Diari: Hari kedua kemalangan.

Gelisah. Tak Terurus. Unstabble.

Terasa bagai taufan membadai di dalam hati.

Kiwar, tunggu akak, petang niy kita jumpa, insyaAllah.

Dalam bas, cuba menenangkan hati dengan alunan ayat cinta-Nya. Hasilnya, cuma tangsan yang membanjiri.

Allah, aku risau. Aku bimbang.

Di kelas, perhatian yang diberi sangat3 sedikit. Seciput cuma.

Tak sabar menunggu waktu melawat, jam 5 petang.

Kelas ditangguhkan. Kaki dan jasad dijejak ke perpustakaan.

Bersendirian, benar-benar menguji iman. Tangisan yang turun bagaikan hujan lebat yang melanda tapak yang bertahun-tahun kemarau. Sangat lebat.

Allah.. Kuatkan aku, kuatkan kami untuk menguatkan Kiwar.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Sampai di HTAA, Kuantan. Terus ke kaunter, mendapatkan pas pelawat. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan, tanpa perlu beratur seperti sahabat semalam. Cuma 2 orang dalam 1 masa.

Sebelum melangkah masuk, aku cuba menyerap cebis-cebis kekuatan yang entah dari mana. Terasa longgar segala sendi.

Kak Yah, takut..”

Eh, jangan macam ni.. Nak takut ape, jom..”

Mancari, dan terus mancari. Sebetulnya, aku cuma menonong. Hingga terlajak. Yang mencarinya, Kak Yah.

Diba, kat sini..!” Kak Yah berteriak kecil.

Ya Allah… Betul ke Kiwar ni Kak Yah..?”

:: WAN MUHAMMAD IZWAR ; NEURO ::

Seakan tidak percaya. Benar, sangat sukar untuk mempercayai, walau sudah terpampang di depan mata. Berkali-kali soalan diajukan kepada doktor yang sedang bertugas di situ. Jadi ngilu, sakit, pedih, segalanya bercampur tatkala melihat tubuhnya terbaring lemah sebegitu.

Seorang nurse kelihatan membetulkan mesin di sebelah. Menekan itu-ini. Kami cuba membaca graf yang terpampang. Kelihatan pergerakan jantungnya stabil, cuma sangat lemah. pengambilan karbon dioksida juga sangat perlahan, tanda susah bernafas.

NO BREATHING: 14:39

Allah…

Di hujung kaki, terdapat fail tentang perkembangan pesakit. Kami cuba membelek. Lama, terkedu di situ. Frontal contamination, hancur ke dalam. etc.

Perlahan-lahan, aku melangkah untuk melihat wajah adik, meninggalkan kak Yah di belakang.

Allahu Akbar, Masya Allah, Astaghfirullah..

Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, yang hanya menjadikan sesuatu dengan kalimah ‘kun fayakuun’..

Terasa ingin terjelepok. Sangat lemah. Allah, kuatkan.

Hafazan, do’a, entah hilang ke mana. Yang mampu meniti di bibir cuma Ummul FurQan.. Berulang-ulang, basah di bibir.

Allah, Quatkan Kiwar.. Allah, sembuhkan Kiwar..’

Lama kami di situ. Hampir satu jam, sesuatu berlaku. Pesakit yang agak berumur di katil bertentangan mengalami komplikasi. Mesin berbunyi tanda jantung terhenti. Allah, tunjukkan keajaiban.

Nurse bergegas ke situ, memanggil-manggil nama pesakit sambil menepuk-nepuk dadanya. Badan pesakit seakan terangkat dari katil. Alhamdulillah, keadaan kembali terkawal.

ya Allah.. Ku mohon, jauhkan..

Rasa takut dan gerun yang amat sangat.

“Dik, ada orang lain nak melawat pesakit pulak, dah lama adik kat dalam..” Sekuriti tersenyum, menegur kami yang agak ‘terleka’.

Maaf makcik..”

Terasa sangat berat kaki ingin melangkah. 1jam yang amat sekejap.

Adik, maaf.. Kakak pergi dulu, kuatkan dirimu melawan semuanya.. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama hamba-Nya. Kakak tinggalkan adik di bawah jagaan-Nya, insyaAllah, esok kakak datang lagi.. Tunggu kakak, dik..’

IMG01838-20100830-1817 IMG01837-20100830-1817

pelangi di dada langit yang muncul sewaktu kami ingin pulang,

seakan memberi satu sinar harapan..

insyaAllah…

Terima kasih, Allah, Alhamdulillah…

***moga berpeluang mengucapkan, ‘itulah dia sekarang, dan itulah dia suatu masa dahulu, bukan dia di masa hadapan’..

~ H.u.J.a.N ~

Rain_of_Stars_by_zeiva

Hujan rintik-rintik turun menyembah bumi ilmu dan budi.

Aman.

Rahmat.

rain_by_brokenwingsx27x 


Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran tauhid).

                               An-Naml: [60]

Rain_by_brade_s

Kiwar.. Quatlah.. Bangunlah dik, kakak tunggu kamu…

~ TaZkiYyaH RaMadHaN ~

 

flowers__by_Zofia_Klukowski

masihkah ada sinar..? _by Zofia Klukowski

Kak Dib, cantik hari ni..”

Senyum. Agak pelik. Tidak pernah melihat penampilan sebegitu barangkali.

Kak Dib dengan Izwar niy, sepadan, ade ape-ape ke..?” usik lagi suara nakal.

Ungu sedondon, kebetulan. Tergelak kecil.  Tersipu.

***Dalam perjalanan ke CAC Gombak, konsert nasyid. Waktu yang sama berselisih dengan ‘UBAA di pintu masuk CAC.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kak Dib, macamana nak buat niy..?”

Kak Dib, yang ni pulak macamana..?”

Kecoh bertanya itu ini sewaktu dilantik sebagai pengurus program Ifthar bersama anak-anak yatim. Itu cara menimba pengalaman bukan..?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kak Dib, nanti nak kena forward dekat semua ke mesej meeting ni..?”

***bakal pengganti setiausaha, memang banyak kerja..***

Kak Dib, nak kena buat ape lagi selain key in member’s detail ni..?”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Eh..!!! Kak Dib..!!! Lame tak jumpe..!!”

Senyum, berbalas khabar. Hari pertama Ta’aruf.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 The_Patient_by_rcsi1

The Patient_by rcsi1

Satu persatu kenangan menjalar di minda. Indah, manis, pahit, kelat, pelbagai. Mengalir bersama mutiara pilu.

Semester pertama, kami di kelas yang sama. Cuma untuk 1 subjek. Cuma senyum yang menghiasi pertemuan. Tiada perbualan, masing-masing terbatas. Kesibukan.

Kini dia di situ, terbaring lesu. Bernafas perlu dibantu, jangankan membuka mata. Paling kritikal antara 5.

Kata  doktor, peluangnya tipis.

Ajarilah dia mengucap.”

Hey..! Siapa kamu untuk menetapkan hayat dan tempoh nyawa seseorang..? Diam!!’

Sabarlah. Sabar dengan iman. Sabar itu iman. Mereka belajar, mereka tahu. Itu cuma andaian, sebagai persiapan.

Dia milik-Mu, kami milik-Mu.. Andai ini saatnya, ambillah. Kami redha.”

Ameen.

Vector_abstract_by_neschas

jauh_by neschas

~ Antara Dua Cinta ~

He loves me, he loves me not by ~DarkCrissus

2 loves: which 1 u cho0se..?


Apa yang ada jarang disyukuri

Apa yang tiada sering dirisaukan

Nikmat yang dikecap

baru kan terasa bila hilang

Apa yang diburu

timbul rasa jemu

Bila sudah di dalam genggaman

He Loves Me... by *Moownique

Are you sure your love is sufficient enough to make prophet loves you to0...?

 Dunia ibarat air laut

Diminum hanya menambah haus

Nafsu bagaikan fatamorgana

Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air

Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang

Dilihat ada ditangkap hilang 

Tuhan.. leraikanlah dunia

Yang mendiam di dalam hatiku

Kerana di situ tidak ku mampu 

Mengumpul dua cinta

Hanya cintaMu ku harap tumbuh

Dibajai bangkai dunia yang kubunuh


Malu mencari cinta manusia 
di saat cinta pada Pencinta Agung 
dan kekasih mulia belum sempurna... 

:: loves :: by =ivybeth

Love :: it consider nothing...~

 

~ Am I for her? ~

To say "I love you" one must first be able to say the "I".....

Am I for her?

 

I WOKE UP in a dark and black place. All I see is night, and darkness all around. Where am I?

“Tap tap tap.”

Suddenly I heard footsteps, coming to me.

“Tap tap tap.”

I heard them again, “Whose footsteps are these? Who is coming to me?” I asked my self as my heart beat pounded wildly by the second.

“Tap tap tap.”

I heard the same footsteps, this time clearer and coming nearer. Then it stopped and everything went silent, silent as the dead.

                Then I saw a light, a very bright light the shape of a human being standing in front of me about 3 meters in distance. It was a blurred image at first, but it became clearer by the moment like a lens of a camera closing up on an image. The image became clearer and clearer. An image of a woman, a beautiful woman fully dressed with a hijab on emerged in front of me.  

Stunned by the moment; I did not know what to do. Paralyzed. I can feel my beating heart pounded rapidly. “Who is this woman? Who is she?” I asked to myself.

The woman in front of me smiled then she said “Assalamualaikum Akhi…”

*********************************

“Mama…I want to tell you something…Do you have 5 minutes?” said Ameen as he sat beside his mother.

His mother was typing something on her Toshiba Elite. She then stopped typing, took of her glasses and placed it on the living room table. She glanced at his son, stared at his 21 year old son.

“Hah…What is it this time?” Dr Salbiah answered back.

                 “Do you still remember that day you told me, there’s this wonderful Muslimah who you said was suitable for me?” He seemed a bit nervous, but “Follow your heart, and you will see the light.”

Dr. Salbiah smiled, a very deep smile. “What about it?” She replied as if she didn’t care the feelings behind his son’s words.

“Well, I’ve thought it through mom, but…” He didn’t finish his words.

“But what son?” Dr Salbiah eagerly wanted to know.

In a very sad tone, nearly cried, Ameen said “But…It’s not easy to YES and it’s actually hard to say NO…”

Both of them went silent. Then his mother voiced out “What was the answer to your ISTIKHARAH?”

“I had this dream, but I’m not so sure what is best for me” said Ameen, confused.

Then Dr. Salbiah wrote something in a piece of paper and gave it to him.

“Today is the 10th of Ramadhan right? Ask for Allah’s forgiveness every night. Ask Allah ‘Please protect me with your might’, regarding you Istikharah, InsyaALLAH, you will get it right” wonderful words came out from his mother.

                “Insyallah mama, I’ll try my best, I will have the answer in this holy month” smiled Ameen.

**************************************

Ameen woke up from sleep. It was 3 O’clock in the morning. His body was sweating.

“Who is that woman in my dream? Is she the one my mother was saying about?” Ameen said to himself, his dream was too clear.

“Yeah, she was shining in light...” Ameen flashed back his dream.

“O yeah, she gave me Salam. Waalaikumussalam..” Ameen answered her salam back.

                Ameeen smiled remembering his wonderful dream just now, but then his eyes were brimming with tears and tiny droplets running trough his cheeks slowly. Why is he crying? Why is he crying when he was just gifted with a very wonderful dream?

                 Ameen got up from his bed; he rushed to get ready for prayer, as if he were on his way to meet his loved one. Ameen merged with his prayer, giving all of his attention to Him.

                Ameen silently beseeched his CREATOR after performing solah Taubah: “O ALLAH, what was the dream just now? Are you showing me that she is the one? Will she be the one for me?” Ameen paused because he was crying so deeply.

Then he continued “She seemed to be so perfect, she is so beautiful and so well-dressed as a Muslimah. But O ALLAH! Am I for her? With the position that I’m in, in your eyes, is she meant for me? Am I, an awful person meant for her?”

                “O AL-MUHAIMIN!! Once a man came to Al-Hasan ibn Ali and said: “I have a daughter. To whom should I marry her?” He answered: ‘Marry her to a man who has taqwa. If he loves her he will be generous to her and if he does not like her he will still treat her well.’ Will I be generous to her? Will I treat her well?

Ameen begged and pleads to his CREATOR as if a drowning person wanting to be saved “O ALLAH!! I am afraid. I am afraid if I am a wrong-doer. Allah will be angry to me because I will be responsible for causing her to lose her Deen. O ALLAH!!! I am fearful that I haven’t devoted my life and death only for YOU as what you said in Surah Al-An’am: 162 ‘My prayer and my service of sacrifice, my life and my death are for Allah alone, the Cherisher of all the worlds.’

“O ALLAH. If it is true that I am for her, then show me a path where I can know her. O ALLAH!! Guide me to your LIGHT!!”

                As he finished his sharing moment with his CREATOR, he read some verses of the Quran. It was 4 o’clock in the morning. He climbed back to bed not to sleep but to thought once more about the two paths open to him--one leading to happiness in this temporary life; the other ending in spiritual happiness in eternal life. He was well-aware that true peace could only be found by remaining a faithful Muslim and adhering to Islamic principles, thus avoiding any deviation from Islam.

                The first path would take him to a world of luxury filled with misleading comforts and illusionary happiness. The other path would guide him along life’s road. By following this path, he would savor victory and be crowned with the laurel of firm belief and determination. Since he was gifted with true understandings as a Muslim, as natural, the misleading road will be rejected, but still, Ameen sometimes felt weak in the face of threats and temptation.

                He then felt tired and his eyes were also tiring. The question on “Who is she?” not important to him right now. The question that is in his mind is that "Am I 4 her??"

Out of exhaustion, Ameen doze off together with that question that keeps on playing in his mind without pausing. “Is this the answer to my ISTIKARAH? Will this end in peace? Give me an answer, please.”

By:~dae_meen~

** love this 1..

friends, come with me.. let’s rest in these balance of peaceful Ramadhan.. The honeymoon month for us with Allah.. Come..


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
“Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya..”

Namun, tanpa dia sedari,  setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA, isteri kesayangan Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,
“Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”
Aisyah RA menjawab,
“Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.”
“Apakah itu?” tanya Abubakar RA.
“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana”, kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik,
“Siapakah kamu?!”
Abu Bakar RA menjawab,
“Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).”
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku!!” bantah si pengemis buta.

“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku”, pengemis itu melanjutkan perkataannya. 
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis tersedu sambil berkata kepada pengemis itu,
“Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata,
“Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia....”

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lahirnya dari rahim mulia
Hadirnya menyinari seisi buana
Terpadam api megah di biara
Sang Kisra Parsi rebah jua akhirnya…
Ibn Abdillah…
Namamu seindah aklaQ mutiara
Cuma pengembala, bukannya hina
senyummu mampu menghapus derita
usapanmu berbuah ubat luka…
Muhammad…
dirimu benar-benar terpuji dan dipelihara
hatimu suci, walau ummi…
BACALAH..!”
“ BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU..!! “
bahagianya dunia dengan kehadiranmu duhai kekasih
gembiranya alam dengan wahyu pertama duhai nabi
menebarkan cahaya kebenaran buat seisi buana
umpama mentari gagah di siang hari
umpama rembulan yang menyinari hamparan bumi
umpama bintang terindah di langit Illahi
umpama mutiara di celahan kaca
umpama raja dalam kalangan hamba
kau segalanya…
kau segalanya…
kau segalanya…
ya Habibuna..
malu mengaku cinta padamu, sedang sunnahmu terlalu liat ditegakkan
malu mengaku rindu padamu, sedang terlalu keras lidah mengalun selawat
malu mengaku sayang, kerna diri terlalu hina dibandingkan dengan mulianya dirimu
malu mengaku ummatmu, sedang semuanya nista belaka…
ya Habiballah…
kerna peribadimu, aku terpesona.
kerna budimu, aku jatuh cinta.
rindu padamu tak terucap dengan kata nista
moga sudi menantiku di taman syurga
moga sudi menerimaku sebagai ikhwanmu…
Ya Rasul…
Kami rindu padamu…
ya Rasul…
Syafaatkan kami..
Ya Rasul…
Terimalah kami…
tabahnya hatimu menempuh dugaan
mengajar erti kesabaran
menjulang panji kemenangan dalam diri
terukir namamu tanda kemuliaan
Duhai kekasih buana..
ak ummat yang tidak fasih bermain kata
cuma ingin meluahkan rasa
rindu.. sayang.. cinta padamu Muhammad..
hadirlah..
bawaku pergi dari dunia penuh luka..
jijik! penuh dusta belaka!



Habibuna..
bersaksilah...
sesungguhny kami merinduimu...
maaf...
cuma mutiara ini buktiny...



لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيبْ
…Kalaulah kekasih itu (Nabi) ada di sisi kita (zaman kita), …
لَدَنَى الْقَاصِي وَالْقَرِيبْ
… nescaya yang jauh dan dekat akan menghampiri…
مِن طَيْبَةَ قَبْلَ الْمَغِيبْ
… Thaybah (Madinah) sebelum kematian mereka…
طَالِبًا قُرْبَ الْحَبِيبْ
…Demi memohon supaya didekatkan dengan Nabi….
بِقُرْبِهِ النَّفْسُ تَطِيبْ
…Dengan mendekatinya jiwa ini akan menjadi baik …
وَتَدْعُو اللهَ يُجِيبْ
… dan menyeru Allah supaya menjawab (baginya)….
أَنوَارُ طَهَ لاَ تَغِيبْ
…Segala cahaya Thoha (Nabi) itu tidak akan lenyap.
بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيبْ
…Sampaikan kami bertemu dengannya wahai Maha Penerima doa…
فَذَكَّرُوا فِيَ الْحَبِيبْ
…Maka ingatlah aku ini wahai kekasih (Nabi)…
مُحِمَّدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيبْ
…Iaitu engkaulah wahai Muhammad yang memuliakan orang asing…
بِقُرْبِكَ الرُّوحُ تَطِيبْ
…Dengan mendekatimu, roh ini akan menjadi baik…
يَا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينْ
…Wahai rahmat ke seluruh alam…

Habibuna…
hati ini merinduimu…
Sollu ‘alaih….

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w.
Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw.
Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?"
Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi.
Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..
ingin bersamamu, Ya Rasulullah!

~ HaRGa SeKuNTuM CiNTa... ~


STOP..!!!
DON'T CONTINUE YOUR READING..!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

begitu senang melafaz cinta...
begitu senang juga melupakan cinta...
terkadang perpisahan itu lebih baik...
terkadang, walau kita tak menginginkan, perpisahan pasti berlaku andai itu takdir-Nya..

hey..!! stop crying..!!
remember, law of attracti0n..!!
say d0 instead of d0nt. ok?!

OK.

suatu detik yang indah nanti,
ak akan dapat menggapai cinta-Nya.
suatu detik yang indah nanti,
ak akan menjadi pencinta buat Pencinta Agung.
suatu detik yang indah nanti,
'rindu dan sayangku cuma dipasakkan pada-Nya' akan benar-benar nyata.
suatu detik yang indah nanti,
akulah mujahidah solehah srikandi Humaira'.
suatu detik yang indah nanti,
akulah bidadari syurga.
suatu detik yang indah nanti,
akulah yang menjadi kebanggaan Taman Ilmu & Budi.
suatu detik yang indah nanti,
akulah yang menggenggam segulung ijazah kedoktoran, berdiri megah di pentas itu. 
suatu detik yang indah nanti,
akulah yang memimpin tangannya ke puncak Islam.
suatu detik yang indah nanti,
akulah yang bersamanya membangun Islam.
suatu detik yang indah nanti,
akulah insan istimewa yang berdiri di belakang tabirnya.
suatu detik yang indah nanti,
 akulah doktor yang berkhidmat untuk ummat.
suatu detik yang indah nanti,
akulah yang berdiri di tanah suci Palestin merawat pejuang Islam.
suatu detik yang indah nanti,
akulah yang memimpin Azam merentasi dunyya.
suatu detik yang indah nanti,
akulah anak yang tak lupa berbakti pada ummi & ayah.
suatu detik yang indah nanti,
akulah pejuang Islam yang menjadi aspirasi mujahidah.
suatu detik yang indah nanti,
   akulah yang tersenyum tika melihat senyumannya.
suatu detik yang indah nanti,
akulah kakak contoh buat adik-adik.
suatu detik yang indah nanti,
akulah muslimah ikutan teladan.    
suatu detik yang indah nanti, 
aku telah bersedia untuk lafaz 'ak terima nikahny'.
suatu detik yang indah nanti,
 akulah isteri kebanggaan suami.
suatu detik yang indah nanti,
akulah yang mengiringinya  membangun Khilafiah.
suatu detik yang indah nanti,
akulah ummi mithali.
suatu detik yang indah nanti,
akulah yang akan menunggunya di pintu syurga.
suatu detik yang indah nanti,
akulah ketua bidadarinya.
suatu detik yang indah nanti,
akulah ummat kebanggaan Muhammad habibuna.
suatu detik yang indah nanti,
akulah insan yang senantiasa bersamanya.
suatu detik yang indah nanti,
akulah...
akulah...
akulah...
suatu detik yang indah nanti,
dialah segalanya buatku.
(in terms of suami itu raja, & isteri harus patuh ok)

 

maaf...
terkadang meluahkan itu amat sukar. 

cuma........  


aku sayangkan dy..
pernah menyayanginy,
sedang menyayanginy,
akan menyayanginy,
& kan tetap mayayanginy sampai bila-bila.
sampai syurga.
ak ingin jadi ketua bidadariny di syurga.
ak ingin menjadi lebih hebat dari Ainul Mardhiyyah untukny.
ameen...~




'Umar Bashir A.Aziz. 

~ j0m… ~

 

.Lega.

.Release.

.Tenang.

.Calm.

pernah rasa tak..?

mesti pernah..

i juz felt it..

after crying out of blue..

mse nak bkak pose lak tuu..

hehee~

kcyan r0omate..

bunch of love & thanks t0 u;

2

^_^

JOM..!!

nak ke mana..?

nk ajak kamu menangis..

jom…

SAD

terkadang manusia yang berlari hari ini, boleh tersungkur di esok hari..

terkadang manusia yang Quat hari ini, boleh jadi terlalu lemah esok hari..

terkadang manusia yang di atas hari ini, boleh terhempap di bawah roda hari esok..

terkadang manusia yang ketawa berdekah hari ini, boleh teresak dan dan tersedu esok hari..

walau banyak mana pun terkadang yang berlaku,

jangan pernah takut..

jangan pernah gundah..

jangan pernah melatah..

INGAT SAHABATKU, jua diriku…

ALLAH sentiasa di situ…

ALLAH sentiasa menunggu…

menunggu tangisan kita…

menunggu do’a kita..

JOM..!!

mari, kita do’a sama-sama..

berdoa

do’a secara berjemaah lebih makbul kan..?

jom, mari..

kita tadah tangan, do’a, dan ameenkan sama-sama..

(.”) (“,)

AMEEN….

((“)(“))

ntah kenapa..

sejak kebelakangan ni, senang sangat mutiara tumpah..

rantaian terputus agakny..

dengar orang mengaji, mengaji, termenung pun…

persoalan datang..

ujian bersilih ganti..

bersyukur dalam kemanisan iman..

bersyukur tika diuji..

ujian juga ada rahmatny, kn..?

Allah, Quatkn…

jgnmenangis

err…. jangan over ye.. ^_~

 

khadijah menutup mata perlahan. air mata yang mengalir dibiarkan mengering di pipi. bahunya tersedu menahan hiba.

kata-kata sememangnya boleh menjadi lebih tajam daripada pedang, atau laser sekalipun. lagi-lagi orang yang mendengarnya sedang beremosi, atau sedang berhati sutera. sensitif.

ucapan maaf berkali-kali meniti di bibirnya. perasaan bersalah kian menjalari hati.

maaf.

maaf.

maaf.

terkadang, sepatah perkataan dalam seuntai ayat, boleh mengubah keseluruhan maksud ayat.

selalu, setiap jiwa dan minda punya cara yang berlainan mentafsirkan sesuatu.

kita kawankah..?’

ouch…… T___T

sesuatu yang fitrah itu harus dicari, bukan menunggu untuk dijumpai…

maaf… silapku…

maaf… kataku…

bila Allah menyayangi hamba-Nya, akan ditimpakan ujian yang bertimpa-timpa..’

kata-kata itu makin dirasai benar. bila hati berbunga, indah bukan..

saban malam, saban waktu, khadijah membiarkan dirinya terawang di alam maya, menunggu dia. menunggu, dan terus menunggu.

ingin memulakan,takut benar mengganggu. biarlah dia cuma kekal di situ membawa 1 mesej, ‘i’m here f u need me..’

khadijah, kawanmu pergi, membawa lara…

diam..!! dia bukan kawanku, dia sahabatku..!! terang lagi bersuluh, sahabat itu lagi istimewa daripada kawan, aku cuma punya sahabat, bukan kawan. kerna aku teramat menyayangi sahabatku….

khadijah, aku pergi. anggap saja peluangmu lenyap di bawa angin semilir. andai ada angin yang sama datang lagi, anggap saja itu peluang buatmu.’

dalam lain erti,

andai nampak lagi aku di sini, tegurlah..’

aku segan. masih punya malu…’

teruskan, dan kehilangan. pilihlah.’

no..!!

 

bila terlalu banyak ujian yang menimpa, terkadang manusia akan menjadi telalu lemah… selemah-lemahny…

akan tiba satu saat, tiada lagi tangisan yang dapat dialirkan..

cuma gelakan kecil menemani tawa dan masalah..

********************

eh, gelak pulak… ishh3..”

seorang kawan menegur tatkala si polan meluahkan 1/100 bebanan berat yang dipikulnya.

macam tu laa kan, sampai satu tahap, dah tak ade air mata lagi dah.. kita rasa nak gelak je..”

si polan terkedu, saat itu baru dirasakan air mata keringnya bakal menitis lagi.

*********************

:: bila Allah sayangkan hamba-Nya, akan diuji semahunya..

supaya hamba mengerti akan kemanisan iman…

supaya hamba mengerti akan harga sebuah cinta Illahi…

supaya hamba mengerti akan nilai sebuah pengorbanan…

supaya hamba mengerti dan menghargai nikmat iman dan islam…

supaya hamba mengerti dan tidak lokek untuk melafazkan syukur..

supaya hamba mengerti yang Dy sentiasa ada untuk mereka…

supaya hamba mengerti yang Dy sentiasa mendengar dan melihat…

supaya hamba mengerti bukan mudah untuk bersama sang Kekasih dan Pencinta Agung…

supaya hamba mengerti yang tempat kembalinya adalah pada-Nya..

supaya hamba mengerti jiwanya dan jasadny adalah milik-Nya…

supaya hamba mengerti akan erti pengabdian…

supaya hamba mengerti…

Dialah segala-galany… ::

***********************

Di saat kejatuhanmu.. ingatlah, Allah sedang menguji keimananmu untuk menaikkan darjatmu..

jangan pernah mengalah..

jangan pernah putus berharap pada-Nya..

~ Apakah manusia menyangka Kami tidak akan menguji iman mereka di saat mereka menyatakan keimanan mereka..?? ~

buat diri… bersabarlah…

Allah menyayangimu…

carilah Dia yang sentiasa ada untukmu…

sekali diuji, berkali-kali lagi akan datang selepas itu..

sampai 1 tahap, diri akan terasa sgt3 lemah..

tapi, 2 tandany Allah sayangkan kte,

berbaloi untuk rase penat dan letih dengan ujian kan…

be strong..!!

~ HeBaTny meReKa..!! ~

APAKAH kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir?

Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh.

Sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang.

Saranan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Dari Abu Hurairah r.a “….Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir.” (HR Bukhari)

Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash radhiallahu ‘anhuma katanya; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu.” (Muttafaqun ‘alaih)

Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)

Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya: “Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya” atau beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “di telinganya.” (Muttafaqun ‘alaih)

Dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.” (Muttafaqun ‘alaih).

Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda padanya:

Solat yang paling dicintai Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun solat yang sepertiganya dan tidur seperenamnya, Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Muttafaqun ‘alaih)

Dari A’isyah r.a. pula bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu tidur di permulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersolat. (Muttafaqun ‘alaih)

Apakah kelebihan-kelebihan itu?

  • Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu

“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Waktu Mustajabnya Doa

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)

  • Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya

Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya. (HR Adam bin Abu Iyas)

  • Meningkatkan Darjat Di sisi Allah

“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat 79).

Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang.

Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)

  • Ibadah Ahli Syurga

Firman Allah lagi dalam surah as Sajdah, ayat ke-16 dan 17 bermaksud: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.” [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu.” (HR Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.” (HR Tirmidzi).

  • Keteladanan Salafussoleh

Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat Subuh dan kemudian dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau beranjak melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau berkata,”jika hal ini tidak aku lakukan maka sungguh sangat berat.”

Dalam riwayat Ibnu Ishaq dan Ahmad dari Jabir bin Abdullah r.a. ia menceritakan; “Kami berangkat bersama Rasulullah SAW pada perang Dzatur Riqaa’. Pada kesempatan itu tertawanlah seorang wanita musyrikin.

Setelah Rasulullah SAW berangkat pulang, suami wanita itu yang sebelumnya tidak ada di rumah baru saja datang. Kemudian lelaki itu bersumpah tidak akan berhenti mencari sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad SAW. Lalu lelaki itu keluar mengikuti jejak perjalanan Rasulullah SAW.

Pada sebuah lorong di suatu lembah Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita malam ini?” Jabir berkata, “Maka majulah seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar lalu keduanya menjawab, ‘Kami siap untuk berjaga ya Rasulullah’. Nabi Muhammad SAW berpesan: “Jagalah kami di mulut lorong ini.” Jabir menceritakan waktu itu, Rasulullah bersama para sahabat berhenti di lorong suatu lembah.

Ketika kedua orang sahabat itu ke ke mulut lorong, sahabat Anshar berkata pada sahabat Muhajirin, ‘Pukul berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir malam?’ Sahabat Muhajirin menjawab; ‘Jagalah kami di awal malam’, kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring tidur. Sedangkan sahabat Anshar melakukan solat.

Jabir berkata, datanglah lelaki musyrikin itu dan ketika mengenali sahabat Anshar, musyrikin itu mengetahui bahwa sahabat itu sedang hirasah. Kemudian orang itu memanahnya tepat mengenai diri Ansar tersebut, lalu sahabat Ansar itu mencabutnya kemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian orang musyrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya lagi, lalu sahabat itu mencabut kembali anak panah itukemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian untuk ketiga kalinya orang itu memanah kembali sahabat Anshar tersebut dan tepat mengenai dirinya. Lalu dicabut pula anak panah itu kemudian ia rukuk dan sujud. Setelah itu ia membangunkan sahabat Muhajirin seraya berkata, ‘Duduklah kerana aku telah dilukai.’

Jabir berkata, Kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu. Ketika orang musyrikin itu melihat keduanya ia sedar bahawa dirinya telah diketahui maka ia pun melarikan diri. Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata, ‘Subhanallah kenapa engkau tidak membangunkan aku dari tadi?’ Sahabat Anshar menjawab, ‘Aku sedang membaca surah dan aku tidak ingin memutusnya. Namun, setelah orang itu berkali-kali memanahku barulah aku ruku’ dan memberitahukan dirimu. Demi Allah SWT kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadaku niscaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solat.’

Bagaimana mudah untuk bangun solat malam?

Petua dari Imam Al-Ghazali:

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.

3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.

4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

Wallahu’alam-

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds