~ CiNta ‘dia’… ~

Disebuah restoran mahal..


Seorang gadis bertudung makan seorang diri...
tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..


✿ Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :
"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal cmne pastu makan guna tangan pulak tu...ne mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."


✿Seorang anak muda pulak menyampuk:
"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."


✿Seorang lagi berkata :
"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ne..."..


Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...
Lelaki tu berkata:


✔Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

✔Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu

✔Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor"

 

rasul

 

 

 

 

 

 

 

 

**mana cintamu pada Rasul..? Mana kasihmu pada al-amin..?

~ Kerana Wanita itu Cantik... ~




Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya

“Mengapa ibu menangis?”
“Kerana ibu seorang wanita,” dia berkata kepada anaknya.
“saya tidak mengerti,” jawab anak kecil tersebut.
Ibu memeluk anaknya dan berkata “Dan kamu tidak akan pernah mengerti”


Kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya
“Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?”
“Semua wanita menangis tanpa ada alasan,” hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya.
Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih merasa hairan mengapa wanita menangis.


Akhirnya dia mengadu pada Tuhan, dan dia bertanya,

“Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”


Tuhan berkata “Aku menciptakan wanita istimewa.
Aku menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia,
tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.”


“Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan karenah dari anak-anaknya”


“Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat semua orang sudah menyerah,
dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah maupun sakit.”


“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun mereka menyakitinya.”


“Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”


“Aku memberinya kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isetrinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya”


“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dicurahkan. Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan.”


“Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan luaranya, atau cara dia menyisir rambutnya.“


“Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam. 
KERANA WANITA ITU CANTIK….

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds