~ Kembara RaMaDhaN iii… ~

salam’alayk dunyya..!!

apa khabar agakny tanah kecintaan kita, GAZA pada saat ini.. mungkin ada yang menganggap mereka dirundung malang pabila keputusan bekalan eletrik di saat Ramadhan. mereka sendiri mengaku, ketiadaan eletrik menjadikan sambutan Ramadhan mereka hambar. bagiku, itu satu nikmat. nikmat yang sangat besar, bilamana ujian demi ujian dihidangkan Allah buat mereka.. pasti darjat mereka makin meninggi, bukan..? cemburu..? pasti..!!

timthumb.php

Buat GAZA:

"Seandainya kamu diserang keresahan, dilanda kesusahan, diberi rintangan, berdoalah! Aku akan terus datang atas perintah-Nya untuk membantumu, mendidikmu dan sama-sama menempuhi duri itu!" insyaAllah…

Aku jadi suka menulis. Aku jadi ingin menulis. Aku jadi terlalu ingin mengabadikan kenangan hari-hari terakhir bersama ibu di sini, diari hatiku.

4 Ramadhan.

Aku, ummi dan adik berpagi. Kesian adik, lewat ke kelas tambahan gara-gara aku yang terlewat bangun. Kesakitan pada tulang belakang benar-benar membantutkan pergerakan. Allah, quatkanlah…

di sekolah, ummi sempat menyapa sahabatny, Cikgu Rusiah yang mesra dengan ‘mama’ dan Cikgu Rosnizan yang bertugas untuk mengajar seisi kelas adik waktu itu. Kemudian, kami ke deatinasi seterusnya, melawat jenazah abang kawan ummi, Cikgu Zarina, yang meninggal atas sebab sakit hati.

Selesai jenazah dimandikan, kami beransur pulang. Ummi terus bercerita itu dan ini. Aku seronok. Rasa seperti di syurga dunia, bahagia dengan ibu. Jika di syurga Firdausi, pasti lebih lebih lebih lagi seronoknya kan..?

Jom ikot kite..!!

Ke mana..?

Syurga firdaus, syurga Rayyan, syurga Allah..!! Ayuh..!!

Sampai di rumah MakSu, tukang urut. Banyak aral yang melintang sebelum kami dapat berjumpa beliau. Akhirnya, Alhamdulillah. Kelihatan banyak kereta memarkir di halaman rumah. Subhanallah.. Pasti hebat orangnya..

Meminta izin dari tuan rumah, kami naik ke rumah kecil berasingan yang digunakan khusus untuk tujuan berurut. Kemas. Cuma dihiasi sofa usang. Ada 2 keluarga bersama 3 pesakit yang menunggu. Salah-seorang darinya masih bayi, lelaki, 7 bulan. Subhanallah.. sangat cantik,, sangat comel…Tiba-tiba, seorang kanak-kanak menyapa di kala ummi sedang bertanya khabar seorang nenek tua yang juga sedang menunggu. Cantik molek, bundar matanya, merah bibirnya. Hyperaktif, tapi cepat mengerti. Dari cerita nenek, aku tahu dia sangat pintar, selalu menolong nenek untuk berbuat apapun. selalu boleh diharap untuk menjaga adiknya yang masih bayi. selalu ingin bertanya tentang sesuatu yang baru. Mungkinkah dirimu pengganti Khaulah Al-Azwar, adikku..? Aku mengamatinya sungguh-sungguh. Raut wajahnya mengingatkan aku pada seseorang yang amat aku rindui. Azam.. Kakak rindu adik…

Giliranku jadi paling akhir ku kira. Ummi terpaksa mengundur diri sementara untuk menjemput adik di sekolah. Aku ingin mengikut, tapi ditegah MakSu.

‘Jangan jadi manja, selalu ingin berkepit dengan mak!’

Aku cuma senyum, ummi ku lihat tertawa kecil. Wajah tuanya penuh seri. Aku jadi sangat gembira. Bukan mudah untuk melihat ummi tertawa begitu. Berat bebanan yang ditanggung, memberatkan segalanya.

Aku sempat memerhatikan MakSu mengeluarkan kahak dan lendir dari tekak bayi berumur 7bulan tadi. Mereka masing-masing punya pandangan yang sama. Jururawat sekarang tidak praktikal dan terlatih seperti dulu. Kalau dulu, semua lendiran yang terlekat pada tekak bayi akan dikeluarkan. Selepas itu, punggung kecilnya ditepuk-tepuk perlahan supaya bayi itu menangis. Nah, itu caranya..!! Jika tidak, [elbagai masalah lain akan timbul di kemudian hari. Bayi lelaki itu sangat baik, rapat dengan ayahnya. Kulihat sepanjang masa dia cuma bermain di ribaan ayahnya. Cuma sesekali ibunya mengagah. Tangisnya juga cuma sebentar. Sebelum pulang, MakSu memberikan sebotol madu kelulut berwarna putih untuk dicampurkan dengan susu bayi. Minumnya cuma sekali sehari. Bagus untuk kahak dan lendir sebegitu. Alhamdulillah, ilmu baru buatku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tiba giliranku. Aku jadi takut, kecut perut. Sehinggakan terbayang di minda yang aku sedang menarik tangan ummi untuk balik, dengan alasan sakit dah hilang. Hehee~ Tadi, saat pesakit sebelumku diurut, jelas kedengaran raungan kesakitan. Tidak cukup dengan itu, juga tertangkap dek telingaku bunyi lantai dihentak-hentak dengan kaki. Aduh, terlalu sakitkah..? Mampukah aku bertahan..? Aku tak ingin terjerit-jerit sebegitu.

Aku diminta menunggu di dalam bilik urut. Patuh. Mengisi masa dengan mengalunkan ayat-ayat cinta-Nya. keluarga yang lain datang untuk tujuan yang sama dengan bayi tadi. 3 bulan. Kasihan. tanpa sedar, ada tangis yang beralun bersama tangisan si anak kecil. Maaf, aku tak lagi dapat menahan. Bagai terasa sakitnya bila tekak yang halus, kecil, lembut dan nipis segala, dikorek dengan jari tua yang kasar dan besar segala. Berdarah. Agak banyak darah yang keluar dari mulut bayi itu.

seketika. ummi turut masuk ke kamar urut. semasa aku diurut, ummi dan MakSu bersembang tentang hal yang selalunya diceritakan pada teman rapat lagi dipercayai, seolah-olah mereka telah lama mengenali antara satu sama lain. Banyak yang mereka kongsi. Aku cuma mencuri dengar akan hal yang tak mungkin akan ummi ceritakan padaku dengan percuma.

banyak nasihat yang MakSu kongsikan dengan ummi. terlalu banyak juga yang ingin ku kongsikan dengan seseorang. siapa..? Entah… aku juga tidak pasti.. mungkin tiada yang sudi mendengar keluhan dan perkongsian dariku. tapi pastinya bukan di sini. terlalu rahsia. terlalu sayat hatiku mendengar. terlalu hiba untuk aku ungkap kembali. hatiku menangis lagi. hati ibu..? barangkali sudah tiada lagi airmata untuk dialirkan. benar, aku benar-benar belajar tentang erti ketabahan seorang ibu.

Dah pergi haji..?”

Belum lagi. Tapi dah ramai yang panggil haji..”

Kenapa belum..? Itu rukun Islam kelima kan..”

“Ye, tapi…”

Dah berapa lama jadi cikgu..?”

20 lebih..”

Nah, kalau macam tu, da lame boleh jejakkan kaki ke sana..! Dah daftar..?”

“Belum..”

Haish, ini yang MakSu tak boleh terima. Kenapa belum daftar..?”

Ada masalah mahram MakSu.. Sepatutnya nak daftar dengan ayahnya, tapi masalah pulak.. Haritu dah nak daftar, tapi fikirkan ade barang kat rumah yang terlalu buruk dan dah tak bleh diguna, tukar yang tu dulu..”

“MakSu tak kisah yang tu.. Habis, kenapa tak daftar awal-awal..? Kalau menabung dari mula jadi cikgu, 50sen sehari, dah cukup untuk awak pergi haji, umrah.”

Ada jugak buat macam tu, tapi untuk anak-anak.. Kalau duit gaji, potong untuk depa RM10 seorang.. untuk ayahnya sekali.. tapi masa nak daftar baru-baru niy, tengok duit si ayah dah habis.. tak bolehlah nak daftar.. nak daftar, kena dengan mahram.. nak daftar dengan anak ni, duit belum cukup..” Aku benar-benar terkedu. sudah beberapa kali ummi menyatakan hasratnya untuk ke Mekah bumi baraQah bersama-samaku. Namun terlalu banyak tuntutan lain yang mohon disegerakan. ingin saja aku berhenti dari universiti dan mencari nafkah buat keluarga. tapi ummi melarang keras. Katanya dengan ilmu aku boleh pergi lebih jauh. Aku setuju benar. Aku juga tidak sepenuh hati rela mengorbankan hasratku untuk menjadi seorang doktor supaya aku dapat membedah diri sendiri. *Sigh* masih punya harapankah…?

Mmmm ada sesiapa mahu belanja kami daftar haji..? ^_~

Aishhh, kenapa menabung untuk anak? Mereka yang sepatutnya menabung untuk diri sendiri, dan untuk ibu..!! Adik, dengar ni. Jangan jadi tuan pada ibu. MasyaAllah.. Subhanallah.. Dah tak ada lagi ibu sebegini di akhir zaman ni.. Bersyukurlah, dik..!!” MakSu kelihatan tidak setuju. Tapi dari segi lain, memuji ummi yang senantiasa mendahulukan anak lebih dari diri sendiri. Aku selalau merasainya. Namun pengorbanan ibu seringkali disisihkan adik-adik. Masing-masing menghulurkan layanan yang acuh tak acuh terhadap suruhan ibu. Aku geram, benci dengan perangai mereka.. Hargai ibuku..!!!!!!!!!!!

MakSu berceloteh lagi. kali ini aku cuma mendengar. Sesekali aku teresak kecil. Sedih. Sayu mengenang ibu.

Tika ingin pulang, MakSu berpesan sesuatu.

“Makan banyak sikit, nanti adik akan rase loya, lapar tapi tak lalu nak makan. Sabar dengan itu. Lagi satu, bibir tu merahkan sikit, puucaaaat aje.. Macam mayat hidup..!” Aku tergelak kecil. Ummi menggangguk tanda setuju. MakSu, MakSu.. Juadahku cuma sekali sehari. Perutku jarang minta diisi. Aku tidak mahu terlalu memanjakan perutku dengan makanan mewah. Cukuplah sekadarnya. Semalam cuma berbuka dengan keropok dan air oyen, sangat sedap. Kenyang. Hari ini, manggis. Cuma itu. Sangat kenyang. Syukur.

Ummi sempat berkongsi sesuatu. MakSu menasihati. Aku lihat mereka bagaikan anak dan ibu. Akrab. Tanpa diduga, ummi memeluk MakSu. Indah. Aku tersenyum. MakSu terlalu baik. Katanya dia sedia menjadi peneman ummi kelak, ke mana-mana. ke mahkamah, ke Jabatan, ke mana-mana. Taman di hati berbunga-bunga. Aku cepat-cepat melangkah keluar sebelum tangis dilihat ummi.

5 Ramadhan.

Hari ini kami akan kembali ke bumi Kuatan, meneruskan perjuangan yang tak sudah. Belajarlah, sampai ke liang lahad.

Kami sampai agak awal di perhentian bas. Ummi berkali-kali membebel bila bas yang sepatutnya tiba jam 8:30 masih belum tiba walaupun jarum jam kian merangkak ke angka 9.

inilah bas terengganu, inilah bas terengganu, inilah bas terengganu..’ kami cume tersenyum.

tiada salahnya melainkan benar-benar belaka. Perkhidmatan bas di sini selalu lambat dan tidak menepati masa. tapi bukan semua, segelintir cuma.

Aku duduk di sisi ummi. Selang beberapa detik, ummi merapatkan badan lalu melentokkan kepala padaku. Aku jadi sayu. terasa benar saat itu ummi memerlukanku. tapi aku harus pergi. aku benci dengan perpisahan. PERPISAHAN selalu meragut insan-insan kecintaanku pergi dariku. Tapi apapun, aku tetap menyimpan mereka di sudut hati yang terkunci rapi. Takkan aku biarkan sesiapa pun mengambil mereka. kerna cintaku pada mereka terlalu DALAM.. Terlalu BANYAK…

9:10 malam.

Bas sampai. Lewat. Ummi ku ajak naik. Angah cuma bersalaman di atas bas. Aku kembali turun. Bersalaman dengan ummi dan adik bongsu kecintaanku di luar bas. Ku salami tangannya penuh syukur. Ku cium wajah ummi puas-puas. Ku usap pipi tuanya penuh kasih. Ku tatap wajahnya dalam-dalam. Ku simpan suaranya kemas-kemas. Ku peluk tubuh tabah yang penuh kekuatan itu untuk meneguk sedikit sabar. Seolah-olah aku bisa mengurangkan deritanya walau sedikit. Ku sedut deritanya, lalu ku buang di pertengahan jalan ke Kuantan. Di Dungun barangkali. Kemaman..? Jangan..!! Insan kecintaanku ada di situ..!! Hehee~ Berangan cuma.. T____________________T

Ada sesuatu dibisikkan. Tangisku ingin keluar lagi..

Wah….!!!!!! Manja…!!!!!! Biarlah, dia ummiku, insan kesayanganku.. Kalian tidak mengenali, apatah lagi mengetahui jalan deritanya. DIAM. Cemburu..? Biarkan…

Ummi… tabahkan dirimu.. Sabar.. Tunggu kakak pulang lagi ye… Sayang ummi sangat3……!!!!!!

pesanan ummi supaya kakak belajar molek-molek akan kakak ikut sampai bila-bila.. Do’akan kakak supaya tidak lupa untuk do’akan ummi.. Kakak tahu ummi tak pernah lupa untuk do’akan kejayaan kakak..

Heart u, ummi… =’)

P/S: tgok, dalam hatiku cuma ada UMMI..!

h h3

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds