~ kHusYukKaH kiTa..? ~


Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang

  1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
  2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
  3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita
  4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
  5. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
  6. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
  7. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih
  8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
  9. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
  10. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
  11. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
  12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
  13. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya

14. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya

15. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih

Yakin seratus peratus sesungguhnya Allah tidak jauh dari urat lehermu...
Sabar mengerjakan solat tidak tergopoh gapah
Redha mengerjakan solat dengan penuh peryerahan kepada Allah.
Ikhlas mengerjakan solat dengan penuh kesedaran tanpa paksaan
Iman segala ketentuan Allah Q'ada dan Q'adar datang dari Allah S.W.T
Ilmu tentang syarat dan rukun solat yg benar
Akal sihat dan waras tidak gila atau mabuk..


1>Wala Hayyun>Matikan dirimu sebelum mati
2>Wala Basirun>Butakan matamu sebelum buta
3>Wala Sami'un>Pekakan telingamu sebelum tuli
4>Wala Alimun>Sedari drimu dhaif tidak berilmu melainkan Allah
5>Wala Muthakalimun>Jangan bercakap perihal dunia dalam solat...

Cara mematikan dri sebelum mati

Sewaktu berdri tegak lurus untuk mergerjakan solat,niatlah dihati bahawa solat ini adalah solat yg terakhir di dalam hidup kita dan apabila selesai solat ini seolah2 kita mati menghadap Illahi.Disamping itu datanglah perasaan bahawa kita tidak lagi berpeluang untuk menebus dosa dan kesilapan yg telah dilakukan semasa hidup di dunia ini.Inilah cara yg paling afdhal untuk mematikan dri sebelum mati di dalam solat.


Cara membutakan dri sebelum buta

''Suful Fil Wahdah Fil Kashrah,Suhuf Fil Kasrah Fil Wahdah''
Terjemahannya..

''Pandanglah satu diantara banyak,pandanglah yang banyak hanya satu''
Pertama ,kedua biji mata hendaklah dipejamkan.Pandanglah ke atas ,kemudian kedua mata setengah ditutup.Satukan pandangan ke tengah2 batang hidung.


Cara memekakan telinga

Untuk melahirkan solat yg khusyuk,sewaktu membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu yang membacanya seolah2 mulut mengikut hati membacanya.Ketika itu perdengaran zahir tidak kita hiraukan,malah perdengaran batin sahaja yg kita tahu iaitu suara hati yg membacanya.
Untuk mempraktikan kita boleh cuba dengan menutup kedua mata.Kemudian baca surah Al-Fatihah di dalam hati dan dengarkanlah di dalam pendengaran batin.

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds