Tujuan tabung ini adalah untuk mengumpulkan dana sebanyak RM215,000 bagi membiayai perbelanjaan pemindahan buah pinggang Abdullah di China pada bulan April 2010 ini.

Latar belakang Abdullah

Abdullah Abdul Rahman berusia 30 tahun, berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan seorang jurutera di PETRONAS Fertilizer Kedah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Manchester, UK. Beliau sudah berkahwin dengan Dzilal bt Abdul Aziz dan mempunyai seorang cahaya mata.

Penyakit Buah Pinggang (End Stage Renal Disease)

Abdullah telah disahkan mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya (End Stage Renal Disease (ESRD)) pada Februari 2009. Punca kepada kerosakan buah pinggang beliau tidak diketahui dan tidak dapat dikenal pasti.

Rawatan Sekarang

Kini beliau terpaksa menjalani rawatan Haemodialisis (mencuci darah) 3 kali seminggu. Rawatan ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat beliau kecuali pemindahan buah pinggang (kidney transplant) dapat dilakukan. Rawatan Haemodialisis tidak dapat memberikan tahap kesihatan yg sebaiknya . Pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung, paru –paru, dan sebagainya akan berlaku. Doktor juga memaklumkan bahawa pemindahan buah pinggang ini jika dilakukan lebih cepat lebih baik kerana fizikalnya masih kuat dan kesan kerosakan buah pinggang pada badannya masih minimal. Penyakitnya setakat ini telah pun menimbulkan pelbagai komplikasi lain yang membataskan pergerakannya dan melemahkan fizikal beliau.

Masalah pemindahan buah pinggang di Malaysia

Usaha untuk mendapatkan penderma yang sesuai daripada kalangan ahli keluarga telah dilaksanakan, malangnya tidak berjaya. Manakala menunggu giliran dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang kementerian kesihatan di Malaysia memakan masa yang lama (l0 -12 tahun).


Mohon Sumbangan Anda

Kami memohon sumbangan ikhlas anda dengan harapan dapat mempercepatkan pengumpulan dana tersebut seterusnya membolehkan Abdullah menjalani rawatan pemindahan buah pinggangnya.

Kami juga mengharapkan doa dari tuan/puan agar usaha ini berjaya dan Abdullah dikurniakan kesembuhan berpanjangan oleh Allah swt.


Sumbangan boleh disalurkan melalui :
a. "bank in" terus ke akaun Maybank - a/c: 564490210905
b. Sumbangan atas nama : Abdullah bin Abdul Rahman
c. Tunai – boleh hubungi nama di bawah

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :
En. Abdul Rahman Hussein 012 – 2053484
Pn. Noriah Jusoh 019 – 2692441
I.r. Abdul Aziz Omar 016 – 6654212
Pn. Kerisisiah Mohd Daud 019 – 5769272
Pn. Dzilal Abdul Aziz 016 – 4101607

Semua sumbangan dan doa didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga diterima Allah sebagai amal soleh dan dibalas Allah dengan ganjaran berlipat kali ganda.

0 Comments:

Post a Comment



~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ C.i.N.t.a...c.U.m.A...B.u.A.t..-.N.y.A ~

~ f0fuLaR ke ~

Blogger Template by Blogcrowds