“benarkan saya pergi, ayah..?”


uhuk3..!!

adui, da banyak sawang kat blog niy, lame btol tak update.. :)

sabarlah.. :)

aku punya banyak cerita, ingin sekali dikongsi.. mungkin bila lapang, akan ku ceritakan. kisah pengalaman, suka, duka, tawa, tangis, hiba, ada belaka. =’)

membelek e-mail, ada cerita yang ingin dikongsi. berbekas di jiwa saat pertama kali membaca. berjaya mengalirkan mutiara yang selama ini cuma bertakung di kamar hati. ingin aku menjadi ibunya.

bacalah.. :) ini hadiah untuk jiwamu, ini hadiah untuk jiwa kita.. :)

moga ada peningkatan dalam imanmu, dalam iman kita.. :)

untuk Ramadhan, untuk akhirat. :) bacalah, baca dengan nama Tuhan yang maha Penyayang.

        ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

al-kisah bermula di sebuah kota lama..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.


Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.


"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya,

"Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya  keseorangan dalam dunia ini"

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu."


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik"

“itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang..

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!


TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

begitulah iman. begitulah kasih sayang. begitulah hidayah tanda kasih dan cinta-Nya.. :)

aku punya lagi satu kisah, masih segar dan suci.

baru didengarkan padaku petang tadi. seronok, ada rasa gembira, syukur, cinta dan kasih yang berputik di hati. =’)

dia cuma insan biasa. amat biasa-biasa. pakaiannya, seperti gadis kota yang seusia dengannya. oh, mungkin masih tidak keterlaluan andai aku lambangkan pemakaian mereka seperti nangka yang dibalut. sosialnya, seperti juga mereka. seperti rambutan yang tumbuh dalam satu gugusan. tidak dibedakan jantina. semua bergaul sekata.

suatu malam, ada mimpi yang dikirim-Nya. dia di tengah-tengah. dikelilingi. tanpa seurat benang. tanpa ada apa. di sekelilingnya cuma ada mereka, muslimah yang bertudung labuh semuanya. membulat.

dari situ, hidayah dikirim-Nya. pemakaianya, cara pergaulannya, mula diubah. walau dipulau rakan baik, walau disingkir teman rapat yang selama ini sering di sisi, namun hatinya kuat. seteguh karang yang membatu di laut.

pernah disuarakannya, ingin bertudung labuh. :)

murni niatnya. alhamdulillah. itulah yang sempurna. namun bagiku, perubahan yang drastik akan ‘mengubah’mu secara drastik juga. itu kebimbanganku.

sabarlah, perlahan-lahan. ingin menjadi baik, bukan dengan tudung labuh sebagai asetnya. bertudunglah dengan tutupan yang sebenar. labuhkan tudungmu, tutupi perhiasanmu. :)

moga Allah menguatkan imanmu, iman ku, dan iman kita. ameen..!!


Wassallam…

 

salam rindu.. =’)

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds