بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.
اما بعد

Terdapat kajian yang dibuat oleh pihak berkenaan yang menyebut 'beransur-ansur' dalam melaksanakan undang-undang bukan beransur-ansur dalam penurunan syariat. Ini adalah tafsiran atau terjemahan yang TIDAK BETUL.

Barangkali hasil dari terjemahan inilah yang menyebabkan arak masih dibenarkan dijual di negara ummat Islam, dihalalkan buat sementara waktu kemudian dikatakan akan diharamkan terus sebagaimana pernah berlaku di zaman nabi صلى الله عليه وسلم di samping kononnya dilaksanakan syariat secara sedikit demi sedikit. Oleh karena terjemahan tidak betul, maka fahaman pun turut sama menyeleweng (tersasar).

Tasyri' dalam bahasa arab adalah 'masdar' (kata terbitan) dari 'Syarra'a, Yusyarri'u, tasyri'an. Makna tasyri' itu ialah membuat hukum-hukum bukan mendaulatkan hukum-hukum (undang-Undang).



Dalam membuat undang-undang (tasyri') memang berlaku secara tadarruj di mana undang-undang ini dikatakan beransur-ansur oleh Allah kepada nabi صلى الله عليه وسلم secara tadarruj, beransur-ansur ayat demi ayat.

Inilah sejarah turunnya Al-Quran yang bukan sahaja diwahyukan kepada nabi pada bulan Ramadhan tetapi mewahyukan juga kepada masa-masa yang lain.

Yang dimaksudkan dengan diturunkan Al-Qur'an di sini ialah turun daripada Lauh Mahfudz ke Baitul Izzah pada bulan Ramadhan, Inilah kelebihan bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Qur'an.

Firman Allah Ta'ala"

ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
سُوۡرَةُ البَقَرَة
".....Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda [antara yang hak dan yang bathil]..." (185)

Sekiranya kita mau mengetahui yang mana betul atau yang mana salah, bukalah Al-Quran maka di sana kita akan dapati yang mana betul (haq) dan yang mana sebaliknya (bathil). Dengan sebab itulah Allah berfirman:

فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً (٥٩)
سُوۡرَةُ النِّسَاء
"....Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu (bertelingkah), maka kembalikanlah ia kepada Allah [Al Qur’an] dan Rasul [sunnahnya], jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama [bagimu] dan lebih baik akibatnya. (59)



Sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa masalah sekalipun, kembalilah kepada Al-Qur'an maka bertemulah yang mana betul dan yang mana salah. Kebiasaannya orang Islam bertelingkah karena mereka tidak mengetahui. Yang tidak mengetahui mestilah kembali kepada Al-Qur'an dan Hadith Nabi صلى الله عليه وسلم sehingga apabila kembali kepada Al-Qur'an semua menjadi betul dan baik. Inilah dia cara Islam.

Kalau tidak mau balik kepada Al-Qur'an itu bukan cara Islam dan sekiranya takut kembali kepada Al-Qur'an, mereka yang berkenaan itu telah dikuasai oleh syaiton yang menyesatkan.

Firman Allah Ta'ala:

فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ
سُوۡرَةُ البَقَرَة
"....Maka sesiapa yang menyaksikan di kalangan kamu bulan Ramadhan maka hendaklah dia berpuasa......" (185)

Sesiapa yang menyaksikan bulan Ramadhan (yang dia berada di dalam bulan Ramadhan) di mana bulan Ramadhan ini berlaku sama ada dengan melihat anak bulan ataupun dengan tidak melihat anak bulan tetapi ditsabitkan apabila berlakunya cuaca yang buruk maka disempurnakan bulan Sya'aban itu 30 hari, maka selepas itu ummat Islam hendaklah berpuasa bulan Ramadhan karena sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud:
"Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan dan berhari rayalah kamu dengan melihat anak bulan. Jika sekiranya dikelamkan kepada kamu (berlaku cuaca buruk) maka sempurnakanlah bulan Sya'aban itu 30 hari."

*****************************************************
Jariah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Ditulis semula dengan suntingan oleh al fakir ال انساني hamba Allah
*****************************************************


0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds