~Kembara Ramadhan..~


:: Jom balik, 8.3o tunggu tempat biasa. ::


ringkas, tapi padat dengan makna.

Aku: gembira, tapi serba salah. Gembira kerna dapat pulang menjenguk ibu tersayang di kampung, serba salah kerna harus meninggalkan tanggungjawab kepada ketua dan anak buah. Maaf dan ampun dariku. Terima kasih juga kerna kalian memahami.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini hari kedua Ramadhanku di bumi Kuantan. Iftarku semalam cuma dengan beberapa cubit roti blueberry pemberian Bahijah. Nikmat. Gembira dengan Ramadhan. Hari kedua, 2keping r0ti buttersc0oth pemberian syahirah. Cukup untuk mengenyangkan perut yang sehari suntuk menanti disuap sesuatu. Iftar bersama bahijah, nadhirah, dan seorang juni0r (ro0mate mereka) bersulamkan sembang berakhir agak lewat.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


8:15, dia menelef0n.


¤ Dah siap?
¤ Belum lagi.
¤ Siaplah dulu, da on da way ni.
¤ Ok.

'Adeh, awalny.. Sejak ble tlalu c0ncern dgn mase niy..'

Bersiap seadany, s0lat, n segera turun.
Tu dia, mereka bertiga sedang menanti di dalam kancil merah. Penumpang di sebelah pemandu segera berpindah ke belakang tatkala melihat aku melangkah ke arah mereka. Memberi ruang. Dia yang memandu. Salam ditebar, khabar disapa.

Kira-kira 8:40, kami tiba di terminal. Dia meluangkan masa berbual dengan sahabat berdua. Mereka bersalaman, dan kami melangkah, kian meninggalkan bumi kuantan.

Sementara menunggu bus, ak terpandang telef0n bimbit kepunyaan dia, 9:02. Dahi berkerut, ak mengambil telef0n bimbitku. 8:47, jelas. Dia cuma tersenyum bila aku menyampaikan khabaran.

Sepanjang perjalanan, kami cuma berbual beberapa patah. Selebihnya, semilir kesunyian yang menemani. Dia kelihatan acap kali menguap.

1/4 perjalanan, ak jadi kian resah. Sakit. Amat sakit. Tidurny kelihatan terganggu. Mungkin terusik dek ak yang 'tak reti d0k diam'. Biar. Ak seakan langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Ak menundukkan badan sehabisny, hingga lutut bertemu kepala. Lama benar, mampu membuatkan dia terganggu. Dia menyuruh ak bersandar ke belakang. Aku? Cuma mampu menggeleng. Zero kudrat, ditelan kesakitan.

Tiada tanda mahu berhenti, ak cuba menyandarkan badan ke belakang. Merebahkan kepala ke bahunya. Memeluk lengan sasanya sequat kudrat.

"0k?"

"Sakit.."

"Iftar tadi makan ape?"

"Kenyang.."

Aku seolah ingin menjerit, diam! Sakit tahu! Kudratku tiada!

Tapi bukan itu yang Islam ajarkan. Allah itu lembut dan cintakan kelembutan. Akhirnya, ak cuma diam. Tanganku digenggam, terasa bagai dia menyalurkan kequatan. Rasa selamat dan dilindungi. 'Dia belajar, dan dia tahu'.

Ak tidak lagi memikirkan apa di fikiranny, dan apa di fikiran penumpang lain. Yang ku tahu, ak sakit.

Setiap kali bas berhenti, s0alan yang sama aku tanyakan, 'Kat mane ni? Lambat lagi ke?' Walaupun bus cuma berhenti seketika kerana mematuhi isyarat lampu merah.

kepulangan kami dijemput. aku yang merebahkan badan di situ cuma mampu berjalan beberapa langkah lalu kembali tumbang di dalam kereta. diam sebisu-bisunya.

****Moga Allah beri kequatan… Ambilku saat ku ingat pada-Mu… Ameen…

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds