~al-Fatihah sayang……~ T_______T

7 pagi. usai melagukan ayat-ayat cinta dari Allah, aku membelek telefon bimbit.

:: tett..tett ::

:: battery low ::

cuma itu yang sempat ku baca. kenudian mati. seketika kemudian, tenaga mula disalurkan. tenaga eletrik bertukar kepada tenaga cahaya, bunyi, dan haba.

:: 10 messages ::

:: 1 miscall ::

0h.. hari-hari terakhir begini sebelum program besar amat memenatkan. banyak tugasan akhir waktu tiba di tangan. 

**ingat ulangkaji je ke yang ade last minit..~ –_- “

mesej 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, semuanya dari pihak organisasi program. Ah..!

mesej 9- nadhirah: ummi suh sampaikan, pak tehir meninggal.

adehh…. siapa geranganny ituu..?? xkenal pun.. namany pun xpernah didengar..

mesej 10- tin: salam. tlg sebarkn msg sdekah al-fatihah kpd ust ibrahim azmi, bapa saudara sy. mninggal 3.15 pg td.

0uch..!! kasar..!!!

memang kasar..!! andai aku orang asing yang meenerima msg seperti itu, adush.. pasti terluka.

mungkin dy masih belum boleh menganggap aku ini kakaknya. wallahu’alam..

agak sulit pergerakan pagi itu. saling menelefon, amat sibuk. tangisan yang kian membengkak masih lagi dapat ditahan.

selang beberapa lama, ada panggilan dari angah. baru bangkit agaknya. pesanan dititip, bersiaplah. sebentar lagi kita pulang.

pantas, terpaksa. suka atau tidak, rela atau tidak. harus redha. terpaksa menyusahkan teman sekamar untuk menyiapkan tugasan-tugasan penting yang harus diakui kesulitanny. maaf syeira sayang..~

waktu berlalu. angah datang bersama teman baiknya, pemandu wira. di pertengahan jalan menghantar kami ke terminal, 1 perjanjian ditermeterai. balik dengan cikmah (ibu saudara kami).

menunggu. dan terus menunggu kereta untuk pulang ke kampung,  sampai.

beberapa jam menunggu. gusi tak pernah kering, kerna dihiburkan 2 lawaKing: cikmah + angah. banyak yang diborakkn. seronok.

semasa mula-mula sampai, cikmah sempat berseloroh dengan satu pertanyaan yang ditujukan buat angah..

nurul takde gewe ke kat sini, mizi?

ade, tapi ummi cakap selalu kne tinggal.. sebab dy xsuke bcakap..

hahaa..~ selamba.

dush..!! satu tumbukan tepat pada kakinya. tulaa, kenakan orang lagi.

kami ketawa bersama-sama.

cukuplah aku cuma menjawab di dalam hati.

mentariku cuma satu, dan akan sentiasa satu. selamanya. sampai syurga ku menunggu. do’a yang sama tak pernah gagal untuk ku ulang. bukan hanya selepas solat. tiap kali, tiap detik.. rindu. 

tiba saat cerita ummi. ada kolam yang bergenang di tubir mata. maaf.

perjalanan yang agak jauh. kami jadi penat. amat penat.~~~~~~

sampai di rumah nenek. rata-rata sanak saudara masih di tanah perkuburan, cuma beberapa meter dari rumah nenek. aku menyalami tamu yang berada di bawah khemah yang letakny di tepi rumah nenek. kaki melangkah ke atas rumah. ayah long, cik yah, k.munirah, serta beberapa lagi berada di luar rumah. aku mendapatkan ayah long, adik allahyarham, juga bapa saudaraku. matany kemerahan. tanganny ku salami, pipi tuany ku cium. dia membalas dengan pelukan. erat.

“ayah teh kamu da takde. ayahteh da takde da. takde dah..” perkataan yang sama berulang-ulang keluar dari bibirny.

aku jadi kelu. bisu. sebak hati tatkala kata-katanya dihadam oleh cuping telinga. ada mutiara meronta ingin menjenguk dunia.

sabar. tangisan diseka. aku meminta izin untuk menyusul ummi di tanah perkuburan. aku rindu. rindu teramat sangat.

sampai. bersalaman dengan sanak saudara. nah, di situ rupanya ayah.

huluran tangan bersambut. pipi dicium.

pergilah, sedeQahkan ape-ape untuk arwah..”

aku cuma mengangguk. mencari ummi. di situ, berdiri di tepi kubur yang masih merah. memerhatikan adik-adik dan kanak-kanak yang ingin menyirami jasad semata. tanpa roh. aku dekati ummi, lantas memeluknya dari belakang. nyaris mutiara berjaya menerobos sempadan ke dunia luar. seketika, along sampai dari kelantan.

bersalaman, pipinya juga ku cium. sebak.

pergilah, duduk kat situ.. sedeQahkan ape-ape untuk arwah..”

kami akur. duduk. along di sisi. al-fatihah meniti di bibir. diulang, ulang dan ulang. do’a dipanjatkan. sewaktu berdo’a buat arwah, ada mutiara yang mengalir. aku tidak dapat menahan sebak dan kerinduan. arwah tersangat baik. boleh dikatakan langsung tiada musuh.

pemergian seorang ‘ulama.. kehilangan 1 lagi permata kegemilangan Islam.. Allahuakbar.. T_____T

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds