maknaha tidur, aku mengakiri perbualan dengan salam. Tidak lupa ku titipkan juga salam untuk ayahku sayang dan adik2 di rumah. Hampir menitis air mata kerinduan anakmu ini..!!

Biarpun hatiku gundah, tetap ku ceriakan wajah, lantas mendapatkan teman2 yang sedang menikmati juadah masing2. Pertanyaan sahibah ku jawab seadanya.Sambil bersembang ringan, kami meneruskan ‘dinner’...

‘Ah, maafkan aku rezeki, kerna tak mampu menikmatimu.’

Kesihatan yang agak merosot membantutkan selera makanku yang sememangnya tidak ada. Niatku cuma ingin meneman kawan2, mengeratkan ukhuwwah, namun setelah dipaksa nik, aku memesan juga. Di akhirnya,aku melakukan pembaziran. Hanya sesudu dua yang dapat ku telan. Sudahnya juadah pertamaku untuk tiga hari ini ku tolak ke tepi. Maafkanku Ya Rabb.. Bukan kemahuanku untuk melakukan pembaziran ini.
Tiba2, di saat aku sedang melayan perasaan…

“Ouch..!! Masya-Allah..!! Sakitnya..”

Teriakan kecil nik mencantas lamunanku. Ku lihat nik tunduk sambil mengesat matanya. Amalina yang kebetulan telah habis makan, turut terkejut.

“Kenape nik? Ape jadi?” Hampir serentak terluncur soalan dari mulut kami.

“Kuah tomyam terpercik dalam mata nik..” Perlahan nik menjawab, menahan perit dan pedih.

Tergamam seketika, Amalina bergegas mengambil tisu di kaunter. Aku mencapai tisu itu dan mambasahkannya di singki. Nik mengelap matanya dengan tisu basah itu. Sakit katanya. Innalillah..

Setelah agak reda, dan nik pun telah dapat membuka matanya, dia menceritakan ‘saat cemas’ yang dilaluinya tadi kepada kami. Untuk perkongsian. Untuk teladan. Untuk pengajaran. Untuk langkah berjaga-jaga.

“Masa kena tadi, nik tak fikir lain. Nik takut, hingga menjelma pertanyaan, boleh bukak lagikah mataku ni? Sakit sangat rasanya, pedih.”

“Dah pakai spec, terpercik jugak. Kenape nik? Kurang berhati2 ke, atau terlalu ‘excited’ makan?” Hehe..

Kalau begitu rasanya terpercik tomyam ke dalam mata... Bagaimana agaknya rasa penderitaan pesakit2 kronik? Aduh, perutku terasa mencucuk sedari tadi. Ya Allah, tabahkanku, hamba-Mu yang lemah ini..

“Kalau orang pakai spec pun boleh termasuk kuah, habuk dan sebagainya ke dalam mata, apa lagi sahabat2 yang tak pakai spec. Mm di sini dapat kite ‘reflect’kan pada dugaan, masalah, ujian dari Allah Azzawajalla.”

Semua makhluk ciptaan-Nya tak terlepas dari diuji Pencipta Yang Satu. Walau sejauh mana dia lari, terpencil manapun tempat persembunyiannya, sekuat manapun fizikal dan emosi seseorang,tiada perasaan pun makhluk itu, setinggi manapun pangkat kerjayanya, sekukuh mana pun benteng pertahanannya…pasti.. Sesungguhnya setiap makluk ciptaan-Nya diuji. Diuji tahap keimanan, tahap kesabaran, tahap kerasionalan pemikirannya, tahap emosionalnya - khusus untuk muslimat barangkali-tahap kebertanggungjawabannya, kepatuhan, kesanggupan dan sebagainya.

Ingatlah sahabat... Di kala Dia menguji kita, itu menandakan bahawa Dia sedang memerhatikan kita. Allahu Akbar, Allah Ar-Rahman, Allah Ar-Rahim, Allah Al-Wahhab… Maha Suci Allah dari segala cacat cela.

ada cerita di sebalik sabar..

yat 65 Al-Anfaal

Wahai Nabi , perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu 100 orang, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang dari golongan yang kafir disebabkan mereka (yang kafir itu) orang yang tidak mengerti**.

**Yakni disebabkan mereka tidak beriman dan tidak megerti akan perkara-perkara yang membawa kepada mencapai keredhaan Allah Azza wa Jalla yang mengurniakan kemenangan


Tafsir Ibn Kathir: AQ 8:65

Allah menghiburkan orang mukmin, walaupun ketika Badar, jumlah tentera mereka sedikit dan peralatan perang yg minimal, namun jika ada 20 orang yang sabar dapat mengalahkan 200 orang musuh (1 dapat tewaskan 10 musuh!!) (Tafsir Ibn Abi Hatim, 5/9143, juga sahih Muslim # 1901). Ibn Mubarak memetik tafsir Ibn Abbas, ketika turun ayat ini, maka tentera Islam merasa berat dan sukar, lalu Allah meringankan beban mereka kerana berdepan dgn tugas getir (satu kena lawan 10), maka ayat berikut menasakhkan bebanan ini, di mana 100 tentera Islam boleh mengalahkan 200 orang musuh (1 cuma kena lawan dua musuh). Jika musuh lebih dari itu maka mereka tidak wajib memerangi musuh. (sahih Bukhari # 4652 , 4653)

Ayat ini penting dalam perbahasan rukhsyah dan berubahnya fatwa kerana berubahnya zaman atau disebabkan kedha'ifan atau kelemahan umat Islam. Dr Qardhawi membahaskan ayat ini dalam kitabnya awamil assa'ah wal almurunah fi alsyari'ah (keluasan dan keanjalan dalam syari'ah).

Dalam menuju kedewasaan, pastinya banyak cabaran. Konflik dalaman cukup nyata bagi setiap insan samada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Pangalaman cukup mendewasakan diri, pengalaman pahit memberi pengajaran manakala pengalaman manis memberi semangat serta motivasi untuk terus hidup.

Result sem lepas cukup menyedihkan aku. Frust sangat sampai pernah aku terlintas untuk terjun bangunan. Memendam perasaan ini cukup menyiksakan. Kadang2 ak bertanya, nk share ngan sape? Dalam diam, hati ini menjawab 'hanya Dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengetahui.' namun bisikan syaitan menghantui dengan pelbagai persoalan yang melemahkan keyakinan itu.

Persoalan itu menghantui lagi.
Mengapa bahagia itu bukan milikku?
Dijawabnya pula, apekah makna bahagia pada dirimu?
Bahagia itu hadir pabila aku punya segalanya.
Maka dijawabnya pula, kamu ingat kisah Hasnah yang murtad tu?

Begini kisahnya...

Hasnah telah murtad ketika dia melanjutkan pelajarannya di USA dan dia telah membuat pengakuan tentangnya. Dalam pengakuanya, Hasnah memberi alasannya didalam sebuah rakaman. Bagaimana kesempitan hidup, kesusahan, kesedihan dan kesengsaraan membuat dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya. Salah siapa ?

Dirinya sendiri, keluarganya yg porak peranda atau masyarakat ? Mungkin sudah tidak perlu lagi di jawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah.

Jadikan ia sebagai satu iktibar. Hasnah menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami. Baginya, Allah tidak menyayanginya. Tidak menolongnya.

Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh syaitan untuk menghasut hamba Allah ini agar membenci dan mereka berjaya. Hasnah sekarang dia punya harta pastinya. Tapi adakah dia bahagia?
Dunia dan akhirat? Walau selebar manapun dia senyum, sebesar manapun rumah atau keretanya, pastinya dia tak akan tenang.

Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya. Sayang sekali, bukan itu yg Hasnah nampak. Redha, tabah menghadapi dan bertawakkal sangat penting dalam menghadapi cabaran dunia. Ingat, dunia tak selamanya, dunia tempat untuk menguji kita samada kita benar-benar yakin akan Allah. Ianya medan peperangan! Yang leka pasti akan gagal, yang gagal nerakalah tempatnya.

Dan buat Hasnah, semoga Allah memberi petunjuk untuknya bertaubat dan kembali kepangkuan Islam. Insyallah.

[therefore, jom hayati lagu ini]

Pulanglah kepada Tuhan,
Cahaya kehidupan,
Syarat bahagia di dunia,
Akhirat kekal selamanya..
Pada Allah.. Allah..

Sudah menjadi lumrah,
Kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan,
Mendewasakan usia,
Rintangan di lalui
Tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Illahi

Deras arus dunia
Menghayutkan yang terleka
Indah fatamorgana
Melalaikan menipu daya
Dikejar dek dicintai
Bak bayangan tak bertepi
Tiada sunnahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia
Siapa pun akn tergoda
Harta pangkat dan wanita
Melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati
Kita kan di kuasai
Syaitan nafsu dalam diri
Musuh yang tersembunyi
Kita kan dikuasai

Pulanglah kepada Tuhan
Cahaya kehidupan di dunia
Keimanan ketaqwaan
KepadaNya
Senjata utama

Sabar menepuh jalan,
Tetapkan iman di hati,
Yakinkan janji Tuhan,
Syurga yang sedia menanti,
Imanlah penyelamat
Dunia penuh pancaroba
Syarat bahagia di dunia
Hidup akhirat kite kekal bahagia

Imanlah penyelamat
Dunia penuh pancaroba
Syarat bahagia di dunia
Hidup akhirat kite kekal bahagia


Bahagia itu bukan dinilai dengan mata kasar tapi dinilai dengan mata hati. Besarnya nilai bahagia itu, pastinya ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.
Sekian. Tabahlah wahai hamba Allah.. Dunia tak selamanya.. comfort



langit kirmizi menghantar dirimu
menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu
bertabur di tanah kenangan

wajah berona simpati kau tatapi
buat kali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma
mengundang air mata



Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu



menumpang di segenap ruang
yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik
setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu



setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam


di tirai malam aku bersandarkan
pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam
terlena di rajutan rindu
tiada yg terindah didunia
dapat mengganti hilangmu
pilihan yg terbaik takkan dapat
mengisi relung hatiku...





Alhamdulillah... 1st of all, marila kite same2 sedeqahkan al-fatihah buat ummi dan ayah kita, Same ade yang masih hidup, masih bersama kita, Ataupun telah dijemput ke sisi-Nya Ya Rahim...
Al-Fatihah....




Hmm... Semua orang, terutamanya insan yang bergelar anak, mesti sayangkan ummi ayah kita kan.. Kali niy, bertepatan dengan tema kat atas tu, marila kita sama2 hayati pengorbanan ummi kita.. Ambilla, curilaa, luangkanlaa masa untuk kita imbau kembali wajah ummi kita.. Wajahnya yang selalu tersenyum, redup.. Seronok je rasa bila tengok wajah ummi kan.. Tenang...


Ummi... Ibu... Emak... Mama... Amma... Mummy... Mom... Semua membawa maksud yang sama.. Seseorang yang telah bersusah payah mengandungkan kita (berat taw bawak perut yang ada lagi 1 jasad, dengan alahannya, mcm2), melahirkan kita, yang mana waktu tu ummi kesayangan kita bertarung dengan maut..



"menumpang di segenap ruang


yg ada di lubuk p'kasihan


begitu indah setiap detik di dlm rahimmu


sehingga teramat asyik


setiap saat di pangkuanmu


keperitan itu kau rasa indah demi anakmu"


Masa kita kat dalam perut ummi, kita just menumpang dalam rahim ( bi makna ha:penyayang), dahlaa menumpang, nakal pulak.. Kita bukannya baik sangat, dok tendang2 perut ummi tu, -main bola kot..(",)>- pastu dok mengidam nak makan macam2, kesian, ayah pulak yang kena pergi cari.. (",)


Masa bersalin... Bukannya senang.. Sakit... Susah... Macam2 ubat yang doktor cucuk kat badan ummi, nk kurangkan sakit.. Yang tu kalau zaman moden.. tak cerita lagi kalau masa zaman dulu2, ubat bius pun takde.. Bayangkan.. Just Imagine.. Kalau2 ummi meninggal masa melahirkan kita tu-nauzubillah...- tentu kita pun tak wujud dalam dunia niy kan...


Betapa besarnya pengorbanan ummi... Allah pun mengangkat darjat ummi, dengan berfirman," Sesungguhnya Syurga itu di bawah telapak kaki ibu." Doa ummi pun termasuk dalam doa golongan yang mudah Allah makbulkan.. Kenapa..? Sebab sifat ummi yang penyayang... Ada satu cerita yang ingin dikongsikan... Mari kita baca sama2 dan ambil iktibar ye.. Yang baik dijadikan sempadan, yang buruk dijadikan sempadan... Bismillah... Maka tersebutlah kisah.............................












Tajuknya : Ibuku Berbohong.


Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahwa kebohongan akan membuat manusia terperuk dalam penderitaan yang mendalam, tetapi kisah ini sebaliknya insyaAllah. Dengan adanya kebohongan ini, makna sesungguhnya dari kebohongan ini moga2 dapat membuka mata kita-mata realiti dan juga mata hati- dan terbebas dari penderitaan, ibarat sebuah 'energy' yang mampu mendorong mekarnya sekuntum bunga yang paling indah di dunia. insyaAllah...

Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak lapar.."
-----KEBOHONGAN IBU YANG PERTAMA-----



Ketika aku mulaidewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam berdekatan rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan, ia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan kami anak-anaknya. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu kami memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang kami makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, ia berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.."
-----KEBOHONGAN IBU YANG KEDUA-----

Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah, demi membiayai persekolahan abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi keperluan hidup. Di kala musim dingin tiba, aku terjaga dari tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya meneruskan pekerjaannya menempel kotak mancis. Kadang2 ternampak ibu tersengguk menahan kantuk. Aku mendekati ibu dan berkata : "Ibu, tidurlah, sudah lewat malam, besok pagi ibu masih harus kerja.." Ibu tersenyum, mengusap kepalaku seraya berkata :"Tidurlah nak, ibu belum mengantuk.."
-----KEBOHONGAN IBU YANG KETIGA-----


Hari peperiksaan yang amat mendebarkan tiba akhirnya. Tanpa kusangka, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku menjalani peperiksaan. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinar, ibu yangtegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. ~RING..!!!!~ Loceng berdering, menandakan peperiksaan telah selesai. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan urusanku. Ku pandang wajah ibu sambil berjaln ke arahnya. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu tersayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu lantas menolak dengan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus..."
-----KEBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT-----


Setelah kepergian ayah kerana sakit, ibu yang malang harus memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang kepada pekerjaannya yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati yang tinggal berdekatan rumahku menghulurkan tagan, sudi membantu ibuku baik masalah besar mahupun kecil.. Pakcik itu tetap menolong biarpun berkali2 ditolak ibu. Tetangga yang bersimpati melihat kehidupan kami yangbegitu sengsara, seringkali menasihati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang 'keras kepala' tidak mengindahkan nasihat mereka, kata ibu : "Aku tak perlukan cinta, cinta anak-anakku sudah memadai untukku teruskan hidup.."
-----KEBOHONGAN IBU YANG KELIMA-----


Setelah kakak dan abangku tamat dari persekolahan dan meneruskan hidup dalam alam pekerjaan, ibu yang sudah tua pula tiba waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, dia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk menjual sedikit sayur demi memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu,tetapi ibu berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang tersebut kepada mereka. Ibu berkata : "Simpanlah nak, ibu dah ada duit"
-----KEBOHONGAN IBU YANG KEENAM-----

Setelah lulus dari ijazah, aku dinasihati ibu untuk melanjutkan pelajaran ke 'master'. Berbekalkan doa ibu, aku kemudianya memperoleh gelaran master di sebuah universiti ternama di Australia hasil bantuan biasiswa dari sebuah syarikat swasta. Akhirnya aku bekerja di syarikat itu. Dengan gaji yang lumayan, aku teringin membalas jasa ibu -walaupun ku tahu tak mungkin dapat aku membalasnya walau dengan emas sekalipun- dengan membawa ibuku untuk menikmati hidup di Australia. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, lalu berkata kepadaku: "Ibu tak biasa tinggal di negara orang"
-----KEBOHONGAN IBU YANG KETUJUH-----


Setelah bertambah usianya, ibu diuji Allah Yang Maha Mengetahui dengan penyakit kanser usus, dan ibundaku harus dirawat di hospital. Aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Kata doktor, harapan untuk ibu teramat tipis. Aku terjelepok di lantai sambil ditenangkan doktor. "Terima kasih doktor..." Terdetik di hatiku.. "Ya Allah... Jangan Kau ambil ibuku Ya Allah... belum puas ku nikmati segala kasih sucinya Ya Allah... Belum sempat kubalasi segala pengorbanan ikhlasnya Ya Allah..." Aku sedih melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani kemoterapi. Aku rindukan ibu, lantas kucium tangan dan pipi tuanya. Menitis air mata lelakiku. Ibu menatapku dengan penuh kerinduan. Walaupun terukir di bibir pucatnya senyuman yang tampak agak kaku disebabkan sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku lemah dan kurus kering. Aku menatap ibuku dengan linangan air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis anakku, ibu tak sakit... Ibu sihat..."
-----KEBOHONGA N IBU YANG KELAPAN-----


Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibuku tercinta menutup mata untuk yang terakhir kalinya. Aku memeluk ibu dengan penuh kasih sayang. Namun apalah sangat jika hendak dibandingkan kasih seorang ibu dengan kasih anak-anaknya. "Ibu..!!!!!!!!!!"


Terharukan... Menangislaa... Tangisan itu bukan untuk bayi, kanak2, perempuan atau orang yang lemah sahaja. Pasti kita ingin menjerit, mengatakan "Terima kasih ibu..!!! Maafkan anakmu ini..."

Cuba sama2 kita imbas kembali, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ummi kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk
berbincang dan bersembang dengan ayah ummi kita? Di tengah-tengah aktiviti kita
yang padat ini -belajar contohnya-, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk
meninggalkan ayah ummi kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ummi
yang ada di rumah.

Mungkin sesetengahnya jika dibandingkan, terdapat segelintir yang pasti lebih
peduli dan mengambil berat tentang pasangannya. Sebagai contoh, kita selalu risau
akan keadaan pasangan kita, risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di samping kita..?

Namun, apakah kita semua pernah merisaukan keadaan orangtua kita?Terdetikkah risau di hati apakah orangtua kita sudah makan atau belum? Risau
apakah orangtuakita sudah bahagia atau belum? Apakah ini realiti? Beginikah yang
berlaku dalam hidup sahabat..?

Sama2lah kita renungkan dan muhasabah diri, akhlak kita dengan ayah ummi...
Di waktu kita masih mempunyai kesempatan ini untuk membalas budi ayah dan ummi yang dicintai, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada perkataan "MENYESAL" di kemudian hari dalam kamus hidup kita.

Kalau sahabat2 sayangkan ummi dan ayah, telefonla mereka sekarang.. Pasti mereka gembira dan bahagia bilamana mendengar suara kita, anak2 yang dikasihi. Ubatila rindu mereka, sayangila mereka sementara punya waktu.

Renungkan bersama sahabat...=')




Assalamu'alaikum...


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24)



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds